Thursday, September 8, 2011

Selamat Hari Jadi Qaid Mukhlis

Hari ini, genap setahun umurmu sayang...
Betapa cepat masa berlalu, masih seperti sangat baru mama melahirkan kamu....
Masih jelas di ingatan betapa 29 Ramadhan yang lalu @ 08092010 itu mama lalui...
Masih sangat jelas segala detik yang mama lalui sepanjang malam itu...
Malam yang penuh kesakitan tanpa papa di sisi...
Tidak seperti sewaktu kelahiran kakakmu Qaisara..
Kerana mama sendiri tidak pernah menyangka kalau sakit mama sepanjang malam itu akan membuatkan kamu lahir...
Kerana itu mama benarkan papamu ke tempat kerja seperti biasa, selepas menghantar mama ke hospital petang itu...
Kerana umurmu didalam perut mama waktu itu hanyalah 24 minggu...
Kerana mama hanya sempat mengandungkan kamu dari April-Mei-Jun-July-August dan 8 hari dalam bulan September..
Kerana itu semua makanya mama tidak pernah menyangka yang kamu sudah sangat2 ingin keluar menjengah dunia...
Mama pernah ceritakan semua ini di dalam entry yang lalu di dalam kisah-kelahiran-kamu...

Dengan Apgar Score 9 pada 1 minit...
Dengan tangisan yang lemah dan halus berbanding bayi normal lainnya...
Dengan badan sebesar telapak tangan papa..
Dengan seluruh tapak tanganmu sebesar ibu jari mama...
Dengan kepala lebih kecil dari genggaman tangan mama yang sedia kecil ini...
Dengan lilitan kepala hanya 21 cm..
Dengan ukuran panjang hanya 30 cm..
Dengan berat hanya 725gram (yang kemudian diukur sekali lagi di hospital lain hanya 680gm)..
Dengan kulit halus lagi tipis yang menampakkan urat2 halusmu, serta bagaikan ternampak isi perutmu...
Betapa siapa pernah menyangka mama akan lahirkan kamu waktu itu...
Kamu masih sangat muda di dalam rahim mama..
Mengikut teori kurang dari 10% bayi yang lahir pada usia 24 minggu dapat hidup dan survive...
Itu teori...seperti yang pernah mama tulis di dalam entry ini.
Tapi kamu...kamu adalah anugerah Tuhan yang sangat berharga..
Kamu bukti kekuasaan dan keajaiban Tuhan...
Betapa pelbagai risiko kamu hadapi..
Tapi kamu terhindar dari semua itu dengan rahmat dan kasih sayang Ilahi.
Betapa wajibnya mama dan kamu..serta kita semua bersyukur...
Betapa agungnya nikmat Tuhanmu...


Kerana semua itu, mama mahu kamu tahu betapa bertuahnya kamu, betapa kamu punya berjuta sebab untuk terus mensyukuri nikmat ILAHI, menjadi hamba yang taat dan patuh padaNYA, dan menjadi hamba yang tau berterima kasih serta tidak derhaka pada Tuhanmu, serta menjadi anak soleh yang selalu mendengar kata.

Dan hari ini, setiap kali memandang kamu, melihat wajah comel kamu, menyentuh mulusnya kulitmu, membelai halusnya rambutmu, menatap jernihnya sinar matamu, mendengar ria tawa kamu, melihat manisnya senyumanmu, pasti menitis air mata mama ini, kerna mama tahu, mama sedang memandang KEAGUNGAN TUHAN dan satu lagi keajaiban ciptaanNYA..


HAPPY BIRTHDAY ANAKANDAku QAID MUKHLIS!! 
Mama sayang kamu sangat2! 




Hari2 terawal Qaid


My heart and soul at 1 year









10 comments:

MyRule said...

Oo..sudah setahun..selamat Hari LAhir Qaid..semoga sihat dan membesar bagai johan ye..selamat dunia akhirat.. :)

Izza - Jiejah said...

hepi besday qaid ..moga terus sihat ceria .

Bicara hati ibu aisya said...

Kak, bergenang kelopak mata nih.
Happy Birthday dear Qaid Mukhlis.Semoga menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa berada dalam payung rahmatNYA selalu.Qaid memang pejuang yang hebat!

Hug n kiss Qaid yang tomeii...

Najwa.H said...

happy birthday Qaid...

ianya seperti keajaiban.. Qaid dapat terus melihat dunia walaupun lahir 24 mggu.

syukur nikmat Allah!

Mama3Q said...

My Rule...TQ very much..amin

Mama3Q said...

jiejah....Amin...TQ ya...

Mama3Q said...

Ibu Aisya....Amin...and Tq for the hugs...Qaid hug auntie ayu juge!

Mama3Q said...

Najwa..Erm..alhamdulillah atas kurniaanNYA yang tak ternilai ini...

E-na Zarina said...

comelnya baby! selamat hari raya dari Lovely kitchen...

Mama3Q said...

thank u lovely kitchen...selamat hari raya juga!