Showing posts with label Mood Happy. Show all posts
Showing posts with label Mood Happy. Show all posts

Thursday, July 21, 2016

Raya 2016




Huhu si qaid ni..mamapapa baru nak romantik2....dia wat stunt kat situ...








Dua anak bujang hensem mama..alhamdulillah...


Assalam.
Aci la kan....masih syawal lagi...boleh la letak pic raya...
Tahun ni kami balik kampung pada hari raya....huhu...
#nangisbucukatiltakdapatsolatraya
Apapun Alhamdulillah utk segala nikmatNya..
Sedikit atau banyak kita syukuri..moga Allah tambah lagi kurniaNya insyaAllah.
posted from Bloggeroid

Sunday, November 22, 2015

Best Student of LCPG, Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Introducing our best student of Little Caliph PG for year 2015...from 6 Mulia Pra Tahfiz...







Ya Allah, tidak terhingga syukurnya bila nama Qaisara yang diumum sedemikian tadi.
Alhamdulillah.
Pastinya tanpa bantuan guru-guru, siapalah Qaisara.

Sebuah basikal sebagai hadiah...
Terima kasih guru-guru dan Litle Caliph!!


(Haishh.....kalau tahu awal-awal  nak panggil parents ke atas pentas juga, boleh la mama mekap tebal-tebal....ahaha)....

Moga anugerah ini akan terus jadi pemangkin untuk kamu terus maju dan terus berjaya..
Berjaya dunia akhirat...
Dan berjaya menggenggam azam dan niat kamu untuk bergelar hafizah suatu hari nanti, insyaAllah...
Ameen...

Dan moga ini akan jadi pembakar semangat buat adik-adikmu jua...
Untuk perjalanan kalian yang masih jauh dan panjang,
Namun mama doakan sentiasa dipermudahkan jalan....
Ameen...

Thursday, November 19, 2015

Terima kasih guru




Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.

Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.

Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.

Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...




posted from Bloggeroid

Tuesday, November 17, 2015

SUBHANALLAH








Assalam anak-anak.....
Mama just nak simpan picture ini dalam ni...
Daging2 ni adalah daging korban papa tahun 2015 ini.....
Papa bawak balik ....jadi rezeki kita anak beranak....
Alhamdulillah.

P/s... Kalaupun orang tak boleh berlaku adil...tapi Allah itu Adil dan Maha Penyayang..
SUBHANALLAH.....
posted from Bloggeroid

Monday, October 26, 2015

Muaz Al fateh mildstone.



Assalam.
Sedikit tentang Muaz yang langsung mama tidak catatkan perkembangannya..maaf sayang.

Pic ini diambil pada 14.2.2015...iaitu 2 minggu sebelum umurnya 1 tahun.
Dengan excitednya muaz merangkak naik tangga bila pertama kali mama lepaskan dia. Laju jer..

BERJALAN.
Pertama kali muaz berjalan adalah pada 16.3.2015 iaitu pada umur setahun 10 hari. Yang paling manis adalah langkah pertama itu disaksikan oleh semua ahli keluarga kita dan sempat mama rakamkan dalam bentuk video.

BERCAKAP
Mama ingat2 lupa bilakah mulanya muaz mula menyebut mama dan papa. Rasa2 pada umur 1 tahun.
Dan sekarang..ketika umurnya menghampiri 1tahun 8 bulan,muaz banyak mengajuk percakapan dan word2 yang didengarinya. Air..mama..papa..taknak..nak..tutu (susu), itu antara word2 yang muaz spontaneosly sebut. Dan muaz juga faham arahan2 mudah seperti mengambil barang.


Muaz juga kenal botol susunya sendiri dan yang mana botol susu abang dan kakaknya. Bila mama buatkan susu,muaz akan minta utk menghantar susu2 kp kakak dan abgnya.

Muaz skrg juga semakin nakal..sedikit garang..habis dicekaunya dgn kuku mana2 org yang tidak dia berkenan. Kesian sepupu dan teman serumah babysitternya Iman. Tapi auni yang girl tu ok plak disayang2 nya.Mentang2 girl comel yer...
posted from Bloggeroid

Saturday, February 7, 2015

Percutian Tanjung Sepang (back in Sept 2014)

Lagi cerita basi mama rakamkan di sini.
Takperlah...asal anak2 mama boleh baca suatu hari nanti.

Tjg Sepang Beach Resort sebenarnya cuma terletak di daerah Kota Tinggi, daerah kelahiran papa. Tp ini pertama kali kami ke sini. Alhamdulillah resortnya menarik....siap ada tempat barbeque kat luar chalet masing2. Kalau buat famili day kat sini memang menarik (Bagi yang ada famili la kan, ataupun yang famili ada mengajak ke sini, bagi yang takde famili besar takper...famili kecil seperti kami sudah cukup bahagia......)...oppps....

Let pic do the talk lah...mama malas membebel.....

A mother of 3...maintain cute please mummy!!

Damai dan tenang...Tjg Sepang ni beach resort berdepan dengan laut, dan disediakan juga kolam untuk mandi manda

Anak bujang pun nak berbuai2

Buai laju2...aku nak kawen dengan anak raja


Muaz Al Fateh  

Kalau ingat lagi cerita mama setahun yang lalu, masa tu muaz dalam perut mama, iaitu Disember 2013, kita bercuti ke Felda Tanjung Leman di Tenggaroh (cerita di sini)...sama keadaannya, ada laut dan ada kolam renang, masa tu Qaid Mukhlis masih sangat takutkan air dan kolam. Menangis2 bila dibasahkan dengan air kolam....tapi kali ini....wah..bukan main seronok Qaid dapat mandi kolam buat pertama kalinya....




Happy faces...
Alhamdulillah...terlepas hajat bercuti di tahun 2014.....tapi mama masih tak puas hati sebenarnya, sebab Tjg Sepang ni bukan plan mama asalnya....oleh itu.......next weeknya......kita bercuti lagi ke satu tempat idaman mama.....Bukit Tinggi Resort.....

Ceritanya...next entry ya anak-anak....

Tuesday, October 7, 2014

Photoshoot Raya

Salam AidilAdha semua...
Berapa ekor tumbang  tahun ni?
Kami?
Kami berkampung dalam umah jer tahun ni, langsung tak ke mana2. Balik kampung pun tak. Cuti sehari, rasa macam tak raya pun.
Tapi jangan taktau, kami bangun pagi2, dan mandi sunat hari raya juga!
Petangnya babysitter Qaid datang bawak daging korban...TQ so much kak!

Tak beraya, habis tu ada photoshoot raya juga?
Wakakaka....jangan marah mama okeh anak2....ini photoshoot raya Aidil fitri yang lalu...baru sempat nak upload pictures....Haha jangan marah okey.
Ibu beranak 3 tanpa maid, macam nilah gayanya...







Teringat 2008...Kami berdua...

2009....Alhamdulillah kami ber3

2010...Berganda kegembiraan....kami ber4


2014....Syukur padamu Ya Allah...kami kini ber5


Moga bahagia ini kekal hingga jannah...amin

Kalian permata hati belahan jiwa mama dan papa

Moga kalian selalu dilindungi Allah di mana jua berada.....





Saturday, September 20, 2014

Backdated diary: Balik Raya!

Assalam....Ya Allah Ya Allah....mama oh mama....cerita dah basi baru mama nak tulis?Sampaikan dah lupa apa yang patut ditulis.....
Arghhh tak kira...yang penting esok2 bila anak mama nak baca, ada ceritanya....hehe

Ok....Raya kali ni, mama masih dalam cuti. Cuti tanpa gaji yang sengaja mama pohon sampai lepas raya, dah raya 10 hari baru mama kena naik keje........So kita boleh bercuti dengan aman kekdahya....Tapi.....ada tapi ler pulok....Mr Papa cuma cuti 5 hari....huhu....So nampaknya walaupun cuti mama lama, tetaplah tak boleh berlama2 di kampung. Kalau nak duduk lama-lama kena balik naik bas la jawabnya.....

OK, fine! 5 hari pun 5 hari lah...Bukan senang nak beraya dengan Papa.....Dalam 6 tahun mama berkahwin dengan papa , ini adalah kali kedua papa beraya bersama mama.... Selebihnya? Tuntutan kerja dan pelbagai lagi selalu mendesak papa meninggalkan kami anak beranak beraya sendiri di kampung. Oklah tu papa hantar balik kampung, daripada raya sorang2 kat rumah sendiri, kan....Apapun mama terima dengan rasa syukur alhamdulillah.

Dan alhamdulillah kali ini dan tahun ini, cuti papa diluluskan. Makanya bertolaklah kami 2 hari sebelum raya. Mama doa sangat kali ni tak jem  mcm 2 tahun lepas, sampai 18 jam perjalanan. Namun, sebaik sampai area Slim River menuju Tapah, seperti biasa jem teruk ! Jauh lagi nak sampai ke Tapah, dan dijangka jammed ni berlanjutan hingga ke Kuala Kangsar. Jauh dan sangat lama tu kalau dah jalan macam semut berbaris.

Tidak mahu mengambil risiko penat seperti 2 tahun  lalu, papa akhirnya keluar dari highway, cari rest house, cari makanan berbuka, dan tido / rest puas2. Pukul 4 pagi, kami bangun dan meneruskan perjalanan menggunakan jalan biasa sebab dari sumber2 dipercayai (Radio dan Waze) nampaknya keadaan jalan yang sesak masih berlaku walaupun pukul 4 pagi. Alhamdulilah keputusan papa kali ni memang tepat dan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Hingga Kuala Kangsar, laluan clear baru kami masuk semula ke highway. {Idea: Allah yang beri}

Esoknya dapat tahu bapa saudara mama dari KL ke Kedah ambil masa 14 jam! Dan sepupu mama, juga dari KL ke Kedah mengambil masa selama 15 jam jugak. Kami? Memang hampir 2 hari perjalanan kami, tapi at least kami tidak bersesak2 di jalan. Kami dapat rehat dan tido puas puas dalam perjalanan kali ni.




Oh ya, raya kali ni kami sempurnakan juga aqiqah untuk baby Muaz Al Fateh....biar selesai cepat2....Alhamdulillah seekor lembu tumbang pada hari kejadian. Lembu? Yups...
Sebab aqiqah ni kami buat serentak dengan sepupu Muaz yang lahir 10 hari kemudian daripadanya iaitu Uwais Al Fateh.


Berlatabelakangkan lembu yang ditumbangkan.....


p/s: Picture raya menyusul kemudian ya! Till then....daa........Wassalam...



Friday, March 14, 2014

Presented... QMAF on our 6th anniversary

Bismillahirrahmanirrahim.
ALHAMDULILLAH.

14 March..its our anniversary, blessed with our new bundle of joy..

THANK YOU ALLAH!




posted from Bloggeroid

Friday, January 31, 2014

40 minggu Nan Indah

Asalamualaikum anak mama Qaisara..
Mama minta maaf sangat2 kali ni mama lambat postkan ucapan di sini. 
Sepatutnya semalam, tapi kekangan waktu dan kesempatan,  mama terlambat sehari...
Untuk mengucapkan Happy Birthday Anakandaku Tersayang....
Qaisara Nur Damia

Tanggal 30 January 2009
Bermula perjalanan hidupmu sebagai little caliphs di dunia
dan perjalanan hidup mama sebagai mama

Sesungguhnya mama sangat bangga dan bahagia memiliki kamu
Pada umur kamu 4 tahun kamu lancar membaca bahasa Melayu, english, Jawi, Iqra' dan Al quran
Dan pada umurmu 5 tahun ini, kamu semakin lancar , dan berani ke depan, berbanding awal menjejakkan kaki ke sekolah dulu....
semakin berani bercakap di khalayak
dan semakin tinggi keyakinan dirimu
ALHAMDULILLAH
Setinggi rasa syukur mama panjatkan ke hadrat Ilahi kerna mengurniakan kecerdasan akal buat kamu
Doa mama, moga2 kamu juga akan dikurniakan dengan kecerdasan emosi, dan kecerdasan Iman yang tinggi
Yang membuat kamu menjadi insan Solehah
Yang menjadi bekal buat mama dan papa di sana nanti...

Oleh kerana sekarang kakak menjadi peminat paling setia diari mama ini, 
kakak buka saja catatan mama yang dulu-dulu
Yang pernah mama coretkan 
Tentang

**Kalau kakak nak tengok video waktu kakak dilahirkan tu...klik jer kat situ ya sayang...
Dan kalau kakak nak baca tentang apa yang berlaku sewaktu kamu masih dalam perut mama, kakak klik jer kat bawah ni:-

Mama selalu berharap agar blog ini kekal sampai kamu dewasa, untuk kamu baca semua catatan mama ini......
Dan mama nak kamu ingat, bahawa sesunggguhnya mama menyintai kamu tanpa had
tanpa syarat
dan tanpa kata yang dapat menggambarkan....

Moga mama dan papa berpeluang melihat kamu membesar dan berjaya menjadi insan berguna di dunia dan akhirat......
Amin...




Monday, December 9, 2013

Felda Tanjung Leman Residence.....Our short & low cost vacation...

Assalamualaikum...

Tanjung Leman....sebenarnya tak pernah plan nak ke sini pun......plan asal nak balik kampung!
Tapi disebabkan sakit pinggang mama, ditambah dengan cuti yang agak pendek....rasanya tak berbaloi perjalanan 12 jam tu untuk 3 hari stay di kampung.  Ditambah dengan kerisauan dengan risiko premature yang mama hadapi....maka perjalanan ke Kedah terpaksa ditunda kali ini......

Dan untuk tidak mengecewakan Qaisara si queen mama ni, maka kita cari satu tempat untuk bawa dia berjalan2... at least dia terlupa plan asal tu....

Tanjung Leman Residence terletak di Tenggaroh , dalam daerah Mersing, agak jauh dari bandar dan hampir dengan Jetty ke Pulau Sibu.

Biliknya cantik, mama bagi 3-4 bintang. Kami tempah bilik Deluxe, berharga RM 260 sahaja.
Dan memang puas hati sebab selain ada katil queen size, ada juga sofa besar yang boleh dijadikan katil tambahan. Sesuai sangat untuk Qaisara atau Qaid . Even mama tido kat sofa tu boleh pun muat juga. So dah jimat kat situ tak perlu minta extra bed.

Wajah2 ceria anak2 (dan papa anak) sebaik sampai...... Extra sofa yang besar di belakang tu..

Bagi yang nak bilik lebih murah, harga bilik Superior Deluxe adalah RM 230, dengan 2 katil single. Bilik Suite Rm 450. Paling mahal adalah Executive Suite dengan harga RM 600. Oh ya, harga di atas termasuk breakfast yer.

Kemudahan yang ada termasuklah swimming pool , ada play games untuk kanak-kanak, ada Gymnasium bagi above 18 years old, ada cafeteria. Dan paling best di belakangnya terletak laut dan pantai yang cantik serta landai. Bagi yang nak mandi pantai pun boleh, nak swimming pool pun boleh.

Untuk makan malam, bagi yang nak jimat kos taknak makan di hotel ni, boleh keluar dalam 2 km , ada beberapa kedai makan di buka di waktu malam. Tapi kami memilih untuk makan dalam bilik jer since waktu keluar tu kakak dan adik dah tertidur...

Petangnya kami ke pantai...jalan2 ambil angin....lepas tu berbasahan di swimming pool saja, memandangkan musim tengkujuh ni ombak di pantai agak kuat. Dan tak ramai orang mandi manda pantai pun waktu kami sampai.


Angin kuat  terbangkan rambut kakak...muka happy sangat

Anak manja papa....asyik berkepit jer...

Cari telur penyu memang takde la kat sini dik.....

Kakak seronok sangat dapat swimming, walaupun dok kat tepi tangga jer, harap papa jer bawak ke tengah.....time ni pool kanak-kanak ramai orang...

Adik plak langsung taknak jejak air, berani tengok dari jauh jer.......last2 menangis bila kena paksa masuk dalam air...

Play games untuk kanak-kanak
Dah puas mandi, kita gi makan aiskrim

Then kami ke jetty ke Sibu Island..tak sangka ada KFC di hujung dunia ni....tapi waktu kami sampai ia tak beroperasi sebab takde karen...

Wajah-wajah kesayangan hamba...


Anak2 terbang, papa pun nak terbang gak....ahaks....

Just love this moment!!

Hari kedua, mak buyung pun teringin nak berendam gak, tapi kena minta papa gak bawak ke tengah, takut walaupun air paras dada jer.......adik seperti semalam tengok dari jauh jer....suruh tukar pakai baju mandi pun dah takmau hari ni, sebab takut kena paksa masuk air lagi...

Perjalanan balik.....perhatikan kayu aiskrim di tangan adik....sekelip mata kakak tarik dari tangan adik.....

Bergaduh berebut kayu aiskrim......

Last2 papa patahkan dua kayu tu....haha

Tamat sudah low cost and short vacation kami....

On the way balik, singgah di Sedili Besar, beli ikan kembung fresh, udang besar fresh dan ketam fresh....sedappp.....



pstt...Papa, next time kita ke sini lagi yer...insyaAllah pas baby dah besar sikit....... muuahhh....