Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Hati, kenapa kurang bersyukur?

Assalamualaikum.


Manusia....
Selalu  lupa.
Lupa pada ketika2 susah.
Lupa pada tanggungjawab
Lupa pada janji
Lupa pada kasih sayang.
Lupa untuk bersyukur.

Terlalu banyak nikmat yang diterima...
Nikmat Iman, Islam
Nikmat rezeki melimpah ruah
Nikmat wang yang tidak putus
Nikmat tempat tinggal yang selesa
Nikmat kenderaan yang selesa
Nikmat punya anak, punya pasangan
Nikmat punya kesihatan yang baik
Nikmat punya segalanya

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan??
Mengapa masih kurang rasa syukurmu?
Mengapa kurang rasa terima kasihmu
Terima kasih pada Tuhan,
Terima kasih pada mereka di sekelilingmu,
Yang selalu berkompromi
Yang selalu bertolak ansur
 Yang selalu menyayangi
Yang selalu tidak berkira


Kita tidak pernah tahu masa depan
Maka jangan sombong, jangan angkuh dengan apa yang kamu ada.....
Seolah semuanya milik kekal kamu...
Jangan sampai satu ketika semuanya ditarik kembali, baru kamu menyesal tanpa kata......


Hati, jika kamu selalu ingat Allah
Jika  benar kamu selalu ingat pada Tuhanmu,
Tak pernah akan ada ruang di hatimu untuk berbuat maksiat.....
Memulakannya pun tidak akan pernah terlintas dalam hatimu.....





Monday, June 24, 2013

Ad-Dukhan @ Kabut @ Jerebu

Assalamulaikum....
Ketika seluruh Malaysia dilanda jerebu kala ini, ingin mama simpan rekod itu di diari ini....
Mama menulis kali ini sebagai peringatan buat diri dan juga anak2 mama, moga beroleh manfaat wahai anak.

Sumber pic:mama mbil dari faceboook Wardina Saffiyah






* Surah Ad-Dukhan (Kabut)- terdiri dari 59 ayat, tergolong dalam surah Makkiyyah.
Menurut  riwayat Bukhari secara ringkas:
Ketika orang -orang kafir Mekah telah melewati batas dalam menghalang agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi S.A.W, kerana itu NAbi berdoa kepada ALLAH agar diturunkan azab , sebagaimana yang telah diturunkan kepada kepada oraang-orang yang durhaka kepada NAbi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang.
 Doa NAbi itu dikabulkan ALLAH, sampai orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan. Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan ALLAH. Tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka. 
Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar  Nabi memohon kepada ALLAH supaya hujan diturunkan. Setelah ALLAH mengkabulkan doa NAbi, dan hujan diturunkan,mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu ALLAH menyatakan bahawa mereka akan diazab dengan azab yang pedih.

--Petikan dari Tafsir Alquran


                                                                   **************                                                                   
Ayat 10-16 menceritakan tentang kaum kafir quraisy , mereka berjanji akan beriman sekiranya bencana kabut (ad-dukhan) hilang, tetapi setelah kabut hilang, mereka kembali kufur dan tidak bersyukur.....

Dan bagaimana kita pula, adakah kita tergolong orang yang selalu mengharapkan pertolongan Allah ketika susah, tapi ketika senang, kita kufur nikmat, kita lalai dengan perintahnya....Nauzubillah. 

                                                               *******************                                                             




p/s: Alhamdulillah petang ini hujan turun di kawasan Pasir Gudang, syukur atas rahmat dan belas ihsanMU ya ALLAH....moga pergilah ad-dukhan ....





Saturday, May 4, 2013

PESANAN UNTUK SANG SUAMI :)

[[ PESANAN UNTUK EN. SUAMI ]]
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda atau mana-mana pompuan skalipun, kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.



**** copy paste dari facebook***

Saturday, April 27, 2013

Tentang Memilih Ulil Amri (PRU13)


Bismillahirrahmanirrahim

 Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan membuka pekung, tp sebuah realiti yang harus ditelan.Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik ibu hamil, saya selalu, malah kerap sangat berjumpa pesakit yang datang kerana hamil, tapi tidak mempunyai suami. Dalam erti kata lain, hamil di luar nikah. Saya kadang-kadang menangis bila kenangkan ini, kerana masalah ini bukan lagi satu masalah kecil, tapi bak virus yang tidak dapat disekat. Bukan seorang  atau sepuluh orang, tp jumlahnya mencapai ratus! Itu cuma bilangan yang datang ke klinik dan meneruskan kehamilan, dan di luar sana ada banyak lagi remaja atau bukan remaja yang terlanjur hamil dan mengggugurkan kandungan mereka. Allah lebih tahu jumlahnya. Saya tahu inilah salah satu tanda kiamat, bila zina berleluasa.

Tetapi  kenapa saya menangis? Kerana saya sangat bimbang dengan nasib bangsa saya, dengan nasib anak cucu serta keturunan saya. Betul, mungkin ada yang kata, didiklah anak sebaik mungkin, maka akan jadi baiklah dia. Ya, didikan sangat penting, dan doa juga penting. Tetapi tidak cukup jika saya berdoa agar anak saya seorang saja jadi anak baik dan anak soleh. Saya juga harus, malah wajib doakan agar anak jiran saya juga baik, dan kawan-kawan anak saya juga baik. Kerana mereka inilah yang akan mengelilingi anak saya kelak. Pergaulan sesama mereka nanti akan mempengaruhi anak saya. Maksudnya, persekitaran juga haruslah persekitaran yang baik, negara juga haruslah baik. Bukan negara yang di dalamnya maksiat berleluasa tanpa ditegah, kemungkaran bermaharajalela tanpa dicegah. Pembangunan harta benda tanpa ada pembangunan ruhani tidak akan berguna. 

Saya impikan sebuah negara yang aman untuk dihuni,yang mana pemimpinnya yakni umarak dan ulamak saling bersatu memimpin negara mengikut daulah islamiyah. Siapa pun yang mendapat mandat sebagai pemimpin WAJIb melaksanakan ini. Wajib amar makruf dan nahi mungkar. 

Wahai pemimpin janganlah lupa segalanya nanti akan dipersoalkan di sana nanti. Dan rakyat yang memilih juga akan dipersoalkan siapa yang kita lantik sebagai ulil amri kita. 

Mari kita renungkan peringatan Allah di dalam surah Al-Fajr ini, di mana Allah ceritakan tentang kaum Aad, tentang penduduk Iram dan tentang kaum Tsamud dan tentang Firaun, semuanya adalah kaum yang maju, hingga mampu memahat batu menjadi tempat tinggal, dan mempunyai bangunan yang tinggi tetapi mereka bermaharajalela di negeri masing masing dan melakukan kerosakan serta bencana, maka Allah balasi mereka dengan azab yang pedih.Nauzubillah.

Let's make a wise decision!!


Al Fajr ayat 1-14.

·         Demi waktu fajar; (1)
·         Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)
·         Dan bilangan yang genap serta yang ganjil; (3)
·         Dan malam, apabila ia berlalu; (4)
·         Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang berakal sempurna? (5)
·         (Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6)
·         Iaitu penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7)
·         Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8)
·         Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9)
·         Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10)
·         (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11)
·         Lalu mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu. (12)
·         Dengan yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (13)
·         Sesungguhnya Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (14)















Saturday, February 9, 2013

Penawar Sihir Cinta dan tentang bomoh, tangkal dan azimat.

As-salam

Ni mama just nak share apa yang didengar dalam rancangan Semanis Kurma malam jumaat baru2 ni.
Panelnya malam tu adalah Ustaz Fauzi Mustafa (pengacara rancangan Al Kuliyyah) yang juga merupakan pengamal perubatan Islam.

Sihir cinta yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah apabila sesuatu pihak mengenakan sihir dengan tujuan yang pelbagai, contohnya samada untuk menundukkan suami, atau supaya seseorang jatuh cinta kepadanya.

Bagi mereka yang mengamalkan ilmu guna-guna ada pelbagai kaedah contohnya menggunakan nasi kangkang, (lagi kotor jika diguna pula darah haid...uwekkk)....dan ada yang gunakan tangkal atau azimat...tujuannya supaya suami semakin sayang atau digunakan untuk menundukkan suami supaya suami takut dan gerun dengan si isteri so that suami tak kawin lagi contohnya....

{atau ada juga kot yang baca jampi serapah waktu tengah nak ..ehem ehem..--ni ustaz tak sebut semalam tapi pernah dengar kat tempat lain, dan ini kelakar, ok!)}


Berbalik kepada amalan-amalan yang boleh digunakan untuk menawarkan bisa sihir ini:-

1) Ayat pendinding dari ilmu sihir - Surah an-Nisa', ayat 84 dan surah Yusuf ayat 64
- digunakan sebagai pendinding -bagi yang  belum kena sihir

2) Ayat penunduk sihir-  Surah Al- A'raf ayat 118-122, dan surah Toha ayat 69.
- dibaca jika kita rasa kemungkinan kita akan disihir contohnya telah diugut akan disihir dsb.

3) Ayat pembatal sihir- Surah Yunus ayat 81 dan 82
- jika kita telah disihir 

***********************************************************************************

Tertarik juga dengan satu soalan samada manusia dapat melihat jin dan syaitan...

Kata Ustaz Fauzi, dalam Quran dah disebut bahawa manusia tidak dapat melihat jin atau syaitan tetapi sebaliknya jin dan syaitan dapat melihat manusia.
So jika ada orang yang mengaku dapat melihat jin atau syaitan, kemungkinan besar dia berdusta ataupun diri dia sendiri didampingi oleh jin atau syaitan yang membisikkan di telinganya tentang jin dan syaitan lain yang dilihatnya.
Ini kerana hanya nabi-nabi sahaja diberikan keistimewaan melihat jin.

Mama korek dan gali lagi maklumat tentang ini...dan terjumpa ini: 

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t. telah memperkenankan permohonan Bapa JIN( ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut- pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” - (Surah Al-A’raaf: 27).

Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).

Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”

Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.

http://muallij-syifa.blogspot.com/2011/04/bolehkah-manusia-melihat-jin.html

************************************************************************************
Dan juga ini :

Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
 
Al Hafiz Ibnu Hajar mengatakan, “kadang-kadang syaitan itu membentukkan dirinya dalam pelbagai bentuk, maka kita kadang-kadang dapat melihatnya. Ayat ini menyatakan kita tidak dapat melihatnya di dalam bentuknya yang asal.
 
Al Imam Asy Syafie r.a mengatakan sebagaimana yang didengar oleh Ar Rabi’ yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi r.a di dalam Kitab Manaqib Asy Syafie,“ Barangsiapa yang mengaku dia melihat jin kita tolak pengakuannya kecuali ia seorang Nabi.”
 
Walaubagaimanapun dapat kita buat satu kesimpulan bahawa seseorang itu dapat melihat jin dalam bentuk yang lain tetapi tidak dalam bentuknya yang asli.
 

***********************************************************************************
Dan lihat pula ini:


-hukum-berkhadam-kepada-jin

"Jika seseorang itu memohon pertolongan jin supaya membawanya ke sana ke mari, membawanya ke padang Arafah, menerbangkannya ke suatu tempat atau sebagainya. Kesemuanya ini adalah suatu tipu daya jin belaka dan hajinya itu tidak dikira haji Syarie." -

dipetik dari artikel di atas (Hukum Berkhadam kepada Jin)

************************************************************************************
Ingatlah, mereka yang mengamalkan sihir atau guna-guna ini, hukumnya adalah HARAM.

Fatwa Kebangsaan :

Tarikh Keputusan: 
5 Jul, 2011
 
Keputusan: 
(a) Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam. Khurafat juga merangkumi cerita dan perbuatan yang direka dan bersifat karut atau dusta;
 
(b) Azimat atau tangkal ialah suatu objek yang ditulis dengan ayat-ayat atau huruf-huruf tertentu atau objek tertentu yang dianggap mempunyai kesaktian dan kuasa ghaib yang melampaui kekuatan semula jadi apabila dijampi atau dipuja;
 
(c) Islam sangat menitikberatkan soal-soal akidah, syariah dan akhlak. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ dan Qiyas menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah ditolak oleh Islam;
 
(d) Amalan memuja dan memohon pertolongan dari objek yang dipuja seperti yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun atau individu tertentu adalah syirik dan menyesatkan. Mana-mana orang yang bersahabat dan menggunakan jin, tukang sihir dan tukang tenung adalah tergolong di dalam golongan orang yang jahil dan menzalimi diri sendiri;
 
(e) Haram menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami seperti objek-objek tertentu dan bercampur aduk dengan ayat al-Quran, atau berdasarkan kepada sihir, atau yang memuja hantu syaitan dan jin iblis, atau yang mengandungi benda-benda najis atau kotor dan menganggapkan tangkal mempunyai kuasa;
 
(f) Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin, penimbul, penyeri, pemanis, mempercepatkan jodoh, pelaris, penunduk musuh, penunduk kata, pemerdu suara, pembungkam, penarik rezeki, penjaga diri, penguat tenaga batin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir adalah syirik dan menyeleweng dari ajaran Islam;
 
(g) Jampi adalah haram sekiranya ia mengandungi perkataan yang tidak difahami maknanya atau yang berdasarkan sihir atau memuja hantu syaitan dan jin iblis atau mengiktikadkan bahawa jampi itu yang memberi kesan sehingga si pesakit menjadi sembuh;
 
(h) Mana-mana orang Islam yang terlibat dengan perkara syirik atau khurafat, menggunakan azimat atau tangkal atau mengamalkan jampi serapah yang bertentangan dengan akidah, syariat dan akhlak Islam wajib segera bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah Ta’ala.
Status Penwartaan: 
Diwartakan
Tarikh Diwartakan: 
19 Jan, 2012
Nombor Rujukan: 
JMM/BFB(S)/351/255/01/13; PUNM. 700-02/30 Jilid 2
Akta/Enakmen: 
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002



Moga sama-sama berolah hidayah Allah....Amin
Wallahu a'lam....

Wednesday, January 16, 2013

Anda tak boleh tidur malam = insomnia??



Nota mama:

Ada hikmahnya kenapa Allah bagi ibu-ibu hamil alami sukar tidur malam--supaya bangun beribadah, moga2 dipermudahkan urusan kelahirannya, dan moga bayi dalam kandungannya juga soleh/solehah....

Ada hikmahnya kenapa ibu-ibu yang menyusukan anak, dikejutkan oleh anaknya untuk menyusu--rupanya dengan beribadah di tengah malam, susunya menjadi makin banyak...terbukti oleh kajian saintifik...

Dan ada hikmahnya apa bila makin usia meningkat tua, makin kita sukar tidur malam....rupanya Allah nak kita bangun, bersolat, bertahajud dan bermunajat kepadanya....sementara masa masih ada...before the time runs out......mempersiapkan diri sebelum kita dipanggil mengadap DIA.....

Jadi ibu-ibu hamil, syukurlah, dan berhentilah mengeluh di hadapan doktormu bila bayi dalam kandungan mu menendang dengan kuat sekali, takut-takut bayimu berhenti menendang, maka kamu akan menangis semahunya.... ibu-ibu yang menyusu janganlah mengeluh keletihan dan mengantuk bila bayimu merengek di tengah malam,..dan ibu bapa yang semakin meningkat usia, janganlah mengeluh bila malaikat mengejutkan mu di tengah malam...

** Rupanya insomnia itu jika dipandang dari sudut rohani, ia bukanlah satu penyakit yang memerlukan kamu meminta ubat tidur dari doktormu..... :)





Tuesday, January 15, 2013

Jangan Menghina Orang wahai anak....

Sharing...Dr Tengku Asmadi's facebook status update....
 

Jangan bercakap kalau tidak tahu. Jangan mengutuk meski pun hati tidak suka. - Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Beberapa tahun dahulu saya mendengar kaset ceramah Hj. Samsuri, ketika itu beliau mengupas satu hadis yang menjelaskan bagaimana kita tidak akan mati selagi tidak berlaku atas kita, keluarga kita, anak cucu kita apa yang kita kata, kutuk atau hina orang lain.

Kebetulan, banyak berlaku depan mata saya sendiri, isteri yang begitu menentang poligami, hari ini dia dimadukan. Dia minta suaminya ceraikan, lalu diceraikan. Akhirnya menjadi isteri ke-3 kepada orang lain.

Ada pula kes, suami begitu menentang lelaki yang berpoligami, ketika itu usianya 30an. Hari ini usianya 40an, oh! rupanya sudah pasang satu lagi. Dia lupa kata-katanya. Tetapi saya tidak lupa.

Ada seorang ibu berkata pada seorang isteri muda yang suaminya berbeza usia. Katanya, ruginya usia muda kamu dapat suami berbeza usia. Terguris hati isteri muda itu. Hari ini, baru diketahui, rupanya anaknya berkahwin dengan lelaki yang lagi berusia.

Oleh itu, lebih baik diam dari berkata-kata yang menyakitkan hati manusia lain. Kita semua ada anak, ada suami dan isteri. Apa yang berlaku pada orang jangan anggap tidak akan tertimpa pada kita.



Nota mama2Q:
Pun pernah jumpa kes2 yang sama seperti contoh di atas,buat saya sedar langit tidak selalu tinggi, lantai tidak selalu rendah, dan mendung tidak semestinya hujan....:) 

Jangan pernah menghina orang wahai anak...boleh jadi orang yang kamu cerca dan hinakan itu pernah mendoakan kamu, dan pernah atau mungkin akan membantu kamu suatu hari, walaupun mungkin dengan cara yang tidak kamu sedari.......... 

Friday, August 31, 2012

LELAKI MANA KE NERAKA?

Sharing daripada facebook (maaf lupa nak copy urlnya...)


 

Ya ALLAH,
Kau selamatkanlah ayahku, suamiku, abang-abangku dan anak-anakku daripada api neraka.....mereka lelaki yang sangat aku cintai, aku mohon mereka terhindar dari api neraka...maka lindungilah kami semua dari siksaanMu ya Allah...

Ya ALLAH
Semoga aku tidak menjadi perempuan yang menarik suaminya ke neraka kerana dosa-dosaku.....kerana aku ingin menjadi bidadarinya di syurgaMU......

Amin ya Rabb....

Sunday, August 26, 2012

Antara Hidup dan Mati

Suasana di tanah perkuburan di kampung mama pada pagi hari raya....usai solat sunat hari raya











Friday, August 17, 2012

AMALAN MENJELANG EIDULFITRI

As-salam
Sedikit tazkirah di petang jumaat.....
Mama cuma sampaikan apa yg mama dengar tadi di rancangan Tanyalah Ustazah di TV9 oleh Ustazah Asni tentang amalan2 sunat menjelang raya.

MALAM RAYA
  • Banyak amalan sunat yang digalakkan kita buat di malam raya ni...
  • Kata ustazah, di samping menunaikan kewajipan menyediakan persiapan untuk hari raya, seperti memasak dan sebagainya, ibu-ibu jangan lupa terus-terusan bertakbir (ALLAHUAKBAR), bertahmid (ALHAMDULILLAH), bertasbih (SUBHANALLAH) 
  • Dan muliakan lah juga malam 1 syawal itu dengan tahlil...(LAILA HA ILLALLAH).
  • Begitu juga ibadat serta solat2 sunat yang lain.
PAGI RAYA
  • Bangun pagi, terus solat sunat hari raya , jangan lambat2...
  • Pakai pakaian yang terbaik yang kita ada, jika tiada yang baru, yang paling baik , jika tiada yang terbaik, pakailah yang terbersih (bukan baju semalam punya yang belum dibasuh).
  • Dan pakailah wangian (tp awas wanita jangan sampai menimbulkan fitnah,sampai orang terkenang2 bau wangi kita, tapi pakailah haruman di badan sekadar supaya orang tak terkenang2 bau badan kita yang busuk :) )
  • Makan sedikit kurma dalam bilangan ganjil, diikuti makanan lain , makan itu sebagai syiar atau tanda bahawa hari tersebut diharamkan berpuasa.
  • Solat hari raya- semua orang termasuk wanita yang haid juga disunatkan ke masjid pada hari tersebut...(yang haid itu tunggu di luar masjid dan dengarlah khutbah hari raya).
  • Ziarah menziarahi sesama muslim. dan saling bermaafan...serta merapatkan silaturrahim...
  • TAPI AWAS!! JANGAN KERANA KONONNYA NAK BERMAAFAN ITU KITA SALING BERSALAMAN DENGAN YANG BUKAN MUHRIM, CONTOHNYA SESAMA IPAR DUAI ATAU ANAK2 BUAH SUAMI YANG LELAKI, ATAU BAGI LELAKI, ANAK BUAH ISTERINYA YANG PEREMPUAN...atau dengan sesiapa saja yang bukan mahram, cthnya jiran ker, kawan berlainan jantina ker....
  • Bila berjumpa saling mengucapkan "TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM" yang bermaksud moga Allah menerima amalan kami dan amalan kamu

Itu jer yang sempat mama digestkan....moga2 perkongsian ini ada manfaatnya....
Amin...


SALAM EIDUL FITRI BUAT SEMUA!!
MAAFKAN DIRI INI JIKA ADA SEBARANG TULISAN YANG MENYENTUH HATI , MENYINGGUNG PERASAAN, SAMADA DISENGAJAKAN ATAU DISALAHMENGERTIKAN....





Friday, July 13, 2012

Kisah Lelaki Tua dengan matanya

As-salam

Ini tentang seorang lelaki berumur 70-an, menghidap penyakit darah tinggi, dan sedikit masalah jantung.
Tiba-tiba mengalami masalah penglihatan, yang mana selepas dirujuk ke doktor pakar mata di sebuah hospital kerajaan, didapati masalah matanya tidak dapat diubati lagi. (mama tak pasti diagnosis sebenar bagi matanya). Kata doktor pakar: masalah pakcik ni kalau pegi ubat kat Singapore pun memang tak boleh baik lagi. Lagipun pembedahan itu akan membahayakan dirinya lantaran penyakit jantung yang dihidapinya.

Okey..tidak berpuas hati, dan atas semangat ingin berusaha, pakcik ini mengambil rawatan homeopathy. Berulang alik beberapa kali ke homeopathy, matanya masih belum pulih  dan terang seperti ketika muda.

Masih tidak putus asa, dan atas dorongan anak-anak,  pakcik ini akhirnya dirujuk ke sebuah hospital pakar mata swasta, di mata di sana, beliau dijadualkan untuk dibuat pembedahan mata membuang katarak/cataract, kerana katanya ada cataract pada matanya.

Maka pembedahan pun dilakukan. Namun malang sekali mata si pakcik masih kelabu berbalam-balam, tiada perubahan walaupun pembedahan cataract telah dilakukan. Sekadar sejalur cahaya dapat dipandang.
Akhirnya beliau terpaksa redha dan hidup dengan menjaga sebelah matanya lagi yang masih boleh digunakan.

Moral of the story:

1. Sewaktu pakar mata di hospital kerajaan berkata matanya tidak dapat diubati, mungkin diagnosis sebenar adalah lebih teruk dari cataract contohnya yang melibatkan retina seperti vitroues hemorrhage atau retinal detachment. Itu memang dah tak boleh ubat. Kalau setakat cataract, dah lama pakar mata gomen tu boleh buat...Pakar gomen bukan teruk sgt sampai cataract pun tak boleh nak ubati. Means that they are genuine in treating patient, tidak mencari untung semata2. Yang tak boleh ubat, dicakapnya tak boleh. Bila ke swasta, ada kemungkinan sebenarnya penyakit pakcik ini bukan cataract pun, tp pembedahan tetap dilakukan atas sebab keuntungan. Bukannya pakcik ni tau pun dia ada cataract ke tidak. That's why ganti kanta baru pun masih tak nampak.

2. Mata kita- anugerah yang tiada galang gantinya. Sekadar ingatan buat diri mama sendiri dan anak2 mama yang akan membaca diari ini bila dewasa---Sewaktu muda ni lah, sewaktu mata masih terang, masih boleh membaca, masa inilah kita nak guna mata itu utk ke arah kebaikan. Masa ni lah nak baca quran, nak hafal quran, dan sbgnya.

3. Setiap penyakit boleh diubati-itu kata Rasul. So selagi hayat ada, jgn putus asa berusaha merawat penyakit jika ada. Sebaiknya elakkan penyakit jika boleh, teruatama penyakit yang boleh dicegah dengan healthy lifestyle seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan kegemukan. (sekali lagi ingatan buat diri mama sendiri yang tidak mengamalkan cara hidup sihat-mama makan banyak, tiada exercise, atau lain perkataan sedentary lifestyle!)

Tapi dalam mencari rawatan, sebaiknya jangan sampai tertipu. Minta pendapat orang lain yang pakar juga jika waswas. Cari dr org yg ikhlas mengubat, dan jgn dicari sampai membawa kepada syirik cthnya ke bomoh yg menggunakan alat2 atau bacaan yg beriktikad selain ALLAH...

4. Jika sakit tidak lagi dapat diubati, maka redhalah....jgn disoal ALLAH kenapa aku yg sakit, kenapa aku yg diuji...kerana sakit itu kifarah dosa....Redha juga adalah satu ubat, dengan redha, hati akan tenang, walau mata tidak terang, tp dgn redha, hati yang akan lebih terang....


Sedikit peringatan di hari jumaat utk diri sendiri.....

Wallahualam


p/s: 'pakcik' di atas adalah seseorang yang mama sayangi dan hormati, namun apakan daya, mama tidak mampu memberi pandangan atau pendapat dalam hal ini. 


Sunday, July 8, 2012

Hukum Gantung Gambar Bernyawa Dalam Rumah

As-salam...

Mama postkan semula artikel yg ditulis oleh Ustaz Nor Amin.
(Pensyarah Pengajian Islam IKM JB, Aktivis HALUAN, Penceramah Bebas, Penceramah Motivasi, Advisor Etiqa Takaful. Sedang Melanjutkan Pelajaran Sarjana Master Sains Tamadun Islam UTM Skudai)

Artikel asal boleh baca di blog beliau : Ustaz Nor Amin


Soalan yang diajukan :

Apa hukumnya kita menggantung gambar bernyawa didalam rumah. Contoh gambar kita menerima sijil?
Jawapannya

Menggantungkan gambar yang bernyawa di dalam rumah ialah seperti gambar binatang, gambar orang atau gambar keluarga tuan rumah. Setelah saya meneliti masalah ini bahawa memang haram dan Nabi melarang umatnya meletakkan gambar bernyawa di dalam rumah, kerana malaikat rahmat tidak masuk di dalam rumah untuk memberikan rahmat. Hadis Nabi yang bermaksud :
Dari 'Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah SAW melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata 'Aisyah: "Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah SAW kembali bertanya: "Bantal-bantal apakah itu?" Jawab 'Aisyah, "Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar." Sabda Rasulullah SAW: "Pelukis gambar-gambar ini akan diseksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka: "Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!" Kemudian baginda bersabda: "Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu." (Riwayat Muslim)

Berkata Imam Manawi :
Yang dimaksudkan dengan gambar pada hadis ini ialah suatu yg mempunyai ruh sekalipun tidak mempunyai bayang dan tidaklah termasuk dengan gambar yg tidak mempunyai ruh seperti pohon-pohon kayu. Dan yang dimaksudkan dengan malaikat pada hadis ini ialah malaikat yg membawa rahmat kepada penghuni-penghuni rumah.Adapun malaikat pencatit amal tiadalah berpisah ia dari seseorang anak Adam.
Haram bagi orang yang meletakkan gambar atau patung yang bernyawa di rumah-rumah mereka, sama ada separuh gambar atau sempurna gambar tersebut. Tiada mengapa dan diharuskan meletakkan gambar yang berbentuk pohon, kapal, rumah, ayat Al-Quran, Kata-kata hikmah, kereta, motorsikal dan sebagainya.

Hal di atas beza dengan gambar-gambar fotografik yang dihasilkan oleh kamera dan video. Harus bagi sesiapa yang ingin meletakkan atau menggantungkan gambar fotografik di rumahnya. Jika gambar fotografik tersebut mengandungi unsure-unsur pemujaan, mendedahkan aurat, mengagungkan gambar tersebut dan seumpamannya, maka hukumnya adalah haram dan bersesuaian dengan pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam buku
Seni Dalam Islam :

"Hukum gambar-gambar fotografik pada asalnya harus selagimana gambar tersebut tidak mengandungi unsur-unsur yang diharamkan seperti mengagungkan gambar seseorang yang mempuyai kemuliaan dalam agama ataupun disebabkan kedudukan dan pangkat yang dimilikinya, apatah lagi sekiranya orang yang diagung-agungkan terdiri daripada orang kafir, fasiq, penyembah berhala, komunis ataupun tokoh-tokoh seni yang menyeleweng.
"

Pandangan saya, gambar manusia atau makhluk bernyawa yang dihasilkan oleh seni lukisan, adalah haram sepertimana yang terdapat di dalam hadis di atas. Di haruskan gambar dari hasil seni lukisan bukan gambar manusia dan makhluk bernyawa seperti gambar pemandangan, masjid, rumah, kereta dan seumpamanya. Harus juga bagi gambar yang dihasilkan oleh kamera atau video untuk digantung atau diletakkan di rumah bukan bertujuan penyembahan, mengagungkan, gambar yang tidak mendedahkan aurat, gambar orang kafir dan seumpamanya. Gambar kamera yang dibolehkan adalah bertujuan sebagai kenangan, tanda kekeluargaan dan seumpamanya.



Satu lagi artikel berkaitan boleh dibaca di blog http://abutaqiyuddin.blogspot.com yang lebih kurang maksudnya..




Moga ada manfaatnya:
 {{mama2Q - Wallahua'lam}}


Saturday, December 31, 2011

Tertunailah Sudah Rukun Islam Ketiga

Bismillah
Salam semua kawan-kawan...

Esok dah nak masuk tahun baru....
Hari jumaat semalam 30.12.2011 mama curi masa ke pejabat agama dgn Mr Papa....Alhamdulillah berjaya juga tunaikan zakat bagi tahun ini...rasa lega dan ringan beban bila kewajipan sudah tertunai...

Zakat ada mcm-macam jenis zakat...bukan zakat fitrah time raya aidilfitri tu jer tau....dan tidak juga terhad kepada zakat tanam-tanaman oleh sang petani sahaja...
Banyak lagi zakat yang perlu ditunaikan...
- zakat emas
- zakat perak
- zakat binatang ternakan
- zakat pendapatan (gaji bulanan)
- zakat wang simpanan
- zakat perniagaan
- zakat hasil galian dll

Mama tulis ni sbb ada org sangka zakat hanya untuk tanaman atau ternakan...Oh...No..no....

Tak adillah kalau petani yang menanam padi yang hanya tanam atau pungut hasil sekali atau 2x setahun dengan nilai tidak seberapa dikenakan zakat, sedangkan peniaga, pegawai kerajaan atau swasta yang untung atau dapat gaji puluhan atau ratusan ribu ringgit tidak diwajibkan zakat....

Hasil pendapatan yang diperolehi seseorang daripada kerjanya juga termasuk harta yang wajib dikeluarkan zakat...ini bertepatan dengan surah al-baqarah ayat 267.

Syarat-syarat Zakat Pendapatan:
1. Islam
2. Merdeka
3. Harta yang sempurna milik
4. Cukup nisab (***Nisab bagi Johor tahun ini adalah RM14,962.89***)
5. Cukup haul bekerja

Kadar Zakat:
- ialah 2.5% atau 1/40 daripada pendapatan yang sempurna syarat-syarat wajib zakat.

Kalau nak tengok cara / kaedah pengiraan zakat sila rujuk mana2 laman web jabatan agama negeri masing-masing yer! (hahaha...malas nak tulis)


(p/s: Nota di atas adalah dari risalah zakat oleh jabatan perdana menteri dan risalah zakat pendapatan majlis agama islam negeri johor.)



Saturday, November 26, 2011

Adab memukul anak/isteri

Salam...
Terjumpa artikel ini dan mahu share dengan semua, kalau ada yang belum tau bahawa memukul anak/ isteri pada muka itu hukumnyaa HARAM....

Artikel penuh boleh anda baca di sini.

Mama copy paste di blog ini utk peringatan....

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun sama ada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya."

Hadis sahih Bukhari dan Muslim


Imam Nawawi (16/165) menghuraikan :-

"Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana :-

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.

2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.

3. Anggota yang ada padanya adalah anggota panca indera seperti mata, hidung, telinga dan sebagainya

4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini serta mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.

5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas."


Imam Ibnu Hajar Asqalani (5/183) menghuraikan :-

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."


Imam Sun'ani (pengarang kitab Subul as Salam) (1/236) menghuraikan :-

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."


KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka sama ada kepada isteri, anak, pelajar-pelajar, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak atau anak murid sekarang ini semakin nakal dan sukar dikawal sehingga kadang-kadang provokasi melampau mereka memang jelas akan menguji emosi seseorang ibu, bapa atau guru-guru di luar sana.

Thursday, August 18, 2011

Pakai tudung itu mestilah di dalam rumah juga!

Salam semua..
Iyer kawan2, bukan kat luar rumah jer kita kena pakai tudung...tapi mesti pakai tudung (read as menutup aurat), walaupun di dalam rumah sendiri jika di dalam rumah tersebut terdapat lelaki bukan muhrim cthnya abang atau adik ipar. 
Ada sesetengah orang, kat luar pakai tudung tapi bila dalam rumah sendiri, rasa selesa dan tidak menutup aurat walaupun dengan kehadiran abg iparnya. Walhal abg ipar bukankah lelaki ajnabi @ bukan muhrim, so manalah boleh nak dibuka tudung depan mereka, dan bersalaman atau bertepuk tampar dengan mereka.

Korang tengok tak last week ada cerekarama , tajuknya kalau tak silap "Perempuan di hujung Ramadhan", lakonan Elly Mazlin dan Zarina AF.
Ceritanya berkisar tentang sorang adik yang mula2 menumpang duduk di rumah kakaknya, akhirnya berzina dengan abg iparnya dan akhirnya kawen dengan abg iparnya itu selepas diceraikan kakaknya.

Nampak kan keburukannya jika ipar duai tinggal serumah, sebab tu Nabi SAW meminta agar kita berhati2 dengan ipar duai. 
Aurat seorang wanita muslim dengan iparnya adalah sama  seperti auratnya dengan lelaki lain, sebab sampai bila2 pun, walau bagaimana rapat dan baiknya sesama mereka, abang ipar adalah tetap ajnabi/bukan mahram bagi seseorang wanita.

Kat sini mama copy pastekan soal jawab susunan Darul Nu'man , boleh juga refer page ini untuk maklumat lanjut.


1. Masalah Mahram dan Hubungan dengan Ipar
Soalan:
Istilah 'mahram sementara'. Bagaimanakah hubungan diantara suami dengan adik/kakak ipar perempuan dan isteri dengan adik/abang ipar lelaki dari segi aurat?
Man Sulong, KL
Jawapan:
Maksud muhrim adalah orang yang haram dinikahi. Tidak semua wanita halal dikahwini, tetapi hanya sebahagian sahaja yang halal dikahwini manakala sebahagian yang lain adalah haram dikahwini untuk selama-lamanya ataupun untuk sementara waktu sahaja. Wanita yang haram dikahwini secara garis besar dapat di bahagi dua: Pertama, yang haram dikahwini secara abadi. Kedua, wanita-wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara.
Haram dikahwini secara abadi ini ada tiga bahagian. (1) Kerana keturunan atau nasab. Perkara ini jelas seperti yang tercantum dalam surah An Nisaa ayat 23. Seperti; ibu (ke atas), anak perempuan (ke bawah), saudara perempuan (ke bawah), saudara perempuan ayah, saudara perempuan ibu, anak perempuan dari saudara lelaki dan perempuan dari saudara perempuan. (2) Kerana Mushaharah atau hubungan kekerabatan yang terjadi kerana perkahwinan, seperti; Emak mertua dan seterusnya, anak tiri yang telah dicampuri ibunya, menantu perempuan (ke bawah), ibu-ibu tiri. (3) Kerana penyusuan.
Wanita yang haram dikahwini kerana halangan sementara iaitu, wanita kafir, bekas isteri yang dicerai dengan talaq tiga, wanita yang sedang beriddah, isteri orang, wanita yang kelima dari isteri, wanita penzina, mengumpulkan antara wanita dengan mahramnya, wanita yang sedang ihram, hamba dan lain-lain. (lebih jelas sila rujuk Perkahwinan & Kekeluargaan Dalam Islam - Abdul Ghani Azmi Hj Idris terbitan Dinie Publishers) Mengenai hubungan dengan ipar, maka Rasulullah menyuruh kita berhati-hati, sebab hubungan mereka boleh menimbulkan fitnah dalam keluarga. Bahkan Rasulullah SAW  sendiri menganggap ipar itu sebagai maut. Rasulullah SAW bersabda: Dari Uqbah Bin Amir, katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian masuk ke tempat para wanita:. Lalu seorang sahabat Ansar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?".Sabda baginda: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasa'i)



2. Aurat Abang Ipar dengan Adik Ipar
Soalan:
Bagaimanakah aurat diantara abang ipar dan adik ipar?
Hashimah, KL
Jawapan:
Hubungan abang ipar dengan adik ipar hendaklah dijaga sesuai dengan tuntutan Islam, kerana hubungan keduanya tidak boleh kahwin hanya bersifat sementara. Jika abang ipar tersebut bercerai dengan isterinya maka ia boleh kahwin dengan adik iparnya tersebut. Jadi jelaslah keduanya bukan muhrim dan perlu menjaga batas-batas aurat yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada disebutkan; dari Uqbah bin Amir katanya; Rasulullah SAW sesungguhnya telah bersabda: "Jauhilah olehmu sekalian  masuk ke tempat para wanita". Lalu seorang sahabat Anshar bertanya: "Bagaimana pendapat baginda tentang ipar?'. Rasulullah SAW menjawab: "Ipar itu maut". (Riwayat Nasai)
Dengan hadis yang diterangkan Rasulullah ini jelaslah bahawa  hubungan antara ipar ini perlu dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak melebihi batas-batas yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW, kerana maut yang diungkapkan Rasulullah dalam hadisnya tersebut merupakan fitnah yang sangat besar, jika kita mengabaikannya.


10. Bersalaman dengan Ipar, Biras Dan Sebagainya
Soalan:
Bolehkah saya bersalaman dengan mereka-mereka dibawah ini;
a. Kakak, adik ipar saya?
b. Biras saya?
c. Isteri pak cik saya?
Halim, Kota Tinggi
Jawapan:
Dalam Mazhab Asy-Syafi'i bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas adalah tidak harus sama sekali, kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Perbuatan ini hendaklah dielakkan. Pintu fitnah hendaklah ditutup awal-awal lagi.
Dalam mazhab Maliki bersalam dengan orang-orang ini tidaklah membatalkan air sembahyang selagi mana tidak menimbulkan syahwat, namun hukumnya juga tidak digalakkan.
Al-Qardawi menjelaskan dalam fatwanya berjodol Fatwa-fatwa Semasa jika pihak terlibat terlebih dahulu menghulurkan tangannya kepada saudara, menjadi harus kepada saudara menyambut tangannya dan seterusnya bersalam dengannya. Khususnya apabila mereka ini datang menziarahi saudara setelah lama tidak bersua muka.
Dalam mazhab Syiah Jaafari harus bersalam dengan golongan yang dinyatakan ini denagan syarat hendaklah berlapik dengan kain tebal. Walaupun begitu majoriti ulama' tidak mengharuskan seseorang bersalam dengan orang-orang yang dinyatakan di dalam soalan di atas bagi mengelakkan berlakunya fitnah, apalagi di zaman kita ini. Perempuan tua yang kadang-kadang sudah tidak mempunyai nafsu syahwatpun menjadi mangsa rogol dan sebagainya.


So kawan- kawan, renung renungkan, dan selamat beramal.....

Monday, July 11, 2011

DOA dan UBAT

Hari ni mama nak share apa yg mama dengar dari rancangan Tanyalah Ustaz sepanjang 2 hari ni...Actually utk tajuk DOA dan UBAT ni ada 3 hari berturut2, tp mama terlepas hari pertama....so cuma dapat kongsi apa yg sempat sajalah yer..

Ustaz penceramah tu adalah seorang pengamal perubatan Islam, dan mama sendiri, walaupun pengamal perubatan modern, masih percaya perubatan Islam itulah yang terbaik....
Jika sakit, semua org cari doktor kan..Tp yang lebih baik adalah usaha kita, di samping berjumpa doktor , sampingkan juga dengan amalan2 serta ayat2 dari al Quran kerana Al-Quran itu sendiri Syifa (Penawar).


****UTK SEMUA AMALAN DI BAWAH > MULAKAN DULU DGN AL-FATIHAH DAN AYAT KURSI****


1) Penyakit 3 serangkai (Darah tinggi, kecing manis dan penyakit jantung)
- Baca Al Fatihah
- Ayat Kursi
- As-Syuara' ayat 80
- Yunus ayat 57
- Al- Hasyru ayat 21
** Dilakukan sebelum tidur, ambil tangan kanan, letak di dada, baca ayat2 tersebut, tarik nafas dan hembus. Ulang sebanyak 3x.

2) Bagi ibu hamil yang mengalami alahan
- An-Nahlu ayat 78

3) Utk kuatkan rahim dari keguguran
- An Nahlu ayat 78 dan
-Al Mukminun ayat 11-14

4) Penyakit kulit : Eczema, sopak, kanser, gatal
- Al- Anbiya' ayat 39

5) Senggugut/ Istihadhah/ Tiada haid/ Terlalu byk haid dan segala masalah haid
- ambil madu asli, seperti biasa baca Fatihah dan ayat kursi, then bacakan ayat 69 surah an Nahlu sebyk 21 kali dan diminum madunya.

6) Sakit kepala/ Migraine/ Depression
- Al Waqiah ayat 19 dibaca pada tangan kanan dan diletakkan tgn tersebut pada kepala yang sakit.

7) Supaya syaitan/iblis tidak mengikut kita hingga ke rumah (contohnya waktu pulang dari mana2)
- Baca At-Toriq ayat 4 sblm masuk ke dalam rumah

8) Lewat mendapat jodoh akibat gangguan2
- Ar -Rum ayat 21

9) Penglihatan kabur/ bercermin mata
- Surah Qaff, ayat 22...baca  start dgn fakasyafna... baca pada carrot 14x, dan dikunyah carrot mentah tersebut
@@Ataupun  Membaca selawat syifa, sampai pada ayat "wa nuril absar"...ulang 7x dan sapu pada mata.
@@Ataupun, ketika azan berkumandang, ambil 2 ibu jari diletak pada mata sewaktu ayat Waashaduanna muhammadarrasulullah..


Sebenarnya byk lagi doa2 yang boleh kita amalkan, tp sebab terlalu byk ustaz tu pun tak sempat nak bagitau semua..utk itu dia dah tulis semuanya dalam bukunya bertajuk  Ubat, Doa dan Penyembuhan by Ustaz Sharhan Safiee...

Banyak lagi buku2 yang beliau tulis berkaitan perubatan Islam ni, tp mama tak salin semua..kalau korang jumpa penulisnya ustaz tu, beli jer la...
Hehe..mama bagi promosi free kat dia jer ni...takperlah..ustaz tu pun menulis utk menyebarkan ilmu, bukan keuntungan semata, so mama pun nak sebarkan lah apa yang baik tu...insyaAllah moga ada manfaatnya...