Showing posts with label Qaid's Milestones. Show all posts
Showing posts with label Qaid's Milestones. Show all posts

Wednesday, February 4, 2015

Qaid's 4th birthday


Assalamualaikum
Hai...mood mengupdate mama tengah datang ni....kita update cerita2 lama yang dah basi...tp penting untuk mama rakam di sini...

Ini tentang 8.9.14 yang lalu..cerita tentang birthday Qaid Mukhlis.

ALHAMDULILLAH anak kecil itu sudah berusia 4 tahun. Tidak perlu mama ungkapkan lagi 'keperitan' lalu yang sebenarnya punya banyak hikmah yang tak terbilang. Kelahiran Qaid yang tak dijangka...seperti yang mama pernah ceritakan dulu...kini semuanya jadi manis.

Qaid membesar menjadi anak yang bijak....bisa menghafaz 30 surah terakhir pada usia 3 tahun lebih. Walaupun pelat tapi difahami ayat demi ayat.
ALHAMDULILLAH!












posted from Bloggeroid

Sunday, February 1, 2015

Cerita Potty Training Yang Basi

Assalam.

Mama cerita ringkas2 jer yer anak-anak. Sementara ada masa ni, mama tulis dan auto publish later....

Ini cerita tentang potty training Qaid Mukhlis.
Ingat lagi tak selepas bersalinkan muaz pada bulan Mac tu, mama cuti bersalin selama 3 bulan. Then mama sambung lagi selama 67 hari.

Kenapa 67 hari?
Sebab nak kasi lepas raya puasa baru mama naik kerja, so takde gaduh dengan org lain tentang cuti. Hehe...best tak taktik mama? BTW suka hati mama la nak cuti berapa lama pun kan, bukannya mama dapat gaji pun....

Ops...dah out of topic pulak. Sebenarnya tujuan mama ambil cuti total 5 bulan tu adalah untuk potty training Qaid Mukhlis. Sebenarnya agak lewat jugak mama train si abg Qaid iaitu pada umur 3 thaun lebih. Mama sangkakan disebabkan dia premature, dan dia lelaki maka dia kurang matang berbanding kakak, maka proses potty trainingnya lebih susah. Thats why mama start lambat. Itupun mama tunggu habis pantang baru mama start.

Disebabkan cerita ni dah lama, iaitu dalam bulan Mei dan June 2014, mama dah lupa what exactly happen... tapi apa yang mama ingat dan membuatkan mama surprise adalah proses itu sangat senang berbanding kakak.

Rasanya sepanjang potty training tu ada sekali dua saja Qaid terbuang air kecil dalam seluar, itupun sebab ralit dengan sesuatu. Hari pertama dia dah pandai berlari ke toilet bila nak terkucil.

Buang air besar (BO) pulak, kalau kakak dulu umur 5 yrs baru pandai pergi toilet. Kalau tak, sebelum tu if rasa sakit perut kakak akan minta dipakaikan pampers.2 tahun jugak condition kakak macam tu, asal nak BO jer minta pampers.

Bagi Qaid Mukhlis, hari pertama tu, ada sekali dia terbuang air besar dalam seluar, dan itu membuatkan dia sangat2 terkejut dan tak sangka....Haha...kelakar pun ada bila ingat muka dia bila first time tengok najis sendiri.

Sejak dari hari tu bila sakit perut Qaid akan berlari ke tandas. Sebab tu mama kata proses training Qaid sangat senang sekali.
Alhamdulillah Allah permudahkan.

Sehingga nota ini ditulis, Qaid masih memakai pampers di waktu malam. Reason: mama malas bangun train tgh2 malam...
Siang pun if nak tido mama pakaikan pampers..tapi bila dia gi sekolah eh boleh pulak tido tak pakai pampers...cikgu train kan dia. Ada sekali jer so far dia terkucil waktu bangun tido.
Thank you teachers sebab sudi train kan anak2 ni.



Monday, September 9, 2013

Happy 3rd Birthday Little Fighter !


Small physically, not the brain.
Alhamdulillah , thank you Allah for this great gift...

Milestone

Able to count till 30
Able to read simple words with 2 alphabets
Able to azan
Able to ride tricyle
Able to recognise and memorise hundreds of flash card
Able to recognise and memorize 18 surah from Al Quran.

Moga besarmu menjadi seorang Hafiz....
Moga kamu akan terus jadi seorang pejuang .
Aminnn...Ya Rabbal Alamin.


Saturday, August 24, 2013

Update Sebelum Blog Ditutup

As-salam semua...

Sebelum mama tutup blog ini untuk beberapa orang readers sahaja, nak juga update latest milestone anak-anak kesayangan mama.
Asyik bertangguh jer update perkembangan adik dan kakak ni...malas tul mama nih...tapi nanti bila nak recall susah pula kalau tak dicatat di sini atau di mana2...


Ok, satu persatu yer anak2...

Qaisara

1) Reading- Start sekolah Januari 2013, teacher start with siri Bacalah Anakku. Kakak finish all the books in the series in mid of April ( buku1-8). Start mid of April teacher dah start dengan siri Read Easy the Beginner (Buku 1-8) diikuti Read Easy Intermediate (Buku 1 &2). By end of Mei kakak dah habis semua buku. Pastu teacher tak tau nak ajar apa dah...hahaha...Sebabnya silibus untuk 4 years dah habis.
So sekarang kalau gi sekolah dia sorang jer tak reading. Mungkin tu sebabnya lately dia macam bosan nak gi sekolah. Tapi last week mama discuss dengan teacher, dia cakap ada reading sikit2 guna buku cerita siri Bawal, tp kat taska jer la, sbb kat sekolah pagi2 teacher nak tumpukan pada bebudak yang masih guna Bacalah Anakku dan Read Easy.

2) Iqra'- at the moment kakak tengah baca Iqra' 3 page 26.

3) Al - Quran- ni mama ajar sendiri, alhamdulillah dah ingat sampai surah Al Alaq (Iqra' bismirabbika ), dan sekarang tengah nak belajar surah At-Tin.

4) Buku Bacalah Jawi- ni teacher baaru start di sekolah, mama belum beli buku lagi walaupun kakak sara dah lama merengek suruh belikan. Sekarang Buku Jawi 4 katanya.

 5) Buku Lughatul Arabiyah- ini mama ajar sendiri, so tak konsisten....setakat ni baru buku 1. Alhamdulillah mama masih lagi ingat bahasa Arab yang belajar zaman sekolah dulu, so at least dah boleh ajar anak2.

6) Hadis-beberapa hadis teacher ajar dalam bahasa arab beserta maknanya dalam bahasa Inggeris....mama pun terkejut dengar ....antaranya hadis tentang larangan anak2 kecil berada di luar apabila menjelang maghrib kerana syaitan berkeliaran. Lain adalah hadis tentang kemuliaan Ramadhan.

Qaid

Tak banyak yang mama leh update tentang adik, since mengajar sendiri di rumah ni memang banyak cabaran, yang utamanya dalah konsistensi yang kureng.

1) Reading- dah lama juga mama tak bacakan flash card, tp bila sesekali baca tu dia ingat lagi yang lama2.

2) Al- Quran- Alhamdulillah adik sangat terang hati, dia bukan saja boleh menghafal surah, malah mengenal surah2 tersebut walaupun mama belum ajar Iqra' betul2.
Surah yang dalam hafalan adik adalah Al Fatihah, 3 Qul, Al Kafirun, Al Masad, An Nasr, Al Kausar, Al Maa'un, Quraisy, Al Fil, Al Humazah, Al Asr, At-Takasur, Al- Qaariah, dan Al Zalzalah.

Manakala yang ingat sikit2 belum hafal sepenuhnya adalah Al Baiyinah, Al- Qadr, At Tariq, dan al A'la.

Surah yang mama tak ajar tapi qaid ingat sepenuhnya adalah surah Al BURUJ, hasil dari CD yang setiap malam didengarnya.

3 ) Adik dah boleh ingat beberapa bacaan utama dalam solat, contohnya Al Fatihah ketika berdiri, tasbih dan tahmid di dalam rukuk dan sujud, ketika iktidal dan ketika duduk antara dua sujud. Ini hasil ajaran mama Norma rasanya.
Tips mama Norma adalah baca dengan kuat ketika kita solat, so anak anak akan mudah mengikut.


Itu saja mama leh update tentang adik sekarang since adik lum sekolah. Tapi rasanya insyaAllah tahun depan mama nak hantar adik ke sekolah juga. Cuma adik kenalah kuatkan sistem immune adik dulu...

Okey itu saja ya..........
Jumpa lagi ....dengan cerita lebih best bila blog ini ditutup nanti.....Muahhh!!





Monday, February 25, 2013

Qaid's progress: 2 + 5/12

 As-salam..
Dah lama mama tak update perkembangan serta milestone anak premature mama ni kan...
Sori sangat2 sayang, mama actualy banyak simpan cerita tentang kamu di dalam kotak fikiran mama. Banyak yang tak terupdate di sini....cthnya kebolehan adik membaca  flash card seawal usia 2 thn dulu (corrected age setahun 9 bulan)....
Adik, mama catat ni untuk adik. Tapi kali ni mama malas nak tulis lagi sekalii, just copy paste dari facebook group JEWEL mama about 2 weeks ago.
******************************************************************************************************************
Ketika Qaid Mukhlis dilahirkan 2 tahun yang lalu dengan seberat 725 gram, ‘seseorang’ pernah berkata mungkin 50-50 jer tu…(hati saya tersiat ketika itu kerana walaupun saya tahu kata-katanya itu tak salah, kerana secara teorinya bayi yang lahir ketika usia kandungan 24 minggu dan ke bawah cuma memiliki kurang dari 10 % peluang untuk hidup), namun alhamdulillah Qaid termasuk dalam kategori yang 10 % itu, kerana itu biar pun hati saya pilu mendengar kata-kata itu, sesungguhnya saya bersyukur kerana Allah memanjangkan usia Qaid dan memberinya peluang bernafas di bumiNYA ini.

Setelah sekian lama, ketika Qaid akhirnya berjaya mengharungi detik2 mencemaskan di NICU selama 101 hari, ‘seseorang’ yang sama itu berkata, anak-anak premature ni biasanya hyperaktif, di mana di situ dia berjaya membuatkan hati sang ibu ini kerisauan teramat tentang perkembangan anak prematurenya.

Dan selama menunggu perkembangan anak itu, hati mana tidak risau dan tidak gundah. Kerisauan itu akhirnya hilang apabila dia berjaya mengenal huruf ketika usianya setahun lebih, dan mula bercakap.

Dan ketika dia berumur hampir 2 tahun dia sudah bisa mengira one- twenty, dan mula mengenal serta membaca suku kata yang mudah. Dan ketika ini umurnya 2 tahun 5 bulan (CA 2 thn 1 bulan), dia boleh membaca buku “Bacalah Anakku” siri 1 , dan paling membahagiakan dia sudah boleh menghafal Al Fatihah, An-Nas, Al-Falaq dan Al Ikhlas, serta zikir2 ustaz Dzulkarnain di Astro Oasis, biarpun masih dengan pelat tapi sekurang-kurangnya dengan perkembangan ini saya tahu anak saya normal seperti bayi matang lain, dan sekurang-kurangnya saya tahu dia bukannya autisme atau hyperactive seperti dijangka oleh ‘seseorang” itu. 
Sesungguhnya segala keperitan suatu ketika dulu seakan lenyap bila melihat dia hari ini, dan semakin saya mengerti hikmahnya kelahiran dia dahulu. Semakin saya melihat keistimewaan anak premature ini, semakin saya tahu, bahawa perjalanan untuknya masih jauh, dan masih banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam mendidik dia menjadi khalifah di bumi ini…

Just sharing-moga menjadi inspirasi buat ibu dan bapa anak2 premature, agar kita tidak sesekali menyesali takdir kelahiran anak2 JEWEL kita, dan tidak sesekali bertanya kenapa dan untuk dosa apa dia dilahirkan premature dan perlu menanggung segala kesakitan itu. Yakin lah, takdir ALLAH itu punya sejuta rahasia….:)
 
 
Jelingan manja
 

Thursday, August 16, 2012

Qaid 2 tahun qamariah

As-salam.
Entry auto publish utk hari ke 28 ramadhan. 
Sempena kelahiran qaid mukhlis 2 tahun yang lalu 2 hari menjelang aidilfitri pada 2010.
Dah lama sangat mama tak catat perkembangan anak premature ini...
Maaf yer sayang....

Sepatutnya mama tulis ni few months back, tp asyik lupa jer, nak wat camne.....
Oklah dik....Catatan ini untuk kamu...

Berjalan
The most important milestone yang mama tunggu2.
Start berdiri pada 1/1/2012 .
At the age of 1yr +3mo, (tp corrected age,CA 1 yr.)
Lepas tu adik amik masa lama sikit untuk bertatih....
Start bertatih in March- 1 yr + 6months (corrected age 1yr+3mo)
April...jalan adik semakin laju.


Gigi.
Start tumbuh in Oktober 2011.
Masa tu adik 1yr+
Tumbuh 4 batang sekaligus.
At the moment sudah ada 8 batang , dan tgh tumbuh lagi 3 iaitu 2 taring atas, dan 1 geraham kiri.
So jumlah skrg 11 batang.


Speech
The other important milestone atau development yang sangat mama tunggu.
Start to speak few words since the past few months, tp mama lupa nak catit sayang..sory ya...
Start with papa, mama, kakak.
At the moment  ( Julai-Ogos) adik dah cakap macam2...tp semuanya satu word jer lagi. Antaranya:::->
Allahuakbar, amin, adik , atuk, ayah, abang, adam, auni, raudhah, gol, yea, babai, sampai, muntah, tumpah, dog, hot, gigi, lidah, tinge, adung(hidung), kaki, angan(tangan), amboi, peput (perut), atock (buttock),baby, wangi, soso (susu), suk (busuk), air, gatal,bivi (tv), 


Mama tak ingat nak catat semua la sayang....kalau ingat mama update lagi...

Apapun, alhamdulillah atas kurniaan Ilahi....adik membesar dengan sihat dan insyaAllah jadi orang bijak, cerdik, soleh dan berjaya dunia akhirat...
Amin....


Qaid 2 yrs ago....at day 10 of life.....

Qaid 2 years of age


Moga anak ini akan menjadi seorang pemimpin hebat lagi ikhlas seseuai namanya QAID MUKHLIS....
Amin....



Sunday, May 6, 2012

Qaid's 1st Exploration

Jom tengok gambar2 Qaid -pertama kali dapat keluar berjalan sendiri di luar rumah, excited sgt, semua benda nak diteroka....


Sekadar utk catatan mama sediri...supaya bila doktor tanya development adik nanti, mama tak lupa. 


1/1/2012- Adik mula bediri pada (Umur sebenar 1yr+3mo plus), Corrected age,CA=1yr)
28/1/2012- Mula melangkah ke hadapan (3 langkah)
Mid of Mac 2012- Mula lebih banyak melangkah .(masa tok & tokwan datang)
Berjalan dengan lebih berani in April 2012. (Umur 1yr+7mo, CA 1yr+ 3mo)


1st explore dunia luar 3/5/12 with papa at night-tp mama sibuk so takde pic.
Actual explorer- 5/5/2012 ( 1yr + 7mo + 4 wk), (CA 1yr+4mo + 2wk)



 
"Kakak, buah keriang ni boleh makan ker"

Oh, luas rupanya dunia ni-if only i knew it before

lepas ni dah ada org tolong mama siram pokok

Kakak pun nak tumpang posing sekaki

Nangis sebab tak boleh keluar pagar...



Alhamdulillah, adik akhirnya boleh berjalan kini, the biggest milestone yang mama nantikan....(dah boleh buat adik baru, kata papa-hihi)

Adik juga dah boleh bercakap few words like mama/papa/kakak (tp non specific lagi), tetek,nenen, dah, nak, bye. So far BYE jer yg specific. Bila org nak bergerak keluar cepat2 dia ckp bye...

ALHAMDULILLAH....
Terima kasih Ya Allah. Anak yang dulunya hanya sebesar telapak tangan, kini membesar dengan sihat...Terima kasih ALLAH.