Showing posts with label Tentang Mama. Show all posts
Showing posts with label Tentang Mama. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Kelahiran Super Natural....(menentang kezaliman doula douli)

Alhamdulillah..saya diberi peluang utk menjalani proses bersalin sebanyak 3 kali setakat ini.....kedua2 delivery saya yang normal (term) adalah secara natural/alami/ fitrah. (Kita lupakan dulu cerita baby kedua yang terbersalin secara tidak sengaja pada usia kandungan 24 minggu itu).

 Saya katakan natural kerana saya bersalin di sebuah labour room yang lengkap dengan segala peralatan yang mencukupi utk monitor keadaan saya dan baby. Natural kerana sepanjang masa , iaitu dari awal sakit hingga akhirnya bayi keluar, suami sentiasa menemani saya, suami yang urutkan belakang dan badan saya ketika sakit kontraksi itu datang..suami yang suapkan minuman ketika saya dahaga, suami yang tadahkan muntah saya selepas saya mendapat suntikan pethidine penahan sakit..dan suami yang videokan detik2 kelahiran anak kami. Sempat juga kami berselfie dan bergambar sebelum bersalin itu dengan bantuan nurse yang ada di situ.

 Maka suami saya is the best DOULA untuk saya. Saya tidak perlu berhabis rm2100 untuk mengupah doula yang mungkin saja tidak ikhlas menemani saya tetapi berbuat demikian kerana wang. Saya katakan natural kerana tidak lama selepas cord di clamp, suami yang memotong tali pusat bayi kami walaupun dia bukan doktor...dan suami yang azankan bayi kami.

 Saya tidak sempat mengambil penahan sakit jenis epidural kerana alhamdulillah proses bersalin saya agak cepat, maka saya kira macam tidak berbaloi saya gunakan epidural waktu itu. Tapi untuk mengurangkan kesakitan, saya diberi pethidine dan juga gas entonox. Saya kira tidak ada yang tidak natural di situ. Ketika bukaan mencapai 10cm, saya disuruh meneran, malangnya ketidakpandaian saya menyebabkan baby agak lambat keluar, maka doktor memutuskan utk menggunakan vakum bagi membantu mengeluarkan bayi (bantu sedikit, tapi saya masih harus meneran). Saya fikir bantuan itu masih natural, kerana bagi saya ketika itu bukan prosesnya bagaimana bayi itu keluar, tapi hasilnya nanti...kerana waktu itu apa yg saya takutkan bayi akan lemas (fetal distress) sehingga menyebabkan hypoxia atau kekurangan oksigen pada otaknya dan boleh membawa consequence spt kecacatan kekal yang tidak diingini. Nauzubillah.  Maka demi anak saya, saya rela bersakit sakit dahulu.

Saya katakan natural juga kerana sebaik saja bayi keluar, bayi saya dibiarkan skin to skin dengan saya, dan terus diinitiate breast feeding di minit2 pertama itu sementara doktor terus bekerja mengeluarkan uri dan menjahit luka episiotomy saya.

Apa yang penting bagi saya bukan tempatnya di mana, bukan caranya bagaimana, tapi hasil akhirnya. Hasil akhir yang diingini oleh seluruh para ibubapa, iaitu anak yang sihat, sempurna. Jika org berkata hospital itu bukan tempat yang natural utk bersalin, maka saya lebih rela memilih tempat itu.
 Jika mereka berkata bantuan vakum itu bukan natural, maka saya lebih rela memilih kaedah yang mereka kata tidak natural itu asalkan bayi saya selamat
 Saya tidak pentingkan diri saya..bukan keselesaan yang saya inginkan pada waktu segenting itu. Saya berusaha dengan segala kepakaran moden..dengan segala ilmu perubatan yang Allah ilhamkan kepada ilmuwan terdahulu...tp kebergantungan dengan Allah juga tidak saya lupakan. Alhamdulillah dengan izinNya juga anak-anak saya sihat walafiat. Hanya dengan izinNYA...
ALHAMDULILLAH..

Saya tidak dapat pahala kah bila bersalin di hospital? Pahala saya berkurangkah bila bantuan vakum dan penahan sakit diberikan? Apakah hanya dengan bersalin di rumah sahaja dikira natural dan mendapat sejuta pahala dan rahmat? Wallahua'lam.

‪#‎doulaohdoula‬
‪#‎menentangkezalimandoula‬
‪#‎hugsketatketat‬

P/s...dah lama tak menulis..just copy paste status fb sendiri...
 

Sunday, August 31, 2014

Bersarang labah

Assalam.....

Aduh...banyaknya cerita dalam kepala mama yang belum ditransfer ke diari ini sebagai kenangan anak-anak.....

Mama hutang dulu yer nak.....super bz tidak lah juga, tapi bila mama ada masa pun, laptop mama ni dikonker oleh kakak dan abg .....takde chance langsung kat mama nih.....huhu
Nampaknya kena belikan satu komputer untuk diaorang ni.....kalau tak, asyik bertangguh je la kerja mama....

okey....ni mama akan buat slow2 walaupun dah basi
1) Cerita balik raya
2) Gambar photoshoot Qaisara
3) Milestone baby Muaz
4) Cerita abang Qaid dan rotannya
5) Cerita conjunctivitis
6) Bila mama naik kerja
7) Apa hasil bercuti panjang 5 bulan?

Sabor sabor...esok  keje so takleh tido lambat.... kalau ada masa mama cerita satu persatu k?
Till then...wassalam


Monday, July 7, 2014

Teaser...Melangkah ke alam baru.....






Hati sebenarnya nak cerita pasal anak-anak.....tapi nak juga upload cerita ni.....

Mama dah lama teringin nak berbisnes.....baru nak belajar....hihi.....

Like fb page mama di Barang Rumah Murah, ada banyak lagi picture comel di sana, all is about home organizing items, kids and toys, serta alatan dapur........:)

So sape2 yang suka susun atur rumah tu....meh cepat2 grab barang dari sana.....Love uolls....Muahhhs

Tuesday, February 11, 2014

Peristiwa di 34 minggu

Salam.
Benda ni dah lepas seminggu yang lalu, tapi mama nak coretkan di sini sebagai kenangan.

Last thursday (30 January 2014 = birthday Qaisara = mama at 34 weeks of pregnancy.)
Alhamdulillah syukur sangat2 dah sampai ke tahap ini. Berbanding Qaid Mukhlis yang lahirnya pada 24 weeks, pada mama ini pencapaian yang saangat mama syukuri.

So hari tu, 30hb, mama ada appointment dengan pakar O&G mama. Pilihan mama sudah semestinya perempuan. Dan mama dah jumpa doktor ni sejak minggu ke 8 kalau tak silap. Sangat peramah dan menyenangkan.

Sebenarnya sehari sebelum tu, perut mama asyik mengeras setiap 5 minit, tapi mama tahankan, nak pergi check takut plak...(Ader ker,.....hahaha)....
Sebenarnya mama takut doktor tahan kat ward kalau jalan dah buka, sedangkan mama belum siapkan barang dan bag .
Balik malam tu, pukul 3.30 pagi mama bangun siapkan beg...selepas 2Q dah tidor....

So berbalik pada hari 30hb esoknya tu, waktu doktor nak check samada sudah terbuka jalan atau tak, tiba2 hujung couch yang mama duduk tu boleh jatuh ke bawah!!! Dan jatuh sekali dengan mama!!!!!!!!!!!!!!

Gedebuk ke bawah ......Arghhh!!!! Nasib mama baik mama jatuh atas couch yang jatuh bersama tu...so takde la terhempas punggung. Setakat sengal2 sikit jer... (Hujung couch tu actually boleh ditanggalkan, ada skru yang memisahkan daripada bahagian atas tempat baring tu)

Tapi doktor tu off course la rasa bersalah, dan berdebar2 serta terkujat...Lagi terkujat dari mama sendiri kot.
So pemeriksaan diproceed dengan ujian CTG, untuk mengesan keadaan jantung baby, sebab doktor takut berlaku pendarahan akibat jatuh tadi....

Hurm...mama rasa kalau benda yang sama berlaku di klinik atau hospital kerajaan , sure orang dah heboh2 seantero malaya, ntah2 siap nak sue kot.....

Alhamdulillah takde apa2 yang serius berlaku pada mama...dan insyaAllah begitu juga baby....so mama pun takde nak panjangkan cerita...
Tapi bayor tetap kena bayar tuuuu.....

Dan oh ya....doktor cakap jalan dah terbuka, dan kepala baby dah hampir semua masuk ke jalan! Means dah tak lama lagi kot....
Doa mama, kalau nak keluar pun, biarlah cukup term wahai anak....Tapi kalau Allah kata keluar awal itu lebih baik bagi kamu, mama redha jer.... insyaAllah mama tahu kamu kuat.....seperti kuatnya abangmu Qaid Mukhlis...



Hujung (yang terjungkit ke bawah) tu lah yang tercabut dan jatuh bersama mama) Pic from google




Wednesday, December 25, 2013

Ia Sangat Menyakitkan, ok!!!

Assalamualaikum...

Ini bukan tentang sakit hati.
bukan juga tentang sakit liver. hepar atau sewaktu dengannya...hihi.....

Ini tentang dexamethasone.

Siapa pernah lahirkan baby premature? Means baby yang lahir sebelum 36 minggu di dalam kandungan.
For the next pregnancy, for those yang ada history of spontaneous premature delivery , definitely they will  be given 1 type of injection (steroid injection, called Dexamethasone), intramuscularly. Fungsinya adalaha untuk mematangkan paru-paru baby, in case the next pregnancy also gonna be premature.

Selama ni bagi setiap pesakit yang ada sejarah premature , memang mama akan order agar diberikan suntikan dexa, biasanya at 28 weeks pregnancy. Sedap jer ngko order kan....hahha...

Dan kali ini, disebabkan mama sendiri ada history of prem (severe prematurity at 24 weeks), makanya mama sendiri terpaksa order diri sendiri untuk diberikan injection tersebut...huhu

Dan baru tahu betapa sakitnya injection ni..bukan seperti injection yang lain....
Dah la kena ambik 2 jab, tuhan saja yang tahu sakitnya.
Kali pertama dapat, mama menangis tau dak. Sebab sakitnya sampai ke kaki, dan tak boleh bangun buat beberapa minit (hampir 20 minit jugak kena berbaring dan rehat),

12 jam kemudian, amik lagi satu dose of IM dexa ni. dan kali ini , mungkin kerana mama lebih mentally prepared, atau mungkin sebab nurse yang cucuk tu lebih pandai, makanya sakit tu tidak sampai buatkan mama menangis la...Tapi still kena rest about 20 minutes sebelum pergi buat keja macam biasa.


ni la ubatnya...Dexamethasone


Huhu...wahai anak , ini pengorbanan mama untuk kamu. Demi anak, mama tahankan pelbagai dugaan.
Kena cucuk ambik darah tu biasa, almost every month...Kalau tak sanggup jangan mengandung....kan.

Symptoms that bothering mama so far:
1) Back pain- since early pregnancy, sama macam time pregnanct Qaisara juga.
2) Right Hypochondriac pain- sakit di  perut di bawah tulang rusuk kanan- which is sharp pain, aggravated by taking oily or fatty foods. So untuk seminggu dua ni mama cuma makan roti, yg mana sebelum pregnant, memang mama tak pernah skip nasi lemak, makan nasi tgh hari dan makan nasi for dinner.
Tapi untuk kesakitan ini, since makanan berlemak akan buat mama sangat sakit, makanya roti terpaksa jadi pilihan.
** Masa ngandungkan Qaisara pun sama dulu, sakit bawah rusuk kanan ni, tp masa tu tak tahu tak boleh makan oily foods , makanya sakit tu mama tanggung sampai selamat bersalin.( kali ini pun secara tak sengaja terperasan sebab satu hari tak sempat beli nasi lemak, maka ganti dengan roti....tengok2 eh eh tak sakit la bila makan roti)
3.) Anemia- ini memang tak boleh buat apa....dah kata ada thalassemia kan....


Morning sickness semua tu alhamdulillah la takde langsung....Dan untuk pregnancy kali ni, since mama dah kenal supplement Shaklee, alhamdulillah walaupun ada anemia, tp penat tu tak seteruk pregnancy dulu.....Kira berkesan gak la  kot ESP Shaklee dan vitamin2 Shaklee ni....sedap pun sedap ESP tuh...

Mama selalu beli kat link bawah ni , nak gi cawangan Shaklee malas sikit sebab jauh...order kat FB jer, terus sampai umah esoknya...

Sape2 nak order leh tgk facebook ni kot...hihi...promote sikit adik mama punya page ni.....

 https://www.facebook.com/AIRA.Beautyhealth






Saturday, November 23, 2013

Debaran 24 minggu

Assalamualaikum...
Moga kita semua terusan di dalam rahmat Allah SWT.
Lama tak update, kali ni mama rangkumkan pelbagai cerita.

TENTANG MAMA
- Alhamdulillah menjangkau 24 minggu kini,selain masalah anemia yang tak resolved (mungkin tak resolved sehingga bersalin akibat thalassemia), masalah back pain yang severe, kini timbul masalah lain...sebenarnya masalah yang sama ketika mengandungkan Qaisara dulu..iaitu sakit di bahagian Right Hypochondriac region.  (di bawah tulang rusuk  sebelah kanan). Apapun, mama bersyukur sangat2 punya Mr Papa yang sangat memahami, sangat banyak membantu dan paling penting, sangat pandai mengurut!
(boleh buat story Kisah Suamiku Si Tukang Urut..ahaks...)

- Kenapa berdebar di 24 minggu? Yup....kerana ketika inilah Qaid Mukhlis dilahirkan dulu. Bila mama pandang perut yang masih kecil kini, dengan gerakan yang masih lembut, tidak terbayang bagaimana mungkin Qaid Mukhlis boleh keluar di saat itu. Ketika baru sebulan lebih gerakan dirasai , tiba-tiba si Qaid Mukhlis tidak sabar2 mahu menjengah dunia....

- Kuasa dan kehendak Allah, tertulis percaturannya begitu, pasti ada hikmahnya..Doa mama kali ini biarlah mama bawa bayi ini puas-puas dalam perut mama dulu, keluarlah hanya bila sampai waktunya wahai anak..biar mama rasa puas-puas tendangan kamu di dalam perut mama....biar mama puas mengusap kamu, biar kakak Sara dan abg Qaid puas mencium perut mama...dan biar mama habiskan dulu 30 juzuk Al Quran untuk kamu dengarkan dari dalam sana.....biar apa jua kesakitan yang mama tanggung, mama sanggup wahai anak....

Allah perkenankanlah doa kami...


TENTANG KAKAK QAISARA
 17 hb November lepas adalah hari "Grand Ihtifal" @ Konvokesyen tadika kakak.
And guess what? Qaisara telah diminta membuat persembahan sewaktu majlis berlangsung. Dan dia satu-satunya peserta yang membuat persembahan secara solo. Kakak kena bagi SPEECH!!
 Speech yang sama yang diberi oleh adik Fatimah Salim Kodia dari India di satu majlis, yang bertajuk IMAN.(mama kenal Fatima Kodia pun sebab teacher suruh cari kat Youtube).

Tetapi oleh kerana masa yang amat suntuk untuk berlatih, iaitu cuma 4 hari sebelum majlis berlangsung, speech tersebut teacher pendekkan. Mama akan upload videonya sebagai kenangan kakak, tapi kemudian ya kakak!

Grand Ihtifal ni sebenarnya bukan untuk tadika kakak saja, tapi turut disertai oleh 3 lagi tadika yang menggunakan konsep LITTLE CALIPHS di seluruh Johor ni.

Next after the speech, kakak kena join kawan2 dia utk persembahan nasyid "Rumput Bertasbih". Dan yang paling cumel tu kakak kena pakai baju bee... Dulu time kecik mama cari baju Bee untuk kakak, tapi tak jumpa, tak sangka kakak kena pakai bila dah masuk tadika...hihi.... tapi dia komplen panas....
Tapi panas2 pun bukan main lagi kakak bergoyang dan berjoget atas pentas tu.....haha
Videonya pun later mama upload yer kakak...insyaAllah...
Hari ni mama tepek picture je dulu.

Mama amat berterima kasih pada teacher2 especially Teacher Raudhah yang banyak melatih kakak untuk speech ni.... malam sebelum pergi tu mama yang berdebar dan tak tidur nyenyak, takut kakak terlupa skripnya..tapi Alhamdulillah kakak memang membanggakan mama, dan apa yang mama suka adalah benda2 macam ni memang membantu kakak tu build her confidence.....Bila mama tanya, kakak takut tak masa naik atas stage tu, dengan konfideen dia menjawab Tak lah....

Hahaha..mama memang mengaku kalah dengan kakak, sebab masa tadika, sekolah rendah, menengah atau universiti, mama tak pernah naik atas pentas bagi speech kat depan ramai orang camtu....in English lak tu.
Masa kat Unversiti pun terketar2 mama waktu disuruh buat presentation kat depan dewan kuliah, walhal kat depan tu bukan sorang2, tp dengan ahli group.....
Moga2 bintang kakak kan terus bersinar...insyaAllah....

My topic today is about our IEMAN...

Kakakberbaju Bee...semangat tau!

Kakak with her beloved class teacher, teacher Raudhah.


Caught in magazine...2 beranak ni leh tido di tengah keriuhan orang,,,time ni dah nak habis majlis...nasib baik kakak 1st presenter!




TENTANG ADIK QAID MUKHLIS
- Tak lama lagi adik tak boleh bahasakan diri adik lagi, bila adik dah jadi abang...:)
  Sekarang ni mama layankan jer bila dia bahasakan diri sebagai adik...
Perkembangan adik pada umurnya 3 tahun pada 8hb September yang lepas, baru adik Qaid belajar makan nasi keras macam orang dewasa....
Sebelum ni disuap nasi dewasa memang la menggeleng....pandang pun tak...
Bubur lembut jugak yang jadi pilihannya. Tapi Alhamdulillah sekarang ni mudah kerja mama memasak, bila adik dah nak makan macam orang tua makan.

Selain nasi, makanan favourite adik adalah roti canai tanpa kuah dan bihun , tak kiralah bihun goreng atau bihun sup.

Dalam pelajaran, mama sebenarnya tengah confuse samada tahun depan nak hantar adik ke tadika atau tak....Kalau ikut macam kakak, 4 years dah masuk sekolah....
Tapi adik ni, yang mama risaukan takut dibuli, ditolak dan macam2 lagi, dengan badannya yang kecik macam budak 2 tahun ni, dengan mata yang rabun terpaksa bercermin mata...mama boleh bayangkan takut budak2
lain kacau dia...Hurmm...Nak hantar ke tak hantar???

Yang paling mama suka tentang adik adalah kebolehannya menghafal, terutama menghafal Al Quran. Setakat ni, adik mampu baca dari surah terakhir iaitu An-Nas hingga surah al Buruj...(30 surah iaitu dalam Juzuk Amma). ALHAMDULILLAH!! Alhamdulillah!

Dan paling kelakar semua skrip kartun Boboiboy pun adik hafal, siap dengan gaya sekali...huh taksub betul dengan Boboiboy....habis dan itu jer kartu yang ditengoknya...mama so far memang tak pernah ajar diaorang ni tengok Ultraman, Spiderman, Superman dan segala watak superhero yang lain....kalau tanya kakak siapa Ultraman pun kakak tak kenal.

Dan kebaikannya adalah takde lah diaorang taksub dengan watak2 tersebut...sampai nakkan patung2 ultraman dan sebagainya....harap2 dia tak kenal sampai besar nanti....hehe...

Cuma sekarang ni, sejak kakak dah pandai pilih channel sendiri, dan dia terjumpa channel yang best bagi dia, bukan main suka lagi dengan Sofia The First, Jake and the Never Land Pirates , Timmy Time, dan Hi-5.
Adik Qaid pun sama la mengikut....huhu.....tapi as long as tak ganas sgt, ok je kot..?

********************************************************************************
Syukur pada Allah atas semua nikmatNYA...
Tidak terucap betapa banyaknya nikmat dan kurniaanNYA..

Moga kita semua terus diberi kesejahteraan oleh Allah di dunia dan akhirat.....
Dan moga kita tidak tenggelam dalam kesenangan dunia......























Sunday, November 3, 2013

Alhamdulillah, it's 21 weeks!

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalam.
Lama sungguh tidak bersiaran kan.
Sejak itu jugalah blog ini sepi dari sebarang kunjungan.
Saper suruh tutup blog....hahaha...

Ingat lagi cerita mama sebelum blog ditutup dulu....cerita tentang .upt mama yang positif tetapi tidak hamil ....

Okey....2 bulan selepas itu sekali lagi mama mengalami Amenorrhoea.
Dan kali ini mama tidak terburu-buru menguji urine. Buat apa habis duit beli UPT test kan.
Apa yang mama buat adalah ultrasound...
Dan kali ini, letak jer probe ultrasound tu, mama nampak sesuatu!!
Sesuatu yang sangat kecil tapi ada harapan di situ.
Sejak itu selang 2, 3 hari mama buat ultasound lagi...just to confirm ....

Dan hasilnya.....Alhamdulillah....

Nampak sesuatu yang kecil itu makin membesar, tanda adanya kehidupan baru di situ.....



Siapa terror boleh teka jantina baby ini :). Actually mama dah nampak jantinanya sejak minggu ke 15 lagi....

 Alhamdulillah, sepanjang 21 minggu ini, mama sihat...harapnya baby juga membesar dengan sihat sempurna dan bijak.
Tiada morning sickness, selera makan yang normal. Alhamdulillah.
Cuma masalah lama tetap ada......Anemia in Pregnancy....dan Severe Backpain.

Sakit belakang yang tidak dapat digambarkan dengan kata2, terutama bila berbaring, atau mahu mengubah posisi baring ke mengiring, dan pelbagai posisi lagi. Dan lately, sakit itu menjalar hingga waktu berjalan dan berdiri juga.

Anemia...hanya mereka yang alami masalah anemia sahaja tau kepenatannya bila alami anemia. Masalahnya mama bukan kekurangan zat besi seperti orang lain...tapi disebabkan thalassemia. So mama makan vitamin macam mana pun hemoglobin tu tetap tak bertambah....Sama seperti ketika hamilkan Qaisara dan Qaid dulu... Tentang ini nanti kalau rajin nanti mama tulis lagi....

Apapun, kesakitan ini hanya sedikit, berbanding mereka yang mengalami pelbagai komplikasi lain. Mama sanggup wahai anak, jika dengan sakit ini, kamu nanti lahirnya sihat walafiat, dan paling penting, lahirnya kamu harus CUKUP BULANnya...jangan premature seperti abangmu Qaid Mukhlis. Bukan premature yang sedikit, tapi extremely premature!

Ya anakku, 24 minggu itu sangat awal, dan biarpun abangmu bernasib baik, dengan kuasa dan kehendak Allah, dia terhindar dari sebarang komplikasi prematurity, tapi mama tak sanggup mengalaminya sekali lagi. Keperitannya mama sudah rasa.

Maka mama mohon, kawan2 doakan mama agar tidak mengalami sekali lagi premature delivery seperti dulu.

Ya Allah, lahirkan anakku ini dalam keadaan cukup umurnya di dalam kandunganku, lahirnya mudah dan selamat, sihat, sempurna, dan jadikanlah dia seorang lagi anak soleh lagi bijaksana serta terpuji akhlaknya. Aminn....




p/s: kawan2 yang ada cadangan nama bermula Q, bolehlah bagi idea yer...TQ!





Saturday, September 7, 2013

UPT positif tetapi....?

Bismillahirrahmamnirrahim


Sambung cerita tertunggak minggu lepas....
Susah nau nak habiskan cerita ni, di saat kemalasan melanda...

Okey..berbalik cerita asal..
Hujung bulan April itu 'kawan baik' mama yang sepatutnya datang, tidak kunjung tiba...hinggalah masuk bulan Mei.
Time kakak dan adik dulu, lewat sehari pun dah UPT positif, so dengan penuh harapan mama beli UPT test....dan dengan penuh harapan, test mama jalankan.

Hasilnya....Invalid!
Timbul 2 line samar-samar tetapi itu pun hanya setelah beberapa jam.
Tak boleh jadi ni....
Selang beberapa hari kemudian, mama beli test dari jenama yang sama...
Hasilnya...masih samar2 double line.


Dua UPT yang kedua2nya samar double line.
 
 Sekali lagi tak boleh jadi.....Ini kerana dalam kedua2 kandungan terdahulu, terus straight je double line tu, takde samar2 macam niii.
di klinik,mama cuba scan atas perut sendiri, tp tak nampak sebarang tanda adanya kehidupan baru di situ.....
Tapi Mr Papa dah confident betul yang mama pregnant ni.... kononnya ada perubahan pada bentuk badan mama...hahaha..makin gemuk ada la kot....
Disebabkan keyakinan Papa tu, mama pun apa lagi,warwarkanlah berita gumbira pada adik beradik mama...Whatssap semua you....

Masuk minggu ke 6, mama beli satu lagi test yang lebih murah, manalah tau double line tu terang benderang lak kan.....
Dan hasilnya....seperti di bawah ini......
 Test kali ketiga ni Mr Papa tolong sahkan dengan konfidentnya sebagai positif.... :)

Ada double line, tetapi totap lah samar2......huhu



10hb Mei, setelah 6 minggu, sekali lagi mama cuba  lakukan ultrasound untuk diri sendiri...Sepatutnya jika hamil, kandungan 6 minggu ni dah boleh nampak ketulan yang akan menjadi baby nanti, selain karungnya ...

Sekali lagi scan hari itu masih menunjukkan kosong.....empty uterus.......haih..pelik ni....

Tak sampai 10 minit kemudian,mama ke toilet...tetiba tengok-tengok...eh ada darah keluar!!!
Period!

Terus whatssap adik beradik..."weih...tak jadi pregnant la pulak....."
Hahaha.....boleh camtu?

Mama just consider itu sebagai late menses associated with breast engorgement and tenderness, mimicking pregnancy state....boleh kot diagnosis camtu DrSinga dan DrNajwa?

Habis takkan nak consider sebagai miscarriage lak kan....miscarriage nanti kena MC...huhu....

Nak wat camner kan....takde rezeki bulan tu nak pregnant......takper..kita cuba lain kali yer Qaid, untuk dapatkan seorang adik buatmu....:)

Redha.....:)



Sunday, September 1, 2013

Cerita tentang keinginan...

Assalamualaikum semua..
Thank you buat kengkawan yang sudi accept my invitation to be my exclusive followers.
Dont worry, kalau kawan2 tak sempat nak datang jenguk pun mama tak ambil hati...sebab mama pun tahu bila mama tutup blog macam ni, leceh sikit nak jenguk kan....

Why tutup blog?
Kerana apa yang mama nak ceritakan dalam bulan2 berikutnya adalah lebih privacy dan buat masa ini mama taknak open readers baca...itu saja....
Bila keadaan dah sesuai nanti mama akan buka semula blog ini supaya senang kawan2 datang yer.....

Okey, berbalik kepada cerita tentang sebuah keinginan....

Sewaktu adik Qaid Mukhlis baru dilahirkan 3 tahun lepas ketika hanya berusia 24 minggu dalam kandungan, dengan hanya seberat 725 gram (ataupun 680gram di government hospital), tumpuan mama sepenuhnya pada dia. Dan ketika itu mama sangat2 takut jika termengandung lagi dalam masa terdekat, memandangkan adik sangat kecil, tempoh di hospital saja 3 bulan, dan bila balik ke rumah pun dia masih sangat fragile.

Untuk itu, sejenis contraception yang sangat berkesan adalah sangat perlu, dan memandangkan mama seorang yang pelupa dan poor compliance,contraceptive jenis pil adalah sangat tidak sesuai untuk mama. Ada jer la nanti mama lupa nak makan tu....

Nak masuk IUCD? Oh mama ngeri walaupun selalu yakinkan patient yang benda itu tidak menyakitkan, dan mama pun ada jugak masukkan pada patient, tapi untuk diri sendiri, that would be my last choice kot, bila jenis hormonal contraceptive dah tak sesuai nanti.

The best choice untuk mama at that time adalah jenis injection, iaitu depo provera. Senang, inject 3 bulan sekali, then rilex....cuma kena tahan bontot jer la sakit masa inject tu sekejap.

The first month mama ambil injection, mama alami bleeding berterusan tetapi sedikit2, lebih sebulan rasanya. Hingga akhirnya terpaksa ambil pil lain iaitu Tranexamic Acid untuk hentikan pendarahan berterusan tersebut.
Bulan bulan berikutnya pada tahun 2011 adalah sangat best sebab mama alami amenorrhea!!

** For non medical friends- Amenorrhoea- ketiadaan menses.

Bukan saja best bagi mama sebab tak payah beli pad bulan2, tapi best bagi Mr Papa juga...hahaha....

Tapi bila masuk bulan September 2011, menses mama kembali semula, dan bermulalah episode2 yang kurang best sebab menses yang mama alami adalah sangat tidak regular. Menses yang panjang, kadang2 hingga lebih sebulan, dan setelah diambil Tranexamic acid, ia stop, tetapi tidak lama kemudian, selang seminggu dua, ia datang lagi.Sangat tak best sebab confuse bila nak solat, dan en suami juga off course tak best kan?Muahaha....

Setelah beberapa bulan, akhirnya mama Mei 2012, mama hentikan penggunaan depo provera dengan harapan menses mama akan kembali normal semula. Tetapi tidak mudah rupanya untuk menstabilkan hormon ini. Dari Mei hingga hujung tahun 2012, menses masih tidak regular.

Bermula September 2012, mama cuba amalkan beberapa supplement dari Shaklee, which is mainly Vitamin E dan GLA Complex.. Dan Alhamdulillah surprisingly bermula Disember 2012 menses kembali normal dengan kitaran setiap 28 hari ,hinggalah bulan April yang lepas.

Bila bermula kitaran haid yang normal, dan ketika ini Qaid Mukhlis juga semakin membesar dan alhamdulillah lebih sihat, maka timbullah pula keinginan untuk menambah seorang lagi zuriat soleh. Kebetulan Mr Papa berkesempatan menunaikan umrah bersama  ibubapanya, maka mama kirimkan doa, agar kami dikurniakan seorang lagi cahayamata penyejuk jiwa. Kalau boleh biralah ketika umur mama sekarang, bukan bila menghampiri atau melebihi usia 40an nanti...huhu....

Mei 2013, haid mama tidak kunjung tiba , dan bagaikan menanti kehadiran cahayamata pertama, dengan excitednya mama cek sendiri UPT....bukan sekali tapi 3 kali.....

Adakah mama pregnant???













Thursday, August 22, 2013

Blog Ini Untuk di Tutup....

As salam.....
Ok, mama memang malas sejak balik raya ni...tengok kawan2 semua update ceerita pasal raya....
Tapi mood mama entah ke mana...tunggu ceta raya basi dulu baru kita update kot....hahah..

Tapi sebenarnya banyak cerita yang tak terakam di sini...mungkin later mama tulis lah.....

Cumanya....mama rasa sekarang ni mama nak tutup blog ni dari kunjungan......
Ada sebabnya....
Sebab mama nak umumkan sesuatu yang penting.......
Tapi taknak orang-orang yang yang tak berkenaan baca....
Ha camner tu?  Haha....
Mama nak kawan2 yang regular datang jer yang baca benda ni.....so blog ni mungkin akan ditutup sehingga suatu waktu yang ditentukan kemudian....rasanya tak lama kot....

Buat kawan2 yang rasa nak datang dan jenguk blog mama yang tak seberapa ni.....boleh tinggalkan emel yer..
Itupun kalau ada yang nak datang baca....hehe...

Ala, bukan mama nak suruh datang selalu pun, mama just nak bagi password in case tetiba rindu nak datang dan baca, at least ada lah passwordnya....sbb mama tahu bila buat camni, susahkan kawan2 sikit untuk datang dan baca.....


p/s Sebenarnya nak tutup blog ni pun amik masa jugak ni, sebab nak kena study dulu, belum pandai lagi ni.......hehehe....

Saturday, August 3, 2013

Salam Eid Mubarak 1434H

Assalamualaikum....

Tinggal lagi 2 hari sebelum berangkat ke kampung halaman mama....
Tak sabar dah rasa hati ni....rasa lama benar lagi....
Tapi yang tak bestnya bila dah sampai kampung, masa tu berjalan dengan sangat cepat...tup-tup dah habis cutinya...

Kalau tahun lepas, kami amik masa 18 jam untuk sampai ke kampung disebabkan jammed, instead of 12 jam sepatutnya....This year Qaisara dah tak sabar2 nak terbang, last time masa dia fly adalah tahun 2009, masa belum umur setahun..so dia pun tak ingat dia pernah naik flight. Adik Qaid lak memang tak pernah naik so far....and this gonna be his first flight.Hopefully he behave well kat atas awan nanti....

Mr papa, kami tinggalkan di rumah dengan baki kain baju dan barang2 yang tak larat mama nak angkut....
InsyaAllah papa akan menyusul pada raya kedua...

Pesanan untuk papa, drive carefully and ingat orang tersayang....harap2 papa tak tempuh jam kali ni....
dan moga perjalanan papa smooth dan selamat hendaknya...insyaAllah...amin.....

Adik Qaid lak, sejak balik dari rumah babysitter jumaat semalam demam lak...harap2 tak berpanjangan dan tak melarat demamnya tu....
Dua hari sebelum tu mama dah tak sedap hati bila si Raudhah teman serumah Qaid start demam terlebih dulu....
Apapun,sakit itu dari Allah jua, kan? Raudhah mungkin cuma asbabnya saja....

Dalam Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari saja lagi ni, moga terus diberi kekuatan oleh Allah untuk terus mendekatiNYA....moga Lailatul Qadr itu milik kita,amin....

Dan di kesempatan ini mama nak ucapkan Salam Eid Mubarak buat semua sahabat, di mana jua berada, begitu juga saudara mara, jika ada yang membaca catatan mama ini.
Mama mohon ampun dan maaf atas segala salah laku yang tidak disenangi....




Friday, July 26, 2013

Terbakar la pulak!

As salam
Lama kan mama tak menulis di sini.
Last week laptop ni selamat dikerjakan dek Qaid Mukhlis, gedegang jatuh atas lantai dari ketinggian sofa....
dan terus gelap segelap gelapnya....
Rasa nak nanges pun ada....huhu...
Alhamdulillah setelah dihantar ke bengkel kawan papa, dengan caj sebanyak rm40, laptop mama kembali berfungsi.

Ok, back to the title....
Ni story last week.
Cerita tentang baju raya...
Tahun ni plan kami nak ke butik yang kami pergi last year....alah butik murah jer pun, tapi kain dia ok la, dan yang penting senang nak cari saiz untuk setiap orang,{{ sebab Mr Papa adalah orang yang paling malas nak jalan2 dari satu kedai ke kedai lain...mana dia jumpa 1st, itulah yang dibelinya, ....huhu...}}
Butik ni terletak di Tesco Sri Alam. 
Ok, since bulan puasa ni penat, mula2 plan nak gi malam hari bekerja....tapi disebabkan lepas berbuka puasa dah kepenatan, makan hasrat kami ditangguhkan, hinggalah weekend yang lepas.

Maka pada pagi sabtu yang damai, bergeraklah kami ke TESCO...
Sampai jer di sana, kami nampak ada sekatan, so kereta tak boleh masuk pada laluan biasa...
Rupanya2 ada deretan kedai di luar tesco (Kedai 5 ringgit), sudah hangus terbakar....

Masuk ke dalam, kami nampak sekumpulan orang ramai tengah berebut2 membeli baju, seolah2 murah banget gitu...berebutnya tak hengat....Baju2 yang dijual pula cuma berlongggok di dalam troli, dan terdengar seseorang menyebut, ini basah lagi ni ha....maka faham lah mama baju2 ni terlibat dalam kebakaran sehari sebelum tu, dan basah itu adalah kerana pili bombanya lah.....makanya dijual dengan separuh harga....Patutlah ramai sangat orang berebut...

Malas ikut campur, kami meneruskan perjalanan ke butik tujuan kami...({apa kelasss nak berebut2 gitu kennnn})....lagipun memang dah takde ruang nak masuk berebut pun...hahaha

Sampai jer kat butik tu, kata papa "eh, tutup pulak kedai ni...."
Menjengok lebih dekat, rupa-rupanya itulah kedai yang terbakar, dan rupa2 nya baju dari butik itulah yang direbutkan orang....HUHUu....takde rejeki kami lah nampaknya .....

Maka terpaksalah beralih arah...bergerak ke tempat lain untuk mencari sepasang persalinan buat setiap orang....
Alhamdulillah akhirnya ketemu juga....Fuh...memang penat juga lah nak menapak dari satu booth ke satu booth mencari pilihan hati. Nasib baik tak lama sangat, dan mama pun tak cerewet sangat, terima jer lah pilihan papa....malas lagipun nak memilih sangat....

Tak sabar nak beraya dah ni....kampung tercinta mama dah melambai2 pulang....
Raya kali ni kami bertiga beranak akan fly dulu, dan papa akan menyusul dengan kereta pada hari raya kedua, insyaAllah...
Doakan segalanya selamat ya....



Saturday, July 13, 2013

Mama STRESS!!!

Salam.

Stress!! 
Sape tak pernah ada strees adalah orang tak normal...hahaha
Tapi stress yang berlebihan akan menyebabkan depression.
Itu dah masuk kategori sakit jiwa....uhuhu...nauzubillah....
Keupayaan menghadapi stress adalah sesuatu yang harus dipelajari....
Selalunya stress berlaku tanpa sedar, dalam kata lain, subconcious mind....
Dan bila ini berlaku, kita tak tahu yang kita tgh stress, tetapi badan akan mengalami beberapa simptom yang sebenarnya untuk memberitahu bahawa kita tengah stress.....
Contohnya sakit belakang, sakit kepala, dan macam2 lagi simptom...

Dan bagi mama sendiri, sepanajang minggu lepas adalah minggu yang stress, dan stress itu bukan lagi di bawah sedar atau subconcious mind, tetapi sudah keluar di minda sedar....
Stress tentang kerja yang pastinya....terutama bila pertengahan tahun macam ni, macam2 presentation yang nak kena prepare, pencapaian primer lah, pencapaian mch lah, pencapaian ncd lah.....
Dan arghhh...paling rasa nak meletup adalah hari khamis semalam, bila orang-orang yang mama minta buat power point presentation tu semuanya takde....dan benda tu belum siap, sedangkan nak present hari jumaat.....

Dah tu, stress lagi dengan HRMIS, kali ni bukan sebab line lembab seperti tahun lepas, tetapi stress disebabkan mama yang buat last minit!! Ha kan dah padan muka....HRMIS sendiri belum masukkan, dah nak kena sahkan HRMIS orang di bawah kita lagi.......
Hari khamis tu jugaklah bertalu-talu sms dari pejabat membawa pesanan dari boss besar agar HRMIS dihantar pada hari itu jugak....
Lain kali tobat jangan buat last minit!!

Ada lagi stress lain......mama sekarang tengah kejar date line sebelum voucher photobook yang mama beli bulan November dulu expired. Sepatutnya expired bulan Jun hari tu, tapi sebab satu photobook pun belum siap diedit, mama minta diexeend kan, alhamdulillah syarikat tu bagi extend sampai 24 Julai.....so nak edit all those pictures tu mengambil banyak masa juga....sebab mama cuma boleh edit bila anak-anak dah tido, tapi selalunya bila diaorang tido, mama sekali tido...makanya dari bulan november sampai sekarang tak siap2....huhu....



Disebabkan semua ni lah maka berlambak-lambaklah mouth ulcer bertandang....mula-mula 3 ulcer, bila satu dah baik, tumbuh lagi  2 ulcer lain....pedih  ok!!...

Opss...ucapkan alhamdulillah untuk setiap kesakitan, Allah nak hapuskan dosa tu.....Agaknya ada dosa ngumpat orang, dosa sakitkan hati suami atau menjerit pada anak-anak......huhu...maaf yer cayang jika ada terasa hati....dan Allah nak suruh kurang bercakap bulan2 puasa ni, so kurang sikit dosanya....Think positif mama!

Dan disebabkan stress juga, period mama dah jadi kucar kacir, dah berapa haribulan ni kawan baik mama lum datang-datang lagi.....Tapi takper...lagi sekali kita think positif, Allah nak bagi peluang rasa bulan Ramadhan dulu ni....sebab kalau period awal-awal Ramadhan adalah sangat tak best kan.....

Apapun, belum terlambat untuk mama ucapkan salam ramadhan kareem buat semua sahabat dan saudara..moga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua, amin...




p/s...Hari ni alhamdulillah stress mama dah berkurang, sebab meeting pencapaian dah settle semalam hari Jumaat, HRMIS mama juga dah siap (buat separuh pada hari khamis, dan separuh lagi masa tengah meeting --boss membebel kat depan, mama buat kerja sendiri kat belakang...hahahaha...syyy......)
Dan paling best juga photobook untuk adik Qaid akhirnya dah siap diupload malam tadi,...so ada lagi 2 voucher photobook kena edit sebelum 24 Julai....



***Dah kurang stress ni baru leh jalan2 tengok blog kengkawan......:)
*** Disebabkan stress papa asyik cakap baju mama buruk2 semuanya, sempat juga lepas meeting semalam merayau2 dan sambar sehelai baju.....huhu...stress--sebab pakai duit sendiri...ahaks... !




Wednesday, June 26, 2013

Ulat Bulu Dah Naik Daun


Lihatlah renungan matanya tu....

Sebelum sempat dipindahkan ke dalam tanah, habis daun pokok limau nipis dan limau purut mama dibaham dek mereka ni...wangi sangat kot daun tu, pokok lain tak kacau pulak tu.....

Nak buat apa yer. Any idea?

Monday, June 24, 2013

Orang kampung masuk subway

As salam

Siapa tak pernah makan subway?
Papa sila angkat tangan.
Haha....mama pun baru kenal dan pertama kali dengar..nampak nor tuanya mama kan ruralnya mama kan?
Yer lah...subway ni rasanya makanan orang bando jer kot.....

Lagipun tak pernah ada kat kampung mama dolu2 kedai subway ni...kedai hardware banyak la....ihiks....

So sebagai meraikan kepertamakalinya mama ke subway, kita tepek gambar sikit...
Please jangan cakap mama jakun ok....sebab ada lagi sorang Dr chinese yang makan dgn mama hari tu pun sama-sama blurred...hahaha...
Blur sebab seemua nak kena pilih sendiri...last2 kita cakap masukkan jer semua apa yang ada...

Kihkih...mama tau adaa lagi orang yang tak tau kan...especially my silent reader tu...ihiks......so ni mama nak ceta....
Subway ni macam kedai roti/sandwich gitu...kat Pasir Gudang ni baru je buka rasanya, terletak kat Bukit Dahlia, depan Hospital Pakar Pasir Gudang yang baru tu.( branch of Johor Specialist)
Mula2 kena pilih bun jenis apa kita nak, pastu panjang bun yang kita nak, either 6 inch or 12 inch (eh inch ke cm ntah) ..
Pastu pilih la sayur or bahan apa nak letak sebagai inti dalam dia, and then pilih sos....ada macam2 sos kat situ...malu lak nak snap pictures kat situ.......

Pastu time nak bayar dia suh kita pilih cookies kalau nak . And untuk air dia bagi bekas kosong...kita kena amik sendiri air apa kita nak....nak refill pun boleh tapi bayar rm1.
Kalau mama datang sorang-sorang sure terpinga2....hehe....nasib baik datang dengan member2....

RM12  (+ cookies 2 keping dan air )..tapi seriously cookies tu sgt sedap! (tiada dalam pic)


Saturday, June 22, 2013

Basic Life Support

Assalam.
Siapa pernah attend kursus Basic Life Support?
A very good course ( a must attend course,  indeed. )
Especially parents, teachers, or anybody who want to be a good citizen.
Untuk health care worker  off course la kena tau kan.
Mama sendiri, dah lama sangat tak attend kursus ni.
Masa first year medical student jer buat sekali.
Huhu...sangat lama kan.

For those yang tak biasa, BLS ni dia ajar cara2 buat CPR.
At least if ada basic ni, in case tetiba ada orang jatuh pengsan or tak sedar diri depan mata kita,kita tau nak buat apa , or in case u selamatkan orang lemas, the next step mungkin kena buat CPR.
So for teachers out there, or parents out there, try cari peluang ikuti kursus ni.

Kalau kat JB ni mungkin ada beberapa society yang anjurkan BLS, cthnya JETS (Johor Emergency & Trauma Society), atau St John Ambulance pun biasa anjurkan ini.

Kata instructor from JETS tu, kalau swasta biasanya dia amik rm100 per head, kalau corporate biasanya Rm150. 

Last week alhamdulillah mama berpeluang ke kursus ini, perbaharui 'lesen' buat CPR...hikhik.
Yer lar, dah lama sangat first year medical student tu, ilmu pun dah berkarat, lagipun guidelines for CPR ni biasanya dia review every 5 years so memang kena sentiasa update.

haha...gigih tau....1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 ......-> 30 chest compression : 2 rescue breaths. Nape pulak la tangan instructor tu kat muka mannequin tu...


Sunday, June 9, 2013

Sang Singa Besar Jahat Johor

Assalamualaikum....
Perkara ini berlaku last week, dan mama hanya sempat berkunjung ke event tersebut pada hari terakhir....
buku masih banyak tapi tak tau nak beli apa....

Niat sebenar nak beli buku-buku untuk qaisara jer, since she is able to read now, so dah takde buku nak di baca di rumah. Nak suruh baca novel mama yang beratus muka surat tu tak kena pulak, tambah2 semuanya novel cintan cintun yang tak sesuei pun untuk kakak. Novel2 tu mama beli kebanyakannya sewaktu di Kuala Kangsar, dok sorang2 dalam banglo besar  yang kerajaan sediakan, kesunyian selalu melanda, so bukulah jadi peneman....nak wat camne masa tu kan sorang2, tunggu papa ajak kawen dari 2004 last-last 2008 baru jodohnya sampai.....lama tau tunggu...nasib baik berbaloi....:)

Haha..melalut la pulak....cerita asal cuma tentang Big Bad Wolf (BBW) Johor.....
Mama actually pertama kali ke BBW, itupun sebab kawan mama yang tiap2 tahun pergi BBW yang bagitau the date of the event.

So inilah hasil tuaian pada hari tersebut....bukan buku kakak saja, papa dan mama pun rembat beberapa buah buku...last2 hampir RM200 duit mama terbang....takpe ...demi anak2 beribu pun mama sanggup....

Ensiklopedia bergambar untuk papa

Ensiklopedia

Bila ntah mama nak baca ni....huhu

Untuk kakak dan adik

Harap2 tahun depan mama berkesempatan ke event ini lagi.....harga memang murah lah compared harga asal...tapi buku bahasa takde...semua English jer....
Takde ke BBW Melayu eh?



Sunday, May 12, 2013

Dapur Idaman Mama...akhirnya....

As salam

Hehe...entry ni mcm dah basi jer mama rasa, sebab dapur tu sebenarnya dah lama siap dan digunakan, cuma mama jer malas nak upload picture.
Tapi atas permintaan seseorang, mama upload jugak sekeping dua.....

Alhamdulillah, akhirnya dapur idaman mama akhirnya siap. Nak kata serba modern tu tidak lah,tapi tahniah kepada Mr Papa kerana merealisasikan impian mama ni.... semua pemilihan kaler, jubin dan material dan cat dibuat oleh Mr Papa a.k.a interior designer tak bertauliah...ekeke.....
Mama terima jer la seadanya......

Berkeluasan 18 x 20 kaki, inilah dia.....presenting....dapur impian mama.......!!!
Hahaha....macam ler grand bebenor....kah...


 
Mama sampai sekarang tak tau fungsi lampu gantung 2 ketul atas tu......huhu......


Kaunter pulau idaman sejak dulu kini jadi tempat lepak kami paling best...
Benda wajib ada....sambil minum teh sambil tgk movie......ekeke...


Lampu biru 2 ketul ni pun mama tak faham fungsi dia, Ni semua Interior Designer punya impian kot.....eheh
Sebelum makan kenalah exercise.....tapi so far orang yang rajin exercise cuma Qaisara ....orang yang seepatutnya exercise tu jarang2 sgt...haha.....


Tapi apapun, alhamdulilllah, terima kasih sebab  azam 2011 yang mama impikan akhirnya berjaya direalisasikan ....



Sunday, April 14, 2013

Kisah sedih hari ahad

As-salam.

Tak, ini bukan tentang kisah mama yang turut dijangkiti common cold, macam adik Qaid.
Hidung tersumbat, esp dalam air cond area, suara serak, dan tekak sakit.....sekarang mama faham apa adik qaid rasa.
Tidak, ini bukan kesedihan tentang itu. Itu cukuplah dengan berkata alhamdulillah...kerana masih dalam pemerhatian ALLAH.

Cerita sedih ini adalah tentang laptop mama. Tentang virus yang menyerang dan laptop yang terpaksa diformat semula.
Ini kesedihan pada hilangnya semua pictures dan videos tahun 2013 kini tiada.. Picture birthday kakak, pic kenangan di Cameron dan Langkawi, picture hari pertama kakak ke sekolah....dan pic macam2 lagi.....semuanya tak sempat mama simpan dalam tempat lain wp beberapa hari lalu ada terfikir utk memindahkan semuanya ke dalam external drive. Namun ....huhu.....

Nasib baik lah ada sedikit yang tertinggal yang mengubat hati lara. Masih ada semua picture kakak dan adik sejak lahir dulu hingga oktober 2012 dalam external drive mama....syukur sangat ya Allah. Dan masih ada semua pic wedding mama , semua kenangan indah mama......Syukur....

Pengajaran buat diri mama, jangan lupa buat 2 copy utk setiap yang berharga...esp pictures yang tak dapat berulang lagi.....setiap moment yang tercapture adalah sangat berharga.....


Thursday, March 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Suamiku sayang!

As-salam.

14 MARCH 2008 - Dikau terima nikahnya akan daku.
30 JANUARY 2009- Lahirnya permata hati kita Qaisara Nur Damia bt Zaidi
08 SEPTEMBER 2010- Lahir pula permata kedua, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Hari ini, genap 5 tahun  usia kita bercinta di alam rumahtangga.
Sesungguhnya aku bahagia. 
Dan aku tidak pernah mahu ada sesiapa menggantikan dirimu...
Dan tidak pernah akan ada seorang papa terbaik buat anak-anakku kecuali kamu.
Maka itu, doaku, kamu dan aku dikurniakan umur yang panjang lagi berkat..
Jangan pernah meninggalkan diriku, kerana aku mungkin tak mampu bertahan tanpa kamu.
Aku mahu terus siuman dalam dakapan kamu.

Kata ustaz, usia 10 tahun masih dikira pengantin baru, masih dalam proses saling mengenal.... proses taaruf...

Kerana itu, inginku kuucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUATMU DAN DAKU...:)
MOGA HIDAYAH ALLAH DAN INAYAHNYA SENTIASA BERSAMA KITA.....
dan MOGA CINTA KITA WANGI HINGGA ke SYURGA....
Kerana akulah bidadarimu....INSYAALLAH...






*********************************************************************************

p/s: Untuk suamiku, selamat berangkat. di esok hari......Sampaikan salam isterimu ini buat Rasullullah S.A.W...
Moga dipermudahkan sagala urusan di sana, dan moga2 ibadah mu diterima di sisiNYA....
.....dan moga ada kesempatan untuk kita berdua pula ke sana...insyaAllah....