Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Saturday, July 13, 2013

Mama STRESS!!!

Salam.

Stress!! 
Sape tak pernah ada strees adalah orang tak normal...hahaha
Tapi stress yang berlebihan akan menyebabkan depression.
Itu dah masuk kategori sakit jiwa....uhuhu...nauzubillah....
Keupayaan menghadapi stress adalah sesuatu yang harus dipelajari....
Selalunya stress berlaku tanpa sedar, dalam kata lain, subconcious mind....
Dan bila ini berlaku, kita tak tahu yang kita tgh stress, tetapi badan akan mengalami beberapa simptom yang sebenarnya untuk memberitahu bahawa kita tengah stress.....
Contohnya sakit belakang, sakit kepala, dan macam2 lagi simptom...

Dan bagi mama sendiri, sepanajang minggu lepas adalah minggu yang stress, dan stress itu bukan lagi di bawah sedar atau subconcious mind, tetapi sudah keluar di minda sedar....
Stress tentang kerja yang pastinya....terutama bila pertengahan tahun macam ni, macam2 presentation yang nak kena prepare, pencapaian primer lah, pencapaian mch lah, pencapaian ncd lah.....
Dan arghhh...paling rasa nak meletup adalah hari khamis semalam, bila orang-orang yang mama minta buat power point presentation tu semuanya takde....dan benda tu belum siap, sedangkan nak present hari jumaat.....

Dah tu, stress lagi dengan HRMIS, kali ni bukan sebab line lembab seperti tahun lepas, tetapi stress disebabkan mama yang buat last minit!! Ha kan dah padan muka....HRMIS sendiri belum masukkan, dah nak kena sahkan HRMIS orang di bawah kita lagi.......
Hari khamis tu jugaklah bertalu-talu sms dari pejabat membawa pesanan dari boss besar agar HRMIS dihantar pada hari itu jugak....
Lain kali tobat jangan buat last minit!!

Ada lagi stress lain......mama sekarang tengah kejar date line sebelum voucher photobook yang mama beli bulan November dulu expired. Sepatutnya expired bulan Jun hari tu, tapi sebab satu photobook pun belum siap diedit, mama minta diexeend kan, alhamdulillah syarikat tu bagi extend sampai 24 Julai.....so nak edit all those pictures tu mengambil banyak masa juga....sebab mama cuma boleh edit bila anak-anak dah tido, tapi selalunya bila diaorang tido, mama sekali tido...makanya dari bulan november sampai sekarang tak siap2....huhu....



Disebabkan semua ni lah maka berlambak-lambaklah mouth ulcer bertandang....mula-mula 3 ulcer, bila satu dah baik, tumbuh lagi  2 ulcer lain....pedih  ok!!...

Opss...ucapkan alhamdulillah untuk setiap kesakitan, Allah nak hapuskan dosa tu.....Agaknya ada dosa ngumpat orang, dosa sakitkan hati suami atau menjerit pada anak-anak......huhu...maaf yer cayang jika ada terasa hati....dan Allah nak suruh kurang bercakap bulan2 puasa ni, so kurang sikit dosanya....Think positif mama!

Dan disebabkan stress juga, period mama dah jadi kucar kacir, dah berapa haribulan ni kawan baik mama lum datang-datang lagi.....Tapi takper...lagi sekali kita think positif, Allah nak bagi peluang rasa bulan Ramadhan dulu ni....sebab kalau period awal-awal Ramadhan adalah sangat tak best kan.....

Apapun, belum terlambat untuk mama ucapkan salam ramadhan kareem buat semua sahabat dan saudara..moga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat buat kita semua, amin...




p/s...Hari ni alhamdulillah stress mama dah berkurang, sebab meeting pencapaian dah settle semalam hari Jumaat, HRMIS mama juga dah siap (buat separuh pada hari khamis, dan separuh lagi masa tengah meeting --boss membebel kat depan, mama buat kerja sendiri kat belakang...hahahaha...syyy......)
Dan paling best juga photobook untuk adik Qaid akhirnya dah siap diupload malam tadi,...so ada lagi 2 voucher photobook kena edit sebelum 24 Julai....



***Dah kurang stress ni baru leh jalan2 tengok blog kengkawan......:)
*** Disebabkan stress papa asyik cakap baju mama buruk2 semuanya, sempat juga lepas meeting semalam merayau2 dan sambar sehelai baju.....huhu...stress--sebab pakai duit sendiri...ahaks... !




Saturday, June 22, 2013

Basic Life Support

Assalam.
Siapa pernah attend kursus Basic Life Support?
A very good course ( a must attend course,  indeed. )
Especially parents, teachers, or anybody who want to be a good citizen.
Untuk health care worker  off course la kena tau kan.
Mama sendiri, dah lama sangat tak attend kursus ni.
Masa first year medical student jer buat sekali.
Huhu...sangat lama kan.

For those yang tak biasa, BLS ni dia ajar cara2 buat CPR.
At least if ada basic ni, in case tetiba ada orang jatuh pengsan or tak sedar diri depan mata kita,kita tau nak buat apa , or in case u selamatkan orang lemas, the next step mungkin kena buat CPR.
So for teachers out there, or parents out there, try cari peluang ikuti kursus ni.

Kalau kat JB ni mungkin ada beberapa society yang anjurkan BLS, cthnya JETS (Johor Emergency & Trauma Society), atau St John Ambulance pun biasa anjurkan ini.

Kata instructor from JETS tu, kalau swasta biasanya dia amik rm100 per head, kalau corporate biasanya Rm150. 

Last week alhamdulillah mama berpeluang ke kursus ini, perbaharui 'lesen' buat CPR...hikhik.
Yer lar, dah lama sangat first year medical student tu, ilmu pun dah berkarat, lagipun guidelines for CPR ni biasanya dia review every 5 years so memang kena sentiasa update.

haha...gigih tau....1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 ......-> 30 chest compression : 2 rescue breaths. Nape pulak la tangan instructor tu kat muka mannequin tu...


Monday, January 28, 2013

20 reasons why you should date a doctor!

20 reasons why you should date a doctor!

1. The stethoscope
2. They can give you the gift of "missing them" because they are always at work
3. They can give you a free medical consultation
4. You save yourself the embarrassment of going to a doctor with a water infection!!
5. They are smart!!
6. They know their anatomy well (know what works and where)
7. They are heavy weight party people in the weekend
8. Let's play doctor!!
9. They are well trained to listen.
10. They know how you feel, or at least pretend to!!
11 They always have a strange new story to tell.
12 They offer you a tissue when you feel like crying (it is a reflex).
13 They can stay up all night if you want them to.
14 They can guide you in the gym.
15 Money!!! (Although they work long hours for it)
16 Free medical samples!!
17 They are unshockable!!!
18 They know what you want to hear and say it!!
19 They always try to dress nice!!
20 They are trained in breaking bad news in a nice way.






 Copy paste from:
http://medicalhumour.wordpress.com/

Saturday, January 26, 2013

Kisah seorang pakcik tua lagi...

As-salam...

Ni kisah seorang pakcik tua, yang sangat tua, yang jalannya terketar2 bertongkat..
Yang datangnya dengan sebuah teksi ke klinik...berseorangan.

Dia mengidap kencing manis, darah tinggi.....
Dan pemeriksaan tahunan untuk buah pinggangnya kami dapati buah pinggangnya sudah rosak.
Kakinya sudah bengkak, akibat air dalam badan yang terkumpul (oedema).
Sudah ke hospital berjumpa pakar selepas kami refer..

Ada lagi penyiasatan (blood investigastions) yang perlu doktor buat, dan review semula dalam waktu terdekat...

Masalahnya dia tak boleh datang.

Ditanya kenapa, susah transport...
Dan paling utama, susah untuk meninggalkan isteri yang sudah tua di rumah keseorangan....
Isteri yang mengalami Stroke....
Dan dialah tulang belakang  yang menjaga si isteri selama ini.....

Anak?? Paling dekat ada di Perling.
Yang lain jauh2....semuanya dah bertahun tak balik beraya....

Ironinya....salah seorang anaknya seorang pegawai farmasi berpangkat tinggi di Putrajaya... !!!!



p/s: Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku.....Dan lorongkan lah aku untuk terus berbakti kepada orang tua ku.....Amin....


Thursday, January 24, 2013

Nak merentas desa pun kena medical check up?? Funny, isn't it?

As-salam.
Ni cerita hari Isnin baru-baru ni...
Pukul 2 petang, klinik mama diserbu segerombolan pelajar2 sekolah menengah dari 4 buah sekolah.
Tujuan? Nak buat medical check up.
Sebab? Esoknya iaitu pagi Selasa nak merentas desa.
Jarak perjalanan? 6  km, iaitu mengelilingi sekolah.

Kelakar bunyi nya..tapi itulah yang terjadi.
Kenapa zaman mama sekolah dulu life is not so complicated macam ni?
Dulu medical check up hanya jika nak masuk universiti.
Sekarang ni nak masuk asrama, nak masuk kolej, nak masuk institusi kemahiran, semuanya nak medical check up...Nak masuk kejohanan silat, kejohanan ntah apa2 lagi.....
Dan yang paling tak boleh tahan, nak merentas desa keliling sekolah pun kena medical check up!.
Mentang-mentang government clinic ni semua free, ramai sgt pihak yang seolah2 menyalahgunakan kami. 
Kalau betul2 pihak berkenaan rasa medical check up tu penting, tentulah dah diminta buat lebih awal. Bukan sehari/beberapa jam sebelum program berlangsung.

Dah tu bukan sikit2 bebudak yang datang tu...actually yang datang tu sebenarnya dah pergi ke sebuah klinik lain, tetapi ditolak sebab klinik tu sendiri dah penuh dengan budak2 dari sekolah lain....
Dan kami sendiri, terpaksa tolak satu sekolah yang lambat datang..kerana yang datang itu sebenarnya melebihi kapasiti kami, lebih dari kemampuan kami. 

Sebenarnya yang kami terima tu pun dah lebih dari kapasiti, tapi kerana taknak ada masalah berbangkit dengan pihak berkenaan, kami terpaksa terima juga....
Walaupun ia adalah sangat2 unfair. Unfair kerana masa yang diberi sangat singkat, iaitu hanya sehari sebelum program...Tak logik kan?
Kot iya pun nak sangat budak2 tu buat medical check up, at least 2-3 minggu sebelum tu dah kena amik appointment....kerana klinik kami yang sentiasa penuh ni tak boleh nak terima semuanya sekaligus seperti yang dilakukan oleh pihak berkenaan pada hari Isnin lepas.

Actually bila mama inform boss besar mama di pejabat Johor Bahru, dia dah suruh tolak diaorang, means tak payah buat medical check up pun utk program sedemikian, tapi since separuh dah dibuat, maka mama terpaksa terima juga separuh yang lain. 
Nasib baik juga pada hari tersebut kes 'walk in' iatu kes pesakit luar biasa tu tak seramai hari biasa...(atau mungkin diaorang datang tp balik sebab tengok budak2 sekolah penuh dalam klinik....
bukan sikit, tapi lebih 70 orang!! Just imagine la, nak check 70  budak dalam masa 3 jam! (Itu  belum termasuk pesakit kami yang lain). That's why mama kata sangat unfair.

Dah la tu pengiring budak2 tu cumalah driver...no teachers! Mama actually nak jumpa teacher dan terangkan kenapa kami tak boleh terima, tapi none of them present in the clinic...Sekali lagi, logikkah begitu?

Perlu ke merentas desa kena check mata, cek telinga, cek jantung bagai? Dan cek jantung setakat nak tau ada bunyi murmur ke tidak...
Tidak kah pihak berkenaan sedar yang setiap murid sekolah sebenarnya telah diperiksa berkali2 oleh doktor yang melawat sekolah saban tahun.??
Tidakkah pihak sekolah menyemak buku rekod kesihatan setiap murid, yang mana di dalam tu dah tulis jantung dia ada bunyi murmur ke tidak...dan dah ada tulis mata dia rabun ke tidak...Kalau gini lah gayanya, baik kami tak payah hantar doktor melawat sekolah setiap hari mcm yang kami buat sekarang...sebab wasting of time..sebab nanti buku rekod kesihatan murid tu cikgu tak pernah tengok pun......

Tak boleh jadi macam ni, untuk next year nak kena minta Boss besar daerah utk meeting dengan PPD dan explain benda ni...


p/s: cikgu2 yang baca ni jangan marah ya, saya tau bukan salah cikgu pun, tapi arahan pihak atasan kan...
 

Sunday, September 30, 2012

Cuti-cuti Melaka Lagi

As salam.
Excited sungguh qaisara bila mama ckp nak g tido hotel kat Melaka. Bajet tak penah tido hotel..muahaha.
Eh ada la sara. Dulu kan dah penah beberapa kali tido dah-walaupun itu hotel bajet. hehe.

Kali ni mama dijemput ke scientific meeting di Equatorial hotel melaka. Tp kami takde la nginap sana. Mana cukup kelayakan duduk 5 star nak oii.. So kita cuma dok kat Mahkota Hotel. Ok la tu kan..

Ni pic view from our balcony.. Nanti upload lg..Muah






posted from Bloggeroid

Thursday, August 9, 2012

Kenapa nama sebenar tidak didedahkan dan tentang pendapat dokter cabuk yang tidak diindahkan. (or endah?)

Bismillah
As-salam

Pernah tak kawan2 jumpa kat facebook beberapa peringatan tentang jangan mendedahkan identiti diri yang sebenar di 'alam maya' ni.

Bukan setakat nama, alamat, tempat kerja, dan sebagainya.

Itu sebagai protection diri sendiri, sbb dalam dunia maya ni ramai sangat org yang kita tak tahu niat dia, kita tak tahu tujuan dia friend dengan kita, kita tak tahu tujuan dia follow kita dan kita tak tahu tujuan dia baca blog kita.
(Blog peribadi picisan macam ni nasib baik tak ramai sgt pembaca nya....huhu)

Dan untuk mama sendiri, nama2 pesakit mama yang pernah mama ceritakan dalam blog ni haruslah dirahsiakan atas sebab2 privacy dan confidential.
Kalau cerita tu berkait dengan kaum keluarga sendiri,kadang2 nama sebenar atau panggilan sebenar terpaksa diubah agar tidak memalukan sesiapa atau anak2 sesiapa termasuk diri sendiri.

Takkan nak cerita tentang adik beradik sendiri mama nak tulis itu kakak saya, kan? Atau mama nak tulis itu ayah saya, kalau cerita itu berkait dengan bapa sendiri. ?

Dan lagi pula blog ini adalah diari perjalanan hidup mama dan anak2 ,yang mama nak suatu hari nanti anak mama baca. Ia sebenarnya suatu catatan perjalanan hidup mereka dan  peristiwa2 yang pernah berlaku di sekitar mereka.

Ahh....tak guna explain panjang2, kalau orang tak nak dengar.....
Orang ni  (atau orang-orang), kalau dah benci tu dia akan benci juga, no matter apa kita buat baik....kadang2 boleh salah tafsir pulak dengan apa yang kita tulis, atau sebaliknya diputarbelitkan.

Kenapa cerita macam2 di pagi hari ni?

Mr Papa pernah tanya soalan kenapa  'lelaki tua' dalam kisah lelaki tua dan matanya itu tidak ditulis nama sebenar?

Jawapan mama adalah seperti di atas.P&C.  

Untuk pengetahuan , lelaki tua dalam cerita itu sangat berkait rapat dalam hidup mama dan seseorang yang mama sangat hormati dan sayangi.

Tapi kenapa mama tak pernah beri pendapat tentang matanya?
Mama soal balik, ada ke sesiapa pernah tanya pendapat mama.... maklumlah kita ni siapa jer kan...Nama jer dokter, tapi dokter cabuk jer pun...
Kalau mama ni dokter pakar sekalipun, mama tak pernah berhak memberi sebarang pendapat.
Dan kalau ada pun pendapat itu, ia tidak akan diendahkan.
Mama bukan sesiapa, dan tidak akan jadi sesiapa dalam famili itu.
Bukan orangnya untuk diminta pendapat apatah lagi pakar rujuk.
Dan kalau berlaku benda2 yang tak diingini, mama taknak bertanggungjawab untuk sebarang pendapat yang dari awalnya memang tidak diingini mahupun dihargai.

Actually mama nak sangat buat apa tau?
Mama nak gi claim balik duit pembedahan  utk 'lelaki tua' itu, samada pergi tribunal pengguna atau saman jer dokter mata yang buat pembedahan tu. Tapi prosedurnya macam2 la pulak...First kena pegi balik hospital government tu minta medical report untuk diagnosis sebenar matanya. . Dan jika terbukti benar matanya bukan rabun disebabkan cataract, bolehlah further next step.
Tapi tu lah, panjang lak ceritanya nanti.

Tapi itu semua tidak penting lagi.
Yang lebih penting sekarang adalah menenangkan hati lelaki ini agar jiwanya tidak tertekan dengan keadaan dirinya...biar dia redha, biar dia tenang dan biar dia hidup bahagia walaupun hanya dengan sedikit jalur cahaya pada matanya....

Oklah.
Dah panjang membebel di subuh hari....dah banyak hari tak sempat nak buka blog dan facebook....
Asyik tido jer kejenya .

Dan oh yer....
Peringatan untuk qaisara dan qaid....
Jangan jadi kacang lupakan kulit....
Masa kita susah, orang tolong, tapi masa dah senang jangan nak buat jahat kepada org yang pernah tolong kita....walaupun pertolongan itu tidak seberapa.
Nanti Tuhan tarik balik kesenangan tu.
Sekian.  Wassalam.

Noktah.



Thursday, August 2, 2012

Sebeban Tuntutan Duniawi...

As-salam...
Ececeh...tajuk tak boleh belah....
Tapi betul what, ni semua claim duit...OT claim staff mama.......
Hurm....Hujung bulan...
Pen sebatang tak cukup rasanya nak sign ni semua...
Kalaulah setiap satu claim ni mama boleh amik upah RM10 utk satu claim., dah dapat beratus ringgit agaknya...hehe

Pastu tak pasal kena panggil dengan SPRM....kuikui.....



Friday, July 27, 2012

Mak janda mengaku dara..akhirnya pecah tembelang di depan doktor itu

Ada seorang wanita Indon, umur 38 tahun,
Berkahwin juga dengan lelaki Indon yang bujang trang tang tang juga......
Datang untuk check, untuk kali pertama mengandung....
Pertama kali tengok perut jer dah tahu....ini bukan kandungan pertama...
Bila ditanya, akhirnya mengaku sebenarnya sudah punya 2 orang anak dan pernah sekali keguguran...
Tapi itu dengan suami terdahulu...
Anak-anak sekarang dengan suami lama di Indon..
Suami sekarang tak tahu kisah lama, mati2 ingat dia kawen dengan anak dara.....
Malu2 alah selepas tembelangnya pecah...
Tapi katanya lepas ni dia nak bagitahu suaminya rahsia sebenar...
Taknak lagi menipu seumur hidup..

Nak tahu macam mana doktor boleh tangkap dia menipu?
Sebab Striae Albicans
Dulu dah pernah ceta kat SINI....

Tapi kan..rasa-rasa kan, apa benda dia buat atau makan sampai husband baru dia tak perasan yang dia bukan anak dara eh?? 
Jamu kah? ehem...nak kena pegi cari jugak kot...ngee....

Tuesday, May 15, 2012

Alhamdulillah, yang ditunggu akhirnya tiba....

As-salam semua...
Mesej ini untuk En Suami tercinta yang bekerja malam ni...tadi balik kerja, sempat jumpa dalam setengah jam, tak sempat nak cerita2 mcm biasa....dan mama tahu papa akan baca blog mama malam ni , tul tak..

Apa yang mama tunggu selama beberapa bulan akhirnya datang hari ini....
Hah? Apa?
Ala....yang itu lah sayang....

Bukan..bukan ...bukan baby baru.. itu belum lagi...heheh...

Alhamdulillah ...rezeki Allah....
Walaupun hasilnya dan perubahan ketara hanya mama akan lihat pada bulan Julai nanti.
Buat masa ni, makan macam biasa, belanja macam biasa dulu yer...
Bulan 8 nanti baru boleh belanja besar2....insyaAllah.

Tapi  kelebihan datang bersama tanggungjawab....bersama beban kerja yang semakin berat, bersama expectation yang semakin meningkat.

UD52.
Agak2 ada harapan nak naik jadi JUSA tak eh?







Friday, April 20, 2012

Meeting dari Subuh hingga Maghrib!

Salam Jumaat.
Selalunya tak sabar nak tunggu jumaat, tp semalam (mlm tadi) rasa tak semangat nak pegi keje, sebab satu hari di hari jumaat yang septutnya ceria ini dipenuhi dgn sesi mesyuarat yang bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Entry ditulis dalam keadaan boring melayan meeting.

Pakar dan dokter2 bersungguh2

layan siling lagi besh...

Stillbirths, Macerated still births, Fresh Still Birth, Early Neonatal death, Under Five Death, semuanya kena discuss kenapa babies ini meninggal.

Kadang2 memang perlu postmortem, cari di mana silapnya hingga bayi meninggal, tapi kalau setiap meeting diakhiri dengan conclusion yang sama, rasanya macam tak perlu kot meeting ni.
Haha...nampak tak betapa bosannya mama di dalam meeting ini....


Sunday, April 15, 2012

Hydrops Fetalis 2

Masih tentang hydrops fetalis...
Atau dalam bahasa mudahnya badan bayi yang dipenuhi air di semua tempat, perut, peparu,sekeliling kulit kepala.

Pesakit ini mengandung rapat-rapat, dan datang late booking, waktu datang sudah lebih dr 24 minggu. As fisrt time datang, routinely mama akan buat scan....letak jer scan, terus nampak ini:

Keseluruhan badan bayi dipenuhi air di sana sini: di perut (ascites), di kepala (scalp oedema), di peparu (pleural effusion).
Waktu ini bayi masih hidup. Refer ke pakar fetomaternal unit di HSA, confirm hydrops fetalis, dan ada cystic hygroma pada lehernya.
Selalng beberapa minggu, bayi meninggal di dalam perut.

(bayi hydrops biasanya memang tidak akan hidup, samada mati di dalam perut atau sejurus selepas dilahirkan)



Cystic Hygroma



Penyebab Hydrops:
A)  Immune Causes
1) ketidakserasian jenis darah ibu dan bayi cthnya ibu rhesus negative


B)Bukan Immune
The non-immune form of hydrops fetalis has many causes including:
Kes2 di atas jarang berlalu lagi sebenarnya. terutama kes darah tidak serasi kini telah dapat diatasi dengan adanya injection Rhogam.

Dalam kes pesakit mama di atas, hydrops fetalis disebabkan sistem limfatik /cecair badan yang tersumbat akibat cystic hygroma pada kepalanya.
 *
*
*
*
p/s: Amalkan doa-doa ketika mengandung, amalkan surah2 di dalam alquran, moga anak kita sempurna kejadian dan bentuknya, sempurna akalnya, sempurna wajahnya, sempurna akhlaknya insyaAllah.
 Boleh rujuk ke blog2 yang dah tulis tentang doa-doa ini, cthnya blog ini



Saturday, April 14, 2012

Hydrops Fetalis 1

Semalam mama ke Klinik Desa (KD).
Klinik ni nama je KD, tapi jumlah pesakit ramainya tak kalah dengan klinik kesihatan.
Seminggu sekali 2 doktor akan visit ke sana.
(dulu2 time doktor kekurangan, mama sorg2 jer ke sana....penat giler weh).

Ok ceritanya tentang pesakit ini.

Elderly Primid-maksudnya pertama kali mengandung di usia lebih dari 35 tahun (ibu ini berumur 39 tahun).
Sudah kahwin selama 12 tahun, dan inilah pertama kali dia mengandung secara spontan (tidak dibantu dengan sebarang ubat kesuburan).
Sekarang minggu ke 24.
Tiada sebarang komplen. Sihat-sihat saja.
Datang untuk direview BSP dan Hb sebab dia mengalami kencing manis sewaktu hamil dan juga masalah anemia.

Mama check denyut jantung baby menggunakan alat daptone...puas mencari tapi tidak mama jumpa.
--->bila fetal heart tiada maksudnya apa?  Hidup atau tidak bayi ini?
Ok, proceed with ultrasound.
First time letak jer probe scan tu terus nampak perut baby yang dipenuhi air.
Tengok sekeliling kepala nampak oedematous atau bengkak. 
Cari cari denyut jantung baby, sah memang  tiada !
Mama syak bayi ini mengalami hydrops fetalis.

Menangis si ibu dengan perkhabaran ini.
12 tahun menunggu, 6 bulan mengandung, dan akhirnya baby pergi begitu sahaja.
Bukan rezekinya kali ini.
Mama harap dia mengandung lagi tahun depan, sbb umurnya pun dah nak masuk 40 tahun, tak boleh tunggu lama2 lagi. Mungkin perlu sedikit bantuan pakar kesuburan selepas ini.
*
*
*
*
p/s: Lupa nak snap gambar sbb masa tu lebih concern dengan pesakit yang kesedihan.
p/s  2: cerita tentang sebab kenapa hydrops fetalis next entry ya, insyaallah.

Makcik kayo!

Salam.
Ni tentang LHDN.
U all dah bayar ker? Dah isi e-filing?
Mama suka e-filing, suka isi borang2 nih.
Dulu masa manual mama memang tak penah isi borang LHDN walaupun dah kerja beberapa tahun...
Sudahnya tahun lepas kena denda rm 900 lebih selepas diaudit dan didenda oleh LHDN utk tahun2 yang mama tak bayar itu.

Start 2008 mama dah buat e-filing.
Last yr dia hutang mama, tahun ni pun dia hutang juga sbb mama sudah terlebih bayar.
Hahaha...best.best..
Tak sabar nak tunggu kredit dari LHDN ni....
Jumlah semua rm3500 lebih kurang....
Harap2 masuk cepat2...jangan nanti time nak bayar LHDN liat plak yerr....

So sesape yang belum isi tuh, cepat2 yer....sementara masa masih panjang.....


Thursday, March 29, 2012

Sepinggan bertiga

Hari ni Mr Papa keje malam. So mama tak payah masak ini malam!!
Balik keje, singgah kedai favourite dan ambil nasi goreng cina yang dah dipesan melalui telefon masa on the way balik tu.
Untuk adik kena la masak, so sambil2 buat keje (tgk tv sebenarnya), masak nasi bubur adik, masuk kentang , carrot, masuk stok ayam buat sendiri, dan ayam beku..Kacau2 dah siap!!
Tiba masa makan, adik pun nak tumpang makan nasi mama sekaki...Jadilah sepinggan nasi goreng cina dikongsi bertiga...alhamdulillah kenyang juga...
(ini satu tips kurus yer kawan2..sila kongsi makanan bersama anak2 anda....heheh)
(pastu tgh malam karang mengagau cari coklat).......

Esok dah hari Jumaat...seperti biasa hari jumaat adalah hari paling semangat nak gi keje...Taktau kenapa, rasa happy je bila tiba Jumaat..
Korang? Ada rasa camtu tak?

Esok pagi2 ada sesi baca quran dengan ustaz kat clinic, pastu sesi makan2 dengan ustaz, pastu sesi2 pusing2 tgk klinik. Tgk KIB/KKK dan macam2 buku lagi.... (KIB/ KKK ini sebenarnya nurse punya keje, tapi if depa tak wat keje, mama yang kena!!!!)

Petang ada meeting Panel Penasihat...ni lagi satu hal, if kita tak gerakkan, tak panggil meeting,  depa pun senyap.... Bilalah nak bergerak sendiri ni....hadoiii...






Tuesday, February 28, 2012

Amazingly Fertile!

Saya selalu jumpa patient yang poor spacing.(means mengandung lagi sebelum umur baby sebelumnya cukup 2 tahun).
Tapi tak pernah jumpa very2 extremely poor spacing as this Indian lady.
Bersalin anak pertama 20/7/2011.
Mengalami lochia (nifas) selama 8 hari sahaja.
Pada 15/8/2011 iaitu 27 hari kemudian dia mendapat menses pertamanya, and that was her last menstrual period (LMP).
Dan selepas itu dia mengandung utk kali kedua, dikira dari LMP itu.
Sangat-sangat fertile kan?
Kalau orang Melayu mungkin ada juga yang subur sebegini rupa, tapi sebab ada "pantang" 44 hari atau 100 hari, maka takde yang termengandung hanya setelah 27 hari bersalin.

U all? Sanggup??  :)


Friday, February 17, 2012

Mudanya dia

Salam.....

Wah..hari ni ada sorang patient mama, umurnya 30 tahun. 
Dah siap2 mama check dia, dia plak interview kita...huhu terbalik kott..
"Dokter ada anak?"
"Ada, 2 orang"
"Ha..?! Laaa..saya ingatkan dokter lum kawen, masa saya masuk tadi dalam hati saya ckp mudanya dokter ni"
*
*
*
Muahaha...motip cerita ini::::::: Riak sekejap sbb disangka lebih muda dari 30 tahun......waweeeee !!!!!!

[Dear patient: you really make my day.....]


p/s: Kalau cerita ini dekat En Suami mesti dia cakap mama perasan muda...hahaha...dia jeles la tu sebenarnya...haha

Saturday, January 28, 2012

Dokter yang cengeng..

Semalam tak pasal2 emo jer mama nih....
Jumpa sorang patient, umur nak masuk 2 tahun...demam jer punca dia datang.
Tapi ada check darah juga, takut denggi, tp lain yang mama jumpa...
Sel darah merahnya tak cukup...(Hemoglobin)
Bila tanya punya tanya, selalu nya mak dia bagi makan lauk apa jer ntah....
Ayam kena tunggu gaji...(maksudnya sebulan mungkin tak sekali pun makan)
Daging memang tak pernah.
Sayur ada la jugak makan..
Susu: Breastfeeding waktu siang... (dah umo 2 tahun, rasanya dah tak byk pun susu si ibu)
Malam ibunya bekerja kilang, so anak ni diberi susu cap junjung /susu pekat manis F&N..
Suami:  Dah bercerai, tak pernah jenguk anak, nafkah apatah lagi...jgn harap.....
Si ibu ni asalnya dari Sabah, nak balik kampung takde duit nak beli tiket kapal terbang....

Sedih...aku yg menangis....(tp bukan depan dia).
Kurujukkan ke pegawai Jabatan Kebajikan, harap boleh tolong dia sedikit sebanyak...
Rujuk juga ke pegawai zat makanan, dengan harapan boleh diberi bakul makanan percuma..

Nota kaki: Sangat bersyukur punya suami penyayang, dan bertanggungjawab. Moga keluarga kecil kami terus diberi bahagia berpanjangan . (Dan kerana kesyukuran itu mama menangis)

Wednesday, January 18, 2012

Great Grandmultiparity


                                                                          KES 1:
 Wanita Melayu, umur 38 tahun, suri rumah...suami keja biasa2 saja...
Tarikh kahwin 17/7/1990. Sejak itu tak menoleh ke belakang lagi....
Sekarang mengandung kali ke-13. 
Nampaknya lepas ni Kementerian Kesihatan kena sediakan lebih banyak ruang..10 ruang tak cukup ...
Alhamdulillah murah rezeki dia...tak ramai orang boleh buat macam ni....
Anda bagaimana? Sanggup?

KES 2:
Wanita Sabahan, Umur 48 tahun. Masih produktif.
Saya tak ingat gravida berapa.
Mengandung kali ini darah tinggi dah 3 kali masuk ward sebab hypertensive crisis.
Semalam datang lagi, darah mencanak naik lagi....
Bila ditanya, sebabnya tak cukup tido kena jaga cucu yang baru lahir!!!
(Anak perempuannya umur 20 tahun baru bersalin juga beberapa hari lepas)
Anda ? Sanggup?

Wednesday, December 21, 2011

SBPA::: sebagai mentimun, korang sign jer la!

Hari isnin, dengar taklimat SBPA.
Macam2 perkara yang ntah hape2..patutlah ceupacs marah...dahla tak bincang dgn ceupacs....harap2 ceupac akan pertahankan kami hingga sistem SBPA ni tak jadi dilaksanakan atau if nak laksana, biarlah ada improvement ckit. Nampak bebeno banyak perkara dan ketidakadilan berlaku di sni.

Saya sempat catat beberapa perkara atau intipati penting dalam SBPA...yang lain tu U all boleh download dalam internet ok!
Antara benda yang tak memuaskan hati:

- Korang akan senang nak dikeluarkan dari perkhidmatan awam, jika markah penilaian kurang dari 70% atau melanggar tatatertib ..(atau dalam kata lain senang sgt utk dibuang keje)

- Sistem KEJAT yang memerlukan minimum pekerja dengan beban kerja yang bertambah, atau multitask. Seorang driver juga boleh penjadi budak pejabat dan penghantar surat, (ini ok, tp kalau nurses mcm mana?)
 Keje sekarang pun diaorang tak terhabis buat, nak kurangkan orang lagi? Sekarang pun sebulan sekali jer ada weekend utk diaorang, weekend lain samada diaorang oncall atau kena melawat rumah. Diaorang pun ada famili, ada suami dan anak2 yang mengharap nak dibawa berjalan atau kerja2 peribadi yang lain. dengan KEJAT, staff akan dikurangkan, maka beban kerja semakin bertambah.

- Laluan kerja fast track--ini jika anda seorang yang berkebolehan dan mendapat markah tinggi, laluan naik pangkat anda cepat....---Tapi disebabkan ini adalah penilaian manusia, biasalah nanti, banyaklah kes bodek membodek...Ada orang pandai wat keje, tp tak pandai bercakap or bodek2, so laluan anda mungkin sedikit perlahan compare dengan org yang pandai bodek tp tak pandai wat keje....

Dengan fast track, gaji junior adalah sama dengan gaji senior...so kalau korang jadi senior yang berpengalaman, dan kena incharge macam2, dipertanggungjawabkan dengan macam2 benda, tp gaji sama dengan budak baru belajar, korang puas hati tak???

-Tiada lagi jawatan baru, so berapa banyak staff yang ada skrg, itulah yang akan bekerja, dengan beban tugas yang semakin bertambah, dengan pelbagai program yang diarahkan oleh org atasan. Dah la tu, staff yang ada pun ditarik utk ke KLINIK 1MALAYSIA yang diwarwarkan sbg sangat baik,, walhalnya........???! (nanti kita ceta pasal K1M ni lain entry kay!)

- Gaji.  Gaji utk golongan Primer naik 2x ganda...cth gaji dia 6K, akan jadi 12K...Banyak gila kan??
 Tapi kalau korang cuma golongan pelaksana (dulu dipanggil kumpulan sokongan, berapa ratus jer naik?? rasanya dalam rm100-200 jer...Nanti korang tau sendiri, sbb buat masa ini tangga gaji tu takde pun dia tunjuk kat mana2 , walaupun dah download SBPA tu,takdenya tunjuk bab gaji tu...sebabnya inilah....sbb golongan pemberi arahan naik berganda2, tp golongan yang bekerja tengah panas berpeluh ni naiknya ciput...
(Utk doktor mungkin better, tp utk nurses dan lain2 pelaksana jgn harap nak naik 2x ganda jugak kay! ) Kesian golongan pelaksana kan?

BTW, kalau korang tak sign terima SBPA ni, korang tetap akan tertakluk di bawah peraturannya, meaning utk penilaian dan pemarkahan, dan cara buang kerja sama macam org yang terima SBPA, tp insentif kritikal korang akan ditambat kadar. Maksudnya insentif kritikal utk nurses tu patutnya bertambah ikut kenaikan gaji, tp bila ditambat kadar, insentif korang akan statik di tempat skrg. ...so kalau tak terima, masih kena ikut peraturan SBPA, tp insentif tak naik2....(Ini mungkin tak terpakai utk doktor sbb doktor punya mungkin tetap rm750)

Nampak kan betapa 'adilnya' sistem ni?

Adil or tak adil, tetap kena sign sbb walaupun namanya OPSYEN /Pilihan, tp takde pilihan sebenarnya...so sign jer lah...tp dengan doa dan harapan SBPA ni akan dikaji semula sebelum dilaksanakan.... (Oh yer..SBPA ni katanya idea bernas PM kita yer kawan2....so yang namanya idea PM itu mestilah dilaksanakan!!!!  Kita kan yang menurut perintah)


p/s: nota ini ikut fahaman saya sendiri, kalau tersalah sila betulkan, nak detail boleh download kat internet kay!