Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TINGGAL....

Salam....

Mama nak ucapkan selamat tinggal......
Tiada lagi dirimu selepas ini....
Dikau beri banyak kenangan.....
Dikau adalah satu lagi perjalanan yang panjang namun terasa singkat...

Sekadar catatan ringkas yang hanya mama yang faham...

Januari....

February....

March....
  • Mama kembali bekerja setelah 6 bulan bercuti.....
  • Papa beli S40 gantikan 850nya...
  • Kenangan tau 850 tu sbb beli masa baru kawen....kalau ikutkan mama sayang lagi...tp papa nak nampak cam org muda sikit....
  • 14/3/2011 - Papa & Mama's 'eniberseri'


April.....

May...
June

July
  • Nothing special..cuma kakak jer dapat beskal baru..yeha!!

August
  • Ramadhan datang...
  • Buyut meninggal di usia lebih dari 100 tahun!
  • Balik kampung raya !!!Best!! Best!
September
  • Qaid's 1st birthday - adik dah pandai cruising!
  • Auntie Haza datang....
Oktober
November
  • Raya haji bertiga....
  • Qaid jatuh 2x dari sofa., satu kali dari walker...berparut sampai sekarang dahi tu...
  • Qaisara 's 1st-dental-visit.
December
  • Qaisara's toilet training started...
  • SBPA..nak pilih ke tak? Terpaksa...
  • Banjir di Johor...cuti dibekukan...tp mama cuti seminggu!!


GOODBYE 2011, WELCOME 2012!!!
Moga yang datang nanti bawa seribu rahmat, kebahagiaan, keadilan, ketenangan, tiada lagi dendam, tiada benci di hati, tiada rasa amarah...yang dimahukan hanya kasih sayang....berpanjangan dari yang disayang, berkekalan di bawah hidayahNYA....



















Tertunailah Sudah Rukun Islam Ketiga

Bismillah
Salam semua kawan-kawan...

Esok dah nak masuk tahun baru....
Hari jumaat semalam 30.12.2011 mama curi masa ke pejabat agama dgn Mr Papa....Alhamdulillah berjaya juga tunaikan zakat bagi tahun ini...rasa lega dan ringan beban bila kewajipan sudah tertunai...

Zakat ada mcm-macam jenis zakat...bukan zakat fitrah time raya aidilfitri tu jer tau....dan tidak juga terhad kepada zakat tanam-tanaman oleh sang petani sahaja...
Banyak lagi zakat yang perlu ditunaikan...
- zakat emas
- zakat perak
- zakat binatang ternakan
- zakat pendapatan (gaji bulanan)
- zakat wang simpanan
- zakat perniagaan
- zakat hasil galian dll

Mama tulis ni sbb ada org sangka zakat hanya untuk tanaman atau ternakan...Oh...No..no....

Tak adillah kalau petani yang menanam padi yang hanya tanam atau pungut hasil sekali atau 2x setahun dengan nilai tidak seberapa dikenakan zakat, sedangkan peniaga, pegawai kerajaan atau swasta yang untung atau dapat gaji puluhan atau ratusan ribu ringgit tidak diwajibkan zakat....

Hasil pendapatan yang diperolehi seseorang daripada kerjanya juga termasuk harta yang wajib dikeluarkan zakat...ini bertepatan dengan surah al-baqarah ayat 267.

Syarat-syarat Zakat Pendapatan:
1. Islam
2. Merdeka
3. Harta yang sempurna milik
4. Cukup nisab (***Nisab bagi Johor tahun ini adalah RM14,962.89***)
5. Cukup haul bekerja

Kadar Zakat:
- ialah 2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat.

Kalau nak tengok cara / kaedah pengiraan zakat sila rujuk mana2 laman web jabatan agama negeri masing-masing yer! (hahaha...malas nak tulis)


(p/s: Nota di atas adalah dari risalah zakat oleh jabatan perdana menteri dan risalah zakat pendapatan majlis agama islam negeri johor.)



Tuesday, December 27, 2011

Lelaki berbaju pink

Pelik ke tengok lelaki berbaju pink? Tengok Fahrin Ahmad pakai hensem jer pun, takde la nampak jambu or lembut..masih terserlah kemachoannya tu...
Yang pasti Mr Papa memang tak akan pakai baju kaler pink.....
Nak tengok lelaki berbaju pink?
Sini......

Semua baju pink yang qaid pakai milik kakak sara..pink pun pink la....janji boleh pakai....

Dulu masa sara, mama mesti pasangkan baju dan seluar yang sama..tp skrg tak kisah baju lain, seluar lain...

Lelaki berbaju pink khusyuk main magnetic butterfly, wanita berbaju kurung plak khusyuk baca majalah PA&MA

Monday, December 26, 2011

Al Fatihah

Semalam di entry ini mama ada cerita tentang suami sahabat mama  yang sedang bertarung nyawa di HUSM..
Hari ni seorang teman menelefon, memberi khabar bahawa beliau telah pergi menemui Ilahi...pergi meninggalkan segala kesakitan...
Pergi meninggalkan orang2 yang dikasihi....pergi meninggalkan anak dan isteri tercinta, pergi meninggalkan keluarga yg disayangi...
Tiada apa yang tinggal bila anak adam meninggalkan dunia ini...hanya 3 pekara yang telah termaktub......Anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah dan ilmu yang bermanfaat.....
Sesungguhnya dari ALLAH  kita datang dan kepada DIA kita semua kan kembali....Al fatihah utk arwah Syukiman Md Daud...moga rohnya tenang di sana...dan moga isterinya, iaitu sahabat mama Dr Azira tabah dan kuat hadapi semua ini...

Hilang suami, bermakna hilang separuh dari diri...bagaikan hilang separuh dari nyawa....
Apa yang selalu mama doakan agar Mr Papa selalu dikurniakan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur dalam ketaaatan....moga kami sama2 menjadi tua di villa kecil kami ini, membesarkan putera puteri kesayangan kami.......
Mama sesungguhnya amat takut akan suatu kehilangan seperti ini.....biar mama yg tinggalkan papa, jgn sebaliknya....sekurang2nya  kalau mama yang mati dulu, papa ada peluang kawen lagi....tp jika sebaliknya, di mana kan ku cari ganti...? huhu......



Papa and mama's reward

Beberapa hari lepas papa dapat reward as pekerja cemerlang. Bukan senang company tu nak bagi, malay dapat 3 org jer, termasuk papa. Actually Mr papa memang org harapan kat company ni..pantang dengar dia nak berhenti kerja, cepat2 company naikkan gaji...hahaha selalu la papa wat taktikss gitu...
Contohnya masa kami baru kawen, dan mama pregnantkan qaisara (bunting pelamin org kata), kebetulan papa pun dinaikkan pangkat dan gaji...Rezeki anak....
            Pastu dia wat ura2 nak berhenti keje, kononnya nak gi keje kat Arab Saudi, siap dah buat visa...tp tak sanggup tinggal mama  and baby dalam perut katanya...tak jadi pegi ....tapi disebabkan ura-ura tu, dia diberi elaun tambahan agar kekal setia pada company.
              Pastu baru ni dia disuruh ke Korea utk update diri sendiri dan ilmu tentang company (companynya baru diambil alih oleh syarikat dari Korea), org lain ikut jer arahan pegi Korea, dia leh selamba jer tolak. Terus syarikat Korea tu ingat papa tak berminat nak stay agaknya, diberi lak reward kali ni. Dapat la RM1K on the spot.

Apa nak buat dengan duit tu? As kenangan dapat reward katanya, kami pegi berjimba2 di Metrojaya....jeling2 kat handphone baru...Actually bajet RM 500 jer...dok risik2 samsung galaxy Y yang rm499 tuh.....
Sampai kat sana, risik punya risik, discuss punya discuss dan pikir punya pikir, papa teringin plak nak sambar Galaxy W , rm999.
Nak amik yang galaxy note atau galaxy S2 tu mahal bebeno la pulak, especially if tak guna pun internet, wat rugi jer beli smartphone kan....
So last2 papa grab the galaxy W tuh....

Tengok papa sambar satu, mama pun teringin satu....apa lagi, kopak jugak duit mama RM999.
Takpelah, nasib baik boss bagi bonus sebulan gaji tahun ni, so dapat la sambar...gantikan handphone mama yang dah beusia 6 tahun tu....

Ni mama punyer, kaler hitam...papa punya kaler putih..amik sama kaler kang tertukar plak...


Kakak sara awal2 lagi sibuk suruh mama download angry birds dan game yang pong pong katanya (game tembak2)..mana belajaar ntah..umah babysitter la agaknya,tengok abg2 main game tembak2...

Pasni memang handphone mama jadi handphone dia jer la....

Sunday, December 25, 2011

Doakan dia

Mama baru dapat berita melalui fbook, suami kepada sahabat mama kini sedang berjuang utk hidupnya di ICU HUSM Kubang kerian. Sahabat itu, Azira Baharudin adalah teman seperjuangan mama ketika di HUSM dulu. Kami pernah rapat kerana satu group tutorial dr year 1 hingga 3rd yr. Pernah sekampung ketika program anak angkat CFCS. Kami pernah berkongsi rasa dan pendapat ketika mula2 Azira mengenali suaminya. Dan jodoh mereka ,akhirnya mereka berkahwin setahun selepas kami tamat pengajian.

Dikurniakan sepasang kembar lelaki, mama tau mereka bahagia bersama...Sokongan suami pastinya sgt kuat, membolehkan Azira menyambung pelajaran, dan kini di tahun akhir program masternya.

Suaminya menghidap lympoma, dan telah menjalani rawatan chemoterapy, dan kini mengalami Acute Respiratory Distress syndrome (ARDS)., maka beliau perlu dintubatekan.
Terbaru mesej dari Azira kepada seorang sahabat lain yang dipostkan di fb : 

salam sahabat semua,terima kasih atas doa dan sokongan, esp kepada azaharim,& suzila atas bantuan smlm- suami saya sekarang on high ventilator setting, 4 inotropes,vancomycin,osetalmivir,casfupungin,4 sedatives drugs, latest bp : 100/60,pr 160,spo2 95, ABG improving Doakan kekuatan kami...

Buat sahabat mama ini, mama doakan beliau terus diberikan ketabahan dan kekuatan utk hadapi segalanya, dan mohon doa juga agar suaminya diberi kesembuhan oleh ALLAH...Allahu yashfi akhi Syukiman Md Daud, suami sahabatku ini...... .....

Saturday, December 24, 2011

Tabung pecah!

Pecah tabung? Or tabung pecah? hehe..sama jer la......
Tabung haji penuh, tabung doraemon pun dah tak muat.... bajet ada ratusan ringgit kot.....so waktu dua2 QAI dah tido, mama wat operasi mengira (actually takyah kira sbb bank nanti tolong kirakan ) tp sebab ini first time nak gi masukkan duit syiling dalam bank, sajer nak tengok bank kira betul ke tak...hahaha...






Sape teror cerr teka berapa jumlah det syiling yang terkumpul ni? (kalau U all pernah main teka kacang mesti teror teka duit ni...)



Wednesday, December 21, 2011

SBPA::: sebagai mentimun, korang sign jer la!

Hari isnin, dengar taklimat SBPA.
Macam2 perkara yang ntah hape2..patutlah ceupacs marah...dahla tak bincang dgn ceupacs....harap2 ceupac akan pertahankan kami hingga sistem SBPA ni tak jadi dilaksanakan atau if nak laksana, biarlah ada improvement ckit. Nampak bebeno banyak perkara dan ketidakadilan berlaku di sni.

Saya sempat catat beberapa perkara atau intipati penting dalam SBPA...yang lain tu U all boleh download dalam internet ok!
Antara benda yang tak memuaskan hati:

- Korang akan senang nak dikeluarkan dari perkhidmatan awam, jika markah penilaian kurang dari 70% atau melanggar tatatertib ..(atau dalam kata lain senang sgt utk dibuang keje)

- Sistem KEJAT yang memerlukan minimum pekerja dengan beban kerja yang bertambah, atau multitask. Seorang driver juga boleh penjadi budak pejabat dan penghantar surat, (ini ok, tp kalau nurses mcm mana?)
 Keje sekarang pun diaorang tak terhabis buat, nak kurangkan orang lagi? Sekarang pun sebulan sekali jer ada weekend utk diaorang, weekend lain samada diaorang oncall atau kena melawat rumah. Diaorang pun ada famili, ada suami dan anak2 yang mengharap nak dibawa berjalan atau kerja2 peribadi yang lain. dengan KEJAT, staff akan dikurangkan, maka beban kerja semakin bertambah.

- Laluan kerja fast track--ini jika anda seorang yang berkebolehan dan mendapat markah tinggi, laluan naik pangkat anda cepat....---Tapi disebabkan ini adalah penilaian manusia, biasalah nanti, banyaklah kes bodek membodek...Ada orang pandai wat keje, tp tak pandai bercakap or bodek2, so laluan anda mungkin sedikit perlahan compare dengan org yang pandai bodek tp tak pandai wat keje....

Dengan fast track, gaji junior adalah sama dengan gaji senior...so kalau korang jadi senior yang berpengalaman, dan kena incharge macam2, dipertanggungjawabkan dengan macam2 benda, tp gaji sama dengan budak baru belajar, korang puas hati tak???

-Tiada lagi jawatan baru, so berapa banyak staff yang ada skrg, itulah yang akan bekerja, dengan beban tugas yang semakin bertambah, dengan pelbagai program yang diarahkan oleh org atasan. Dah la tu, staff yang ada pun ditarik utk ke KLINIK 1MALAYSIA yang diwarwarkan sbg sangat baik,, walhalnya........???! (nanti kita ceta pasal K1M ni lain entry kay!)

- Gaji.  Gaji utk golongan Primer naik 2x ganda...cth gaji dia 6K, akan jadi 12K...Banyak gila kan??
 Tapi kalau korang cuma golongan pelaksana (dulu dipanggil kumpulan sokongan, berapa ratus jer naik?? rasanya dalam rm100-200 jer...Nanti korang tau sendiri, sbb buat masa ini tangga gaji tu takde pun dia tunjuk kat mana2 , walaupun dah download SBPA tu,takdenya tunjuk bab gaji tu...sebabnya inilah....sbb golongan pemberi arahan naik berganda2, tp golongan yang bekerja tengah panas berpeluh ni naiknya ciput...
(Utk doktor mungkin better, tp utk nurses dan lain2 pelaksana jgn harap nak naik 2x ganda jugak kay! ) Kesian golongan pelaksana kan?

BTW, kalau korang tak sign terima SBPA ni, korang tetap akan tertakluk di bawah peraturannya, meaning utk penilaian dan pemarkahan, dan cara buang kerja sama macam org yang terima SBPA, tp insentif kritikal korang akan ditambat kadar. Maksudnya insentif kritikal utk nurses tu patutnya bertambah ikut kenaikan gaji, tp bila ditambat kadar, insentif korang akan statik di tempat skrg. ...so kalau tak terima, masih kena ikut peraturan SBPA, tp insentif tak naik2....(Ini mungkin tak terpakai utk doktor sbb doktor punya mungkin tetap rm750)

Nampak kan betapa 'adilnya' sistem ni?

Adil or tak adil, tetap kena sign sbb walaupun namanya OPSYEN /Pilihan, tp takde pilihan sebenarnya...so sign jer lah...tp dengan doa dan harapan SBPA ni akan dikaji semula sebelum dilaksanakan.... (Oh yer..SBPA ni katanya idea bernas PM kita yer kawan2....so yang namanya idea PM itu mestilah dilaksanakan!!!!  Kita kan yang menurut perintah)


p/s: nota ini ikut fahaman saya sendiri, kalau tersalah sila betulkan, nak detail boleh download kat internet kay!

Tuesday, December 20, 2011

Diapers free in the making

Salam...
By 30 january next yr insyaAllah umur kakak 3tahun. Masih lagi memakai diapers...
Mama aim by her 3rd birthday tu kakak dah diapers free, at least daytime.
Untuk itu, mama ambil cuti seminggu (campur dengan 2 weekend dan cuti krismas,total adalah 10 hari)
Rasa2 cukup kot utk train kakak supaya takperlu lagi pakai pampers.
Sabtu 17hb, lum start training, sbb mama ada majlis kat klinik.
So mula hari ahad 18/12/2011.
Pagi2 lagi dah inform kakak yang hari ni dia tak payah pakai pampers, dah besar, nak PU ( passing urime =kencing) kena pegi toilet...Ok , kakak faham, bila ditanya kenapa tak pakai pampers pun dia dah pandai jawab...

Pagi: 1st PU::;terkencing atas kerusi waktu tgh makan....habis basah kerusi dan lantai...ok dimaafkan...mama mopkan dan ingatkan sekali lagi kena PU kat toilet.....
2nd PU:: dalam dok ingatkan dan asyik tanya nak kencing ke tak, dia terkencing lagi dalam seluar, kat atas sofa...Huhu...nasib baik bukan jenis sofa kain yang meresap tu....ni lah sebabnya mama beli leather seat utk sofa dan kereta...Takpe, mama tak marah nak, mama cucikan jugak....
3rd: Dia lari masuk toilet ckp nak kencing, puas dok main air dalam tu tak jugak kencing2...last2 masuk dalam umah. Masuk jer, pakai seluar tak sampai seminit, dia PU lak atas lantai...nasib baik dah takde tilam kat situ...Huhu kali ni mama cubit dia sebab kencing dalam seluar...dah kali ke3 nih mama mengemop ni!
Sabar mama, sabar!

Dan selepas2 itu dia dah pandai kencing di toilet...bila terasa nak kencing cepat2 dia cakap mama nak gi toilet! Ataupun kadang2 cuma sempat ckp mama!!! dan mama dah tau la kenapa dia jerit, itu nak gi toilet la tu...Alhamdulillah sepanjang petang tu dia dah pandai bagitau nak gi toilet.
Malam, mama pakaikan pampers sbb mama malas nak kejutkan dia dari tido, kesian pun ada asyik nak gi toilet jer...


Hari kedua (isnin) dah pandai bagitau nak gi toilet...tp time tghari tu mama kena tinggalkan dia dan adik sekejap dekat babysitter...alhamdulillah tak kencing merata2 rumah babysitter, cuma sekejap2 dia ke toilet...mungkin dia takut terkencing merata2, so kejap2 nak gi toilet...
Balik umah sepanjang petang tu pun dia dah pandai bagitau ...so hari ni takde sesi mop mengemop lantai..alhamdulillah....
Tapi pas maghrib je mama pakaikan pampers sbb kesian dia asyik ke toilet, dah la ujan, sejuk, pastu asyik basah dgn air jer...kesian pulak...so malam dia pakai pampers sampai pagi....

Tengok 3rd day esok mcm mana...harap2 boleh berjaya training mama ni....sanggup ambil cuti seminggu semata2 dok umah jer dan tak jalan mana2 demi 'program' ini.....




Monday, December 12, 2011

Dah namanya anak dara...

Anak dara mama ni, baru 2 tahun, tp berangan nak jadi org besar dah....agaknya ni sama cam mama dia dolu2 kot..hahaha....

Org bawa handbag, dia pun sibuk bawak handbag, handbag buruk mama dah jadi milik dia...
Mama pakai foundation, dia pun tenyeh juga..aduh...Orang sibuk berbedak, dia pun sama sibuk...
Orang sibuk berlipstick, dia pun sibuk nak pakai "tiptik merah"...
Kalau mama pakai perfume, dia pun sibuk nak wangi2 juga walaupun busuk masam bangun tido gigi pun tak berus lagi...

Bila pakai baju baru, berdiri depan papa dan tanya "cantik tak?"...papa cakap tak cantik...terus merajuk...huhu
Bila mama pakai tudung dia cakap "cewah cewah..cantiknya tudung"...hehe anak mama ni, pandai bodek mama tau...

Mama susukan adik qaid, dia pun sibuk nak susukan "anak" dia...

Yang paling best, bercakap kat henfon mcm yer yer ar jer ada org dilawan bercakapnya, dan cara tutup henfon dengan dagu (flip) tu tiru papa punya style la ...tutup flip dgn dagu...

 Dan yang lebih best lagi....tolong mama tidurkan adik qaid dengan zikir (tapi tepuk perut adik kuat2 sampai adik terjaga balik..huhu)..
Zikir yang kakak suka lagukan:
Subhanallah, walhamdulillah, wa la ila ha illallah, wallahu akbar....
ataupun...
La Ila ha illa Allah, al malikul haqqul mubin, muhammadurasulullah, sodiqul wakdil amin...

Aduh abis lipstick  mama,....
handbag buruk ni kadang2 dibawaknya outing...huhu

tiru gaya mama kot?

main masak2.....cepat la beso, leh betul2 masak nak oii...

tengah sibuk susukan anaknya..hehe



Semua entry dan pictures di atas adalah draf mama sejak bulan April yang lalu, tp tak sempat publish. Since sekarang dah bulan December, dan umur kakak sekarang adalah 2 tahun 10 bulan, mama updatekan sikit lagi pic2 kakak di bawah ni...

Sekarang bangun pagi-pagi, dia akan tanya, mama sayang kakak tak? Kakak cantik tak? Kakak pandai tak? Kakak baik tak? Kakak rajin baca buku tak? Kakak comel tak? Kakak bijak tak? 
Hahaha..off course la sayang....semua jawapan utk di atas mestilah YA!






Tengok lah, bawak handbeg buruk gi bank..huhu..malu mama!


Main masak2 lagi........




        








Tak boleh nak tulis caption plak semua pictures ni, nape ntah.....Pictures tell the story la ye....

Sunday, December 11, 2011

Gendang Gendut...kenapa perut buncit?

Entry ini ditype semalam-10.12.11-lupa nak post....

Pas makan, belek perut..."Mama, nape tetiba perut ni buncit eh"

Oh yer....sedikit update tentang milestone budak miracle ini....dah lama tak update....
By November gigi adik dah 6 batang...
Makan berselera, alhamdulillah...
No more constipation.
Alhamdulillah sihat2 saja, harap2 takde lagi bronchiolitis cam dulu dan dulu...
Next 2 weeks kena amik 3rd dose of Pneumoccocal injection....
Duduk dah stabil since November....
Suka cruising...suka panjat2....
Jalan belum boleh tapi!
Jatuh sofa 2x, jatuh walker 1x, ada parut lagi kat dahi....anak jantan sungguh!
Salah satunya mama cerita di sini,
Panjat tangga dah sampai separuh lagi nak sampai atas.. ..tak sangka dah ada idea panjat tangga...terjerit juga mama dibuatnya...pantang tinggal sekejap!
Pastu tangga dah kena berpagar semula, cam time kakak dulu...
Semakin pandai bermain....suka main "aci ligan" dengan mama....
Bila mama wat gaya harimau mengaum, cepat2 dia lari panjat sofa sambil terjerit2......
Sangat suka menggigit....tengah nyusu pun gigit...time geram kat kakak lagi la suka gigit hidung kakak....
Semua benda especially kertas akan dimakan, sedap okeh!
(Ini berbeza dengan kakak, sebab kakak tak pernah masukkan barang2 bukan makanan ke dalam mulut, dan kakak tak koyakkan buku sejak dari baby)

Suka main tepuk amai-amai, suka lagu "Lagu 3 Kupang", dan suka joget2 bila dengar sebarang irama...
Dah pandai nak ikut mama gi keje, dah pandai marah bila barangnya diambil.
Badan masih kecil...dah lama tak timbang, next week lah...tp mama agak dalam 6kg lebih.
Stranger anxiety dah ada rupanya...mama tak perasan ini sebab time hantar rumah babysitter dia ok saja...
Rupanya bila jumpa orang tak dikenali dah pandai takut jika diambil dari tangan mama....
Bila mama or papa gi keje sangat suka lambaikan tangan....
Bercakap masih babling...'atetete'...'teqa'...'qaqak"
Bila nak pandai panggil mama/papa ni?
Bila lambat bagi nasi, dah pandai cakap nak, nak....
Bila dah kenyang dah pandai geleng2 tanda taknak....
Dah kenyang, tepuk2 perut sendiri sambil badan digoyang2kan....
Inilah yang dinamakan gendang gendut tali kecapi....
Memang bergendut sungguh perutnya....tiru macam siapa?





Saturday, December 10, 2011

Program Budayakan al-Quran


Kat Johor ni ada katanya arahan dari sultan Johor utk buat program budayakan al-Quran setiap pagi jumaat....
So setiap jumaat tempat kerja mama akan jemput sorang ustaz utk lead kami semua membaca al-Quran...
Alhamdulillah kes kematian ibu yang dulunya berlaku hampir setiap bulan telah dapat kami kurangkan...(mungkin ada berkatnya di situ)..

Sebahagian staff yang khusyuk membaca al-quran...diikuti terjemahan maksud oleh ustaz...

Tapi yang tak bestnya, selalunya yang staff lelaki asyik "uzur" jer... tiap2 minggu plak tu...
(.Pompuan kalau uzur biasanya seminggu jer..huhu....)

Friday, December 9, 2011

Jangan cuba nak tipu dokter eh!

Kisah 1. 
Semalam, mama jumpa seorang pesakit, muda remaja, 20 tahun. Baru berkahwin, dan kini hamil. Baru buka kad merah. Di kadnya tertulis Gravida 1, Para 0 ---> (psttt ....bagi yg bukan medical, Gravida 1 , Para 0 ini maksudnya dia hamil anak pertama dan belum pernah bersalin, ok.  )
Okey, mama suruh baring, nak check perut....tengok-tengok perutnya penuh dengan striae albicans.

Striae Gravidarum ----> These are reddish, slightly depressed streaks appear in the later months of pregnancy in the abdomen and sometimes breasts and thighs. It may be due to mechanical stretching or increased glucocorticoids which results in rupture of the elastic fibres in the dermis and exposure of the vascular subcutaneous tissues. After delivery, they become white in colour but do not disappear and called "striae albicans".

So maknanya stretch mark kat perut yang warna merah/coklat time U all pregnant tu akan jadi warna putih dan perut sedikit berkedut selepas bersalin...dan ini kekal dan sbg tanda bahawa korang pernah mengandung, tak bole tipu punye!

Dan perlu diriakkan di sini bahawa kulit perut mama sungguh bertuah sbb takde tanda itu, masih macam org belum pernah beranak...haaha best kan,  jgn jeles!!!
---> ( Nak riak tapi malu2 )

Ini pic striae gravidarum....mama google striae albicans tak jumpa pulak....tp imagine jer, yang tanda ini akan jadi warna putih selepas bersalin nanti::::


ini striae gravidarum, tanda hamil anak pertama, dan akan jadi putih selepas bersalin, dan biasanya kekal.



So tengok jer perut dia, terus mama tanya ini mengandung anak ke berapa...anak ke3 katanya... Huhu....habis nape tipu masa nurse tulis pada kad merah ni?...."Nurse cuma tanya pernah keguguran ke tak, tp dia tak tanya pernah beranak ke tak, so saya ckplah tak pernah keguguran".....
Haha...betul la pulak alasan dia....Si nurse pun satu, tak ambik history betul2...dah tu masa check tak check betul2...sekali pandang jer sepatutnya dah tau....
Mungkin nurse tu tak perasan dan tak sangka sbb budak ni baru kawen...tak sangka dah mengandung anak ke 3... Anak pertama masa umurnya 15 tahun, anak kedua masa umur 18 tahun (off course tanpa bapa yang sah, that's why kisah itu disembunyikan).


Kisah 2.
Wanita Indon, datang check hamil, tertulis pada buku : Gravida 1, Para 0.
Mama check perut, tengok2 ada caesarian scar....huhu..logik ker anak pertama tp dah ada caesarian scar....Sama juga kesnya, pernah mengandung di luar perkahwinan, dan suami sekarang tak tau kisah tersebut...tp mama terrpaksa juga tulis dalam bukunya salah satu  list of problem  adalah "1 previous scar"...


Ni Caesarian scar-tanda pernah melahirkan anak secara pembedahan (pic source: google)







Kisah 3: 
Baru kawen juga, Gravida 1, Para 0 juga
Kisah berkait dengan LMP (Last Menstrual Period : iaitu 1st day of your last period)
Dia bagitau LMP nya adalah sekian tarikh, dan dari tarikh itu dokter akan kira berapa minggukah pregnancy itu sudah berlaku, )
Bila dicheck perut, tengok perut is larger than the date, dan bila dibuat scan memang confirm baby sudah besar, contohnya dia bagi tarikh tu selalunya selepas nikah, tp bila dicheck sah2 pregnancy itu berlaku lama sebelum nikah.
Tipu lagi! Dia tak tau ke yang dokter akan check dan tak akan tertipu dengan helah2 tu semua...


Kisah 4
Ni kisah dah lama, masa mama masih di Perak dulu...
Ada sorang aci ni, kerje estate, selalu sangat datang minta mc, alasannya cirit birit.
Mula2 mama tak kenal dia, mama bagi la jugak...bila dah selalu sangat sampai dah naik kenal, mama dah malas nak bagi mc. Ada sekali tu dia cakap dia cirit birit, mama suruh dia pergi hantar itu sampel najis, (konon2 nak check apa kuman yang ada sebab asyik cirit jer memanjang)...Bila sampel diberi...huh!! Bukan kata cirit....ketul2 keras yang keluar, pastu dicampur air untuk nampakkan itu cirit....( uwekkkk ..apasal la mama ceta pasal najis plak nih..huhu)......Pastu confirm la mama tak kasi mc lagi....padan muka....tipu lagi!


Kesimpulannya, dalam sesetengah perkara korang jangan ler cuba2 nak tipu dokter eh...sebab ada certain benda yang memang obvious dan dokter tetap akan detect walau macam mana cuba nak tipu sekalipun.



Wednesday, December 7, 2011

Gajah Putih

Dulu masa baru beli mama pernah tulis tetang bakal gajah putih ini.....di entry ini

 Yang paling gajah putih adalah yang di tengah2 itu....
Ada sape2 nak beli ker...? Baru lagi,lum sampai setahun ni....





Monday, December 5, 2011

Qaid is cycling?!

Jom tgk pic ni....pic budak excited teringin nak naik basikal....padahal jalan pun belum boleh...




Haha..action jer lebey...padahal kaki tak sampai pun nak kayuh.....!




Sunday, December 4, 2011

Kakak in magazine..

Ini gambar time raya hari tuh....(gambar gadis melayu terakhir...pernah post kat sini dulu..).



Mama gadis ini gediks sikit bulan ni...tetiba jer terhantar pic ni ke majalah mingguan wanita....ingatkan lambat lagi keluarnya....
Last weeks mcm biasa beli jer...tgk2 dah ada...cepat pulak ...nasib baik beli minggu ni....
Haha..bila lagi anak nak masuk majalah kan...
Lambat lagi kalau nak tunggu mcm mama, lepas spm baru masuk majalah sekolah siap dengan biodata dan sejarah hidup...



Saja tepek kat sini wat kenangan qaisara....

Monday, November 28, 2011

Kakak dan sifat 20

Salam semua...
Ini update tentang kakak buat kenangan dan rujukan kakak sendiri bila besar nanti.....

Umur sekarang- 2 tahun 10 bulan...Ujung january nanti 3 tahun insyaAllah...
Sejak minggu lepas kakak teruja sekali bila terjumpa nasyid kanak-kanak dalam lappy mama ni....Mama pun dah tak ingat bila masanya mama savekan nasyid tu....

Sejak2 tu tiap2 hari bangun tido dan sebelum tido kakak buka laptop dan buka nasyid tu...ada macam-macam lagu nasihat dan selawat dalam tu....seminggu jer dengar kakak dah boleh hafal almost semua....

Yang paling mama dan kakak suka adalah lagu sifat 20....Ha! Sape tak ingat sifat 20???

 Sifat 20 adalah sifat wajib bagi ALLAH..dan semua mukallaf kena tahu itu....kadang2 bila dah lama tak baca kita mungkin jadi lupa kan...so dengan adanya nasyid tu, sifat 20 dilagukan dengan merdu dan mudah pulak diingat oleh kanak-kanak...

So sekarang hari-hari kakak akan nyanyikan lagu tu...alhamdulillah dah boleh ingat kesemua 20 sifat, biarpun dia belum faham maknanya....takpe..pelan-pelan nanti mama ajar maknanya pulak yer kakak....

Jom , kita review dan ulangkaji sifat 20 yer kawan-kawan....maaf, mama takde arabic keyboard....so tulis ikut rumi jer yer....

1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa'
4. Mukhalafatuhu lil hawadith
5. Qiyamuhu binafsih
6. Wahdaniah
7. Qudrat
8. Iradat
9.Ilmun
10. Hayyun
11. Sama'
12. Basar
13. Kalam
14. Qadiran
15.Muridan
16. A'liman
17. Hayyan
18. Sami'an
19. Basiran
20. Mutakalliman

Nampaknya alat bantu mengajar bukan sekadar buku, tapi laptop juga (jika diisi dengan pengisian yang bagus, bukan main game tak tentu arah)..
Kalau ada rezeki mama nak belikan kakak ipad lah insyaAllah...boleh download banyak lagi application yang membantu dalam pengajaran anak-anak)




Ni datang syeh nasyidnya, tengahari buta pun nak berbaju kurung....


Saturday, November 26, 2011

Adab memukul anak/isteri

Salam...
Terjumpa artikel ini dan mahu share dengan semua, kalau ada yang belum tau bahawa memukul anak/ isteri pada muka itu hukumnyaa HARAM....

Artikel penuh boleh anda baca di sini.

Mama copy paste di blog ini utk peringatan....

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun sama ada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Imam Nawawi (16/165) menghuraikan :-

"Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana :-

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.

2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.

3. Anggota yang ada padanya adalah anggota panca indera seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya

4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini serta mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.

5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas."


Imam Ibnu Hajar Asqalani (5/183) menghuraikan :-

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."


Imam Sun'ani (pengarang kitab Subul as Salam) (1/236) menghuraikan :-

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."


KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar-pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak atau anak murid sekarang ini semakin nakal dan sukar dikawal sehingga kadang-kadang provokasi melampau mereka memang jelas akan menguji emosi seseorang ibu, bapa atau guru-guru di luar sana.

Wednesday, November 23, 2011

Tuesday, November 22, 2011

Ibu segala emas...Dramatik sungguh!

Mama ni bukanlah kaki bola... Papa pun tak..
Tapi malam ni terdorong untuk sama2 menjerit GOAL!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau sape tengok tadi, memang 120 minit yang sangat mendebarkan...
Bayangkan seawal minit2 terawal Indonesia dah jaringkan gol...
Dan lama selepas itu barulah Malaysia berpeluang samakan gol. Dan seri itu berlanjutan sehingga ke masa tambahan...
Dah bagi masa tambahan yang pertama, pun masih terikat lagi...
Bagi lagi sekali masa tambahan , pun masih sama2 kuat...
Akhirnya penentuan pingat emas perlu dilakukan dengan sepakan penalty...
Sesuatu yang sangat mendebarkan.


Hasil Sepakan Penalti :-

1. Indon 1:: Mal 1
2. Indon 0:: Mal 1
3. Indon 1:: Mal 0
4. Indon 1: Mal 1
5. Indon 0:: Mal 1

Korang boleh tak bayangkan debarnya sewaktu sepakan ke 5 yang jadi penentuan tu..mula2 Indon sepak tak masuk...then Malaysia mengambil giliran (disepak oleh ketua pasukan Badrul Hisham )..masa nilah paling berdebar...dia sepak, dapat ditampan oleh penjaga gol Indon, tp kuasa Allah , bole yang telah ditampan tu meleret masuk ke dalam gol pulak..... hanya mampu dipandang sepi oleh penjaga golnya.....
Dan selepas itu suasana di dalam stadium yang terdapat beratus ribu penonton terus menjadi senyap....sedih....malu dan kecewa sekali pasukan Indon sebab tak berjaya ganyang Malaysia.....tewas di depan penyokong sendiri itu yang paling mengecewakan mereka...

Dan Malaysia....walaupun dengan sedikit sahaja penyokongnya....akhirnya dapat bergembira sakan...ALHAMDULILLAH...Malaysia berjaya mempertahankan ibu segala pingat emas yang di menangi 2 tahun lalu....





Monday, November 21, 2011

Pokok Serai Berbunga Yang Mistik??

Sewaktu kami mula2 mendiami rumah ini, my mom (nenek qaisara) dari kampung datang, sambil2 tu dibawaknya benih serai dari kampung, untuk ditanam supaya mudah mama nak ambik bila nak guna... My mom tanam 2 perdu kat blkg rumah.....cepat pulak besarnya tu..

Feb 2010-kami belum perasan kewujudan bunga pada pokok serai ni, lum tumbuh lagi kot.

27/7/2010- nampak tak bunga serai tumbuh melangit tinggi..pada perdu pertama ada 7 batang  serai yang tinggi dan  berbunga, pada perdu kedua ada 5 batang




Tak nampak dengan jelas kita close up sikit yer....




Close up lagi....


Bunganya mcm bunga padi gitu...(eh! you all kenal ke bunga padi)...heheh

Kata orang, serai berbunga ni simpan harta karun....hihi...tul ker....tak caya cuba try google tajuk serai berbunga atau mistik serai mesti jumpa mcm2 cerita....

Satu dari rumpun serai ini telah ditebang dalam usaha mencari kemistikannya.....namun tak ketemu....(itu harta karun bukan engko yang punya, tp ahmad albab yang punya...kata jin..hahaha..)

So tinggallah bunganya yang dah kering menjadi penghias ruang tamu rumah kami... (ada sesapa nak beli wat tangkal ker?....hahaha...tak bley tau...syirik main tangkal2 nih)

Ni la bunga serai kering penghias dinding....

Namun begitu, kemistikannya pokok serai ini tidak terhenti di situ....
Baru-baru ni waktu Mr Papa tengah bersihkan rumpun serai yang satu lagi tu, dia ternampak ini......


Perasan tak 2 btg serai di sblh kiri tu tumbuh di atas batangnya, bukan di dalam tanah seperti kebiasaannya

Tak nampak? Kita close up ckit....:





Serai 2 batang yang tumbuh di batang ni memang mama lum pernah jumpa jugak, sama mcm serai berbunga dulu...tapi nak tau apa jadi dengan si serai 2 batang ini?
Hari tu ibu mertuaku datang, dan dia teringin nak tanam serai jugak di rumahnya,kot2 boleh berbunga, dicantasnya serai 2 batang itu tanpa mama sedari,nak wat benih katanya......haha.....Maka tamatlah cerita mistik itu di situ agaknya.....


Korang ada cerita mistik? jom share jom.....






Sunday, November 20, 2011

Gaya Qaid di dapur..


Hihi...ini bukan chef yer tuan puan sekalian....
Ini cuma gaya seorang peneman setia mama di dapur....mana taknya, pantang mama hilang dari pandangan, dia mesti cari, so ke mana mama pergi, apa mama buat, semua dia nak bersama mama, nak ikut mama....

Oleh sebab selalu sgt ada kat dapo, byklah gambar dia , mcm2 gaya ada, nanges, ketawa, sampai lah gaya nak tido..huhu.....





ni gaya org ngantuk tp nak kena teman mama jugak..hihi

p/s;;;ada sesapa nak sponsor satu lagi walker? walker ni kakak punyer, elok lagi, tp dah naik itam...huhu

Saturday, November 19, 2011

Sara ; jom kita solat kawan2.....

Sebelum ni kakalu kakak solat pun, bantai dgn baju sexy dia, tudung pun kadang2 pakai kadang2 tak...
dah beli telekung semalam, semangat la kakak solat...alhamdulillah...moga terus diberi hidayah untuk teus menjadi hambaNYA yang menunaikan solat....