Sunday, December 25, 2011

Doakan dia

Mama baru dapat berita melalui fbook, suami kepada sahabat mama kini sedang berjuang utk hidupnya di ICU HUSM Kubang kerian. Sahabat itu, Azira Baharudin adalah teman seperjuangan mama ketika di HUSM dulu. Kami pernah rapat kerana satu group tutorial dr year 1 hingga 3rd yr. Pernah sekampung ketika program anak angkat CFCS. Kami pernah berkongsi rasa dan pendapat ketika mula2 Azira mengenali suaminya. Dan jodoh mereka ,akhirnya mereka berkahwin setahun selepas kami tamat pengajian.

Dikurniakan sepasang kembar lelaki, mama tau mereka bahagia bersama...Sokongan suami pastinya sgt kuat, membolehkan Azira menyambung pelajaran, dan kini di tahun akhir program masternya.

Suaminya menghidap lympoma, dan telah menjalani rawatan chemoterapy, dan kini mengalami Acute Respiratory Distress syndrome (ARDS)., maka beliau perlu dintubatekan.
Terbaru mesej dari Azira kepada seorang sahabat lain yang dipostkan di fb : 

salam sahabat semua,terima kasih atas doa dan sokongan, esp kepada azaharim,& suzila atas bantuan smlm- suami saya sekarang on high ventilator setting, 4 inotropes,vancomycin,osetalmivir,casfupungin,4 sedatives drugs, latest bp : 100/60,pr 160,spo2 95, ABG improving Doakan kekuatan kami...

Buat sahabat mama ini, mama doakan beliau terus diberikan ketabahan dan kekuatan utk hadapi segalanya, dan mohon doa juga agar suaminya diberi kesembuhan oleh ALLAH...Allahu yashfi akhi Syukiman Md Daud, suami sahabatku ini...... .....

No comments: