Showing posts with label Rekreasi. Show all posts
Showing posts with label Rekreasi. Show all posts

Saturday, February 7, 2015

Percutian Tanjung Sepang (back in Sept 2014)

Lagi cerita basi mama rakamkan di sini.
Takperlah...asal anak2 mama boleh baca suatu hari nanti.

Tjg Sepang Beach Resort sebenarnya cuma terletak di daerah Kota Tinggi, daerah kelahiran papa. Tp ini pertama kali kami ke sini. Alhamdulillah resortnya menarik....siap ada tempat barbeque kat luar chalet masing2. Kalau buat famili day kat sini memang menarik (Bagi yang ada famili la kan, ataupun yang famili ada mengajak ke sini, bagi yang takde famili besar takper...famili kecil seperti kami sudah cukup bahagia......)...oppps....

Let pic do the talk lah...mama malas membebel.....

A mother of 3...maintain cute please mummy!!

Damai dan tenang...Tjg Sepang ni beach resort berdepan dengan laut, dan disediakan juga kolam untuk mandi manda

Anak bujang pun nak berbuai2

Buai laju2...aku nak kawen dengan anak raja


Muaz Al Fateh  

Kalau ingat lagi cerita mama setahun yang lalu, masa tu muaz dalam perut mama, iaitu Disember 2013, kita bercuti ke Felda Tanjung Leman di Tenggaroh (cerita di sini)...sama keadaannya, ada laut dan ada kolam renang, masa tu Qaid Mukhlis masih sangat takutkan air dan kolam. Menangis2 bila dibasahkan dengan air kolam....tapi kali ini....wah..bukan main seronok Qaid dapat mandi kolam buat pertama kalinya....




Happy faces...
Alhamdulillah...terlepas hajat bercuti di tahun 2014.....tapi mama masih tak puas hati sebenarnya, sebab Tjg Sepang ni bukan plan mama asalnya....oleh itu.......next weeknya......kita bercuti lagi ke satu tempat idaman mama.....Bukit Tinggi Resort.....

Ceritanya...next entry ya anak-anak....

Monday, December 9, 2013

Felda Tanjung Leman Residence.....Our short & low cost vacation...

Assalamualaikum...

Tanjung Leman....sebenarnya tak pernah plan nak ke sini pun......plan asal nak balik kampung!
Tapi disebabkan sakit pinggang mama, ditambah dengan cuti yang agak pendek....rasanya tak berbaloi perjalanan 12 jam tu untuk 3 hari stay di kampung.  Ditambah dengan kerisauan dengan risiko premature yang mama hadapi....maka perjalanan ke Kedah terpaksa ditunda kali ini......

Dan untuk tidak mengecewakan Qaisara si queen mama ni, maka kita cari satu tempat untuk bawa dia berjalan2... at least dia terlupa plan asal tu....

Tanjung Leman Residence terletak di Tenggaroh , dalam daerah Mersing, agak jauh dari bandar dan hampir dengan Jetty ke Pulau Sibu.

Biliknya cantik, mama bagi 3-4 bintang. Kami tempah bilik Deluxe, berharga RM 260 sahaja.
Dan memang puas hati sebab selain ada katil queen size, ada juga sofa besar yang boleh dijadikan katil tambahan. Sesuai sangat untuk Qaisara atau Qaid . Even mama tido kat sofa tu boleh pun muat juga. So dah jimat kat situ tak perlu minta extra bed.

Wajah2 ceria anak2 (dan papa anak) sebaik sampai...... Extra sofa yang besar di belakang tu..

Bagi yang nak bilik lebih murah, harga bilik Superior Deluxe adalah RM 230, dengan 2 katil single. Bilik Suite Rm 450. Paling mahal adalah Executive Suite dengan harga RM 600. Oh ya, harga di atas termasuk breakfast yer.

Kemudahan yang ada termasuklah swimming pool , ada play games untuk kanak-kanak, ada Gymnasium bagi above 18 years old, ada cafeteria. Dan paling best di belakangnya terletak laut dan pantai yang cantik serta landai. Bagi yang nak mandi pantai pun boleh, nak swimming pool pun boleh.

Untuk makan malam, bagi yang nak jimat kos taknak makan di hotel ni, boleh keluar dalam 2 km , ada beberapa kedai makan di buka di waktu malam. Tapi kami memilih untuk makan dalam bilik jer since waktu keluar tu kakak dan adik dah tertidur...

Petangnya kami ke pantai...jalan2 ambil angin....lepas tu berbasahan di swimming pool saja, memandangkan musim tengkujuh ni ombak di pantai agak kuat. Dan tak ramai orang mandi manda pantai pun waktu kami sampai.


Angin kuat  terbangkan rambut kakak...muka happy sangat

Anak manja papa....asyik berkepit jer...

Cari telur penyu memang takde la kat sini dik.....

Kakak seronok sangat dapat swimming, walaupun dok kat tepi tangga jer, harap papa jer bawak ke tengah.....time ni pool kanak-kanak ramai orang...

Adik plak langsung taknak jejak air, berani tengok dari jauh jer.......last2 menangis bila kena paksa masuk dalam air...

Play games untuk kanak-kanak
Dah puas mandi, kita gi makan aiskrim

Then kami ke jetty ke Sibu Island..tak sangka ada KFC di hujung dunia ni....tapi waktu kami sampai ia tak beroperasi sebab takde karen...

Wajah-wajah kesayangan hamba...


Anak2 terbang, papa pun nak terbang gak....ahaks....

Just love this moment!!

Hari kedua, mak buyung pun teringin nak berendam gak, tapi kena minta papa gak bawak ke tengah, takut walaupun air paras dada jer.......adik seperti semalam tengok dari jauh jer....suruh tukar pakai baju mandi pun dah takmau hari ni, sebab takut kena paksa masuk air lagi...

Perjalanan balik.....perhatikan kayu aiskrim di tangan adik....sekelip mata kakak tarik dari tangan adik.....

Bergaduh berebut kayu aiskrim......

Last2 papa patahkan dua kayu tu....haha

Tamat sudah low cost and short vacation kami....

On the way balik, singgah di Sedili Besar, beli ikan kembung fresh, udang besar fresh dan ketam fresh....sedappp.....



pstt...Papa, next time kita ke sini lagi yer...insyaAllah pas baby dah besar sikit....... muuahhh....




Friday, June 21, 2013

Lawatan Sambil Buat Pizza

As-salam
Sebenarnya ini ceta last week yang mama tak sempat publish....nak juga tulis kat sini utk catat memori buat kakak sara.

Hari khamis, 13/6/2013, pertama kali  qaisara ikut rombongan yang dianjurkan tadikanya. Rombongan sambil belajar ke Johor Bahru, termasuk ke Pizza hut, ke ladang kuda UTM dan ladang rusa.

First time nak keluar sendiri tanpa mama, mama siap bekalkan roti, biskut, air sebotol, tuala, baju sukan as requested by teachers, dan mama bekalkan juga botol susu yang siap diisi air masak, dan susu tepung dalam bekas kecil. Lupa nak snap picturenya....

Pesanan paling penting untuk kakak adalah 1) minum banyak air 2) jangan segan2 bagitau teacher if nak PU or BO. 3) Minta susu dengan teacher if dahaga.

Pukul 5 petang, mama sampai kat school, nampak sunyi sepi, nampaknya bas rombongan kakak belum sampai lagi. Jumpa sorang lagi ibu murid, katanya berkali2 dia call teacher, tapi seorang pun tak jawab. Dah naik cuak juga mama, tapi think posisitf and doa banyak2. Yang mama nak call, time tu jugaklah bateri kong...huhu...

Alhamdulillah 5.45 petang, lebih kurang, barulah nampak Unser teacher sampai, tp tak nampak sesiapa turun...Dan tak lama kemudian bas rombongan pun sampai....
Teacher turun seorang demi soerang, tp semua murid diam kat dalam bas...rupa-rupanya semua terlelap dek keletihan.
Mama jadi orang kedua naik cari anak...tapi cari punya cari baru teacher cakap,eh qaisara dalam kereta Unser la....

Turun cari kakak di celah kereta parents yang ramai tu, akhirnya nampak kakak di sebelah teacher, dengan muka yang sangatlah serabai dan keletihan. Masuk jer dalam kereta, cepat2 diambil air yang dibawa pagi tadi (masih ada setengah, means cuma minum sikit air dari pagi tadi), ditogoknya air tu macam 3 hari tak jumpa air....
Dan botol susu yang mama bekalkan pagi tadi rupanya tak digunakan pun, means sehari suntuk ni kakak tak minum susu langsung. Huhu...kesian anak mama...cepat2 mama masukkan susu dalam air yang dah sejuk tu, dan amazingly, susu tu kakak minum sampai habis di situ juga dalam masa beberapa minit saja....Nampak sangat betapa dehydratednya dia....

Tau apa yang kakak bawak balik?
Ini dia....hasil yang dibuat sendiri....


Balik tu dia cerita dengan penuh bergaya, kakak dah pandai buat pizza, nanti kakak ajar mama buat pizza...hahahha

Reason lain mama lambat publish cerita ni sbb tunggu teacher upload pic diaorang kat facebook tadikanya, tp sampai minggu ni, nampaknya teacher tak berkesempatan mengupload.

Apapun, nampaknya kakak berjaya dengan trip pertamanya ni....pas ni sure semua rombongan sekolah kakak nak ikut....mcm mama masa time sekolah dulu.....dapat pergi rombongan sambil belajar adalah satu heaven bagi budak kampung yang tak pernah dibawa berjalan ke mana2....huhu.....



Saturday, February 2, 2013

Cerita tentang Birthday Girl yang demam

As salam
Kakak dilahirkan pada 30.01.2008 pukul 2.30 pagi.
Dan malam 30.01.2013 yang lalu, lebih kurang pukul 2.30-3-00 papa kejutkan mama kerana tetiba kakak diserang demam setelah mengalami batuk pada siangnya.
Mama bangun, bagi PCM, dan Alhamdulillah demam kakak berkurangan pada siangnya.

Oleh kerana mama memang bercuti pada 30/1/13 tu disebabkan babysitter adik qaid yang memohon cuti, so kakak pun mama cutikan sekali dari tadikanya.

Menjelang siang, melihatkan kakak dah semakin sihat, kita keluar ke taman , saje ajak kakak potong kek kat luar. Biar dia happy sikit walaupun takde sambutan besar besaran. Plan asal mama nak bawak kakak dan adik swimming dan lepak2 satu hari ni, tp memandangkan kesihatan yang kurang mengizinkan, terpaksalah plan asal kita kansel.

Takperlah, bawak jalan2 kat taman sambil potong kek ni pun dah cukup buat kakak happy. Bagi makbapaknya mungkin rasa benda ni biasa jer, tp bagi seorang budak, ianya satu experience baru, dan it makes them so happy. Bukankah Rasul sendiri menganjurkan kita agar membahagiakan anak perempuan? Eh tazkirah plak...













Jangan tak tau, nenek pun pandai amik picture tau!

Dan sebelah petangnya, mama ajak papa belikan kakak something....it's not a big thing, tp sekali lagi, saja nak bagi kakak happy, lagipun benda ni kakak perlukan semenjak dua menjak dah masuk sekolah ni, dah ada homework kena buat... Daripada asyik meniarap sana sini buat homework...so mama belikan kakak ini:
{Mode: Tengah tunggu Papa hadiahkan segenggam emas ni, bila nak dapat nih...:)}


Semakin bersemangat kakak buat homework, dan semakin bersemangat ke sekolah!


Sunday, December 23, 2012

Dunia Bawah Air

As-salam.
Just nak letak few pictures yang sempat mama snap masa kat Under water World, Langkawi...

Rugi sangat sebab tak bole nak snap semua, sbb time ni la baru perasan yang memori card kamera mama dah penuh, so time tu jugak lah terpaksa delete old pictures satu persatu....dah la tak bawak lappy pegi Langkawi (apa ke heinya nak bawak lappy, pergi 24 jam pun tak sampai kan)....makanya terpaksa lah delete by manual. Nasib baik old pictures tu separuhnya dah ditransfer ker lappy sebelum ni, so  boleh la didelete...

Sebenarnya masa tu memang teringin nak snap semua,, tapi apa kan daya....huhu

Ikan berkaki empat

Ketam pelangi

Ikan bertanduk dua

Kuda laut menggatal :)

Obor-obor, mcm jelly sumi kata sara

Anjing Laut

Penguin

Ikan apa namanya ni, tak ingat mama, tp terpacak kepala ke bawah

Scarlet Skunk Cleaner Shrimp (Lysmata amboinensis)-cantik sangat udang berbelang merah ni....

Ni mama tak ingat nama sebab tak snap nama




Papa with his beloved children

Saturday, December 22, 2012

Unplanned Vacation 2- Langkawi Pulau Lagenda

As-salam.
Sambungan dari cerita unplanned vacation kami.
Sehari berfoya-foya di Cameron Highland pada hari Sabtu, akhirnya petang ahad kami selamat sampai di kampung.

Isnin 10/12/12 -relax di rumah satu hari...

Malam tu entah kenapa tetiba datang lagi idea untuk bercuti.....
So memula tanya Mr Papa (sori kejutkan papa tgh malam)...
pastu kul 11 mlm kejutkan mak (hahaha...sian mak), tanya nak pegi Langkawi ke idak..off course la mak nak. Tanya lak ayah mama..ayah ok ikut jer...

So esoknya Selasa pepagi buta bangun, siapkan 2Qs, dan akhirnya kul 7 bertolak ke Kuala Kedah.(plan asal nak bertolak kul 6)....

Kul 8.30 gitu sampai di Kuala Kedah...
(Oh ya..perlu diingat sekarang adalah musim cuti sekolah, maka adalah dijangkakan tempat penginapan adalah full ataupun mahal, dan transport juga adalah mahal)....tapi sekali lagi kami gamble....tanpa sebarang perancangan, kami tawakal jer menuju ke kaunter tiket ferry...

Sesuatu yang baru di sini adalah semua penumpang feri perlu menulis nama  pada borang yang disediakan..(zaman dulu2 tak payah tulis nama)....dan proses membeli tiket pula adalah sangat pantas dengan adanya sistem berkomputer... tp sayangnya belum ada sistem online utk booking tiket....so kiranya sampai jeti baru leh konfirm kita akan dapat feri atau tidak.....Tapi jangan bimbang, feri sekarang ni besar2, muatannya pun mencapai 300-400 orang kalau tak silap.
Tapi bagi mama, rasanya lagi best kalau boleh booking tiket awal2, mcm kita naik bas ekspress atau flight tu, so rasa selamat dan konfident sikit ....(tengah imagine kalau org yg datang jauh2 ke jeti tu tapi tak dapat tiket)

Feri terawal bermula pukul 9.30 pagi, dan terakhir adalah pukul 700 petang.
Kereta boleh diparking berdekatan jeti, di mana banyak tempat parking berbayar disediakan....tapi kena pandai lah cari tempat supaya kereta anda selamat....

Kami sendiri, masa sampai di suatu simpang dan berhenti di traffic light, tetiba ada sebuah motor datang ke sebelah kereta kami entah dari mana munculnya, dengan confident dia bertanya  kat tengah jalan depan traffic light merah tu, "Encik nak ke Langkawi ka?" Kami iyerkan la....Dia cakap, encik ikut saya, nanti saya tunjuk tempat parking.
Masa tu kami pun follow brader tu nak tgk tpt parking kepunyaan dia (berbayar, tp tak sure berapa bayaran dia)...sekali dibawaknya kami ke satu lorong belakang kedai yang suspicious dan nampak tak selamat untuk meletak kereta dan ditinggalkan di situ, dah la agak jauh dari jeti, mana nak larat mengangkut beberapa biji beg nih......

Apa lagi kami pun berundur semula ke belakang untuk cari tempat lain....brader tu kejar kami dengan motornya, nak suruh parking kat tempat dia jugak...kami cakap no, tak payah....so dia pun pergi dengan frustnya....

Kebetulan masa tu mama nampak satu signboard dekat satu masjid india, ada tempat parking juga, so kami menuju ke situ...
Alhamdulilah urusan dipermudahkan, tinggal satu lagi tempat parking di dalam kawasan masjid tu, dengan harga RM10 untuk 24 jam. Dan secara tetiba imam masjid tu keluar untuk entertain kami dan mengambil bayaran tempat letak kereta...sekali dioffernya kami tempat untuk tinggal di langkawi nanti, dan dioffer juga kereta untuk disewa...apa lagi, dalam keadaan gamble tak tau mana nak tido tu, kami terima pelawaan imam masjid tu, dengan harga yang sangat berpatutan. Rupanya memang imam tu ejen di seberang sini, mewakili chalet dan syarikat kereta sewa di langkawi.
So selesai masalah, dah tak perlu fikir lagi di langkawi nanti, boleh terus check in jer....Alhamdulillah di situ....

Sampai Langkawi, dah pukul 12 lebih (feri hanya bergerak pukul 10 pagi wp tiket 9.30 am), terus dapat kereta, pergi lunch dan check in chalet. Chalet kami berdekatan pantai Chenang, dari bilik tu melangkah beberapa tapak saja untuk ke pantai...best! ( Tak sempat mandi pun tapi!!))

Haha..panjang tul cerita mama sebelum nak sampai ke Langkawi ni kan....
Enjoy the picca la plak...Kami tak pergi banyak tempat pun sebab kesuntukan masa...nak duduk lama2 kat sana tak boleh sbb parents mama sibuk nak balik ke rumah wat preparation untuk kenduri akikah cucu-cucunya....

Yang sempat pergi cuma Underwater World, dan Cable Car Langkawi ...cable car ni adalah tempat idaman mama sejak dulu nak naik, tp malangnya kali ni pun mama frust, sbb by the time kami sampai, cable car dalam proses maintainance, sedangkan masa utk kami balik semakin hampir....so terbatal niat nak naik cable car....InsyaAllah tahun depan datang lagi lah....kalau ada umur dan rezeki ya anak-anak....

Dan tempat paling wajib pergi kalau sampai ke Langkawi haruslah Haji Ismail Group(HIG) kan...macam tak sah datang Langkawi kalau tak dtg ke HIG ni...dolu2 masa lum kawen, dan bekerja di Kuala Kangsar, mama pernah dtg sini 2 ke 3 kali sebab berkursus....(tak termasuk time kecik2), tp masa dtg dulu tak teringin nak beli apa2 pun, masa tu tak kenal lagi corelle la, luminarc la, vision la, ....Dan kali ni, itulah tujuan utama mama nak gi Langkawi pun....hehehe...alhamdulillah puas dapat beli idaman hati dengan harga yang murah.....

Ni pics nya......

Dalam Underwater World...peace....

Qaid Mukhlis dalam Ferry

Cable Car

Tunggu sekejap, mama..

Sara dan Tokwan di banjaran Alps....:)


Gambar wajib ada kalau gi Langkawi...

Pantai Chenang