Showing posts with label Diari harianku. Show all posts
Showing posts with label Diari harianku. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Bersarang labah

Assalam.....

Aduh...banyaknya cerita dalam kepala mama yang belum ditransfer ke diari ini sebagai kenangan anak-anak.....

Mama hutang dulu yer nak.....super bz tidak lah juga, tapi bila mama ada masa pun, laptop mama ni dikonker oleh kakak dan abg .....takde chance langsung kat mama nih.....huhu
Nampaknya kena belikan satu komputer untuk diaorang ni.....kalau tak, asyik bertangguh je la kerja mama....

okey....ni mama akan buat slow2 walaupun dah basi
1) Cerita balik raya
2) Gambar photoshoot Qaisara
3) Milestone baby Muaz
4) Cerita abang Qaid dan rotannya
5) Cerita conjunctivitis
6) Bila mama naik kerja
7) Apa hasil bercuti panjang 5 bulan?

Sabor sabor...esok  keje so takleh tido lambat.... kalau ada masa mama cerita satu persatu k?
Till then...wassalam


Thursday, August 2, 2012

Sebeban Tuntutan Duniawi...

As-salam...
Ececeh...tajuk tak boleh belah....
Tapi betul what, ni semua claim duit...OT claim staff mama.......
Hurm....Hujung bulan...
Pen sebatang tak cukup rasanya nak sign ni semua...
Kalaulah setiap satu claim ni mama boleh amik upah RM10 utk satu claim., dah dapat beratus ringgit agaknya...hehe

Pastu tak pasal kena panggil dengan SPRM....kuikui.....



Thursday, September 15, 2011

Malunya mama semalam!

Nak ceta pengalaman memalukan semalam...huhu...
Mama pegi kedai, nak beli lauk2 dan sayur2....
Malas nak jinjit handbag...cuma bawak dlm tgn duit RM100...
Beli kat kedai pertama (segala macam ikan, ayam, sotong dan udang ) - RM53 hengget...
Then pegi minimarket sebelah dia, beli lain2 barang kering, susu kakak, sedikit sayur dan air vitagen kegemaran anak papa...
Dengan selamba amik macam2 barang, tak sedar diri...
Last2 dekat cashier kira punya kira..nah...amekaw!! RM 59.80!!!
Mana nak cukup, dalam tangan ada RM46 ajer....
Suruh cashier tolak satu barang, tak cukup juga..
Tolak lagi satu barang, tak cukup juga....
Last2 buang 5 barang, baru cukup duit nak bayo...huhu
Malu tak kalau U alls?
Malu kan..cashier tu dgn muka yang sgt memahami senyum jer...

**moral f the story: Lain kali bawak duit rm400-500 walaupun cuma nak gi pasar....haha....





Saturday, August 20, 2011

Ramadhan and my breastfeeding journey

Salam semua..
Hari ini dah masuk ke 20 hari kita berpuasa..tak sangka how time flies...so fast, dalam sekelip mata ramadhan will leave us...
Sebelum masuknya ramadhan lalu mama agak susah hati, takut2 susu mama berkurangan dan stock adik akan kehabisan. Stok susu beku sebenarnya takde lah banyak sangat, takde sampai berpeti2 macam ibu menyusu yang lain. Untuk adik, mama simpan stoknya di dalam bekas dadih kecil muat2 utk 4 oz. So sebelum masuk ramadhan dulu jumlah stok yang ada adalah sebanyak 56 bekas kalau tak silap.

Sebelum masuk  bulan puasa, setiap hari hasil perahan mama adalah lebih kurang 12-15 oz, bergantung kepada kekerapan dan peluang mengepam di klinik. (Masa awal2 dulu, iaitu usia adik 5-6 bulan, boleh dapat sampai 18-20 oz).
Dan alhamdulillah hasil tersebut tak banyak bezanya dengan sekarang, pada hari ke 20 ramadhan. Kadang2 boleh dapat sama 12 oz, dan kadang2 cuma 8 oz...dan alhamdulillah stok adik masik ada, insyaAllah mencukupi sehingga penghujung ramadhan.

Alhamdulillah, murah rezeki adik utk menyusu sepenuhnya dengan mama tanpa bantuan susu formula. (Jimat banyak Mr Papa tu !)....  InsyaAllah jika keadaan ini berterusan, mama berharap boleh menyusukan adik sepenuhnya sehingga 2 tahun. (Oh yer...lagi beberapa hari ni nak raya, means umur adik bakal mencecah 1 tahun!!) ---Syukur sangat2 , anak premature yang lahir pada umur 6 bulan itu, yang diberitakan cuma punya peluang less than 50% itu sewaktu dilahirkan 2 hari sebelum raya tahun lalu itu , semakin sihat sekarang...Terima kasih Allah!

Oh yer...selain fully breastfeed, adik juga dah makan solid foods...Dan kerana mama yang tak suka memberi anak2 sebarang makanan segera seprti bijirin cereal dan nestum dan sebagainya di pasaran tu, adik cuma mama berikan bubur nasi yang mama masak setiap pagi.

Dari dulu lagi, iaitu sejak anak pertama lagi, iaitu sejak kakak mula makan bubur, cara mama adalah memasak nasi bubur setiap hari,. Dalam nasi tu mama letak kentang, carrot, ayam, kdg2 ikan bilis dan kdg2 brokoli, bergantung kepada availability pada masa tersebut. Apa yang lecehnya adalah selepas memasak bubur tersebut, mama perlu blendkan semua sekali agar menjadi bubur halus yang mudah ditelan adik.

So setiap pagi ada periuk kotor dan blender kotor yang perlu dicuci. Selalunya pagi2 tu memang tak sempat nak cuci, dah balik keje nanti baru semua tu dibersihkan.

Namun sejak minggu lepas, mama cuba praktikkan cara lain dalam penyediaan bubur baby, mendapat inspirasi dari blog seorang ibu ini....hehehe...terima kasih ibucergas. Sekarang masa menyediakan makanan adik menjadi mudah dan cepat. Nanti kalau ada masa mama update kat sini caranya, ataupun klik jer kat ibucergas tu, sbb dia dah ajar juga caranya.

Oklah..sekian dulu..daa...






Tuesday, July 26, 2011

Malasnya mama nih...

Malasnya nak hapdet blog..tapi bosan pulak tgk blog sendiri bersawang2 dah ni....
Yg bebenornya bukan malas tau..cuma takde masa....

Imagine lah, kalau malam2 tu pukul 10 dah ngantuk....selalunya nak tidokan baby Qaid dan si kakak qaisara, mama pun sama tertido...pastu konon2 nak bangun pas diaorg dah tido utk wat keje2..tp selalunya impian itu memang jadi mimpi jer la...


Dan selalunya laptop ni akan terbiar terpasang sampai pagi baru ditutup....Yg tukang on kan laptop ni biasanya si kakak lah..balik jer sampai rumah petang2 tu diterkam buka laptop dulu...pastu sibuk suruh mama buka siri video2 yang mama rakamkan segala aksi dia dari lahir sampai sekarang...suka betul dia tgk video2 dia tu....Yang paling tak tahan tu kdg2 dia cakap "kakak coomelll la mama"....hahaha.....perasan tau kakak!

Malam ni adik tido awal, kakak pun tak kacau mama, leh la Ol jap....sambil tu tgk ceta Ana Lulu...geramnya tgk si Lulu ni diperbodohkan oleh lelaki yang mengaku pakwe dia tu..tp yg sebenarnya lelaki tu cuma nak kenakan duit dia jer...ada jugak pompuan yang sanggup bayar everything utk lelaki pengikis camtu..sedangkan dia sendiri pun tak berduit juga....aper daa......

Okey lah....mama nak gi blogwalking jap...daaa..






Sunday, February 6, 2011

Kenape idea selalu hilang?


Pelik tak? Time mama dok sesaja or tak buka laptop ni, mcm2 benda yg mama terfikir nak update dalam blog ni, mcm2 yang mama nak cerita pada kawan2..tp sebaik shj laptop ini on, terus sume idea tu terbang, tatau pegi mana... Pelik kan?

Hahaha...takde yg peliknya...mungkin mama yg dok berangan sendiri nak cerita mcm2...tp bila on komputer, terus tak jadi nak ceta, kadang2 sebab seronok lawat blog org lain, kdg2 sbb apa yg nak diceritakan tu mama bimbang membuka aib sendiri, atau takut orang kata tak best pun ceta u ni..ataupun takut cerita tu menghilangkan privacy dalam hidup mama sekeluarga, dan yang paling penting, kadang2 mama takut apa yang mama tulis ni menyentuh sensitiviti sesetengah kaum/orang... huhu..(banyaknya nak kena fikir bila wat blog ni kan?)

By the way....hari ni baby Qaid tido siang , (nanti mama ceritakan kisah Qaid yang taknak tido sepanjang hari)...so hari ni mama leh la update blog...tp Mr Papa marah..katanya baik rest..nanti bila anak bangun, takleh nak rest ...papa takut nanti mama tak rest...mama penat...papa gak yang nak kena picit-picit  mama...hahaha...

Okeylah..rasanya mama betul2 kena rest ni, sbb malam ni tinggal mama sorang utk jaga Qaid dan kakak..Mr Papa keje... harap2 malam ni Qaid tak wat qiamullail...:)