Showing posts with label Family's. Show all posts
Showing posts with label Family's. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Photoshoot Raya

Salam AidilAdha semua...
Berapa ekor tumbang  tahun ni?
Kami?
Kami berkampung dalam umah jer tahun ni, langsung tak ke mana2. Balik kampung pun tak. Cuti sehari, rasa macam tak raya pun.
Tapi jangan taktau, kami bangun pagi2, dan mandi sunat hari raya juga!
Petangnya babysitter Qaid datang bawak daging korban...TQ so much kak!

Tak beraya, habis tu ada photoshoot raya juga?
Wakakaka....jangan marah mama okeh anak2....ini photoshoot raya Aidil fitri yang lalu...baru sempat nak upload pictures....Haha jangan marah okey.
Ibu beranak 3 tanpa maid, macam nilah gayanya...







Teringat 2008...Kami berdua...

2009....Alhamdulillah kami ber3

2010...Berganda kegembiraan....kami ber4


2014....Syukur padamu Ya Allah...kami kini ber5


Moga bahagia ini kekal hingga jannah...amin

Kalian permata hati belahan jiwa mama dan papa

Moga kalian selalu dilindungi Allah di mana jua berada.....





Saturday, September 20, 2014

Backdated diary: Balik Raya!

Assalam....Ya Allah Ya Allah....mama oh mama....cerita dah basi baru mama nak tulis?Sampaikan dah lupa apa yang patut ditulis.....
Arghhh tak kira...yang penting esok2 bila anak mama nak baca, ada ceritanya....hehe

Ok....Raya kali ni, mama masih dalam cuti. Cuti tanpa gaji yang sengaja mama pohon sampai lepas raya, dah raya 10 hari baru mama kena naik keje........So kita boleh bercuti dengan aman kekdahya....Tapi.....ada tapi ler pulok....Mr Papa cuma cuti 5 hari....huhu....So nampaknya walaupun cuti mama lama, tetaplah tak boleh berlama2 di kampung. Kalau nak duduk lama-lama kena balik naik bas la jawabnya.....

OK, fine! 5 hari pun 5 hari lah...Bukan senang nak beraya dengan Papa.....Dalam 6 tahun mama berkahwin dengan papa , ini adalah kali kedua papa beraya bersama mama.... Selebihnya? Tuntutan kerja dan pelbagai lagi selalu mendesak papa meninggalkan kami anak beranak beraya sendiri di kampung. Oklah tu papa hantar balik kampung, daripada raya sorang2 kat rumah sendiri, kan....Apapun mama terima dengan rasa syukur alhamdulillah.

Dan alhamdulillah kali ini dan tahun ini, cuti papa diluluskan. Makanya bertolaklah kami 2 hari sebelum raya. Mama doa sangat kali ni tak jem  mcm 2 tahun lepas, sampai 18 jam perjalanan. Namun, sebaik sampai area Slim River menuju Tapah, seperti biasa jem teruk ! Jauh lagi nak sampai ke Tapah, dan dijangka jammed ni berlanjutan hingga ke Kuala Kangsar. Jauh dan sangat lama tu kalau dah jalan macam semut berbaris.

Tidak mahu mengambil risiko penat seperti 2 tahun  lalu, papa akhirnya keluar dari highway, cari rest house, cari makanan berbuka, dan tido / rest puas2. Pukul 4 pagi, kami bangun dan meneruskan perjalanan menggunakan jalan biasa sebab dari sumber2 dipercayai (Radio dan Waze) nampaknya keadaan jalan yang sesak masih berlaku walaupun pukul 4 pagi. Alhamdulilah keputusan papa kali ni memang tepat dan perjalanan kami dipermudahkan Allah. Hingga Kuala Kangsar, laluan clear baru kami masuk semula ke highway. {Idea: Allah yang beri}

Esoknya dapat tahu bapa saudara mama dari KL ke Kedah ambil masa 14 jam! Dan sepupu mama, juga dari KL ke Kedah mengambil masa selama 15 jam jugak. Kami? Memang hampir 2 hari perjalanan kami, tapi at least kami tidak bersesak2 di jalan. Kami dapat rehat dan tido puas puas dalam perjalanan kali ni.




Oh ya, raya kali ni kami sempurnakan juga aqiqah untuk baby Muaz Al Fateh....biar selesai cepat2....Alhamdulillah seekor lembu tumbang pada hari kejadian. Lembu? Yups...
Sebab aqiqah ni kami buat serentak dengan sepupu Muaz yang lahir 10 hari kemudian daripadanya iaitu Uwais Al Fateh.


Berlatabelakangkan lembu yang ditumbangkan.....


p/s: Picture raya menyusul kemudian ya! Till then....daa........Wassalam...



Wednesday, June 5, 2013

Majlis Walimah Terakhir in the Family

As-salam.

Mata dah ngantuk, tp nak juga tepek pictures2 kat sini,sebagia kenangan....
Picture sekitar majlis perkahwinan adik bongsu mama.
Malas nak edit banyak2...sekeping dua sajalah....sama jer dengan pic tepek kat fb.....

Alam perkahwinan sememangnya berwarna warni seperti pelangi itu....selamat pengantin baru Farah dan Nabil Fikri...
Mama paling suka picture ini....


Kami anak beranak....susah nak photoshoot dengan bebudak dua orang yang tak beri kerjasama sepenuhnya terutama si Qaid Mukhlis...asyik dengan 1Malaysia jer dia...




Pengantin juga......lama punya tapi!


Haha...sedap wat tempat landing, sebelum pengantin sempat rasmikan.....


Qaisara and her aunt..



Pengantin cilik

Kawan baik mama




Semoga perkahwinan menjadi medan  menyempurnakan separuh lagi agama kita....
Dan semoga ia berkekalan hingga ke jannah...amin...



Sunday, June 2, 2013

Lama menyepi....ada sebabnya...

As- salam

Seminggu bercuti di kampung, seminggu jugaklah blog ini sunyi dari sebarang update.
(22/5-31/5/13....alhamdulillah penuh makna dan keceriaan. )
Seminggu jugaklah tak berkesempatan menjenguk blog kengkawan..

Alhamdulillah selesai sudah majlis walimah adik bongsu mama...
Selesai lah sudah tanggungjawab mak dan ayah, serta ringanlah beban di pundak mereka bila semua anak anak perempuan mereka sudah bersuami....

Picture orang kawen? nanti mama update yer...buat masa ni malas betul nak mengedit pictures walupun berlambak2 dalam album tu....

Lebih dari seminggu bercuti jugak, esok bermula lah semula kerja2 rutin mama, dan stress sudah mula terasa....malas betul nak mula bekerja semula...

Please be more positive Mama!!


Saturday, December 22, 2012

Unplanned Vacation 2- Langkawi Pulau Lagenda

As-salam.
Sambungan dari cerita unplanned vacation kami.
Sehari berfoya-foya di Cameron Highland pada hari Sabtu, akhirnya petang ahad kami selamat sampai di kampung.

Isnin 10/12/12 -relax di rumah satu hari...

Malam tu entah kenapa tetiba datang lagi idea untuk bercuti.....
So memula tanya Mr Papa (sori kejutkan papa tgh malam)...
pastu kul 11 mlm kejutkan mak (hahaha...sian mak), tanya nak pegi Langkawi ke idak..off course la mak nak. Tanya lak ayah mama..ayah ok ikut jer...

So esoknya Selasa pepagi buta bangun, siapkan 2Qs, dan akhirnya kul 7 bertolak ke Kuala Kedah.(plan asal nak bertolak kul 6)....

Kul 8.30 gitu sampai di Kuala Kedah...
(Oh ya..perlu diingat sekarang adalah musim cuti sekolah, maka adalah dijangkakan tempat penginapan adalah full ataupun mahal, dan transport juga adalah mahal)....tapi sekali lagi kami gamble....tanpa sebarang perancangan, kami tawakal jer menuju ke kaunter tiket ferry...

Sesuatu yang baru di sini adalah semua penumpang feri perlu menulis nama  pada borang yang disediakan..(zaman dulu2 tak payah tulis nama)....dan proses membeli tiket pula adalah sangat pantas dengan adanya sistem berkomputer... tp sayangnya belum ada sistem online utk booking tiket....so kiranya sampai jeti baru leh konfirm kita akan dapat feri atau tidak.....Tapi jangan bimbang, feri sekarang ni besar2, muatannya pun mencapai 300-400 orang kalau tak silap.
Tapi bagi mama, rasanya lagi best kalau boleh booking tiket awal2, mcm kita naik bas ekspress atau flight tu, so rasa selamat dan konfident sikit ....(tengah imagine kalau org yg datang jauh2 ke jeti tu tapi tak dapat tiket)

Feri terawal bermula pukul 9.30 pagi, dan terakhir adalah pukul 700 petang.
Kereta boleh diparking berdekatan jeti, di mana banyak tempat parking berbayar disediakan....tapi kena pandai lah cari tempat supaya kereta anda selamat....

Kami sendiri, masa sampai di suatu simpang dan berhenti di traffic light, tetiba ada sebuah motor datang ke sebelah kereta kami entah dari mana munculnya, dengan confident dia bertanya  kat tengah jalan depan traffic light merah tu, "Encik nak ke Langkawi ka?" Kami iyerkan la....Dia cakap, encik ikut saya, nanti saya tunjuk tempat parking.
Masa tu kami pun follow brader tu nak tgk tpt parking kepunyaan dia (berbayar, tp tak sure berapa bayaran dia)...sekali dibawaknya kami ke satu lorong belakang kedai yang suspicious dan nampak tak selamat untuk meletak kereta dan ditinggalkan di situ, dah la agak jauh dari jeti, mana nak larat mengangkut beberapa biji beg nih......

Apa lagi kami pun berundur semula ke belakang untuk cari tempat lain....brader tu kejar kami dengan motornya, nak suruh parking kat tempat dia jugak...kami cakap no, tak payah....so dia pun pergi dengan frustnya....

Kebetulan masa tu mama nampak satu signboard dekat satu masjid india, ada tempat parking juga, so kami menuju ke situ...
Alhamdulilah urusan dipermudahkan, tinggal satu lagi tempat parking di dalam kawasan masjid tu, dengan harga RM10 untuk 24 jam. Dan secara tetiba imam masjid tu keluar untuk entertain kami dan mengambil bayaran tempat letak kereta...sekali dioffernya kami tempat untuk tinggal di langkawi nanti, dan dioffer juga kereta untuk disewa...apa lagi, dalam keadaan gamble tak tau mana nak tido tu, kami terima pelawaan imam masjid tu, dengan harga yang sangat berpatutan. Rupanya memang imam tu ejen di seberang sini, mewakili chalet dan syarikat kereta sewa di langkawi.
So selesai masalah, dah tak perlu fikir lagi di langkawi nanti, boleh terus check in jer....Alhamdulillah di situ....

Sampai Langkawi, dah pukul 12 lebih (feri hanya bergerak pukul 10 pagi wp tiket 9.30 am), terus dapat kereta, pergi lunch dan check in chalet. Chalet kami berdekatan pantai Chenang, dari bilik tu melangkah beberapa tapak saja untuk ke pantai...best! ( Tak sempat mandi pun tapi!!))

Haha..panjang tul cerita mama sebelum nak sampai ke Langkawi ni kan....
Enjoy the picca la plak...Kami tak pergi banyak tempat pun sebab kesuntukan masa...nak duduk lama2 kat sana tak boleh sbb parents mama sibuk nak balik ke rumah wat preparation untuk kenduri akikah cucu-cucunya....

Yang sempat pergi cuma Underwater World, dan Cable Car Langkawi ...cable car ni adalah tempat idaman mama sejak dulu nak naik, tp malangnya kali ni pun mama frust, sbb by the time kami sampai, cable car dalam proses maintainance, sedangkan masa utk kami balik semakin hampir....so terbatal niat nak naik cable car....InsyaAllah tahun depan datang lagi lah....kalau ada umur dan rezeki ya anak-anak....

Dan tempat paling wajib pergi kalau sampai ke Langkawi haruslah Haji Ismail Group(HIG) kan...macam tak sah datang Langkawi kalau tak dtg ke HIG ni...dolu2 masa lum kawen, dan bekerja di Kuala Kangsar, mama pernah dtg sini 2 ke 3 kali sebab berkursus....(tak termasuk time kecik2), tp masa dtg dulu tak teringin nak beli apa2 pun, masa tu tak kenal lagi corelle la, luminarc la, vision la, ....Dan kali ni, itulah tujuan utama mama nak gi Langkawi pun....hehehe...alhamdulillah puas dapat beli idaman hati dengan harga yang murah.....

Ni pics nya......

Dalam Underwater World...peace....

Qaid Mukhlis dalam Ferry

Cable Car

Tunggu sekejap, mama..

Sara dan Tokwan di banjaran Alps....:)


Gambar wajib ada kalau gi Langkawi...

Pantai Chenang


Thursday, November 15, 2012

Pindah rumah

Salam semua.
Dah lama x kongsi cerita di diari mama ni.
Laptop mama dah kena antar servis. Budak komputer tu ckp laptop ni mahal ni,nape bg anak wat main.
Bukan takat main,dilanyak2nya lappy mama tuh.
Takpe pasni mama belikan satu yg murah utk 2Q wat lanyak tgk cd dan boboiboy.

Berbalik pd cerita pindah rumah,masuk hari ni dah 4 hari kami berkampung,menumpang di rumah org.
Rumah 2Q sedang dlm proses renovasi.
Bkn renovate byk pun-mana ada duit byk cek oii..cuma tambah dapur dan satu blk di tingkat bwh,dan tukar lantai di tingkat atas kpd tiles.
Bkn nak besar2 sgt umah ni actually. Yg ada skrg pun tak larat mama nak maintain.tp sbb terpaksa maka lantai atas tpaksa ditukar,gara2 anai-anai yg merosakkan lantai kayu pake sblm ni.

Harap2 cepat la siap rumah kita. Bkn apa..susah dok umah org ni,takde fridge,susah mama nak masak. Kalau nak masak mama kena blk umah amik bhan mentah.nasib baik dkt je umah tumpangan kami ni dgn umah sendiri. Alah,mcm la kalau dok umah sendiri rajin sgt masak kan.

Nasib baik papa dgn baik hatinya dah angkut tv dan washing machine.tak sanggup mama nak gosok dgn tgn-terfikir mcm mana lah mak kita dolu2 basuh berbesen2 kan?

Dan nasib baik juga rumah ni ada dapur,wp gas kena bwk. Dan ada water heater juga. Tak sanggup mama nak mandi sejuk2,tambahan musim hujan gni. Qaid lagi la tak tahan mandi sejuk.

So many thanks to tuan rumah merangkap kawan baik papa,wak jaiman yg sudi meminjamkan rumahnya pd kami. Kebetulan wak man pun br pindah ke rumah baru,so memang right time for us la kiranya.

Dah pjg cerita mama. Penat woo type dgn jari telunjuk je.
Ok lah.daaa
posted from Bloggeroid

Thursday, October 4, 2012

Mahkota Hotel Melaka...review sikit!

As-salam...
Nak cerita banyak2 pasal Melaka pun takde banyak cerita, sbb actually bukanlah sebenar2 bercuti.
So kita cerita bab hotel yang kami inap jer lah...Mahkota Hotel Melaka..
Mana lah tau ada org jauh dari Kedah nak datang Melaka nak stay sini kan...

Overall, penginapan sini okey2 la...4 bintang katanya, tp mama bagi 3 bintang, buleh? hahaha....sowii En manager hotel

Mahkota Hotel ni ada bilik hotel, dan ada apartment yg lebih murah harganya. 
Kami pilih apartment jer, (1 room apartment) berharga RM200 per night.(Yg paling murah...ekeke)
Kalau hotel room lagi mahal...(sila gugel utk harga sbnr)

Tapi apartment dan hotel ni actually dalam satu compund yang sama, cuma apartment dia kat wing lain....
Ada lebih kurang 8 wing kot. Dan all the apartments boleh guna semua kemudahan hotel  yang ada, ie swimming pool, spa, gym or whatsoever.
Service kira ok la, cuma mama sangat tak puas hati sbb bilik air dia sempit dan ada bau najis....
(hahaha..ada ker toilet bau perfume?)...tp sepatutnya tak de bau apa2 kan...So diaorang fail kat situ..mungkin toilet bilik tu jer ker..not sure ...


Ada ruang tamu dan balcony

budak perasan comel sempat posing cute atas katil

1 room apartment (kalau nak privacy tiada gangguan anak2, sila amik 2 rooms apartment yer)

Ada  mini bar, ada frigde, ada dapo tapi takleh masak (hiasan semata2 kot, huhu)

Adik pun tak kurang excited!


Hotel / our apartment view from swimming pool, each block tu adalah different wings

view from our  balcony

kakak terjerit2 nampak dolphin....hahaha...


Tak pasti nama masjid yang bercahaya tu


Hotel ni terletak di Banda Hilir, area town dan berdekatan Dataran Pahlawan yang jadi tumpuan pelancong tuh....so senag kalau nak gi jalan2....

Dan kami pilih hotel ni sebab dia dekat dengan hotel tempat mama berkonference...iaitu Equatorial Melaka. Tapi dekat2 pun kena naik keta la...
So pepagi after breakfast kat cafe Mahkota, 2Q akan hantar mama ke Equatorial.,,then diaorang balik lepak jer kat bilik sampai petang.

Petang hari Isnin tu baru kami berkesempatan keluar, itupun cuma ke A Famosa jer...Nak meround tpt lain lagi dah petang, dah tak sempat.
Balik hotel petang tu sempat berendam kejap (Qaisara and papa jer...) while mama pegang adik Qaid yang ketakutan tengok air.....haha

Detik2 sebelum qaisara tersembam ke dalam air, gara2 tak perasankan tangga biru tu

Adik awal2 lagi menjauhkan diri, escapisme?

Meraung2 bila kaki menjejak air.....last2 tak rendam pun....takut selsema makin teruk....celup badan sikit jer sesaat....

Qaisara's happy face

kelas renang bersama papa

 Balik bilik malam tu terus qaisara demam! mungkin tertelan air kolam banyak sangat...Cian anak mama....Takper...we have a great moment together, wp mama cuma di tepi kolam, memeluk adik yang kesejukan terendam sesaat.


Ada masa kita datang lagi,insyaallah!