Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Photoshoot Raya

Salam AidilAdha semua...
Berapa ekor tumbang  tahun ni?
Kami?
Kami berkampung dalam umah jer tahun ni, langsung tak ke mana2. Balik kampung pun tak. Cuti sehari, rasa macam tak raya pun.
Tapi jangan taktau, kami bangun pagi2, dan mandi sunat hari raya juga!
Petangnya babysitter Qaid datang bawak daging korban...TQ so much kak!

Tak beraya, habis tu ada photoshoot raya juga?
Wakakaka....jangan marah mama okeh anak2....ini photoshoot raya Aidil fitri yang lalu...baru sempat nak upload pictures....Haha jangan marah okey.
Ibu beranak 3 tanpa maid, macam nilah gayanya...







Teringat 2008...Kami berdua...

2009....Alhamdulillah kami ber3

2010...Berganda kegembiraan....kami ber4


2014....Syukur padamu Ya Allah...kami kini ber5


Moga bahagia ini kekal hingga jannah...amin

Kalian permata hati belahan jiwa mama dan papa

Moga kalian selalu dilindungi Allah di mana jua berada.....





Thursday, March 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Suamiku sayang!

As-salam.

14 MARCH 2008 - Dikau terima nikahnya akan daku.
30 JANUARY 2009- Lahirnya permata hati kita Qaisara Nur Damia bt Zaidi
08 SEPTEMBER 2010- Lahir pula permata kedua, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Hari ini, genap 5 tahun  usia kita bercinta di alam rumahtangga.
Sesungguhnya aku bahagia. 
Dan aku tidak pernah mahu ada sesiapa menggantikan dirimu...
Dan tidak pernah akan ada seorang papa terbaik buat anak-anakku kecuali kamu.
Maka itu, doaku, kamu dan aku dikurniakan umur yang panjang lagi berkat..
Jangan pernah meninggalkan diriku, kerana aku mungkin tak mampu bertahan tanpa kamu.
Aku mahu terus siuman dalam dakapan kamu.

Kata ustaz, usia 10 tahun masih dikira pengantin baru, masih dalam proses saling mengenal.... proses taaruf...

Kerana itu, inginku kuucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUATMU DAN DAKU...:)
MOGA HIDAYAH ALLAH DAN INAYAHNYA SENTIASA BERSAMA KITA.....
dan MOGA CINTA KITA WANGI HINGGA ke SYURGA....
Kerana akulah bidadarimu....INSYAALLAH...






*********************************************************************************

p/s: Untuk suamiku, selamat berangkat. di esok hari......Sampaikan salam isterimu ini buat Rasullullah S.A.W...
Moga dipermudahkan sagala urusan di sana, dan moga2 ibadah mu diterima di sisiNYA....
.....dan moga ada kesempatan untuk kita berdua pula ke sana...insyaAllah....


Tuesday, May 1, 2012

Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI


Petua Untuk Mengambil Hati ISTERI

1. Memberi hadiah kepada isteri. Walaupun nilainya cuma beberapa ringgit tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan menguruskan kerja-kerja rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temankan isteri anda membeli-belah dan memberi pendapat anda apabila diminta
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum kahwin haram pegang tangan tapi ramai yang buat, bila lepas kahwin nak sentuh isteri pun susah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain didepannya. Ini akan membuatkan isteri anda berkecil hati dan berasa kekurangan.

By: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

(mama copy paste dari facebook, TQ to the writer ya!) 




p/s : agak2 hujung bulan ni apa Mr Papa nak kasi hadiah kat mama eh?

Thursday, April 19, 2012

RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU


RAHSIA ISTERI YANG SETIAP SUAMI PERLU TAHU

" Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau tea anda. Dia hanya utk memastikan rasanya sedap untukmu "

" Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda utk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu "

" Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu "

" Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu "

" Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana "

By: Excel Qhalif

(copy paste facebook)

Wednesday, March 14, 2012

Aku terima nikahnya....

14 Mac 2008 ...
Terima kasih kamu kerna menjadi suamiku...
Biar banyak rintangan, banyak onak dan duri...
Akhirnya jodoh itu tiba jua...

Ingat lagi tak ayat ini...."langkah mayat abg dulu kalau ada org nak ambil ayg dari abg"
Heheh...jgn termalu pulak dgn ayat ini ya sayang...
Kerana ayat ini ayat keramat tika itu..menggambarkan betapa cinta kamu kepadaku...
Ayat penawar dukaku tika itu...
Masih aku simpan semua ayat-ayat cinta kamu dari dulu hingga kini....
[Kerana itu telefon antik itu aku masih simpan hingga kini...]

Hari ini, hampir genap 10 tahun perkenalan kita
(tak sangka how time flies)
Dan hari ini genap 4 tahun perkahwinan kita
Masih ada banyak ranjau berliku perlu dilalui...
Namun aku ingin semua ranjau itu akan jadi sejuta kenangan manis buat kita nanti...
Biar perjalanan hidup ini dipenuhi warna warni cinta....
Biar semuanya terpahat di ingatan kita..
Agar bila kita tidak lagi cantik, tidak lagi hensem, tidak lagi gagah perkasa...semua kenangan itu akan jadi ubat untuk kita..
Dan kerana itu juga aku ingin mencipta seberapa banyak kenangan dalam hidup ini....

Ini..hadiah dariku....tak seberapa..tapi...biar bermakna, kan?



(sebenarnya diri sendiri yang teringin nak baca..hehe....belikan hadiah ini agar sama2 dapat manfaatnya..)


SAYANGKU..Happy ANNIVERSARY..moga jodoh kita kekal hingga ke syurga Ilahi...amin....



Tuesday, March 13, 2012

Berikan aku cinta...

Sayangku....

Berikan aku suatu barang, akan kuguna hingga ia menjadi 'antik'...
     **[walau kamu tak suka yang antik-antik itu ;) ]
Berikan aku suatu kenangan, akan kusimpan kenangan itu selagi masih dikurniakan memori sempurna...
Berikan aku cinta tulusmu, akan aku cinta kamu hingga akhir hayatku....

p/s : Esok anniversary kita, mau kamu bawa aku ke mana agaknya ya...
(atau mau aku ajak kamu ke mana agaknya).....

Monday, January 30, 2012

KENANGAN HAMILKAN KAMU...(27/4/2008-30/01/2009)


Dear QAISARA NUR DAMIA, sayang mama, cinta hati mama, nyawa mama...

Dulu pernah mama ceritakan tentang saat kelahiranmu yang sangat manis di  sana...
Dan untuk ulangtahun mu kali ke3 ini, ingin sekali mama coretkan juga di sini saat2 manis semasa kamu masih di dalam perut mama, agar suatu hari bila kamu bisa membaca, kamu akan tahu betapa tidak berbelah bagi kasihnya mama pada kamu......

Qaisara anakku...
Tanggal 14 March 2008 itu tarikh yang sangat manis bilamana papamu berjanji sehidup semati dengan mama...tarikh bila mana papamu berjanji menjaga mama sepenuh jiwa raganya, berjanji mencintai mama hingga akhirnya. Mama bersyukur untuk itu.

Waktu itu, mama masih di negeri Perak, manakala papamu di Johor. Maka demi cinta dan rindu yang tak pernah padam, perjalanan jauh terpaksa mama dan papa tempoh demi bertemu satu sama lain.

Mama ingat lagi, bulan Mei 2008 itu, saat mama tertidur kepenatan di dalam bas yang membawa mama pulang ke Perak selepas ketemu papamu, mama didatangi mimpi yang sangat indah yang sukar untuk diceritakan.. Mimpi sesuatu yang tak pernah terbayang dek mata, mimpi yang hingga saat ini mama rahsiakan dari sesiapa kecuali papamu.

Namun waktu itu mama tak pernah menyangka kiranya itulah petanda kehadiranmu. Hujung Mei itu, mama tertunggu2 kehadiran ’kawan baik’ mama (istilah yang diberikan oleh papamu utk apa yang disebut menses, yang kali terakhir ia datang pada 27/4/2008), namun kawan baik itu tak pernah datang Mei itu, hinggalah tarikh 2 June itu...  Usai solat subuh pagi itu, mama ambil keputusan memeriksa sendiri urine mama. Dan alangkah berdebar2 dan terketar2 tangan mama saat dua garisan positif itu muncul!!...Ya Tuhan....syukur tak terhingga mama panjatkan pada Ilahi...Terima kasih ya Allah untuk kurniaan ini...Hingga saat ini umurmu 3 tahun, mama masih simpan bukti dan kenangan itu...



Qaisara cinta hatiku...
Perubahan selera dari sukakan pedas kepada tak tahan pedas, mual dan loya di waktu petang serta malam hari, serta muntah  di saat menggosok gigi...itulah penangan kamu yang ada di dalam perut mama tika itu... Alhamdulillah dugaannya tidaklah terlalu berat buat mama, dan mama masih mampu bekerja dengan penuh semangat dan penuh rasa cinta.

Waktu itu mama masih perlu berjauhan dari papamu.. Menangis mama sewaktu memohon dipercepatkan pertukaran mama ke negeri papamu, agar mama tidak keseorangan menghadapi segalanya...Dan Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan ALLAH, bulan Julai itu mama ditawarkan utk berpindah tetapi dek kekangan perkhidmatan yang mendesak di tempat lama, perpindahan mama ditangguhkan hinggalah August 2008.
 
August 2008, alhamdulillah akhirnya mama dapat dekat sama papamu..kini mama punya tempat bermanja, tempat mengadu, tempat menangis, dan ketawa...

Awal-awal kehidupan bersama itu, segalanya sangat indah, biarpun adakalanya mama terrpaksa menitiskan air mata utk sesuatu yang tak perlu mama ceritakan di sini..
Mama ambil kesempatan ini memohon maaf kepada kamu kerna sering juga emosi mama terkesan oleh sesuatu lantas senang benar air mata ini tumpah...
Mama minta maaf kerana membiarkan emosi itu menguasai diri, namun mama tak berdaya waktu itu...dek kerana sakit hati serta amarah manusia, yang entah di mana silapnya, mama yang menjadi mangsa. Mujur ada papamu sebagai penguat mama.

Tapi tak mengapa sayang, di luar rumah, di tempat kerja, mamamu adalah seorang yang ceria, hingga tak pernah ada seorang pun tahu kelukaan dan duka yang mama tanggung. Mama cuba sebaik mungkin mengawal emosi diri agar lahirnya kamu nanti akan menjadi anak yang ceria juga. Mama perdengarkan kamu dengan bacaan ayat suci Al-Quran sejak awal lagi, dan pelbagai lagi doa yang mama amalkan dengan harapan kamu akan menjadi anak yang sempurna kejadian dan bentuknya, menjadi anak soleh, serta anak yang berjaya dunia akhirat. 

17 minggu, gerakan kamu di dalam perut mama sudah mama rasai...dan sejak itu mama senang sekali dengan gerakan itu. Gerakan kamu sangat lembut, tidak pernah menyusahkan mama dari dalam sana. Tidur mama nyenyak , mimpi mama indah-indah semuanya.

Aidilfitri tahun itu, mama seorang diri membawa kamu di dalam perut mama. Kita terbang pulang ke kampung ibubapa mama. Di sana ada cinta, ada kasih buat kamu. Kita berhari hari raya tanpa papamu..demi kerjaya yang menuntut pengorbanan seorang isteri. Air mata mama tumpah bila sendirian.

Aidiladha 2008, mama sekali lagi pulang ke kampung ibu bapa mama, kali ini bersama papamu. Terima kasih buat papamu untuk kenangan itu.

Pulang bekerja selepas Aidiladha itu, mama diserang suatu penyakit.
Waktu itu Chingkungunya tengah bermaharajalela di negeri Johor. Namun mama tidak tahu jika itu penyakitnya yang menyerang mama atau kah ia sejenis penyakit lain.

Waktu itu, seluruh sendi mama mengalami kesakitan yang teramat sangat. Walau tidak nampak di mana inflamasinya, dan tidak nampak sebarang bengkaknya, sakitnya hanya Tuhan saja yang tahu. Bayangkan  kedua-kedua pergelangan tangan mama tidak mampu mengangkat walau satu mug air. Sakit. Dan bayangkan sendi kaki yang sakit hingga berjalan pun terpaksa diperlahankan. Bayangkan lutut mama sakit hingga solat pun meitiskan air mata. Semua sendi mama sakit.

Hampir 2 bulan lebih kesakitan itu mama tanggung, namun demi tugas, mama gagahkan diri utk menulis, mama gagahkan diri utk memeriksa pesakit. Kerja mama yang memerlukan mama selalu bangun dan duduk semula ketika memeriksa pesakit , mama lakukan dalam keadaan yang amat sakit!  Sakit pada kaki yang berjalan, sakit pada tangan yang memegang perut pesakit dan sakit ketika menulis. Semuanya sakit!

Mama tidak tahu jika ada di antara pesakit itu pernah dimarahi mama dalam keadaan mama sendiri yang amat sakit waktu itu. Jika ada, mama harap mereka akan maafkan mama, kerana mama sendiri tidak berdaya waktu itu.

Kalau ada pesakit lain yang mengalami sakit yang mama alami, pastinya sudah berbulan ’MC’ diminta daripada doktor kan. Tapi oleh kerana mama ini seorang doktor, dan tiada yang akan menggantikan tempat mama waktu itu jika mama sendiri ”MC”, makanya mama terpaksa bekerja juga.

Alhamdulillah masuk bulan Januari, setelah 2 bulan menanggung kesakitan, akhirnya ia beransur hilang. Mama bersyukur saat itu kerana kiranya mama masih tidak mampu memegang mug air pun, bagaimana bisa mama memangku kamu bila kamu lahir kelak. Itu yang selalu mama fikirkan tika itu. Syukur sekali lagi. Tuhan itu Maha Pengasih. Diberinya sedikit ujian agar kasih mama dan papa bertambah erat, biarpun ada tikanya air mata tetap jua gugur di celah-celah kesakitan itu.

 29 Januari 2008, Khamis, mama bekerja hingga lewat petang. Kalau tak salah 6.30 petang masih di klinik waktu itu. Usai solat maghrib itu, mama lakukan solat hajat, dan mama usap kamu di dalam perut mama. Mama seru kamu agar segera keluar pada malam itu, malam Jumaat yang indah pada perkiraan mama.

9.30 malam, mama mula rasakan kelainannya sewaktu menghadap hidangan makan malam sendirian. Namun sempat juga mama habiskan nasi tersebut. Mama tunggu lagi, terasa lagi contraction itu datang, dan akhirnya bila mama yakin bahwa kamu akan tiba tak lama lagi, segera mama menelefon papamu agar segera pulang.

Papamu bergegas pulang, dan dengan beg baju yang tersedia dari awal, kami akhirnya berangkat ke hospital. Perjalanannya agak jauh, namun alhamdulillah perjalanan malam itu dipermudahkan, tiada traffic jammed seperti kebiasaannya di lebuhraya  itu.

11.30 malam, kami tiba dan disambut mesra petugas di Hospital Pakar Puteri, tempat yang mama pilih kerana doktornya seorang wanita muslimah. Biar aurat mama terjaga, hanya utk papamu sahaja aurat ini. Bukan darurat namanya bilamana kita punya pilihan, kan?

Sebaik diperiksa, jalan utk kamu keluar telah terbuka 3 cm. Papamu setia di sisi ketika mama bertarung dengan kesakitan itu. Segala doa mama baca bagi memudahkan perjalanan kamu ke dunia, dan memudahkan perjuangan mama ini.
Dan akhirnya pada jam 2.30 pagi Jumaat 30.01.2009 yang hening itu, kamu akhirnya tiba membawa cahaya buat mama dan papa. 




Qaisara at 3 year old. ALHAMDULILLAH

[Cerita tentang waktu lahir serta VIDEO kelahiran itu pernah mama ceritakan di sini...]


ALHAMDULILLAH, terima kasih ya ALLAH atas kurniaanMu yang  indah ini. Terima kasih kerana mengurniakan QAISARA NUR DAMIA menjadi anakku. Terima kasih kerana dia permata hatiku, terima kasih kerana dialah cahaya cintaku...


          HAPPY BIRTHDAY ANAKKU!!






Friday, November 11, 2011

11/11/11 @ 11.11

Untuk tarikh yang istimewa ini, mama dedikasikan ucapan ini khas buat suami tercinta:::




I LOVE YOU









p/s : saje nak bagi ada something special gak , tgk org lain pakat2 amik tarikh ni wat tarikh kawen...



Eh , nampak sedap plak love tu.. :)




Wednesday, June 8, 2011

Happy Birthday Sayangku dan Ibuku!

Semalam, 7/6/2011 adalah birthday En Suami....serentak pula dgn birthday my mom...
Didoakan agar keduanya :-
- sentiasa dalam rahmat Allah
- panjang umur dalam ketaatan,
- murah rezeki yang halal lagi berkat, 
- serta bahagia selalu, 
dan khas buat En Suamiku, moga bahagia kita berpanjangan dan kekal hingga ke syurga...Amin...

Tak sangka cepat tul masa berlalu, masa kenal En Suami dulu umur dia baru "28", tup2, dah 40...
Eh..no.no..no..your life shouldn't begin at fourty ok!
I know it's started earlier than 40..that's why i'm here....
(Hanya En Suami yg boleh faham statement ini...hehe)

By the way, mama bertuah dikurniakan papa...
Terima kasih Tuhan, kerana menciptakan dan mengirimkan lelaki ini untukku....
Panjangkan jodoh kami hingga hujung nyawa ya Allah...
Dan panjangkan umurnya dan umurku agar dia bisa menjadi tua bersamaku di villa ini...

Oh ya, 
En Suami and I are both Gemini...that's why we have chemistry kot?

Dan utk my mom pula, tanpa mu mak, siapalah anakanda ini...moga mak dan ayah terus diberi kebahagiaan berpanjangan....amin..


p/s En Suami....Sila tuntut hadiah anda 2 hari dari sekarang ok, lum sempat balut....heheh....



Sunday, May 29, 2011

After 34 years of age.....

1977.....29 Mei, hari bersejarah bilamana mama dilahirkan (cewah...bersejarah la sangat...)...alhamdulillah..
Berjaya meminum susu ibu selama hampir 5 atau 6 tahun...terima kasih mak!...alhamdulillah....
Membesar dengan sihat bagai juara, penuh kasih sayang mak dan ayah yang kini sudah meningkat usia...alhamdulillah...
1984-1994- Berjaya mengharungi alam persekolahan dan setiap peperiksaan with flying colors...alhamdulillah
Dikelilingi kawan2 yang mewarnakan perjalanan sebuah kedewasaan...menceriakan hari-hari dalam kehidupan...alhamdulillah....
1997-2002 Berjaya menempatkan diri di IPTA dalam jurusan yang agak mencabar...alhamdulillah...
Berjaya pula menempuh setiap profesional exam dengan jaya, tanpa sebarang extention..alhamdulillah....
2002 Berjaya menggenggam apa yang dinamakan ijazah....alhamdulillah
2002 Berjaya mendapat kerja hampir dengan rumah ( 4 jam perjalanan tu kira hampir la kan?)..alhamdulillah..
2002 Mengenali seorang  lelaki yang kemudiannya buat aku jatuh cinta separuh mati...alhamdulillah...
2002-2008 Mengharungi suka duka bercinta selama 6 tahun, biar penuh air mata, ada bahagianya..alhamdulillah
2008 Akhirnya takdir menyatukan...alhamdulillah....
2009 Lahirnya permata hati mama dan papa..Qaisara Nur Damia yang membahagiakan..alhamdulillah
2010 Lahir pula manikam sukma belahan jiwa mama dan papa, Qaid Mukhlis....alhamdulillah....

Hidup ini memangnya pendek, walau terasa panjangnya....

Walau penuh onak dan duri, semuanya akan terasa bahagia dan manisnya bila ada syukur dalam diri...

Tuhanku.....
Thank you ALLAH for all the kindness, every breath that i take, every moment  I live my life, every single thing U gave to me, tidak cukup satu pengucapan syukur atas apa yang telah KAU limpahkan padaku..

Ampunkan daku bilamana aku terlalai dan teralpa...lorongkan aku untuk sentiasa di jalan MU... jangan kau tarik nikmat hidayah dan iman yang Kau kurniakan buatku...

Ya Allah yang Pengasih dan Penyayang...
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecilku, berikan mereka kesihatan yang baik dan umur yang panjang di dalam ketaatan kepadaMU, lindungi mereka dari segala penyakit dan marabahaya....

Ya Allah..kau lindungilah diriku dan suamiku dari segala bahaya dan maksiat...
Kau lindungilah anak-anakku dari segala marabahaya dan kesakitan...
Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah yang bijak, berjaya dunia dan akhirat...

Ya Allah yang Maha Pemberi rezeki...
Jika rezeki kami masih di langit, turunkanlah, jika masih di darat keluarkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika haram, halalkanlah...
Murahkan lah rezeki kami sekeluarga....
Aminn ya Rabbal Alamin...


de alma mater......
Congrates!! U are graduated!!!
Blessed with a good , but yet challenging job



First posting di sini...2002









Blessed with a good and loving husband, a beutifull marriage..


Blessed with a cute princess...







Blessed with a handsome prince charming

p/s :::::  "" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)""
THANK YOU ALLAH....






Sunday, May 8, 2011

Tak sempat beri kad ucapan.....

Sebak sangat2, menitik air mata baca berita ni...betapa kuatnya kasih seorang ibu....lambang kasih ibu yang tak pernah putus hingga hujung nyawa... moga arwah dicucuri rahmat...

 Tak sempat beri kad ucapan

KOTA BHARU: Sebelum ini, Rashidah Illiana Zamri, 7, bersama dua adiknya akan menyerahkan kad yang dihasilkan sendiri bagi meluahkan perasaan kasih sayang sempena Hari Ibu, namun semalam detik manis itu hanya tinggal kenangan, malah diselubungi suasana pilu selepas ibu mereka Rafidah Ismail, 36, maut dalam kebakaran di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari kelmarin.
Bapa kanak-kanak itu, Zamri Hamat, 38, berkata menjadi kebiasaan setiap kali Hari Ibu, Rashidah dan dua adiknya Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, menyediakan kad untuk ibu mereka bagi meluahkan perasaan kasih sayang.

“Sebelum ini, ada kad yang dia (Rashidah) buat di sekolah, dan ada juga disiapkan di rumah bersama adiknya, malah saya turut membantunya menyediakan kad itu.
“Kad itu akan diserahkan kepada ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan kami sekeluarga meraikan Hari Ibu bersama-sama. Bagaimanapun, kini semua detik manis itu hanya tinggal kenangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Rafidah menyelamatkan tiga anaknya daripada kebakaran di rumah mereka, namun dia sendiri terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, Rafidah sempat mengeluarkan anaknya menerusi tingkap, namun gagal keluar kerana ruang antara besi yang dibengkokkan hanya muat untuk kanak-kanak.

Difahamkan, selepas menyelamatkan anaknya, Rafidah cuba keluar menerusi pintu utama, tetapi ketika membuka jeriji pintu berkenaan kunci tiba-tiba terjatuh, menyebabkan mangsa panik dan lemas akibat asap tebal.

Selepas api dipadamkan bomba, mayat Rafidah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui rentung berhampiran pintu utama rumahnya.
Zamri berkata, dia masih terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan semoga roh arwah isterinya dicucuri rahmat.

Katanya, dia sebak melihat keadaan tiga anaknya yang buat pertama kali tidur tanpa ditemani ibu mereka.

“Sebak apabila melihat anak malam tadi (malam kelmarin), anak bongsu (Zaim Iqbal) asyik menangis dan hanya tidur pada jam 4 pagi. Biasanya dia tidur dengan mamanya, tetapi keadaan sekarang berubah.

“Anak sulung (Rashidah) dan kedua (Zaim Shahrul) lebih banyak mendiamkan diri, mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya.

(Berita dari harian metro  )

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak!

Buat mak tersayang,
Jasa dan budi mak tak akan pernah terbalas walau dengan segunung intan juapun...
Mak yang tak pernah jemu menjaga, mendidik, melayan, menyayangi, menasihati, dan segala yang mak buat..demi anak-anaknya...
Mak yang tanpanya, siapalah kami ini...
Tanpanya, mungkin kami tidak di sini...tidak sekukuh ini...
Mak yang sentiasa gigih, menggalas pelbagai beban di bahunya..
Mak yang tak pernah minta jasanya di balas.
Mak yang tak tidur malam bila anaknya kesakitan.
Mak yang sentiasa cuba melindungi anak-anaknya..
Mak yang tak pernah putus doanya buat semua anak-anaknya..
Mak yang tak pernah putus asa mengharungi getir kehidupan..
Mak yang selalu tabah, sabar dan kuat..

Mak yang dia adalah wanita contoh, wanita berhati waja..
Mak yang selalu air matanya mengalir bila perpisahan melanda..
Yang selalu tak dapat menahan sebaknya bila anak-anaknya jauh darinya..
Mak yang selalu menunggu kami makan di waktu kecil dulu, sambil mendengar cerita tentang sekolah kami, tentang kawan-kawan kami...tentang cikgu kami..
Mak yang mengangkut air di perigi..

Mak yang harum badannya dengan getah skrap...
Mak yang berpeluh badannya menabur benih padi di sawah..
Mak yang miang badannya menabur baja ...
Mak yang basah bajunya menangkap ikan di bendang..
Mak yang sakit uratnya menjunjung berguni beras dahulu kala..
Mak bukan surirumah sepenuh masa, kerana kerja mak di dalam dan luar rumah itu sama beratnya
Segala yang mak lakukan, demi sesuap nasi, demi membantu sang suami.....
Semuanya tentang mak, adalah tentang kasih sayang...
Kasih mak yang tak pernah putus, hingga ke hujung nyawa...
Hanya dialah mak....
SELAMAT HARI IBU, MAK!

Wednesday, March 30, 2011

Bila Dalam Hati Ada CINTA

Bila ada cinta, segalanya indah.
Bila ada cinta, semuanya manis.
Bila ada cinta, yang busuk tercium wangi
Bila ada cinta, ada tanggungjawabnya.
Bila ada cinta, ada hak2 yang menanti utk ditunaikan.
Bila ada cinta, kadang2 ada air mata.
Bila ada cinta, kadang2 ada rajuknya.
Bila ada cinta, kadang2 ada marahnya.
Bila ada cinta, kadang2 ada puasnya.
Bila ada cinta, kadang2 ada ketidakpuasannya (hati) :)
Bila ada cinta, segalanya tidak berkira.
Bila ada cinta, sehari tak ketemu terasa sakitnya rindu.
Bila ada cinta, jika boleh mahu sentiasa di depan mata.
Bila ada cinta, tertunggu2 sms dari dia
Bila ada cinta, dapat satu panggilan ringkas sudah cukup bermakna.
Bila ada cinta, satu pujian (walau tidak tahu ikhlasnya) sudah bisa buat hati cair.
Bila ada cinta, sekadar berselisih di jalanan , sekadar mengangkat lampu kereta dan saling melambai tangan, sudah bisa buat hati berbunga bagai dalam taman sepanjang hari.

Bila dalam hati ada CINTA, segalanya hanya untukmu..wahai sang suami....

p/s: Tatau nape leh ter bicara romantis plak ni.... actually ini utk our eniberseri  14 Mac  yg lalu...sebab hari tu tak sempat tulis..:)

Wednesday, March 16, 2011

It's Our Anniversary!

Sepatutnya entry ini ditulis 14hb Mac yang lalu, tapi sejak bekerja semula ni mama memang terlalu penat dan cepat mengantuk, so terlewat sikit entry ini...

Nothing much, just wanna say thank you to my other half for being a great husband and a loving papa...
Without you, my world is not complete. Without you, i'm lost. So please dear, bear with me till the end of my life. Promise me that you will love me till my last breath. Promise me you will hold our ijab and kabul tightly.

Tuhanku, kekalkanlah kebahagiaan kami hingga ke syurga. Lorongkanlah kami agar sentiasa dalam inayah dan keimanan terhadapMU. Bantulah kami membina usrah sakinah yang Dikau redhai.

Subhanallah...aku mencintainya....Subhanallah..aku tak akan pernah sanggup kehilangannya. Maka Tuhanku, kau peliharalah keluarga kami dari segala bahaya, mudarat, dan dengki iri manusia. Panjangkanlah umur kami dalam ketaatan terhadapMu. Sejahterakan lah keluarga kami sentiasa. Jadikanlah anak-anak kami anak soleh yang menjadi penyejuk mata.

Ya Allah, perkenankan doaku ini...moga jodoh kami berkekalan hingga ke hujung nyawa, insyaAllah.

Happy 3rd anniversary my beloved !




p/s : nak tau bagaimana kami menyambut tarikh keramat 14/3 ini? oppss....biarlah rahsia...;)


Monday, February 28, 2011

Benarkah begitu?

Hari khamis lepas tengok satu drama melayu, ceta sepasang suami isteri yang isterinya tengah pregnant. Makcik jiran sebelah rumah datang melawat, antara pesannya kepada si suami:
" Jagalah isteri ni baik2, dia mengandung ni, orang kata kalau suami jaga si isteri dengan baik, anak tu akan lebih sayangkan ayahnya nanti"

Tertarik dengan ayat tu, betul ke camtu?
So kalau si anak tu langsung tak nak dengan ayahnya, menangis bila diambil ayahnya, nak dengan mak jer, adakah maksudnya si ayah telah tidak menjaga ibunya dengan baik dulu?

Dan bila melihat qaisara, dia memang rapat dengan papa, manja dengan papa, dan boleh dijaga papa ketika mama tiada, adakah itu bermaksud papanya telah menjaga mama dengan sangat baik sekali dulu...?

Sekalung terima kasih buat papamu Qaisara...:)...Boleh ler mama pregnant lagi...suka tau, leh manja2...........heheh....

Saturday, February 26, 2011

Akan berkurangkah bahasa cinta kita?

Semalam, barang yang kami order 3 minggu lepas akhirnya sampai. Itupun selepas papa pergi wat follow up kat tempat jualan dia.

Happy tau papa dapat ni, yerlah...leh urut2 badan anytime, leh urut2 kaki, leh bersenam..target berapa kg nak turun dalam masa sebulan ni agaknye?

best diurut begini selalu kan?

 papa dah tak payah wat reflexology utk mama by hand....


Harap2 juga barang2 ni tak jadi gajah putih, terutama yang ini::




Remember mama pernah ceritakan dulu di entry ini, bahawa salah satu bahasa cinta adalah melalui sentuhan dan khidmat bakti cthnya pelukan, urutan, dan lain2 sentuhan.
                Sesuatu yang bermain di fikiran mama sejak barang2 ini diorder, akan berkurangkah bahasa cinta kami? Akan kalahkah mama? Kurang sedapkah urutan mama berbanding kerusi ini ?
(**ntah hape2 kan, dengan kerusi pun nak cemburu...)

Dan yang paling penting, akan tiada lagikah peluang mama membuat pahala percuma ?
**Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.**

Dan akan ngelatkah papa bila diminta memicit mama? 
"eh takkanlah dah ada kerusi urut abg lagi yang kena urut? ". Papa.
"kerusi urut tak pandai cari urat yg sakit" . Mama.
(**dalam hati: kerusi urut cuma mengurut tanpa ada kasih sayang**)


Jika dulu mama bangun menyusukan baby, papa ikut bangun memicit2 bahu mama agar mama segar dan tidak mengantuk, nampaknya sekarang papa punya alasan untuk tidak turut bangun bersama mama di tengah malam lagi...
huhu *** mode sedih.


Apapun, harap berbaloi-baloi beli benda ni...kalau tak guna, mama jualkan jer balik..kekeke..

(*perkataan berbaloi-baloi itu adalah nahu yang salah , taktau macam mana Celcom leh guna word nih, sama macam kereta Persona, patutnya pesona jer...-kata cekgu BM*)

Tuesday, February 8, 2011

Makna Family Bagi Qaisara


Berjauhan dari keluarga buatkan kadang2 mama sedih....tapi takdirnya di sini destinasi mama. Utara-selatan, 12 jam perjalanan, selalu buat mama homesick. Selalu buat air mata mama mengalir. Sesungguhnya mama rindu. Tambah lagi bila memandang wajah putera dan puteri mama ini dalam lena tidur mereka. Kesian mereka, terlalu jauh untuk merasa kasih sayang dari tok,tokwan, dan ibu2 saudara mereka.... Kadang2 rasa bersalah. meninggalkan ibu dan ayah yg telah tua di kampung. tanpa dapat membalas sepenuhnya jasa mereka.
Di sini, kami cuma ada papa. Sepertinya kami tidak punya sesiapa lagi selain papa. Benarkah?

Namun, mama selalu tahu, air yang dicincang tak akan putus (jika bil air sentiasa di bayar).  
Walau kadang2 hanya 2x dalam setahun bertemu keluarga mama, kasih sayang mereka sentiasa mekar buat qaisara dan qaid.
Bila mama melahirkan baby qaid, semua ibu saudaranya datang bertandang,toknya datang walau perjalanan itu memenatkan usia tuanya. Walau jauh, tapi diusahakan. Walau ada yang harus merentas laut cina selatan, tiada paksaan di situ.  Terima Kasih.

Bagi qaisara, bila ditanya mana tok dan tokwan , jawabnya di kampung.
Makna ibu saudara bagi qaisara adalah maklong, makndak, achik dan ibu.
Makna saudara sepupu bagi qaisara adalah Izz Adib Wajdi, kak Iffah Hanani dan abang Haziq Hakimi.

Bila melihat gambar mereka, pantas disebut nama mereka satu persatu. Betapa kuat ikatan hati itu kan? Walau jauh, cinta dan sayang itu kukuh. Bila sesekali berjumpa, happynya qaisara teramat.
Bila berjumpa, tiada rasa cuak, tiada tangisan (seperti lazimnya anak kecil yang melihat strangers).
Bila pulang ke kampung, ada rasa damai di hati mereka barangkali, tidur mereka lena walau rumah itu jarang sekali dikunjungi.
Dan bila berjumpa, sepertinya kami tak pernah tinggal jauh dari mereka.

Itu kerna adanya sayang. Kerna adanya cinta. Kerna kukuhnya ikatan. Kerna ambil peduli mereka. Love is about sharing and caring. Dan famili is all about love.!!

p/s : walaupun begitu, mama selalu berharap untuk terus tinggal di tempat asing ini, kerna di sini kami ada papa. Mama selalu berharap untuk menjadi tua bersama papa di villa ini.Bersama membesar dan mendidik permata hati kami. Tuhan makbulkan doaku...panjangkan usia kami berdua, agar anak2 kami tak merasa trauma kehilangan kasih mama dan papanya...

Monday, January 24, 2011

5 Bahasa CINTA


Kali ni nak berbicara tentang cinta lah pulak.....mama dapat ni waktu dengar rancangan apa ntah..dah lupa sbb dah lama, tp mama sempat salin... (semangat tau, sbb bab cinta kan!)

Okey..CINTA ..satu anugerah Allah..hanya orang tertentu jer akan merasa apa itu cinta..ada orang berkahwin tanpa cinta..ada orang bercinta bertahun2, tapi tak kawin.. ada orang bercinta gak bertahun2..sblm akhirnya dapat kawen....tu semua takdir tuhan yang menentukan...
Sama seperti takdirnya mama bertemu papa dan akhirnya buah cinta yang terhasil : Qaisara & Qaid .
(Agaknya kalau papa qaisara tak ngorat mama dulu, mcm mana jalan cerita hidup mama kan?) Tapi tak boleh nak cakap "kalau" itu sbb tertulis takdir dan jalan cerita hidup mama begini.

Eh melalut la pulak, nak cerita pasal cinta la...

Sebenarnya cinta boleh dan perlu dipupuk., dan sebab itulah ada 5 bahasa bagaimana orang mengatakan cinta.

1) Pemberian hadiah
Bila bercinta, hadiah is one medium utk memberitahu org yg kita cinta itu bahawa kita cinta dia. Tak semestinya benda yang mahal, sbb yg sedikit/murah tapi ikhlas itu lebih membekas di hati (tp janganla sekadar beli hadiah sekadar melepas batuk di tangga, tanda ada hadiah diberi, sampai cikai sgt..beli benda yg berguna la)
  

2) Sentuhan
Kata Dr Fadhilah Kamsah, peluklah isteri 7 kali sehari,
Kata mama, sentuhan dan pelukan itu menenangkan jiwa..sentuhan itu tanda kasih dan cinta.. (yerlah..kalau kita tak cintakan org tu, ader ke kita nak gi sentuh or peluk dia?)


3) Masa yang diluangkan bersama
Kalau kita tak cinta org tu, takkan kita sesuka nak gi buang masa layan dia, kan..so sebaliknya juga, sebagai bukti cinta, kita biasanya akan sentiasa nak luangkan masa dengan pujaan hati kita tu...bak kata org, tidur tak lena tanpa dia, mandi tak basah kalau tak bersama dia, makan tak lalu kalau dia takde (tapi makan sampai kenyang gak, itu perlu ..heheh)
Satu lagi kontek tentang masa adalah bercuti bersama...sebab percutian itu pastinya akan beri detik indah utk dikenang bila satu hari dia atau kita dah takde...


4) Perbuatan atau khidmat bakti
Bila bercinta, dah tentunya kita sentiasa nak mudahkan si dia, nak kongsi segala susah payah dia, nak ringankan kerja dia, betul tak? Kita tentu tak nak si dia yang kita cinta itu menanggung segalanya sendirian. 
            Alah..contoh mudah khidmat bakti isteri pada suami: tolong masak utk dia, tolong picit badan dia bila dia penat, tolong pijak2 badan dia bila dia suruh, itu semua sebab isteri cintakan suami.
     Tapi suami janganlah plak wat isteri cam kuli..bukan semua kerja di rumah itu tanggungjawab isteri..setakat cuci toilet, sapu sampah, sapu habuk kat kipas, dan segala kerja yg agak tough itukan lebih mudah si suami yg lakukan. Takkan semua nak harapkan si isteri? Tambah2 kalau isteri pun bekerja dan menyumbang utk tabung keluarga, isteri pun tahu penat, tul tak? (nasib baik mama ni surirumah jer...)
Even kalau lebih cinta lagi, tolong masakkan utk isteri pun ok aper, ataupun tolong basuh baju, sidai baju..tak jatuh standard seorang suami berkhidmat bakti begitu utk yg dicinta.


5) Kata-kata/ Ucapan CINTA
Bila cinta, ucapkanlah cinta. Jangan disimpan kata2 itu sampai si dia dah takde lagi. Masa tu mesti nyesal sebab si dia tak tau perasaan kita samada kita sayang dia atau tak.
Susah ke nak ucap cinta? Tak susah pun kalau dibiasakan. 
Kalau tengok omputeh tu, sampai ke tua masih berpegangan tangan, masih ber - 'i lap u, u lap me' lagi. Kalau tengok org kita? Malu la konon nak jalan pegang2 tangan. Abis masa bercinta tu tak malu la sangat. 

Bak kata Mr Papa di dalam pantunnya:

Cik Y*** sedang bercinta
Sedang bercinta sepenuh hati
Siapa kata abang tak cinta
CINTA abang sepenuh hati

Huhu..sangatlah tidak bermutu pantun ini..sapa la cekgu BM dia masa kat sekolah, sure sedih dengar pantun ni...



CINTA....Moga kekal di hati kita hingga hujung nyawa...


Thursday, December 23, 2010

For the rest of my life....

Semalam, sewaktu menunggu papa mendapatkan kereta selepas selesai pemeriksaan Qaid Mukhlis, mama terpandangkan satu insiden yang buatkan air mata mama bergenang  . ** tahan kuat-kuat agar tak jatuh depan org, ok!**

Mama nampak satu couple, pakcik (50s-60s) dan sorang makcik (50s) kat depan tempat menunggu tu. That makcik was on wheel chair, dan pakcik itu, dengan kudrat yang tidak seberapa, terkial-kial mengangkat makcik yang tidak berdaya bergerak untuk masuk ke dalam kereta.( makcik agak berisi sikit). Namun walaupun terpaksa begitu, mama nampak keikhlasan dan kasih sayang terpancar di wajah pakcik tua terhadap isterinya.

So touching... so loving....
Penuh kasih sayang..
Dengan cintanya....
Meski dimamah usia, cinta dan kasihnya tetap sama...
Meski makcik kini tidak lagi bertenaga hingga terpaksa dibantu menguruskan diri, cinta suami tetap utuh buat sang isteri..

Suddenly mama become so emo, jika suatu hari mama tak berdaya lagi,  will papa's love remain forever?? Will he be with me for the rest of my life? 

Tetiba teringat lagu yg papa nyanyikan utk mama  : Maher Zain ::::For the rest of my life:::::
***haha...walaupun papa tak ckp yg papa dedicatekan utk mama, tp sbb papa nyanyikan depan mama, kira utk mama la kan!***

I praise Allah for sending me you my love   You found me home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart  I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night

I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I I`ll be there for you I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally For the rest of my life  I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you.loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart


******Mama hope that papa's love will be forever and ever till the end of my life****

p/s ::: mood emosional...hehe