Saturday, June 25, 2011

Warded Again!

Sejak ahad lalu Qaid dah start demam , batuk dan blocked nose, tp mama bertahan di rumah...Nak cuti susah nak cari ganti...
Akhirnya hari khamis (23/6/2011), mama amik emergency leave, utk jaga Qaid di rumah. 
Petang rabu sebelum tu, waktu amik dari rumah BS, Qaid nampak lemah sangat, rupanya seharian dia cuma minum 3 oz!!

Kesian sgt anak mama ni..
Petang tu jugak, nampak dia macam dah tak boleh bernafas, terus bawak ke klinik..Mula2 nak gi Hospital Penawar, tp mcm tak sempat, so singgah klinik swasta dekat dgn rumah.
Doctor tu sedut lendir dan kahak dia yg banyak kat dada, baru nampak dia ok dan boleh bernafas...

Hari khamis, bawak dia jumpa Paediatrician di Hospital Penawar, terus kena masuk ward...
Seperti biasa, bagi antibiotik, bagi nebulizer 4 jam sekali.
Actually the doctor did try to insert branula untuk masukkan IV antibiotics, tp selepas beberapa kali cubaan mencucuk, nampaknya doctor terpaksa mengalah. Susah plak nak dapat line Qaid kali ni, mungkin sbb dah banyak sgt parut...

Qaid...please stay healthy after this..sangat susah untuk cucuk kamu dan masukkan wayar2 itu!!! 
Menjerit2 Qaid kesakitan setiap kali dicucuk, tp nak buat macam mana, memang susah. Last2 doctor bagi oral antibiotik jer...

Hari ni hari ketiga kami di sini...Malam pertama tu kakak qaisara pun terpaksa tido kat spital, sbb papa keje malam..
Susah jugak nak handle 2 org budak ni...terutama si kakak..suka nangis kuat2....esp waktu minta nenen! Ingatkan dah lupa, sbb dah 3 hari tak minta, tp rupanya dia pantang mama baring sebelah dia, terus teringat nak nenen.
Adik lak rilex jer tido sorang2 kat katil dia...takde kepoh2 pun..huhu....

Esok pagi2 jumaat tu, papa balik keje terus ambik kakak bawak balik rumah. 

Harap2 hari ni qaid boleh balik...tp susah nak cakap, sbb setiap kali batuk, qaid nampak sangat susah bernafas..kdg2 sampai nak biru dibuatnya...

Oh! mama sendiri pun batuk dan selsema hampir seminggu jugak...sama macam Qaid dan kakak juga.. (actually kakak yg mula2 kena tp skrg dah baik sikit..)

To all...please doakan kesihatan Qaid Mukhlis yer...thank you...





kakak tido ngan mama, adik tido sorg...






layu jer mata, senyum pun taknak....sian anak mama!

nebulization

5 comments:

Nora Deena said...

baby qaid ada asthma ke mama ? sian qaid.. untie deena doakan baby qaid sihat dan ceria k.. :)

AI said...

- moga qaid cepat sembuh...

Mama3Q said...

@ auntie Deena, thank you...n amin... Qaid takde asthma, tapi sbb premature, peparunya lebih senang kena jangkitan kuman berbanding baby term, so susah bernafas ckit..

@ Ai, thank u..amin...

Najwa.H said...

moga qaid cepat sihat dan moga mama dia sentiasa tabah...

mamat said...

comel btul baby tu mama :D