Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

FM " From Peru With Love"......

As-salam....
Ta tara!!
Barang ditunggu dah sampai!!!

Terima kasih tak terhingga buat Marya From Peru with Love yang kini nun jauh di PERU sana atas kiriman fridge magnet yang cute....
Now, setiap kali memandang peti sejuk tu pasti nama Marya akan terdetik di ingatan....:)
Didoakan Marya dan famili sihat2 saja di sana.....dan moga kehamilan kali ini dilalui dgn tabah di perantauan.....
(p/s : Ada ngidam apa-apa from Malaysia tak? :) )

Nampak tak?

Muchas gracias Marya!
Ada masa leh la jenguk blog Marya yang lagu satu ini: http://casadelamarya.blogspot.com


Sunday, December 25, 2011

Doakan dia

Mama baru dapat berita melalui fbook, suami kepada sahabat mama kini sedang berjuang utk hidupnya di ICU HUSM Kubang kerian. Sahabat itu, Azira Baharudin adalah teman seperjuangan mama ketika di HUSM dulu. Kami pernah rapat kerana satu group tutorial dr year 1 hingga 3rd yr. Pernah sekampung ketika program anak angkat CFCS. Kami pernah berkongsi rasa dan pendapat ketika mula2 Azira mengenali suaminya. Dan jodoh mereka ,akhirnya mereka berkahwin setahun selepas kami tamat pengajian.

Dikurniakan sepasang kembar lelaki, mama tau mereka bahagia bersama...Sokongan suami pastinya sgt kuat, membolehkan Azira menyambung pelajaran, dan kini di tahun akhir program masternya.

Suaminya menghidap lympoma, dan telah menjalani rawatan chemoterapy, dan kini mengalami Acute Respiratory Distress syndrome (ARDS)., maka beliau perlu dintubatekan.
Terbaru mesej dari Azira kepada seorang sahabat lain yang dipostkan di fb : 

salam sahabat semua,terima kasih atas doa dan sokongan, esp kepada azaharim,& suzila atas bantuan smlm- suami saya sekarang on high ventilator setting, 4 inotropes,vancomycin,osetalmivir,casfupungin,4 sedatives drugs, latest bp : 100/60,pr 160,spo2 95, ABG improving Doakan kekuatan kami...

Buat sahabat mama ini, mama doakan beliau terus diberikan ketabahan dan kekuatan utk hadapi segalanya, dan mohon doa juga agar suaminya diberi kesembuhan oleh ALLAH...Allahu yashfi akhi Syukiman Md Daud, suami sahabatku ini...... .....