Sunday, May 29, 2011

After 34 years of age.....

1977.....29 Mei, hari bersejarah bilamana mama dilahirkan (cewah...bersejarah la sangat...)...alhamdulillah..
Berjaya meminum susu ibu selama hampir 5 atau 6 tahun...terima kasih mak!...alhamdulillah....
Membesar dengan sihat bagai juara, penuh kasih sayang mak dan ayah yang kini sudah meningkat usia...alhamdulillah...
1984-1994- Berjaya mengharungi alam persekolahan dan setiap peperiksaan with flying colors...alhamdulillah
Dikelilingi kawan2 yang mewarnakan perjalanan sebuah kedewasaan...menceriakan hari-hari dalam kehidupan...alhamdulillah....
1997-2002 Berjaya menempatkan diri di IPTA dalam jurusan yang agak mencabar...alhamdulillah...
Berjaya pula menempuh setiap profesional exam dengan jaya, tanpa sebarang extention..alhamdulillah....
2002 Berjaya menggenggam apa yang dinamakan ijazah....alhamdulillah
2002 Berjaya mendapat kerja hampir dengan rumah ( 4 jam perjalanan tu kira hampir la kan?)..alhamdulillah..
2002 Mengenali seorang  lelaki yang kemudiannya buat aku jatuh cinta separuh mati...alhamdulillah...
2002-2008 Mengharungi suka duka bercinta selama 6 tahun, biar penuh air mata, ada bahagianya..alhamdulillah
2008 Akhirnya takdir menyatukan...alhamdulillah....
2009 Lahirnya permata hati mama dan papa..Qaisara Nur Damia yang membahagiakan..alhamdulillah
2010 Lahir pula manikam sukma belahan jiwa mama dan papa, Qaid Mukhlis....alhamdulillah....

Hidup ini memangnya pendek, walau terasa panjangnya....

Walau penuh onak dan duri, semuanya akan terasa bahagia dan manisnya bila ada syukur dalam diri...

Tuhanku.....
Thank you ALLAH for all the kindness, every breath that i take, every moment  I live my life, every single thing U gave to me, tidak cukup satu pengucapan syukur atas apa yang telah KAU limpahkan padaku..

Ampunkan daku bilamana aku terlalai dan teralpa...lorongkan aku untuk sentiasa di jalan MU... jangan kau tarik nikmat hidayah dan iman yang Kau kurniakan buatku...

Ya Allah yang Pengasih dan Penyayang...
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecilku, berikan mereka kesihatan yang baik dan umur yang panjang di dalam ketaatan kepadaMU, lindungi mereka dari segala penyakit dan marabahaya....

Ya Allah..kau lindungilah diriku dan suamiku dari segala bahaya dan maksiat...
Kau lindungilah anak-anakku dari segala marabahaya dan kesakitan...
Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah yang bijak, berjaya dunia dan akhirat...

Ya Allah yang Maha Pemberi rezeki...
Jika rezeki kami masih di langit, turunkanlah, jika masih di darat keluarkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika haram, halalkanlah...
Murahkan lah rezeki kami sekeluarga....
Aminn ya Rabbal Alamin...


de alma mater......
Congrates!! U are graduated!!!
Blessed with a good , but yet challenging job



First posting di sini...2002









Blessed with a good and loving husband, a beutifull marriage..


Blessed with a cute princess...







Blessed with a handsome prince charming

p/s :::::  "" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)""
THANK YOU ALLAH....






5 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Happy Belated Besday Mama2Q.
Semoga setiap perjalanan yang dilalui diredhai Allah.Semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia sentiasa di sampaing mereka-mereka yang disayangi. :)

Jiejah @ Iza said...

Hepi b/day .. Alhamdulillah byk yg bahagia dr derita kan ?
moga² terus berbahagia ;-)

Mama2Q said...

thank u ibu aisya dan jiejah....insyaallah..amin..moga bahagia itu milik kita semua

najwa's said...

hepi besday :)

pensil magik said...

Happy Belated B'day mamaqaid. Seronok baca corentan anda.. walau berkenaland i alam maya tapi rasa dah kenal lama,, moga ikatan persahabatan dan ukhwah kekal selamanya.. moga anda dan keluarga di rahmati Allah selalu.. ~cheers