Showing posts with label Qaid Mukhlis. Show all posts
Showing posts with label Qaid Mukhlis. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Terima kasih guru




Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.

Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.

Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.

Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...




posted from Bloggeroid

Wednesday, February 4, 2015

Qaid's 4th birthday


Assalamualaikum
Hai...mood mengupdate mama tengah datang ni....kita update cerita2 lama yang dah basi...tp penting untuk mama rakam di sini...

Ini tentang 8.9.14 yang lalu..cerita tentang birthday Qaid Mukhlis.

ALHAMDULILLAH anak kecil itu sudah berusia 4 tahun. Tidak perlu mama ungkapkan lagi 'keperitan' lalu yang sebenarnya punya banyak hikmah yang tak terbilang. Kelahiran Qaid yang tak dijangka...seperti yang mama pernah ceritakan dulu...kini semuanya jadi manis.

Qaid membesar menjadi anak yang bijak....bisa menghafaz 30 surah terakhir pada usia 3 tahun lebih. Walaupun pelat tapi difahami ayat demi ayat.
ALHAMDULILLAH!












posted from Bloggeroid

Sunday, February 1, 2015

Cerita Potty Training Yang Basi

Assalam.

Mama cerita ringkas2 jer yer anak-anak. Sementara ada masa ni, mama tulis dan auto publish later....

Ini cerita tentang potty training Qaid Mukhlis.
Ingat lagi tak selepas bersalinkan muaz pada bulan Mac tu, mama cuti bersalin selama 3 bulan. Then mama sambung lagi selama 67 hari.

Kenapa 67 hari?
Sebab nak kasi lepas raya puasa baru mama naik kerja, so takde gaduh dengan org lain tentang cuti. Hehe...best tak taktik mama? BTW suka hati mama la nak cuti berapa lama pun kan, bukannya mama dapat gaji pun....

Ops...dah out of topic pulak. Sebenarnya tujuan mama ambil cuti total 5 bulan tu adalah untuk potty training Qaid Mukhlis. Sebenarnya agak lewat jugak mama train si abg Qaid iaitu pada umur 3 thaun lebih. Mama sangkakan disebabkan dia premature, dan dia lelaki maka dia kurang matang berbanding kakak, maka proses potty trainingnya lebih susah. Thats why mama start lambat. Itupun mama tunggu habis pantang baru mama start.

Disebabkan cerita ni dah lama, iaitu dalam bulan Mei dan June 2014, mama dah lupa what exactly happen... tapi apa yang mama ingat dan membuatkan mama surprise adalah proses itu sangat senang berbanding kakak.

Rasanya sepanjang potty training tu ada sekali dua saja Qaid terbuang air kecil dalam seluar, itupun sebab ralit dengan sesuatu. Hari pertama dia dah pandai berlari ke toilet bila nak terkucil.

Buang air besar (BO) pulak, kalau kakak dulu umur 5 yrs baru pandai pergi toilet. Kalau tak, sebelum tu if rasa sakit perut kakak akan minta dipakaikan pampers.2 tahun jugak condition kakak macam tu, asal nak BO jer minta pampers.

Bagi Qaid Mukhlis, hari pertama tu, ada sekali dia terbuang air besar dalam seluar, dan itu membuatkan dia sangat2 terkejut dan tak sangka....Haha...kelakar pun ada bila ingat muka dia bila first time tengok najis sendiri.

Sejak dari hari tu bila sakit perut Qaid akan berlari ke tandas. Sebab tu mama kata proses training Qaid sangat senang sekali.
Alhamdulillah Allah permudahkan.

Sehingga nota ini ditulis, Qaid masih memakai pampers di waktu malam. Reason: mama malas bangun train tgh2 malam...
Siang pun if nak tido mama pakaikan pampers..tapi bila dia gi sekolah eh boleh pulak tido tak pakai pampers...cikgu train kan dia. Ada sekali jer so far dia terkucil waktu bangun tido.
Thank you teachers sebab sudi train kan anak2 ni.



Tuesday, July 22, 2014

Adenotonsillectomy yang tertangguh

Assalamualaikum..

Seperti yang mama tulis dalam entry lepas, Qaid Mukhlis sepatutnya menjalani pembedahan membuang tonsilnya(Adenotonsillectomy)  pada 19.7.2014.

Namun memandangkan dia masih  batuk2, akhirnya doktor pakar bius nasihatkan agar pembedahan ditangguh dan dibuat pada hari biasa, bukan hari minggu seperti permintaan mama.

Kata Doktor Pakar ENT tu pulak sebaik tahu pakar bius dah tangguhkan operation,:: mungkin ada hikmahnya .....

Yups....alhamdulillah tak buat dulu, boleh lah Qaid beraya dengan happy , insyaAllah. Kalau buat tu, rasanya seminggu dua juga kena kontrol makan, makan yang lembut2 saja....

Manakala Papa pulak nekad mahu mencuba rawatan alternatif untuk Qaid setelah kejayaan kawannya sendiri sebelum ni.

So, hari yang sepatutnya pembedahan tu dijalankan, iaitu 19.7.2014 tu, kami berkelana ke Melaka, dalam mencari penawar buat Qaid Mukhlis. Rawatan alternatif, apa jenisnya, itu nanti mama akan cerita kemudian, hanya jika rawatan ni berjaya...Kita tengok nanti kesannya macam mana, insyaAllah.

My Lovely 3Qs



Monday, July 14, 2014

Bila semua sakit...dan cerita tentang Adenotonsillitis....

Assalam.
Ni entry terlambat. Mama kena catat jugak.

26hb -Jalan2 Jusco beli baju raya.
27 @28hb kakak start sakit tekak dan demam. 29hb hari first puasa. Terbiar je kakak kat rumah (terbiar dalam erti kata tak pegi klinik pun).....ingatkan akan baik sendiri....rupanya kena amik gak ubat 30hb tu. Alhamdulillah kakak baik dari demam slps 5 hari...cuma masih batuk2...

1/7 Qaid pulak start batuk dan demam.
2/7 amik ubat Qaid.....
3/7 Baby Muaz plak demam....in fact malam tu serentak 3Q demam...and the worst part is mama sorang2 sebab papa keje malam tu.

Muaz first time demam ni, menjelang umurnya 4 bulan. Alhamdulillah 2x bagi ubat dia sembuh...

Cuma Mama dah start risau bila Qaid demam. Demam + batuk + selsema means operation yang Doktor plan akan dibatalkan.

Operation apa? Mama lum cerita lagi kan, Qaid ada Adenotonsillitis + Middle Ear Effusion (MEE), under follow up ENT specialist.
Doktor pakar tu dah call mama, date yang dipilih untuk operation membuang tonsil dan adenoid pada hidungnya adalah pada 19hb Julai ni...

Memandangkan Qaid sakit ni, besar kemungkinan terpaksalah tangguh. Mama belum confirmkan semula dengan dokter pakar tu.

Dah lebih seminggu Qaid taknak makan. Baru 2 hari semalam dan hari ni dia start makan semula, alhamdulillah. Balik dari hantar kakak ke sekolah semalam, Qaid slow talk dengan mama, mama, nak roti canai coklat, boleh?
Haha, dah lebih 2 minggu tak makan roti canai, dan tak makan nasi juga, akhirnya semalam dia minta. Mana ader orang buat roti canai puasa-puasa ni nak oiii!

Tapi alhamdulillah, 3 hari lepas, waktu hantar sepupu mama balik ke Universitinya, sempat singgah Mydin yang baru dibuka, dan teringat pulak nak beli roti canai segera.
So pagi semalam mama buat, apa lagi berselera sungguh dia makan. Kesian Qaid...memang nampak beul dia dah kurus tak makan apa2 sejak seminggu ni.

Ni nak kena call balik doktor pakar ENT tu kejap lagi....moga Allah permudahkan urusan operation Qaid ni....

Wednesday, July 9, 2014

QAWEEM: Month by Month

Assalamualaikum..

Sekali lagi entry ini adalah catatan buat diri sendiri, so mama minta maaf jika ianya teralu panjang untuk dibaca....

Just nak catatkan perkembangan Qaweem Muaz Al Fateh sebelum mama lupa...

Lahir  --> 1st month
Date: 06032014 @ 7.42am @ Khamis @     Hijrah
Weight: 3.43kg
Length: 55 cm
Head circumference: 35.5 m
Breastfeeding: YES
Development: Ini part yang mama mahu catatkan.

Anak yang polos, suci, baik, tiada sebarang ragam, dan pasti mama akan rindukan saat-saat menyusukan kamu dalam keadaaan kamu langsung tidak menyedari apa-apa tentang dunia ini. Matamu belum terbuka, telingamu masih kurang peka, tangismu hanya ketika lapar dan basah.
Dicuit2 abangmu, kamu masih begitu, senyap, diam. Kamu seolah-olah dalam duniamu sendiri, mungkin masih terasa seperti di dalam perut mama agaknya



1st Month

Weight: 4 kg
Length: 56 cm
Head: 36 cm
Development:
Waktu ini kita berkampung di rumah tok dan tokwan.

Qaweem masih tiada banyak ragam. Ditidurkanlah walau di mana pun, kamu boleh lelap. Di bilik, di depan tv, di bilik. Ada 8 bilik di rumah tokwan, dan hampir semua bilik  pernah kamu huni. Sebabnya mama mahu larikan kamu dari abang Qaid yang sentiasa ingin mencuit. Abang terlalu sayangkan kamu, in his own way...mahu dicium adik, mahu dikacau adik....aduh...lalu pilihan yang ada adalah sembunyikan kamu dari abang, (tapi abang pun pandai, cepat je dia dapat tahu bilik mana mama sembunyikan adik dengan mendengar tangisan Qaweem sendiri),

Masih belum pandai senyum...menangis hanya bila lapar dan basah. Sangat-sangat senang dan mudah menjaga kamu wahai Qaweem Muaz. Kata tok, Qaweem anak yang sangat-sangat baik... Alhamdulillah.

Sebenarnya ketika ini, mama sama2 berpantang dengan adik bongsu mama yang bersalin anak pertama 10 hari selepas Qaweem lahir.

And surprisingly namanya hampir sama dengan Qaweem Muaz Al Fateh. Nama sepupu kamu yang sebaya ini adalah Muhammad Uwais Al Fateh. 2 Al Fateh di rumah atuk, dengan 2 perangai yang berbeza off course. Dan tok dan tokwan tak perlu berebut cucu kali ni, sebab ada 2 orang cucu untuk diriba, so amik sorang satu, then tukar2 ..Kelakar bila ingat tok dan tokwan (makayah mama)



2 Al Fateh di rumah tokwan


2 Month 
Weight: 5.1 kg
Length: 58 cm
Head: -
Development:
Penghujung April itu papa datang menjemput kita untuk pulang ke Johor. Sehari dua sebelum itu Qaweem mula pandai senyum, dan senyuman kamu memang sangat manis dengan 2 lesung pipit di kiri kanan. Mula lebih alert, membuka mata dan mula memandang ke sana sini. Balik ke Johor, mama terpaksa selalu mengunci kamu di dalam bilik, supaya tidak diganggu abang. Maaf ya sayang.



3 Month 
Weight: 5.6 kg
Length: 61 cm
Head: 40 cm

Development:
Qaweem mula pandai mengagah, mengekek ketawa kamu bila diusik. Oh memang manis saatnya.
Yang paling ketara, mula pandai menangis, merajuk dan lebih alert serta sangat-sangat alert. Telinga kamu seperti telinga lintah, terdetik sedikit bunyi, kamu sudah terjaga dari tidur. Senang hati jika dipegang sentiasa,amat manja, kalau diletak pun tidak boleh lama. Sudah bijak anak mama ini.

Makanya kalau kamu tidak tidur, dan mama perlu memasak, terpaksa mama letakkan kamu di dapur. Waktu ini kamu tidak lagi mahu berseorangan di dalam bilik. padahal pada baby cot kamu, macam-macam mainan mama belikan. Ada yang berbunyi bila dipusing, ada yang berbunyi bila ditekan....dengan harapan kamu mahu tinggal di dalam bilik bila mama ada kerja. Tapi nampaknya hanya kadang-kadang mainan itu dapat melekakan kamu, itupun cuma seketika.

Selalunya apa yang mama buat, pusing supaya mainan tu berbunyi, dan kunci pintu bilik supaya abang tidak mengganggu Qaweem. Mama nak letakkan di depan tv, supaya kamu tidak rasa keseorangan di dalam bilik, dan supaya kakak boleh temankan kamu, tapi abang Qaid masih belum faham sepenuhnya. Kadang-kadang pernah nak dikuisnya kepala atau perut adik dengan kakinya, atau dicucuk mata dan mulut adik dengan jarinya, atau yang terbaru, ditolak adik supaya meniarap.

So dillema mama: Nak letak kat luar abang kacau. Nak kunci lama-lama dalam bilik waktu mama bekerja di dapur, Qaweem pulak menangis  taknak ditinggal seorang dalam bilik. Last-last bawak ke dapur....atau lebih worst , mama tak masak!! Hahaha....
Kalau papa ada, papa tolong tengokkan Qaweem so lebih senang kerja mama.

Oh ya, 12 Jun yang lalu, mama tinggalkan kamu sebentar, tengok-tengok Qaweem dalam keadaan meniarap...Alhamdulillah hingga penghujung June ini, walaupun kamu belum pandai meniarap sepenuhnya, tapi badan sudah pandai disenget2 especially bila waktu nak tidur.

Dan sesuatu yang mama lupa nak catatkan di atas, Qaweem tidak sama seperti kakak dulu yang bangun menyusu setiap 2 jam pada waktu malam. Qaweem menyusu sebelum tidur dan hanya akan bangun keesokan paginya, lebih kurang jam 5 @ 6am atau kadang-kadang pukul 4 pagi.


Tengok muka abang yang nakal and cheeky, tengah fikir apa nak buat dengan budak kecik tu, dak kecik dah gabra.

Picit hidung dan cucuk mata adik

Tarik telinga adik..pasrah je nak....
Cucuk kepala adik, hilang manis senyuman adik

Tolak muka adik supaya pandang abang



4 month

Weight: 5.7 kg (naik tak byk, pakar paed dah tegur semalam)
Height and head tak ukur

Development:

Sudah pandai mengiring mahu meniarap. (Ya, sedikit lambat berbanding kakak yang belum 3 bulan dah meniarap) tapi ok jer, kamu on the right track, sayang!

Pernah berjaya meniarap sendiri, tapi belum master sepenuhnya.
Peel lebih kurang 3 bulan...
Semalam Qaweem kena inject Pneumoccal injection. Alhamdulillah tak demam atau meragam..
Alhamdulillah kamu anak yang kuat Qaweem!
Oh ya...dah pernah kena demam ujung minggu lepas, waktu kakak dan abang Qaid sama2 demam. Tapi Qaweem sekejap aje..2 x mama bagi ubat, alhamdulillah dah bak. Mungkin sebab susu ibu....insyaAllah ....



Saturday, November 23, 2013

Debaran 24 minggu

Assalamualaikum...
Moga kita semua terusan di dalam rahmat Allah SWT.
Lama tak update, kali ni mama rangkumkan pelbagai cerita.

TENTANG MAMA
- Alhamdulillah menjangkau 24 minggu kini,selain masalah anemia yang tak resolved (mungkin tak resolved sehingga bersalin akibat thalassemia), masalah back pain yang severe, kini timbul masalah lain...sebenarnya masalah yang sama ketika mengandungkan Qaisara dulu..iaitu sakit di bahagian Right Hypochondriac region.  (di bawah tulang rusuk  sebelah kanan). Apapun, mama bersyukur sangat2 punya Mr Papa yang sangat memahami, sangat banyak membantu dan paling penting, sangat pandai mengurut!
(boleh buat story Kisah Suamiku Si Tukang Urut..ahaks...)

- Kenapa berdebar di 24 minggu? Yup....kerana ketika inilah Qaid Mukhlis dilahirkan dulu. Bila mama pandang perut yang masih kecil kini, dengan gerakan yang masih lembut, tidak terbayang bagaimana mungkin Qaid Mukhlis boleh keluar di saat itu. Ketika baru sebulan lebih gerakan dirasai , tiba-tiba si Qaid Mukhlis tidak sabar2 mahu menjengah dunia....

- Kuasa dan kehendak Allah, tertulis percaturannya begitu, pasti ada hikmahnya..Doa mama kali ini biarlah mama bawa bayi ini puas-puas dalam perut mama dulu, keluarlah hanya bila sampai waktunya wahai anak..biar mama rasa puas-puas tendangan kamu di dalam perut mama....biar mama puas mengusap kamu, biar kakak Sara dan abg Qaid puas mencium perut mama...dan biar mama habiskan dulu 30 juzuk Al Quran untuk kamu dengarkan dari dalam sana.....biar apa jua kesakitan yang mama tanggung, mama sanggup wahai anak....

Allah perkenankanlah doa kami...


TENTANG KAKAK QAISARA
 17 hb November lepas adalah hari "Grand Ihtifal" @ Konvokesyen tadika kakak.
And guess what? Qaisara telah diminta membuat persembahan sewaktu majlis berlangsung. Dan dia satu-satunya peserta yang membuat persembahan secara solo. Kakak kena bagi SPEECH!!
 Speech yang sama yang diberi oleh adik Fatimah Salim Kodia dari India di satu majlis, yang bertajuk IMAN.(mama kenal Fatima Kodia pun sebab teacher suruh cari kat Youtube).

Tetapi oleh kerana masa yang amat suntuk untuk berlatih, iaitu cuma 4 hari sebelum majlis berlangsung, speech tersebut teacher pendekkan. Mama akan upload videonya sebagai kenangan kakak, tapi kemudian ya kakak!

Grand Ihtifal ni sebenarnya bukan untuk tadika kakak saja, tapi turut disertai oleh 3 lagi tadika yang menggunakan konsep LITTLE CALIPHS di seluruh Johor ni.

Next after the speech, kakak kena join kawan2 dia utk persembahan nasyid "Rumput Bertasbih". Dan yang paling cumel tu kakak kena pakai baju bee... Dulu time kecik mama cari baju Bee untuk kakak, tapi tak jumpa, tak sangka kakak kena pakai bila dah masuk tadika...hihi.... tapi dia komplen panas....
Tapi panas2 pun bukan main lagi kakak bergoyang dan berjoget atas pentas tu.....haha
Videonya pun later mama upload yer kakak...insyaAllah...
Hari ni mama tepek picture je dulu.

Mama amat berterima kasih pada teacher2 especially Teacher Raudhah yang banyak melatih kakak untuk speech ni.... malam sebelum pergi tu mama yang berdebar dan tak tidur nyenyak, takut kakak terlupa skripnya..tapi Alhamdulillah kakak memang membanggakan mama, dan apa yang mama suka adalah benda2 macam ni memang membantu kakak tu build her confidence.....Bila mama tanya, kakak takut tak masa naik atas stage tu, dengan konfideen dia menjawab Tak lah....

Hahaha..mama memang mengaku kalah dengan kakak, sebab masa tadika, sekolah rendah, menengah atau universiti, mama tak pernah naik atas pentas bagi speech kat depan ramai orang camtu....in English lak tu.
Masa kat Unversiti pun terketar2 mama waktu disuruh buat presentation kat depan dewan kuliah, walhal kat depan tu bukan sorang2, tp dengan ahli group.....
Moga2 bintang kakak kan terus bersinar...insyaAllah....

My topic today is about our IEMAN...

Kakakberbaju Bee...semangat tau!

Kakak with her beloved class teacher, teacher Raudhah.


Caught in magazine...2 beranak ni leh tido di tengah keriuhan orang,,,time ni dah nak habis majlis...nasib baik kakak 1st presenter!




TENTANG ADIK QAID MUKHLIS
- Tak lama lagi adik tak boleh bahasakan diri adik lagi, bila adik dah jadi abang...:)
  Sekarang ni mama layankan jer bila dia bahasakan diri sebagai adik...
Perkembangan adik pada umurnya 3 tahun pada 8hb September yang lepas, baru adik Qaid belajar makan nasi keras macam orang dewasa....
Sebelum ni disuap nasi dewasa memang la menggeleng....pandang pun tak...
Bubur lembut jugak yang jadi pilihannya. Tapi Alhamdulillah sekarang ni mudah kerja mama memasak, bila adik dah nak makan macam orang tua makan.

Selain nasi, makanan favourite adik adalah roti canai tanpa kuah dan bihun , tak kiralah bihun goreng atau bihun sup.

Dalam pelajaran, mama sebenarnya tengah confuse samada tahun depan nak hantar adik ke tadika atau tak....Kalau ikut macam kakak, 4 years dah masuk sekolah....
Tapi adik ni, yang mama risaukan takut dibuli, ditolak dan macam2 lagi, dengan badannya yang kecik macam budak 2 tahun ni, dengan mata yang rabun terpaksa bercermin mata...mama boleh bayangkan takut budak2
lain kacau dia...Hurmm...Nak hantar ke tak hantar???

Yang paling mama suka tentang adik adalah kebolehannya menghafal, terutama menghafal Al Quran. Setakat ni, adik mampu baca dari surah terakhir iaitu An-Nas hingga surah al Buruj...(30 surah iaitu dalam Juzuk Amma). ALHAMDULILLAH!! Alhamdulillah!

Dan paling kelakar semua skrip kartun Boboiboy pun adik hafal, siap dengan gaya sekali...huh taksub betul dengan Boboiboy....habis dan itu jer kartu yang ditengoknya...mama so far memang tak pernah ajar diaorang ni tengok Ultraman, Spiderman, Superman dan segala watak superhero yang lain....kalau tanya kakak siapa Ultraman pun kakak tak kenal.

Dan kebaikannya adalah takde lah diaorang taksub dengan watak2 tersebut...sampai nakkan patung2 ultraman dan sebagainya....harap2 dia tak kenal sampai besar nanti....hehe...

Cuma sekarang ni, sejak kakak dah pandai pilih channel sendiri, dan dia terjumpa channel yang best bagi dia, bukan main suka lagi dengan Sofia The First, Jake and the Never Land Pirates , Timmy Time, dan Hi-5.
Adik Qaid pun sama la mengikut....huhu.....tapi as long as tak ganas sgt, ok je kot..?

********************************************************************************
Syukur pada Allah atas semua nikmatNYA...
Tidak terucap betapa banyaknya nikmat dan kurniaanNYA..

Moga kita semua terus diberi kesejahteraan oleh Allah di dunia dan akhirat.....
Dan moga kita tidak tenggelam dalam kesenangan dunia......























Sunday, November 3, 2013

Alhamdulillah, it's 21 weeks!

Bismillahirrahmanirrahim....
Assalam.
Lama sungguh tidak bersiaran kan.
Sejak itu jugalah blog ini sepi dari sebarang kunjungan.
Saper suruh tutup blog....hahaha...

Ingat lagi cerita mama sebelum blog ditutup dulu....cerita tentang .upt mama yang positif tetapi tidak hamil ....

Okey....2 bulan selepas itu sekali lagi mama mengalami Amenorrhoea.
Dan kali ini mama tidak terburu-buru menguji urine. Buat apa habis duit beli UPT test kan.
Apa yang mama buat adalah ultrasound...
Dan kali ini, letak jer probe ultrasound tu, mama nampak sesuatu!!
Sesuatu yang sangat kecil tapi ada harapan di situ.
Sejak itu selang 2, 3 hari mama buat ultasound lagi...just to confirm ....

Dan hasilnya.....Alhamdulillah....

Nampak sesuatu yang kecil itu makin membesar, tanda adanya kehidupan baru di situ.....



Siapa terror boleh teka jantina baby ini :). Actually mama dah nampak jantinanya sejak minggu ke 15 lagi....

 Alhamdulillah, sepanjang 21 minggu ini, mama sihat...harapnya baby juga membesar dengan sihat sempurna dan bijak.
Tiada morning sickness, selera makan yang normal. Alhamdulillah.
Cuma masalah lama tetap ada......Anemia in Pregnancy....dan Severe Backpain.

Sakit belakang yang tidak dapat digambarkan dengan kata2, terutama bila berbaring, atau mahu mengubah posisi baring ke mengiring, dan pelbagai posisi lagi. Dan lately, sakit itu menjalar hingga waktu berjalan dan berdiri juga.

Anemia...hanya mereka yang alami masalah anemia sahaja tau kepenatannya bila alami anemia. Masalahnya mama bukan kekurangan zat besi seperti orang lain...tapi disebabkan thalassemia. So mama makan vitamin macam mana pun hemoglobin tu tetap tak bertambah....Sama seperti ketika hamilkan Qaisara dan Qaid dulu... Tentang ini nanti kalau rajin nanti mama tulis lagi....

Apapun, kesakitan ini hanya sedikit, berbanding mereka yang mengalami pelbagai komplikasi lain. Mama sanggup wahai anak, jika dengan sakit ini, kamu nanti lahirnya sihat walafiat, dan paling penting, lahirnya kamu harus CUKUP BULANnya...jangan premature seperti abangmu Qaid Mukhlis. Bukan premature yang sedikit, tapi extremely premature!

Ya anakku, 24 minggu itu sangat awal, dan biarpun abangmu bernasib baik, dengan kuasa dan kehendak Allah, dia terhindar dari sebarang komplikasi prematurity, tapi mama tak sanggup mengalaminya sekali lagi. Keperitannya mama sudah rasa.

Maka mama mohon, kawan2 doakan mama agar tidak mengalami sekali lagi premature delivery seperti dulu.

Ya Allah, lahirkan anakku ini dalam keadaan cukup umurnya di dalam kandunganku, lahirnya mudah dan selamat, sihat, sempurna, dan jadikanlah dia seorang lagi anak soleh lagi bijaksana serta terpuji akhlaknya. Aminn....




p/s: kawan2 yang ada cadangan nama bermula Q, bolehlah bagi idea yer...TQ!





Monday, September 9, 2013

Happy 3rd Birthday Little Fighter !


Small physically, not the brain.
Alhamdulillah , thank you Allah for this great gift...

Milestone

Able to count till 30
Able to read simple words with 2 alphabets
Able to azan
Able to ride tricyle
Able to recognise and memorise hundreds of flash card
Able to recognise and memorize 18 surah from Al Quran.

Moga besarmu menjadi seorang Hafiz....
Moga kamu akan terus jadi seorang pejuang .
Aminnn...Ya Rabbal Alamin.


Sunday, April 7, 2013

Fever again..

Tengah mengadap tupperware chipsmore....:)

As salam.
Tangguh dulu hasrat nak ceta pasal kaedah membentuk al huffaz.

Mama just nak rekod di sini tarikh adik tak sihat minggu ni.

Sepanjang 2 minggu papa di mekah,selama itulah adik qaid di rumah bersama tok dan tokwan. Alhamdulillah kesihatannya amat memberangsangkan.
Bila papa blk,tok dan wan pun bertolak blk ke kampung dan adik pun terpaksalah ke rumah BS semula.

2 hari ke sana,adik dijangkiti selsema,wp xde org lain yg selsema . Reason dijangkiti? mama x tau.

Isnin-rabu,adik selsema dan low grade fever. serta perlukan inhaler on and off. Hari khamis dan jumaat adik beransur baik.Alhamdulillah.

Sabtu 6.4.13 mama terpaksa hadiri CME, dan BS x boleh jaga adik over the wekeend. so terpaksa diantar ke BS kakak sara yg lama. Syukur sgt adik x nangis dan dah blh adapt dgn org baru. Ini satu perkembangan yang amat menggembirakan mama, sbb lepas ni mama tak perlu risau kalau ada kerja Sabtu Ahad.

Blk ptg sabtu tu ,adik start demam. Dan hari ni demamnya menjadi high grade fever. Langsung xnak makan nasi. Satu-satunya benda adik nak adalah chipsmore.

Kalau blh mama xnak start antibiotik dulu. dah byk sgt mkn a.biotik. so kita observe dulu ya. Harap2 pasni baik cepat dik.Amin

Sakit- adalah ujian dan kafarah. Maka wahai hati mama,bertabahlah.
posted from Bloggeroid

Sunday, March 31, 2013

Meminjam semangat ibu al-Fateh

As-salam...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, 23/3/13 yang lalu, Allah beri mama peluang untuk menghadiri seminar seperti di pic bawah ni...walaupun ada  sedikit ujian ketika mahu hadir,namun Allah tetap takdirkan mama untuk ke sana. AlHAMDULILLAH.


 Adik-adik dalam picture di atas berjaya menghafal alquran sebanyak 30 surah terakhir pada umur 3 tahun. Dan sekarang hafalan mereka diteruskan dengan surah-surah pilihan seperti arRahman, Yasin, alKahfi, dan banyak lagi.

Kalau ikutkan niat asal mama sewaktu mengandungkan Qaisara dulu, inilah yang mama nak buat, iaitu memperdengarkan hanya al-Quran kepada Qaisara sejak dari bayi hingga akhirnya dia berjaya menghafal al -Quran.  

 Entah kenapa, sumber rujukan yang terhad, material yang terhad, dan ilmu yang kurang, menyebabkan hasrat mama tidak direalisasi, hinggalah kini qaisara sudah berumur 4 tahun. 
Namun mama percaya masih tidak terlambat untuk mama mulakan semula, tambahan lagi qaisara memang seorang penghafal yang baik. 
Mama percaya, dengan bimbingan yang  betul serta semangat yang jitu serta sokongan dari papa, insyaAllah hasarat mama untuk melihat kakak dan adik menjadi al-hafiz dan al-hafizah akan tercapai, insyaAllah.

Untuk adik Qaid yang kini berumur 2 tahun 6 bulan, mama juga nampak potensi adik sebagai seorang penghafal yang juga baik seperti kakak. Maka insyaAllah dengan izin Allah, anak premature yang istimewa ini juga akan mama bimbing agar berjaya menjadi al hafiz, insyaALLAH.

Untuk hasrat murni ini, mama tahu ia perlukan banyak pengorbanan, dan banyak ujian yang akan datang. Bak kata Puan Lina, ibu kepada adik2 di dalam picture di atas, syaitan-syaitan telah mencatit nama2 peserta kursus pada hari tersebut, dan mereka akan berusaha menggagalkan cubaan menghasilkan para huffaz cilik ini dengan apa cara sekalipun,kerana syaitan manalah suka pada pembaca atau penghafal al quran.
So misi seterusnya adalah: Usaha menggagalkan usaha syaitan!!

Kenapa perlu ada al-Quran dalam hati ?
Zaman ini terlalu banyak pancaroba dunia. Dan musuh2 Islam di luar sana sedang berusaha dengan pelbagai cara dan muslihat untuk melihat ummat Islam lemah. Hanya kita yang tidak sedar. Kerana mereka masuk secara halus ke dalam rumah kita. Bukan halus mistik, tp secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Mereka gunakan televesyen, internet, surat khabar, dan pelbagai lagi cara untuk melalaikan orang Islam. 
Melihat semua ini saja mama sudah cukup takut dan ngeri. Dan mama berdoa agar zuriat serta keturunan kita akan terus berpegang dengan Islam, dan hanya dengan Al-Quran dan As-Sunnah dapat mereka dan kita berpegang agar tidak terlepas tali.

Dan untuk itu, setiap hati cilik anak-anak kita perlu memegang Al-Quran di dalam hatinya, bukan sekadar di tangan!

******************************************************************

Nota mama: 
Qaisara: 4 tahun 2 bulan :Tahap hafalan sekarang: 11 surah:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nass, Al-Kafirun, Al-Lahab,An-Nasr, Quraisy, Al-Ma'un, Al-Asr, Al-Kauthar.

Qaid:2 tahun 6 bulan, corrected age 2 thn 3 bulan:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-nass, Alkafirun (half), Al Ma'un(half), Al-kauthar, dan surah lain yang dibaca kakak, qaid dapat satu atau dua ayat awal...

***************************************

Oh ya,kenapa mama meminjam semangat ibu al-Fateh? Siapa Al-Fateh?
Mama akan ceritakan dalam next entry,insyaAllah.

************************************************************************

Nota blogger: Kenapa mama tak sebut nama seminar tu? Dan nama adik2 penghafal cilik seperti dalam picture di atas.?

Adik-adik berdua ini terlalu glamer, dan seminar itu sendiri terlalu glamer. Mama taknak orang yang search mereka akan terjumpa blog picisan mama ini. Blog mama ini cuma catatan peribadi mama dan mama taknak traffic yang tinggi datang membaca catitan mama ni. 

************************************************************

YA ALLAH, TELAH KAU BERIKAN AKU HIDAYAH, MAKA JANGANLAH KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI DAN JANGANLAH DI TARIK HIDAYAH ITU, DAN BERIKANLAH DARI SISIMU RAHMAT , SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI .

YA ALLAH, BERKATILAH USAHAKU, DAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAKKU MENJADI HUFFAZ.
AMIN YA RABBBAL ALAMIN.








Monday, February 25, 2013

Qaid's progress: 2 + 5/12

 As-salam..
Dah lama mama tak update perkembangan serta milestone anak premature mama ni kan...
Sori sangat2 sayang, mama actualy banyak simpan cerita tentang kamu di dalam kotak fikiran mama. Banyak yang tak terupdate di sini....cthnya kebolehan adik membaca  flash card seawal usia 2 thn dulu (corrected age setahun 9 bulan)....
Adik, mama catat ni untuk adik. Tapi kali ni mama malas nak tulis lagi sekalii, just copy paste dari facebook group JEWEL mama about 2 weeks ago.
******************************************************************************************************************
Ketika Qaid Mukhlis dilahirkan 2 tahun yang lalu dengan seberat 725 gram, ‘seseorang’ pernah berkata mungkin 50-50 jer tu…(hati saya tersiat ketika itu kerana walaupun saya tahu kata-katanya itu tak salah, kerana secara teorinya bayi yang lahir ketika usia kandungan 24 minggu dan ke bawah cuma memiliki kurang dari 10 % peluang untuk hidup), namun alhamdulillah Qaid termasuk dalam kategori yang 10 % itu, kerana itu biar pun hati saya pilu mendengar kata-kata itu, sesungguhnya saya bersyukur kerana Allah memanjangkan usia Qaid dan memberinya peluang bernafas di bumiNYA ini.

Setelah sekian lama, ketika Qaid akhirnya berjaya mengharungi detik2 mencemaskan di NICU selama 101 hari, ‘seseorang’ yang sama itu berkata, anak-anak premature ni biasanya hyperaktif, di mana di situ dia berjaya membuatkan hati sang ibu ini kerisauan teramat tentang perkembangan anak prematurenya.

Dan selama menunggu perkembangan anak itu, hati mana tidak risau dan tidak gundah. Kerisauan itu akhirnya hilang apabila dia berjaya mengenal huruf ketika usianya setahun lebih, dan mula bercakap.

Dan ketika dia berumur hampir 2 tahun dia sudah bisa mengira one- twenty, dan mula mengenal serta membaca suku kata yang mudah. Dan ketika ini umurnya 2 tahun 5 bulan (CA 2 thn 1 bulan), dia boleh membaca buku “Bacalah Anakku” siri 1 , dan paling membahagiakan dia sudah boleh menghafal Al Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al Ikhlas, serta zikir2 ustaz Dzulkarnain di Astro Oasis, biarpun masih dengan pelat tapi sekurang-kurangnya dengan perkembangan ini saya tahu anak saya normal seperti bayi matang lain, dan sekurang-kurangnya saya tahu dia bukannya autisme atau hyperactive seperti dijangka oleh ‘seseorang” itu. 
Sesungguhnya segala keperitan suatu ketika dulu seakan lenyap bila melihat dia hari ini, dan semakin saya mengerti hikmahnya kelahiran dia dahulu. Semakin saya melihat keistimewaan anak premature ini, semakin saya tahu, bahawa perjalanan untuknya masih jauh, dan masih banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam mendidik dia menjadi khalifah di bumi ini…

Just sharing-moga menjadi inspirasi buat ibu dan bapa anak2 premature, agar kita tidak sesekali menyesali takdir kelahiran anak2 JEWEL kita, dan tidak sesekali bertanya kenapa dan untuk dosa apa dia dilahirkan premature dan perlu menanggung segala kesakitan itu. Yakin lah, takdir ALLAH itu punya sejuta rahasia….:)
 
 
Jelingan manja
 

Friday, February 8, 2013

Alhamdulillah untuk nikmat sihat itu

Salam...
Mama malas nak tulis panjang2...so copy paste dari status facebook mama saja ya....

4 days in hospital, he seems to 'lost' his voice, no words except rengekan dan gelengan kepala, becomes fretful off course, mahu dipeluk 24 jam terutama ketika tidurnya, dan semalam alhamdulillah finally he was discharged well....dan sebaik sahaja di dalam kereta, terus dia melaungkan azan seperti yang selalu dilakukannya di rumah...mungkin dia bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah kembalikan kepadanya...Sungguhlah nikmat sihat itu, hanya orang yang pernah melalui kesakitan akan lebih menghargainya....kan Qaid Mukhlis?

   
Jalan-jalan kat keliling ward sebelum discharge



 "Sesungguhnya mereka yang diuji Tuhan adalah mereka yang disayangiNYA....kerna itu bersabarlah dan bersyukurlah tika Tuhan mengujimu..."





Wednesday, February 6, 2013

Qaid's progress in ward - Day3

As salam semua

After 2 days being treated with Antibiotics (Unasyn and Zythromax), finally his fever comes down.
Still coughing on and off, still on 6 hourly nebulization.
Last night he vomit..vomitted out the phlegm and feels better after that.
Well done qaid!
And today morning, he finally had his bowel opening (BO), after 5 days tak berak!
Camne nak BO kalau takde makan satu habuk pun. Till today morning, he only took milk, and still refuse his normal diet.

Mama dah 3 hari bercuti....rasa mcm dok hotel pun adoo...hahaha...relaax jer dok cni....dok ngadap laptop konon nak buat HRMIS yang tak siap2 ni, tp line kat sini tak bagus la pulak. Ada lagi 40 orang yang belum diberi markah...Hadoiii...camne ni?

Tentang Regency, yang bagusnya kat sini lebih privacy berbanding Hosp Penawar sebelum ni. Kat sini satu room ada 2 orang jer, itupun pesakit sebelah qaid ni datang pagi, balik petang, esok pagi datang lagi....so malam2 tinggal mama dan qaid jer kat sini....boleh la buat macam ini tempat ana yang empunya...hahaha...Siap ada tv sorang satu, ada locker berkunci mcm kat hotel2 tu...tp mama malas nak guna, takde bawak valuables sangat pun....

Actually kalau nak lebih privacy, boleh duduk 1 patient/room, tp tak sure company papa kasi tak guna bilik tu...Tp bagi mama ini pun dah cukup ok... :)

Actually mula2 kami ke Penawar, tp memandangkan tiada lagi Paediatrician di sana (Paed yang jaga Qaid dulu dah berpindah tak tau ke mana, so lastly kami ke sini. Mana2pun ok, asalkan anak mama sihat...insyaAllah...


Physiotherapist is doing lung physio on qaid.



Tertido kepenatan most of the time

Moga cepat sembuh nak!

Monday, February 4, 2013

Qaid dan Bronchopneumonia

As salam

Hari khamis 31/1/13 adik turut demam setelah kakak demam pada hari sebelumnya. Temperature 38-39 degree celcius.Syrup PCM. Inhaler at night 3x!

Jumaat- demam makin tinggi, syrup PCM , started on Augmentin. Temperature not resolved even given PCM. Inhaler given twice.

Sabtu- temperature still spiking 39.5-40...Day 2 on Augmentin. Mama still bagi masa, kononnya.

Ahad- mama dan kakak sara ke UTM SKUDAI (ini nanti mama cerita lain kali kenapa) while adik dijaga oleh papa di rumah. Langsung taknak makan sehari suntuk. Maghrib satu sudu nasi sahaja. Susu siangnya kata papa 2 botol.

Malamnya-temperature still not settled, tapi lebih rendah, maintain 37-38 degree.Susu langsung taknak, makan memang tak ada langsung.

Pagi Isnin-mama bersiap seperti biasa untuk ke tempat kerja.
Angkat beg, dah siap bukak pintu, dokong adik, baru mama perasan betapa cengkungnya mama adik,betapa keringnya bibir adik dan betapa lemahnya adik. He is so DEHYDRATED!

Terus mama kanselkan rancangan ke tempat kerja, tukar plan. Adik mesti dibawa ke hospital hari ini!

So here we are today....REGENCY Hospital, adik finally admitted juga setelah berhari2 mama bertahan  di rumah... Dan Xray mengesahkan Bronchopneumonia. Poor my dear son..mama lambat ke hospital, kononnya nak treat sendiri di rumah seperti selalu.

Patutlah temperaturenya spiking taknak turun2... Oh my apology to you my dear.

Hari ni Paediatrician started him on 2 antibiotics dan bg rehydration. Hopefully adik will recover soon, insyaAllah.

Kakak sara yang cuba tepuk2 utk console adik.

Lihat betapa tak bermayanya dia...kesian adik...moga cepat sihat sayang,mama rindu keletahmu yang comel!

Wednesday, November 7, 2012

Di sini lagi kita




Salam.
Harap mata adik x progress lebih teruk,atau,jika ada keajaiban,powernya bertambah baik.
Amin


posted from Bloggeroid

Friday, October 19, 2012

My Lovely 2Qs



Cinta hati mama.
Sayang sepenuh jiwa.
Sayang sampai mati.
Sayang tanpa syarat.
Moga jadi anak soleh!
posted from Bloggeroid

Saturday, October 13, 2012

Qaid's New Look

As-salam....
Banyak sungguh entry mama tertunggak...gara2 penat di malam hari, tak sempat nak update blog.... nak BW ke blog faveret mama pun tak sempat...nak jenguk Tembok Besar China Drsinga pun lum sempat...huhu...nanti ya kawan2....

Untuk entry ringkas kali ni....mama nak tepek pic terbaru Qaid Mukhlis......
As mention in previous entry, mata Qaid memang disahkan rabun oleh ophthalmologist...
So nak tak nak terpaksa buatkan glasses.....
Kalau tak, takut lagi teruk rabun jauhnya....
Right eye 150, left eye 400...

So inilah dia......
At the age of 2 yr+1 mo, corrected age 22mon...here is my new look.....

Saya maintain encem tak aunties? ada rupa harry potter tak...(bak kata auntie Syafa..hahaha.)

Phewwwit...lenguh idung saya tau!
*************************************************************************************
*************************************************************************************


Dan, yang paling tak boleh tahan, kakak sara yang verangan nak pakai spec juga....tp ni pic kakak time bulan Ogos hari tu , bergaya dgn spec mama...



Ada gaya professor serba tau tak...ekeke



Wednesday, September 26, 2012

Rabun jauh

As-salaam..
Setelah berminggu hidup tanpa internet, akhirnya hari ni internet mama kembali normal....
Dah boleh update cerita2 yang tertunggak sejak 2 minggu lepas....

Mula2 nak cerita adalah........
Sedikit  update tentang mata adik Qaid Mukhlis.
Last week 19/9/2012, adik sekali lagi menjalani visual acuity check....dan hasilnya....
sama seperti 6 bulan dulu, mata adik memang confirm rabun jauh, atau short sighted.
Sebelah kanan power adik 150, manakala sebelah kiri 400.

Kesian adik, kecik2 dah kena pakai spek....
Lagi 2 bulan kena check lagi, kali ni dengan bercermin mata...

Balik spital, terus gi kedai spek, tempahkan sepasang cermin mata buatnya.

Yang mama tengah risaukan ni, boleh ke adik pakai spek tu? Mesti dia akan tarik2 keluar.
Dan kalau pun dia boleh tahan, tak tarik spek tu, mcm mana dengan baby lain jagaan babysitter, terutama sekali raudhah yang agak sedikit kasar tu....
Aduh....
Moga2 segalanya dipermudahkan.....

kesian anak mama....rabun cam mama jugak....hasil komplikasi prematuritinya.....
Segalanya kehendak Allah....maka redhalah...

Monday, September 10, 2012

Happy Birthday my Little Fighter!

As-salam.

Untuk anakanda Qaid Mukhlis, mama minta maaf  terlambat menulis entry ini. Sekadar entry buat kenangan adik, agar adik tahu betapa mama  dan papa sangat sayangkan kamu..

copy paste dari fb mama:
8.9.2012: Genaplah usia my little fighter, baby Qaid Mukhlis 2 tahun....alhamdulillah....siapa sangka dari sekecil tapak tangan, dari seberat 725 gram, anak yang lahir 4 bulan lebih awal ini mampu berjuang dengan izin Allah...anak ini kini mampu menghafal A for Apple until Z for Zebra...mampu mengucap takbir dan tahmid....mampu mengira 1-10, serta puluhan vocab yg lain yg serta merta menghilangkan segala kerisauan seorang ibu tentang kenormalan anak prematurenya....terima kasih ya Allah....
Duhai anak, moga kamu terus diberi kesihatan yang baik, dan moga menjadi anak yang bijak lagi soleh...doa mama sentiasa mengiringi kamu...
Kisah kelahiran kamu yang penuh syahdu pernah mama ceritakan di dalam beberapa entri entry lepas. 
Mama harap bila kamu bisa membaca nanti,dan jika mama tidak sempat menceritakan semuanya kepadamu, entry2 ini akan mengingatkan kamu tentang kasih sayang kami kepadamu, tentang kasih sayang TUHAN kepadamu, tentang betapa bersyukurnya mama memiliki kamu, serta tentang perlunya kamu mensyukuri segala nikmat Tuhan kepadamu.
Anakandaku Qaid Mukhlis..Moga kamu dan kakakmu Qaisara akan membesar menjadi anak soleh, dilindungi dari segala bahaya serta berjaya dunia akhirat! itu doa mama sentiasa...amin....
Dari 30cm ke 77cm, dari seberat 725gm ke 9kg (berat mama agak2)


Birthday celebration on 8.9.12




Anak manja papa...sangat2 manja sampai dengan mama pun taknak kalau papa ada, boleh camtu?
HAPPY BIRTHDAY DEAR QAID MUKHLIS!