Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

Monday, July 13, 2015

Kelahiran Super Natural....(menentang kezaliman doula douli)

Alhamdulillah..saya diberi peluang utk menjalani proses bersalin sebanyak 3 kali setakat ini.....kedua2 delivery saya yang normal (term) adalah secara natural/alami/ fitrah. (Kita lupakan dulu cerita baby kedua yang terbersalin secara tidak sengaja pada usia kandungan 24 minggu itu).

 Saya katakan natural kerana saya bersalin di sebuah labour room yang lengkap dengan segala peralatan yang mencukupi utk monitor keadaan saya dan baby. Natural kerana sepanjang masa , iaitu dari awal sakit hingga akhirnya bayi keluar, suami sentiasa menemani saya, suami yang urutkan belakang dan badan saya ketika sakit kontraksi itu datang..suami yang suapkan minuman ketika saya dahaga, suami yang tadahkan muntah saya selepas saya mendapat suntikan pethidine penahan sakit..dan suami yang videokan detik2 kelahiran anak kami. Sempat juga kami berselfie dan bergambar sebelum bersalin itu dengan bantuan nurse yang ada di situ.

 Maka suami saya is the best DOULA untuk saya. Saya tidak perlu berhabis rm2100 untuk mengupah doula yang mungkin saja tidak ikhlas menemani saya tetapi berbuat demikian kerana wang. Saya katakan natural kerana tidak lama selepas cord di clamp, suami yang memotong tali pusat bayi kami walaupun dia bukan doktor...dan suami yang azankan bayi kami.

 Saya tidak sempat mengambil penahan sakit jenis epidural kerana alhamdulillah proses bersalin saya agak cepat, maka saya kira macam tidak berbaloi saya gunakan epidural waktu itu. Tapi untuk mengurangkan kesakitan, saya diberi pethidine dan juga gas entonox. Saya kira tidak ada yang tidak natural di situ. Ketika bukaan mencapai 10cm, saya disuruh meneran, malangnya ketidakpandaian saya menyebabkan baby agak lambat keluar, maka doktor memutuskan utk menggunakan vakum bagi membantu mengeluarkan bayi (bantu sedikit, tapi saya masih harus meneran). Saya fikir bantuan itu masih natural, kerana bagi saya ketika itu bukan prosesnya bagaimana bayi itu keluar, tapi hasilnya nanti...kerana waktu itu apa yg saya takutkan bayi akan lemas (fetal distress) sehingga menyebabkan hypoxia atau kekurangan oksigen pada otaknya dan boleh membawa consequence spt kecacatan kekal yang tidak diingini. Nauzubillah.  Maka demi anak saya, saya rela bersakit sakit dahulu.

Saya katakan natural juga kerana sebaik saja bayi keluar, bayi saya dibiarkan skin to skin dengan saya, dan terus diinitiate breast feeding di minit2 pertama itu sementara doktor terus bekerja mengeluarkan uri dan menjahit luka episiotomy saya.

Apa yang penting bagi saya bukan tempatnya di mana, bukan caranya bagaimana, tapi hasil akhirnya. Hasil akhir yang diingini oleh seluruh para ibubapa, iaitu anak yang sihat, sempurna. Jika org berkata hospital itu bukan tempat yang natural utk bersalin, maka saya lebih rela memilih tempat itu.
 Jika mereka berkata bantuan vakum itu bukan natural, maka saya lebih rela memilih kaedah yang mereka kata tidak natural itu asalkan bayi saya selamat
 Saya tidak pentingkan diri saya..bukan keselesaan yang saya inginkan pada waktu segenting itu. Saya berusaha dengan segala kepakaran moden..dengan segala ilmu perubatan yang Allah ilhamkan kepada ilmuwan terdahulu...tp kebergantungan dengan Allah juga tidak saya lupakan. Alhamdulillah dengan izinNya juga anak-anak saya sihat walafiat. Hanya dengan izinNYA...
ALHAMDULILLAH..

Saya tidak dapat pahala kah bila bersalin di hospital? Pahala saya berkurangkah bila bantuan vakum dan penahan sakit diberikan? Apakah hanya dengan bersalin di rumah sahaja dikira natural dan mendapat sejuta pahala dan rahmat? Wallahua'lam.

‪#‎doulaohdoula‬
‪#‎menentangkezalimandoula‬
‪#‎hugsketatketat‬

P/s...dah lama tak menulis..just copy paste status fb sendiri...
 

Saturday, June 28, 2014

Skin to Skin (Body to body contact)

Assalamualaikum

Ini tentang breastfeeding journey for Qaweem Muaz Al Fateh.

Teori to establish successful breasfeeding, adalah sebaik saja dilahirkan, sesorang bayi harus diletakkan dalam keadaan skin-to-skin kepada ibunya, so that breasfeeeding could be established.
Tajuk ni tiap2 tahun mama akan bagi talk to the staffs, sinca mama is one of the breastfeeding counselor/trainer di pejabat kesihatan mama.

Skin to skin bermaksud letak je baby tu pada dada ibunya sebaik saja lahir tanpa sebarang lapik, dan biarkan dia mencari nipple ibu, di mana dengannya, bayi akan diperkenalkan kepada ibunya, didedahkan kepada bakteria atau normal flora ibunya,  dan berkenalan dengan bau ibunya. Fasa ini bukanlah untuk terus memberi susu, since the first few seconds ni susu pun belum ada. Breast memerlukan ransangan untuk menghasilkan susu, dan ransangan pertama dan terpenting itu datangnya dari hisapan bayi itu sendiri.So sebelum bayi memulakan hisapan pertamanya, letakkan dulu bayi pada dada ibunya, as one of the stimulation. Dengannya, proses breastfeeding menjadi lebih mudah dan mempunyai harapan tinggi untuk berjaya.

Wah, panjang berjela ni, dah jadi kuliah breastfeeding...Hahaha

Okey, untuk Qaisara dulu, skin to skin failed! Lepas je lahir, doktor terus bawa bayi ke bilik lain untuk dibersihkan dan diberi minum....Yang mama ni menunggu dari jam 3 pagi hingga 8 pagi, kononnya untuk memulakan breastfeeding. Alih2 pukul 8 pagi, baby dibawa dalam keadaan kenyang!! Sungguh geram mama waktu tu. Mungkin dasar hospital swasta , mahukan ibu yang baru bersalin berehat.Tapi Alhamdulillah Qaisara dapat menyusu / disusukan sepenuhnya secara ekslusif selama 2 bulan. Naik bekerja selepas 2 bulan, mama terpaksa combine susu ibu dan susu formula. Waktu itu mama masih kekurangan pengetahuan, peralatan dan sokongan. Tapi Qaisara terus menyusu hingga Qaid Mukhlis lahir, siap berebut dengan adik lagi waktu tu.

Untuk anak kedua, Qaid Mukhlis yang lahir dalam keadaan cemas, dan kritikal disebabkan tak sabo2 nak keluar waktu baru 6 bulan dalam kandungan, makanya skin to skin itu tidak berlaku. Sebaik saja lahir, Qaid terus diberi bantuan pernafasan, mulutnya terus disambungkan ke tiub endotracheal, yang akan disambung la ke mesin ventilator. Makanya tiada langsung masa untuk difikirkan tentang breasfeeding waktu itu. Apa yang utama adalah menyelamatkan nyawanya. Namun alhamdulillah, rezeki Qaid Mukhlis, walaupun tiada skin to skin, dia mendapat eksklusif breastfeeding selama setahun lebih sebelum dicampurkan dengan susu formula. Qaid hanya berhenti mengempeng bila mama pregnant kali ke3.

Anak ketiga, Qaweem Muaz, alhamdulillah dilahirkan dalam keadaan cukup bulan, di hospital yang memahami dan mengamalkan konsep early establishing of breastfeeding, dan oleh doktor pakar yang menyokong breastfeeding. Mama start sakit sikit-sikit mungkin dalam pukul 2.30 pagi, pergi hospital 5 pagi, dan bersalin 7.42 pagi. Cepat, dan alhamdulillah dipermudahkan segalanya.!!

Sebaik lahir, Qaweem terus diletakkan di dada mama, dibiarkan mencari-cari nipple, hingga terus dia terdiam, tenang, dan terus memulakan ransangan pertamanya. Skin to skin kali ini berjaya! Alhamdulillah!

Dan hingga kini, 3 bulan bersama, Qaweem memang sentiada direct feeding dengan mama kecuali 3 kali, di waktu mama tinggalkan dia, 2x dengan papa, 1x dengan babysitter, Qaweem terpaksa diberi susu mama melalui botol. Untuk Qaweem, mama bercuti 5 bulan, just for breastfeeding. Takde gaji pun takpelah....rezeki ada di mana2....Moga-moga perjalanan breastfeding mama kali ini berjaya hingga ke akhirnya.

ALAT
-Untuk Qaisara, hanya pam manual dengan bateri jenama Pureen (masih kekurangan ilmu). Sterile botol dengan cara rebus air panas. Gigih!

-Untuk Qaid, pam upgrade ke Medela elektrik. Sterile botol juga hanya dengan rebus air panas....Nak beli steriliser rasa macam rugi jer...Gigih ler masak air panas tiap malam basuh botol yang berbotol-botol.Adoi...naper la tak beli jer steriliser masa ni?Sekarang baru nyesal.

-Untuk Qaweem, Autumn Passion double baru jer sampai semalam, alhamdulillah, walaupun renyah dengan banyak small and tiny parts, proses memerah susu lebih cepat, senyap dan tidak menyakitkan.

Kali ni rasa macam nak beli steriliser dan deep freezer....Sebab? Dah malas nak rebus air panas, lagipun lebih jimat masa. Anak dah ramai ni kan, sorang nak makan, sorang nak gi toilet, kejap nak itu, kejap nak ini, apa salahnya mama invest beli steriliser, demi untuk memudahkan kerja mama, dan menjimatkan masa. (Harap-harap En Suami tercinta baca entry ni, dan dapat point penting ni ). Deep freeer, plak, sebab peti air mama dah penuh. Dah beli peti air paling besar pun penuh juga, ntah apa yang disumbat dalam peti ais tu ntah la....yang penting mama nak deep freezer....Papa cakap, nak invest macam la nak ada 8 orang anak lagi....Hehe..who knows??

Apapun, harapan mama, semua anak-anak yang mama susukan ini akan menjadi anak soleh penghibur hati, penawar duka, dan menjadi anak yang berjaya dunia akhirat. Amin.....


Cinta hati mama selamanya.....




P/s : Maaflah...entry mama ini lebih berupa catatan buat diri sendiri dan anak2, siapa yang rasa panjang dan boring jangan baca tau...kesian uolls! ihiks....

Wednesday, October 26, 2011

Weird Tandem Nursing

 Pic from fb..weird huh?
Tp tersimpan nilai kasih sayang yg tinggi.....


Monday, October 10, 2011

Berakhirnya exclusive breastfeeding ......hukhuk..... :(

{{ Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu menyatakan bahawa " Semua Ibu Digalakkan Menyusukan Anaknya Dengan Susu Ibu SAHAJA Sehingga Berumur 6 bulan Dan Diteruskan Sehingga 2 tahun. Makanan Pelengkap Perlu Dimulakan Semasa Anak Berusia 6 Bulan..}}

Alhamdulillah , Qaid  Mukhlis berjaya disusukan secara exclusive sehingga umurnya 1 tahun 1 bulan....Dan akhirnya pada hari Rabu lepas (5/10/2011), Qaid Mukhlis dah start minum formula....
Pagi tu masih minum EBM mama, then utk last feeding babysitter bagi formula for the very first time....dlm kul 5 ptg, adik langsung tak nak... First time la katakan...
Mama dah start susah hati bila BS bagitau adik taknak minum, just main2 puting botol tu jer...
So petang tu berlapar lah adik sampai mama balik keje.....
Balik rumah ptg tu pun adik taknak minum...last2 kul 8, waktu tu mungkin dah sangat lapar, akhirnya telan jugak dia susu formula tu...

Actually susu mama masih ada, dan EBM masih berbaki dalam 10 bekas...cuma mama dah start ajar dia formula, supaya nanti bila EBM langsung dah takde, takde la mama gelabah sangat nak kasi susu apa kat dia...

Cuma mama masih berharap agar penggunaan formula nanti akan cuma dihadkan di rumah  BS sahaja. itupun hanya utk top up jika susu mama tak cukup utk adik...maklumlah perahan makin kurang,dan kuantiti adik minum juga telah meningkat...

Oh yer..last week (AHAD , 2/10/2011), mama bawak adik ke klinik mama utk ambil injection bagi umur setahun.
Sambil2 tu timbang berat adik, alhamdulillah dah naik 6.2kg.
Moga adik terus sihat, berselera makan serta cepat naik beratnya...dan cepat pula jalannya..
Sekarang ni pun adik dah boleh berpaut pada sofa utk berdiri dan berjalan di sepanjang sofa tersebut ( Pull to stand dan cruising).....Duduk belum boleh tapi!

Oh yer...start Ahad lepas juga adik dah boleh wave BYEBYE....pantang org sebut bye bye dia akan goyang tgn dia, esp tangan kiri...


ok..takat tu dulu update adik kali ni....byebye...:)




Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #1: Tandem Nursing Berganda2

Mama pun nak wat jugalah wordless wednesday...

Picture di klinik mama....



Kalau masuk contest Ibu Mithali buleh menang kot?

Sunday, October 2, 2011

Hadiah kerana menyusukan anak?

Jumaat, 30hb September, tempat keje mama buat majlis hari raya..
(haha...syawal dah habis pun sibuk beraya lagi?)
Sambil2 tu buat majlis penyampaian hadiah kepada mereka yang akan bersara, yg akan naik haji, yang baru kawen, dan last but not least, buat ibu2 yang berjaya menyusukan anak secara exclusive..

Dah tentulah mama orang pertama dipanggil ambik hadiah...
Hadiahnya tidaklah sebesar mana...tapi penghargaan itu di'terharu' kan sungguh oleh mama....
Mama susukan adik bukan kerana penghargaan...
Tapi kerana tanggungjawab...dan kasih sayang...

Benarlah rezeki setiap anak itu berbeza...
Untuk Kakak...exclusive breastfeeding selama 2 bulan, pastu campur formula...
Tapi sampai sekarang masih lagi mahu menyusu...(cuma mama yg dah tak kasi sejak ramadhan lalu sbb mcm tak cukup utuk adik)
Untuk Adik...mama berjaya susukan adik secara ekslusif sehingga sekarang umurnya sudah 1 tahun..alhamdulillah...
Cumanya sekarang ini stok susu utk adik semakin hampir habis...
Mama pulak macam dah semakin malas nak bangun perah malam2 buat stok ni...
Kat tempat keje, dapat perah 2 kali saja, dulu 3 atau 4 kali..sbb tu stok semakin habis...
Hurmm...
Mungkin minggu depan dah kena start formula juga...Sedih.. :(


Ini jer lah hadiahnya...

Saturday, August 20, 2011

Ramadhan and my breastfeeding journey

Salam semua..
Hari ini dah masuk ke 20 hari kita berpuasa..tak sangka how time flies...so fast, dalam sekelip mata ramadhan will leave us...
Sebelum masuknya ramadhan lalu mama agak susah hati, takut2 susu mama berkurangan dan stock adik akan kehabisan. Stok susu beku sebenarnya takde lah banyak sangat, takde sampai berpeti2 macam ibu menyusu yang lain. Untuk adik, mama simpan stoknya di dalam bekas dadih kecil muat2 utk 4 oz. So sebelum masuk ramadhan dulu jumlah stok yang ada adalah sebanyak 56 bekas kalau tak silap.

Sebelum masuk  bulan puasa, setiap hari hasil perahan mama adalah lebih kurang 12-15 oz, bergantung kepada kekerapan dan peluang mengepam di klinik. (Masa awal2 dulu, iaitu usia adik 5-6 bulan, boleh dapat sampai 18-20 oz).
Dan alhamdulillah hasil tersebut tak banyak bezanya dengan sekarang, pada hari ke 20 ramadhan. Kadang2 boleh dapat sama 12 oz, dan kadang2 cuma 8 oz...dan alhamdulillah stok adik masik ada, insyaAllah mencukupi sehingga penghujung ramadhan.

Alhamdulillah, murah rezeki adik utk menyusu sepenuhnya dengan mama tanpa bantuan susu formula. (Jimat banyak Mr Papa tu !)....  InsyaAllah jika keadaan ini berterusan, mama berharap boleh menyusukan adik sepenuhnya sehingga 2 tahun. (Oh yer...lagi beberapa hari ni nak raya, means umur adik bakal mencecah 1 tahun!!) ---Syukur sangat2 , anak premature yang lahir pada umur 6 bulan itu, yang diberitakan cuma punya peluang less than 50% itu sewaktu dilahirkan 2 hari sebelum raya tahun lalu itu , semakin sihat sekarang...Terima kasih Allah!

Oh yer...selain fully breastfeed, adik juga dah makan solid foods...Dan kerana mama yang tak suka memberi anak2 sebarang makanan segera seprti bijirin cereal dan nestum dan sebagainya di pasaran tu, adik cuma mama berikan bubur nasi yang mama masak setiap pagi.

Dari dulu lagi, iaitu sejak anak pertama lagi, iaitu sejak kakak mula makan bubur, cara mama adalah memasak nasi bubur setiap hari,. Dalam nasi tu mama letak kentang, carrot, ayam, kdg2 ikan bilis dan kdg2 brokoli, bergantung kepada availability pada masa tersebut. Apa yang lecehnya adalah selepas memasak bubur tersebut, mama perlu blendkan semua sekali agar menjadi bubur halus yang mudah ditelan adik.

So setiap pagi ada periuk kotor dan blender kotor yang perlu dicuci. Selalunya pagi2 tu memang tak sempat nak cuci, dah balik keje nanti baru semua tu dibersihkan.

Namun sejak minggu lepas, mama cuba praktikkan cara lain dalam penyediaan bubur baby, mendapat inspirasi dari blog seorang ibu ini....hehehe...terima kasih ibucergas. Sekarang masa menyediakan makanan adik menjadi mudah dan cepat. Nanti kalau ada masa mama update kat sini caranya, ataupun klik jer kat ibucergas tu, sbb dia dah ajar juga caranya.

Oklah..sekian dulu..daa...






Wednesday, June 29, 2011

Talk untuk misi dan dokte sedunia..

Semalam (28hb) mama diminta bagi talk untuk kursus breatfeeding 20 jam..
Anjuran PKDJB, tp pesertanya termasuk misi2 dan dokte dari hospital HSA dan HSI...
Fuh..berpeluh gak memula tu...
Dah la nervous, kena parking jauh lak tu, lagi la jantung jadi laju sbb jalan jauh...huh

Ada banyak tajuk dalam modul tu...mama kena bagi tajuk ke 5...
"Birth Practices and BF"...
Ala... byk ceta pengalaman sendiri bersalin jer pun...

Dalam tajuk ni..apa yang penting adalah ::: To initiate BF as early as possible (within half an hour) after delivery..
Caranya adalah to provide "Skin-to-Skin contact" immediately selepas bersalin...

KORANG DULU LEPAS BERSALIN ADA TAK BABY DILETAKKAN ATAS DADA KORANG ?
Mesti letak at least 10 min (kat Mesia) , lagi bagus kalau dapat lama (1 jam)..
Kulit mak dan baby mesti bersentuhan .....

Mama dulu.....
1st baby, (QAISARA) : letak kejap jer, itupun takde skin to skin contact sbb baby diselimutkan, dan mama pakai baju...
2nd baby, (QAID) : dah 3 bulan baru dapat pegang, cuddle and hold with my hands...
..sebelumnya mama cuma dapat pegang tangannya melalui tingkap incubator...Kesian Qaid kan..
So takdenye skin to skin contact atas dada after birth...
Tapi dengan ilmu yang cukup, dan rezki yang ALLAH bagi, alhamdulillah Qaid masih exclusive BF + weaning sampai hari ni...
(No formula milk ha DrSinga)...heheh....

 Yang penting NIAT sedari awal untuk menyusukan bayi tu, INSYAALLAH ALLAH akan tolong, walau apa kesukaran dihadapi nanti, insyaAllah boleh diatasi...ingat tu Dr Najwa...

p/s : Mama ni tgh struggle buat stock EBM utk adik Qaid....bulan pose dah dekat, takut plak production merudum nanti...
















Wednesday, May 4, 2011

Sape cakap breastfeeding tu murah?

Yer, breastfeeding itu memang murah dan menjimatkan jika anda seorang surirumah sepenuh masa, di mana baby anda sentiasa bersama anda.
Tapi bagi mommies yang bekerja, breastfeeding sama mahalnya (atau lebih mahal) dengan susu formula.
Kenapa mama cakap gitu?

Yerlah....utk fully / exclusively breastfeed, ibu2 perlu menjadi pengepam yang tegar sewaktu di tempat kerja..
So banyak tau barang yang nak dipakai...

Kena ada semua ni:

1. Breastpump
2. Botol susu banyak2
3. Cooler bag + mesh bag
4. Ice pack
5. Steriliser
6. Bottle Warmer
7. Peti sejuk yang bagus dan luas, ataupun deep freezer
8. Susu mama
9. Vitamin tambahan buat mama
10 .Makanan harian yang seimbang buat si mama

Breastpump- Kalau nak beli pam, mesti pump yang bagus la..taknak yang cikai punya...dah sah2 kerjenya nanti lembab..

Botol susu- Kalau susu formula, cukuplah ada sebiji dua botol susu sbb leh gilir2..tp if nak simpan EBM, banyak la nak dipakai, sbb nak bekukan lagi..{Penyelesaian::leh guna plastik2 tempat simpan EBM (jimat ruang), atau nak yang murah guna bekas dadih tu..tp takleh guna lebih dari sekali, sbb dia bukan BPA-free....}


Cooler bag-nak bawak susu EBM dari tempat keje ke rumah mestilah dalam keadaan sejuk...Susu yang dah diperah, simpan dalam fridge kat tpt keje, then bawak balik guna cooler bag yang ada icepack...

Mesh bag - kat tpt keje takde tempat nak letak parts of alat2 pengepam selepas dibasuh, so nak keringkan ia, guna mesh bag dan gantung....

Steriliser- nak bersihkan botol2 yang banyak dan parts of breastpump tu, nak yang cheapskate cam mama--rebus jer atas api..malas nak beli steriliser...


Warmer -untuk panaskan EBM , dan memudahkan kerja babysitter...ni pun tak beli lagi..BS tak merungut, rasanya rendam dalam air panas pun tak susah sangat kot, tp if ada warmer lagi bagus la...

Peti ais - mesti ada freezer yang luas utk simpan stock EBM.. Kalau freezer 2 pintu, EBM leh tahan lebih kurang 3-6 bulan  , kalau deep freezer lagi lama, 6 bulan - 1 tahun.

Susu mama - lactating milk utk mama pun sangat perlu, sbb menyusukan bayi ni memerlukan keperluan vitamin dan kalsium yang mencukupi buat si ibu...tak cukup kalsium dalam badan, nanti diambil kalsium dari tulang dan gigi mama, jap lagi lom pun tua dah ada penyakit rapuh tulang (osteoporosis) atau gigi semua dah tanggal...taknak mak!

Vitamins - pun perlu, sbb keperluan vitamin kita ni kdg2 tak cukup if dari pemakanan jer...

Makanan seimbang - perlu karbohidrat, protein, fibre, garam galian, vitamin dan minerals...


Cuba kita kira berapa hengget kos semua tu..alah..sila cari harge kat butik2 OL yang byk tu (mama malas nak tolong kirakan jumlahnya)...Tp betul kan? Mahal kan kosnya?

Walau apapun, yang pasti all mommies out there setuju dengan mama, walau semahal mana pun kos yang kita perlukan untuk memperjuangkan penyusuan susu ibu secara ekslusif ini, pastinya kepuasan terasa bilamana melihat anak membesar dengan sihat, dan dapat ditunaikan hak2nya untuk menyusu seperti yang termaktub dalam Al-Quran.....

So kepada semua suami2 yang dah ringan duit takyah beli susu formula anak tu, silalah berterima kasih pada isteri anda, dan sila support sebahagian dari kos di atas yer...kurang2 pun belikanlah susu buat si mama plak.....muahaha...(peringatan untuk Mr Papa juga ..peace...)

p/s: ada lagi barang yang tertinggal ker? Rasanya mcm ada lagi ni..tp tak ingat.....



Saturday, April 9, 2011

Mama sakit nak.....

Masuk hari ni dah 3 hari mama demam on and off, biasanya petang dan malam demam tu datang ditambah dengan kepala yang sangat sakit...Demam mama demam bersebab. Oppps..bukan seperti di fikiran puan2 yer...tidak,mama tidak mengandung....Harap2 kalau nak mengandung lagi pun tunggu adik Qaid besar sikit....

 Macam Qaisara dulu mama memang takde guna apa2 perancang keluarga kecuali sebulan yang pertama, tp pastu belasah jer..takde guna sebarang ubat..Sebab masa tu Qaisara is all alone at home, so kononnya nak bagi adik utk dia cepat2..kesian sgt tgk dia main2 sorang2 time tu...

Bulan pertama pas bersalin Qaisara tu mama makan pill noriday, sbb pil ni tak mengurangkan susu ibu, cuma masalahnya pil ni tak boleh terlewat makan ..kalau dah biasa makan kul 8 malam, esoknya pun mesti kul 8 malam...And that's the problem..sebab mama memang pelupa kalau bab2 nak makan ubat ni...tak penahnya makan ubat dengan betul..kalau time pregnant tu beriya suruh patient makan vitamin dengan betul, tp mama sendiri...hampes....memang tak compliance langsung!! Pill noriday tu bukan setakat lewat 1,2 jam, langsung tak makan pun ada. So failed!Baik takyah makan kan, wat period jadi tak menentu jer...

Sekarang ni pas adik qaid, mama ada guna ...tp cerita detail tentang perancang keluarga ni nanti dulu...hari ni sebenarnya nak ceta bab demam.

Demam ni disebabkan adanya satu ketulan yang sgt sakit pada mama punya cik B. Taktau kenapa leh jadi mastitis pulak ni...padahal mama dah selalu mengepam susu (kecuali malam la selalu ngelat, malas nak bangun, harapkan adik atau kakak jer yang hisap.)

Dalam 3 hari ni, setiap malam mama akan sakit kepala sangat2..nak nangis pun ada, tambah2 bila kakak sepahkan barang penuh satu umah, tak berkemas, dan adik pulak melalak2 sejam dua time nak tido malam..dengan mama yang sakit kepala...any help?? Cuba ajak adik tido awal malam ni sbb tak tahan sakit kepala dan penatnya tapi nangis2 plak si kecik ni takmo dok dalam bilik, bawak keluar tgk tv ok plak...sampai la dia ngantuk sendiri depan tv tu...

Dah adik tido, kakak plak ngamuk nak nenen jugak. mama ajak tido dalam bilik, pun sama, nangis2 takmo tido kat bilik.,nak nenen kat depan tv..huh..mama biarkan jer...last2 mengalah juga dia, masuk tido sama mama.

Tapi tu lah..sakit2 pun gi keje juga...disebabkan tanggungjawab pada kerja, dan sakit2 pun sendiri juga jaga babies ni...disebabkan tanggungjawab pada anak2, ngantuk dan sakit pun tahankan jer...
Kalau patient datang klinik selsema sikit pun sibuk nak minta mc..tak paham....mudah sungguh...

  Harap2 mastitis ni akan segera berakhir...kalau tak kena gi jumpa surgeon ni, takut dah jadi breast abscess...aduh...takuttt!!Nauzubillah....

 Demi anak2 ku ini, sembuhkan lah aku Ya Allah....






Monday, April 4, 2011

Susu Merudum?

Minggu lepas mama dapati sedikit perubahan pada kuantiti susu yang terhasil. Jika sebelum ini sekali perahan mama boleh dapat around 5-6 auns, hari2 dalam minggu lepas, nak dapatkan 3 auns pun susah, nak dapat 4 tu berjam menunggu. 
Masa tu dah rasa risau sangat..apasal jadi camtu. Rasa breast penuh jer sebelum sesi perahan, tp bila perah, susah nak capai target..
Oh apa dah jadi? Susu dah tak banyak ker..apsal? Padahal mama rajin jer ngepam. Pam rosak ker? Aduh...
Petang tu time memerah kat umah, mengadu dengan papa...
Papa check pam ...tengok2 rupanya getah kecil pada pam tu dah terkoyak..patutlah bila perah macam takde kesan hisapan langsung...
Tak sangka benda sekecil tu pun ada function...Nasib baik ada getah spare...Bila ditukar getah tu, automatik kesan vacuum dan hisapan menjadi seperti asal..Alhamdulillah....
Hurm..nak kena gi cari spare lagi ni...takut2 terkoyak lagi tengah malam kan susah....Ada la alasan nak ajak papa gi jusco lagi nih..hihi....
yang putih tu la yang terkoyak tu..so ia hilang fungsinya sebagai valve


Friday, March 18, 2011

Memandang keagunganMU...(prematurity complications)

      Bayi pramatang atau premature adalah mereka yang dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan.
Kenapa boleh berlaku pramatang: 
-->Banyak sebab cthnya seperti ibu merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.
-->Boleh juga disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit semasa dalam kandungan, bleeding ,umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan juga pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.(about 50% kes pramatang tidak diketahui sebabnya)

            **  Okey...untuk Qaid Mukhlis yang dilahirkan 16 minggu lebih awal dari sepatutnya, he was extremely premature...mama had a bleeding prior to his delivery. So mungkin itu penyebabnya..takper..rezeki nak tengok dunia lebih awal...nak sambut raya sama2..**

Bayi pramatang biasanya mengalami pelbagai komplikasi disebabkan struktur tubuh badan yang belum sempurna kejadiannya.
Antara komplikasi tersebut adalah:

1. Masalah Sistem Pernafasan
- masalah paling biasa ditemui adalah Respiratory Distress Syndrom (RDS), yg disebabkan oleh ketiadaan surfactant dalam peparunya (surfactant hanya akan dihasilkan bila kandungan berusia 37 minggu ke atas.) Tiada surfactant, maksudnya bayi akan mengalami kesukaran bernafas, kerana alveolar di dalam peparu sukar mengembang untuk menerima udara dan mengeluarkan karbon dioksida. RDS sangat biasa berlaku dan biasanya bayi pramatang memerlukan bantuan oksigen atau mesin ventilator bagi membantu mereka bernafas. Surfactant pula boleh diberikan kepada bayi yang disyaki tidak mempunyai cukup surfactant di dalam peparunya.
 *** QAID MUKHLIS ada  MILD RDS sewaktu awal kelahirannya dulu. Walaubagaimanapun dia tidak memerlukan Surfactant, kerana sewaktu mama tengah sakit2 sebelum bersalin tu, the O&G doctor sempat bagi mama 2 jabs of dexamethasone at 12 hours apart. Dan Alhamdulillah juga RDS nya adalah mild, so dia tidak memerlukan bantuan ventilator ketika itu.
(Actually doktor di hospital swasta tempat mama bersalin ada masukkan tiub utk sambungkan dia kepada mesin ventilator tu, tp bila sampai hospital kerajaan, tiub itu tercabut sendiri, dan doktor di sana dapati dia sebenarnya tidak memerlukan tiub dan mesin ventilator itu pun...Kuasa ALLAH yang lebih Mengetahui yang mencabut tiub itu, kan?)***

2. Apnea of Prematurity (AOP)
-berlaku bila bayi berhenti bernafas, menyebabkan nadinya menurun dan oksigen level turut drop. Komplikasi ini lebih jarang berlaku bagi bayi pramatang yang lebih tua. Ada 2 jenis AOP, iaitu Jenis 1) Central Apnea -baby lupa untuk bernafas sendiri disebabkan sistem sarafnya belum matang.  Jenis ke 2 ) Obstructive Apnea - iaitu bayi cuba bernafas, tetapi saluran pernafasannya collapse. Biasanya preemie mengalami kedua2 jenis apnea dan biasanya sembuh ketika umurnya mencapai 40-44 minggu (termasuk minggu kehamilan)
***Okey, Qaid alami ini dulu...bilamana dia sering lupa untuk bernafas, so doktor letakkan sedikit oksigen pada hidungnya (sangat sedikit, iaitu oksigen bubling, sekadar ada hembusan angin supaya Qaid tak lupa bernafas)***

3. Masalah Otak
Masalah otak yang paling ditakuti adalah IVH (Intraventricular Haemorrhage). IVH melibatkan pendarahan di sekitar kaviti otak. Yang utama, saluran darah di salam otak bayi premature adalah sangat 'fragile', mudah pecah, terutama bila tekanan darah atau level oksigen berubah. IVH digredkan dari 1 hingga 4. Gred 1 paling kurang serius, gred 4 paling serius. Gred 3 dan 4 adalah berisiko mendapat hydrocephalus (air berlebihan dalam kepala) dan juga Cerebral palsy.
*** ALHAMDULILLAH syukur sangat2 Qaid Mukhlis tiada komplikasi ini. Syukur padaMU ya Allah...Terima kasih Tuhan.***

4. Masalah Jantung
Bagi premature infant, masalah jantung yang sering berlaku adalah sesuatu yang dipanggil PDA (Patent Ductus Arteriosus). Sebelum lahir, Ductus Arterious akan menyambungkan Arteri pulmonari terus kepada Aorta . Bila seseorang bayi lahir, hubungan ini sepatutnya tertutup, untuk menjadikan dua arteri utama ini terpisah. Walaubagaimanapun, bagi bayi pramatang, ia kekal terbuka (patent), dan menyebabkan banyak darah akan dipam melalui peparu sewaktu hari2 awal kelahirannya. Cecair yang berlebihan boleh berkumpul di dalam peparunya, menyebabkan apa yang disebut heart failure (lemah / kegagalan jantung).
***Sekali lagi syukur, kerana Qaid tidak mengalami PDA ini***

5. Jaundice
Atau dikenali juga sebagai penyakit kuning, ianya disebabkan hati bayi yang belum matang untuk memproses darah dalam badannya sebaik saja dia lahir. Bayi biasa/term juga mengalami ini.
Bagi bayi pramatang  jaundis adalah lebih common. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.
Secara amnya bagi bayi yang jaundis mereka akan diletakkan di bawah lampu ungu untuk menurunkan tahap kuning bayi terbabit.
*** Syukur sekali lagi, Qaid tidak mengalami ini***

6.  Retinopathy of Prematurity (ROP)
Bayi pramatang boleh mengalami ROP, iaitu sejenis penyakit pada mata yang sedang berkembang. Preemie adalah berisiko mendapat ini kerana retina mata mereka (lapisan paling dalam di dalam mata) adalah hanya mempunyai sebahagian saluran darah yang belum sempurna sepenuhnya, terutama bagi bayi yang sangat2 awal pramatangnya. Ditambah pula kesan pemberian oksigen kepada preemie, menyebabkan salur darah yang 'separuh siap' itu mengalami kerosakan, iaitu boleh pecah, berdarah, dan meninggalkan parut2 pada retina, seterusnya boleh menyebabkan retinal detachment dan kebutaan. (retinal detachment= lapisan retina tertarik keluar dari dindingnya). Ada 5 stage bagi penyakit ini :
  • Stage 1 is a faint demarcation line.
  • Stage 2 is an elevated ridge.
  • Stage 3 is extraretinal fibrovascular tissue.
  • Stage 4 is sub-total retinal detachment.
  • Stage 5 is total retinal detachment.
ROP biasanya berlaku kepada bayi pramatang yang mempunyai berat kurang dari 1250gram atau dilahirkan sebelum 31 minggu kehamilan. Lagi kecil seseorang bayi itu, lagi besar risiko mendapat ROP.

*** Untuk Qaid, oleh kerana dia sangat extremely prem, (remember dia lahir at 24 weeks dan hanya seberat 720gm), maka dia mengalami ini di stage 3. Dan untuk itu dia menjalani rawatan laser argon agar penyakitnya tidak terus progress hingga menyebabkan retinal detachment. Cerita tentang ini pernah mama tulis  di sini , di sini juga, dan tentang laser treatmentnya di sini .

Alhamdulillah selepas menjalani laser, penyakit mata Qaid tidak terus progress, dan mama harap tiada lagi komplikasi pada matanya selepas ini. Buat masa ini, Qaid memang sudah pandai melihat, dan mama tau dia nampak (ada fix and follow) . Selepas discharge dari hospital, sudah 3 kali Qaid mendapat lawatan susulan di klinik mata, di mana setiap kali itu, matanya dititis dengan sejenis ubat bagi membuka anak matanya, agar doktor dapat melihat terus ke dalam retinanya. Dan alhamdulillah setakat ini, ketiga3 pemeriksaan menunjukkan Qaid baik2 saja.. Syukur Ya Allah.*** 

Pemeriksaan lanjutan dan susulan terhadap matanya adalah perlu untuk sepanjang hidupnya, kerana risiko retinal detachment masih ada at whole life, selain risiko strabismus  (juling) dan juga short-sighted (rabun dan perlu bercermin mata)

7. Necrotising Enterocolitis (NEC)
-iaitu keadaan yang selalu terjadi pada preterm babies, bila ususnya mengalami necrosis (kematian tisu). Risiko berlakunya ini adalah begantung kepada umur bayi sewaktu lahir, iaitu lebih awal dia lahir, lebih tinggi risiko ini. Kematian tisu pada usus akhirnya boleh membawa kepada kebocoran usus tersebut (intestinal perforation), peritonitis (radang pada selaput peritoneum di dalam abdomen), dan seterusnya hypotension (tekanan darah menjadi rendah) yang akhirnya boleh membawa kematian. 

Bagi mengatasi masalah ini, early small feeding adalah perlu untuk mematangkan usus yang belum matang itu agar lebih bersedia menerima jumlah feeding yang lebih besar. Dalam hal feeding ini, SUSU IBU adalah yang terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!. (Di barat, mereka mencari penderma susu ibu bagi menampung keperluan bayi premature ini, jika ibu bayi tidak mempunyai susu yang cukup. )

***Bagi Qaid Mukhlis yang sedari awal telah mama providekan dengan susu ibu, Alhamdulillah komplikasi ini tidak terjadi kepadanya..Syukur sekali lagi Ya Allah...***
 


QAID MUKHLIS sayangku, mama menulis ini, agar satu hari, bila membaca ini, kamu sedar betapa bertuahnya kamu, betapa kamu punya berjuta sebab untuk terus mensyukuri nikmat ILAHI, menjadi hamba yang taat dan patuh padaNYA, dan menjadi hamba yang tau berterima kasih serta tidak derhaka pada Tuhanmu, serta menjadi anak soleh yang selalu mendengar kata.

      Dan hari ini, setiap kali memandang kamu, melihat wajah comel kamu, menyentuh mulusnya kulitmu, membelai halusnya rambutmu, menatap jernihnya sinar matamu, mendengar ria tawa kamu, melihat manisnya senyumanmu, pasti menitis air mata mama ini, kerna mama tahu, mama sedang memandang KEAGUNGAN TUHAN dan satu lagi keajaiban ciptaanNYA....

SUBHANALLAH......Terima Kasih Allah....


Thursday, March 3, 2011

Maafkan mama, kakak...

Sehari dua ni mama tekun melayari web dan blog berkaitan exclusive breastfeeding, dan ini buat semangat mama sangat berkobar2 untuk terus menyusukan baby Qaid sepenuhnya biarpun akan mula bekerja minggu hadapan.

Dan entry kali ini sebenarnya tentang perasaan mama, yang sehingga kini masih kesal dengan kegagalan mama ketika penyusuan kakak qaisara dulu.
Kakak menyusu sepenuhnya sewaktu dalam pantang, tapi sewaktu mama mula bekerja, sedikit demi sedikit, susu kakak terpaksa ditambah dengan formula. Masih mama ingat waktu tu, mama belum punya fridge (yang ada adalah fridge satu pintu, yang freezernya kecil, dan pintu freezernya telah tiada (huhu...nak kata sengkek tak juga, tapi entah kenapa tidak terbeli waktu itu fridge yang lebih baik).

Oleh sebab itu, sewaktu dalam pantang, mama langsung tidak membuat stock susu sebagai bekalan ketika bekerja, walaupun ketika itu susu mama mencurah2 banyaknya. Breast bengkak, tapi mama tak pernah mengepam, sedangkan proses pengepaman itu akan membanyakkan lagi susu ibu. (cetek ilmu pengetahuan pun yer juga, biarpun bekerja di bidang ini sepatutnya mama lebih tahu.)

Sehari dua sebelum naik bekerja, barulah mama ke farmasi (masa ni dah habis pantang, so boleh berjalan2 di farmasi). Oleh kerana farmasi bukanlah pusat sehenti utk penyusuan, yang ada di situ hanya pam yang agak murah dan dioperate secara manual dan memerlukan bateri. Mama pernah tunjukkan di sini.

Ketika itu juga mama belum punyai laptop untuk melayari internet mencari maklumat tentang penyusuan, tentang pam yang bagus, tentang pam yang boleh dibeli secara online..Aduh serba kekurangan waktu itu, kakak. Kekurangan ilmu, kekurangan modal, biarpun  niat asal mama ketika mengandungkan kamu adalah mama mahu kamu menyusu hingga umurmu 2 tahun. MAAFKAN MAMA, SAYANG, atas kegagalan itu.

Yer, betul, memang kakak masih menyusu hingga umurmu 2 tahun, tapi alangkah indahnya kalau mama tak pernah memberi kamu susu formula. Alangkah lebih indah jika mama berjaya susukan kamu secara eksklusif.

Selepas mama kembali bekerja waktu itu, mama akan mengepam susu buat bekalan kakak esok harinya (ibarat kais pagi, makan pagi), tiada langsung stock susu di rumah. Kakak terpaksa diberi formula sebagai tambahan kepada susu perahan yang sedikit itu. Bila mama balik dari kerja barulah kakak akan terus direct breastfeeding sampai ke malam. Tiada susu formula di rumah. Kira2 susu formula 50%, susu mama 50%. Alhamdulillah.

Namun, mama bersyukur kerana masih mampu mengepam waktu itu. Hinggalah waktu umurmu 6 bulan, datangnya somebody berpindah ke tempat kerja mama, yang berpangkat lebih tinggi dari mama, maka bermulalah saat2 di mana mama tidak lagi berjaya mengepam walau sekalipun di tempat kerja. Dan natijahnya, susu mama terus merudum, dan kakak terus bergantung kepada susu formula 80-90%, manakala susu mama hanya 10-15%.

Ya, masih bersyukur, kerana walaupun hanya 10-15%, kakak masih mahu terus melekap dengan mama, especially waktu mahu tidur. Even sudah kenya sebotol susu formula, kakak akan cari mama untuk "melekap' dan lena dengan nyenyak.

Hinggalah umur kakak 1 tahun 2 bulan, mama dapati mama mengandungkan adikmu Qaid, kakak masih terus melekap dengan mama. Juga mama bersyukur kerana itu. Kerana apa ,nanti mama ceritakan.

Sepanjang mengandung, mama masih seperti biasa benarkan kakak terus menyusu, walaupun ketika itu sebenarnya susu sudah tinggal beberapa titik, kasihan kakak.

Dan ketika umur kakak setahun 7 bulan , lahirlah adik Qaid yang keluarnya tersangat2 awal (mama sangkakan dia akan keluar ketika kakak genap 2 tahun nanti, rupanya perancangan Allah itu lebih hebat).

Qaid hanya 24 minggu = 6 bulan di dalam rahim mama, very-very extremely premature. Dan mama belum jumpa pesakit di klinik mama yang melahirkan premature seawal itu.
(Jika dikira secara saintifik dalam kiraan minggu, 24 minggu=6 bulan dengan anggaran satu bulan=4 minggu, tapi jika orang2 lama kira secara bulan, Qaid hanya 5 bulan di dalam perut mama!! (mama mengandungkan dia April, Mei, Jun, Julai, Ogos), dan 8 september dia telah pun keluar!! MasyaAllah. Subhanallah!! (cerita Qaid lahir awal di sini kisah-kelahiran-saya-by-qaid-mukhlis..)

Di hospital (ketika sedang menunggu proses discharge mama), kakak mula merengek meminta susu mama. Mungkin rindu, sudah 2 malam mama tidak tidur bersama kakak. Ya Allah sedihnya mama waktu itu, hendak mama berikan kakak susu, mama mahu simpan kolostrum awalan itu untuk adikmu yang waktu itu telah dihantar ke HSAJB. Menangis2 kakak waktu itu, hingga mama sendiri turut menangis, terlalu sedih, syahdu dan kasihan dengan kakak.

Balik rumah, mama sapukan asam jawa agar kakak menolak susu mama, aduh kasihan kakak waktu terkena seperti itu. Seminggu yang pertama itu, mama langsung tak benarkan kakak menyusu (dengan bantuan asam jawa :) ) , dan kolostrum yang ada,mama perahkan sebagai bekalan adik Qaid di hospital. Alhamdulillah Qaid berjaya mendapat khasiat itu.

Masuk minggu seterusnya, susu mama mulai bengkak, akibat tak mampu kerap mengepam seperti kekerapan bayi menyusu. Akhirnya mama putuskan kakak akan menyusu semula, lagipun umur kakak baru 1 tahun 7 bulan, dan mama masih ingat niat asal mama buat kamu. Dan alhamdulillah, keputusan itu mama rasakan tepat, kerana bila kakak menyusu, bekalan susu untuk adik Qaid pun tidak putus, kerana kekerapan kakak menghisap itu sebenarnya yang merangsang penghasilan susu.

Dan bila kakak menyusu semula, kakak begitu happy (sebab kakak dapati susu mama lebih banyak dari sebelum adik lahir), hingga suatu saat, kakak tidak lagi mahu menyentuh susu formula. Jika dibancuh juga, pasti terbuang begitu saja. (sangat sedap susu mama, manakan nak cari susu formula lagi, kan? Dulu kakak minum formula sebab terpaksa jer,mama).

Mama biarkan saja, dan mama benarkan kakak menyusu, kerana waktu itu, selain menjadi perangsang penghasilan susu buat adik, kakak juga membantu mama agar breast tidak bengkak dan sakit, terutama ketika perjalanan setiap hari ke hospital, (takde kemudahan memerah susu di dalam kereta), so kakaklah jadi pembantu mama. :). Terima kasih kakak.

Tiba saat adik Qaid balik, kakak masih menyusu, (malah waktu itu 100% susu mama sahaja), maka mama terpaksa memujuk kakak supaya terima formula semula supaya adik tidak kekurangan susu. Tidak berjaya. Pelbagai jenis susu mama cuba, akhirnya mama beli perisa coklat dan kakak mula terima sedikit demi sedikit.
Itupun pada peringkat awal adik balik ke rumah, kakak masih banyak memonopoli, tapi nasib baik ok, sebab adik minum sangat sedikit, sesuai dengan badannya hanya 1.720gm ketika balik ke rumah. 

Sampai saat mama tulis cerita ini untuk tatapan kakak satu hari nanti, kakak masih minta susu dengan mama sekali atau 2x kali sehari.. Bila tak dapat, kadang2 kakak marah, kadang2 menangis sekuat hati, kadang2 menjerit, dan kadang2 kakak minta dengan perlahan, lembut dan gaya memujuk : "mama, mama, nak nenen" sambil wat muka cumel..alahai kesian anak mama, mama berikan juga. Untuk budak cute yang pandai ambil hati mama itu, mama biarkan kakak lena dalam kepuasan....


Tuesday, March 1, 2011

Tanda2 stress yang mula kelihatan :(

Aphtous ulcers, muka kurang berseri....tanda2 stress... arghhh....tidak.....
Masa mama berbulan madu hampir tamat....

Berbulan madu (bukan dengan papa sorang jer), tp juga dengan anak-anak mama tersayang hampir ke penghujung. By Monday next week, mama terpaksa bekerja semula setelah  6 bulan bercuti panjang. Rasa gundah gulana, resah gelisah, tak lena malam, macam2 ada. Kalau boleh mama taknak bekerja.
Ya, kalaulah papamu jutawan, mama sah2 berhenti kerja sekarang juga, jaga kamu berdua saja di rumah.

Tak perlu fikir tentang pengasuh, tentang keselamatan anak2 di tempat orang, tentang stock susu perahan buat adik, tentang kerja2 mengepam susu di tempat kerja yang belum tentu memberangsangkan, dan tak perlu fikir tentang bangun pagi2, siapkan adik dan kakak, siapkan baju kerja, siapkan beg kerja, siapkan perkakas mengepam susu...dan macam2 lagi yang perlu difikirkan.

Bila bekerja, mama hilang kebanyakan masa emas kalian, ketinggalan saat2 adik membesar, dan mula membuat sesuatu yang baru. Ketinggalan mengajar kakak lagi, tentang vocabulary, tentang haiwan, tentang abata, tentang abc, tentang arghhh...tentang semuanya. Kalau boleh biarlah mama yang menjadi guru pertama kamu berdua. Menjadi saksi setiap kebolehan yang kamu berdua tunjukkan.
Bila bekerja, mama runsing mama tak akan berjaya fully breastfed adik, seperti kegagalan mama ketika kakak dulu. Biarpun semangat mama ketika itu berkobar2, dengan niat mama yang tulus ingin susukan kakak hingga umurmu 2 tahun, namun akhirnya mama tewas. Maafkan mama, kakak.

Ya sayang, mama tewas bila mana mama terpaksa mengalah dengan susu formula. Tewas kerana persekitaran tempat kerja mama. Tempat yang sepatutnya menjadi contoh buat penyusuan  eksklusif, tetapi tidak terjadi begitu. Tempat yang penuh sesak dengan manusia, yang sentiasa penuh dengan komplen2 dari manusia yang tak pernah faham atau buat2 tak faham. Komplen dari mereka yang kononnya educated dan mahu dilayan secepat mungkin.(sombong orang2 itu sebenarnya).

Kerana persekitaran itu, mama bekerja tanpa henti, mau minum seteguk air pun kadang2 tidak sempat, sayang. Even lunch kami kadang2 tidak berkesempatan, apatah lagi untuk berhenti seketika bagi mengepam susu.

Dengan persekitaran sebegitu rupa, bagaimana harus mama kekalkan susu mama agar sentiasa penuh dan cukup utk kakak.? Mama langsung tak berkesempatan mengepam, langsung tak mampu menyimpan bekalan buat kakak di rumah pengasuh. Tubuh mama juga kadang2 kering kontang, bila air juga langsung tak disentuh sepanjang hari.

Kerana semua itulah mama stress kini.. mama takut benda yang sama berulang. Sedangkan kali ini mama betul2 nekad, bahawa adik qaid hanya perlu minum susu dari mama saja, tidak formula. Biar apa pun dugaan nya kali ini, mama akan cuba sedaya upaya sayangku qaid, demi anak mama yang premature ini.
Kerana mama sangat tahu khasiat susu mama yang seribu kali lebih baik dari formula.

Aduh mama...fikirkan yang positif2 saja..... Fikirkan, mama bekerja demi anak2 mama juga kan? Mama bekerja supaya anak2 mama dapat baju cantik, makanan sedap, mainan bagus2, demi pelajaran kakak dan adik juga akan, supaya mama dapat beli buku yang bagus2 untuk anak mama....
Papa? Papa pun beli juga, tapi tak salah kalau mama juga belikan sesuatu yang tidak dibeli papa. Sesuatu yang mama nak anak mama dapat.. Yang mama nak anak mama rasa....

Fikirkan juga yang posistif, bahawa persekitaran itu mungkin telah berubah kini. Harap2 begitu lah. Kalau tidak pun, mama akan tetap cuba, sayang, insyaAllah.
Moga ada rezekimu, nak, utk terus fully breastfeeding. Moga Allah melimpahkan rahmatNYA buat kita, buatmu sayang anakku. 


Saturday, February 19, 2011

Peristiwa sedih ahad lepas

Mama baru teringat nak cerita pasal peristiwa ni...sedih sangat..huhu..

Remember mama pernah cerita pasal EBM stock for Qaid Mukhlis di sini ?
Hari ahad yang lepas, bila mama bangun pagi, tengok2 pintu freezer kat atas tu tak ditutup dengan rapat, means sepanjang malam ia begitu... terus check susu perahan, aduh..semua dah cair!!!

Sedih banget masa tu...Terasa penat lelah bangun jam 3-4 pagi untuk buat stock tu tak berbaloi..Terasa rugi sangat, sebab susu perahan yang beku itu bila dah cair dah tak boleh dibekukan semula. Mama letakkan susu yang dah cair tu di tingkat bawah, dengan harapan nak bagi Qaid dalam masa 3 hari tu, sbb susu cair hanya boleh disimpan lebih kurang 72 jam jika di peti ais bahagian bawah.

Tapi nampaknya Qaid lebih suka minum direct breatsfeeding, so susu yang banyak tu nampaknya terbuang juga..tak sempat nak habiskan dalam 3 hari.

Yang sedihnya sebab mama fikir stock tu cukup utk Qaid bila mama start bekerja 2 minggu lagi. Nampaknya dalam masa 2 minggu ni mama kena bekerja kuat untuk buat stock baru..Kalau tak sempat, nampaknya terpaksa lah Qaid minum susu tepung. Harap2 mama kuat semangat nak bangun malam2 buat stock lagi.

Takperlah, takde rezeki yang itu..mama usaha lagi yer sayangku Qaid..
Sebab kalau boleh mama nak Qaid exclusive brestfeeding selama mungkin, sbb nampak kesan positifnya, Qaid lebih kuat bila sistem immune nya lebih kuat. Mama harap dengan berkat susu ibu, Qaid tidak mudah diserang penyakit , sperti selesema, demam dan sebagainya. Tambah2 lagi Qaid mama terpaksa tinggalkan dengan pengasuh bila bekerja nanti...

Sebahagian susu perahan (EBM) yang terpaksa dibuang..sob sob...





Ya Allah ya Tuhanku , dengan rahmat dan kasih sayang MU, murahkanlah rezeki anakku untuk terus menyusu denganku...amin

Wednesday, February 16, 2011

Suka tul wat qiamullail kalau papa takde! Dan tentang kasih sayang.

Aduh..letih, penat dan mengantuknya mama ini wahai anakanda Qaid Mukhlis. Bayangkan dari siang petang tadi Qaid berjaga, sampai kul 12.30am baru nak tido. Bila diletak , nanges. Bila dilihat, seolahnya kelaparan. Susu mama tak cukupkah? Mama bagi susu perahan di dalam botol, minumnya sikit ajer, pastu nanges lagi nak susu direct dengan mama. Itupun taknak tido lagi. Letih.

Si kakak pula, tak sah lah kalau tidak bising dan mengundang marah mama. Bisingnya hanya mahu menarik perhatian mama. Kalau adik didodoikan dengan zikir, dia juga mahu yang sama. Perlu ditepuk2 juga. Kadang2 mahunya direct breastfeeding juga, jeles tengok adik menyusu, nampak sedap barangkali. Dipujuk suruh tunggu, sabar, manalah pandai bersabar si kakak kecil itu. Mahu ditutup pintu  bilik itu, gedegang gedegung la jawabnya pintu bilik diketuk.

Pukul 10mlm, mama cuba tinggalkan sekejap Qaid untuk makan malam mama yang lewat benar itu. Namun, baru separuh nasi sempat ditelan, terpaksa mama tinggalkan untuk melayan tangisannya. Akhirnya, pukul 11 mlm , mama berjaya juga menghabiskan makan malam itu. Itupun tergesa2 benar, si kecil sudah meraung2 lagi. Ahh tinggalkan dulu pinggan mangkuk tidak berbasuh.

Akhirnya, jam 12 malam, Qaid terlena juga bersama mama (* ke mama sorang jer yang lena? Entah lah*). Jam 12.30 eh eh dia jaga lagi....bagi minum lagi... Last2 tido..nampak sedikit nyenyak tu, cepat2 mama tunaikan solat isyak, kemudian melayan laptop ini pula. Aduh, penat lagi. (Tapi laptop , facebook dan blog ini perlu dilayan juga, kalau tak, ia merajuk..sama mcm papa...eh salah...sama mcm Qaisara...  :P )

Hasrat di hati banyak kerja nak diselesaikan bila anak2 ini tidur, tp by the time diaorang tido, mama sendiri dah tak mampu membuka mata..huhu...mcm mana nak selesaikan kerja mama yang tertangguh di tingkat atas tu?

Tapi yang paling mama hairankan tu, kedua2 anak ni, buat perangai cuma bila papanya takde, like tonite, papa night shift. Time papa ada, takde pulak papa kena berjaga hingga ke pagi jaga diaorang...Sama juga di siang hari. Qaid boleh berjaga sepanjang hari, itupun time papa takde...Pelik..pelik...

Kadang2 mama rasa wonder macam mana orang dolu2, yang punya anak ramai dan rapat2, boleh melakukan kerja seharian mereka di rumah. Itupun tanpa bantuan maid, membasuh baju tanpa bantuan mesin, mengangkut air di perigi, tiada air paip seperti sekarang. Memasak, dapurnya kayu, bukan gas atau elektrik. Pelik dan ajaib bagaimana kerja mereka boleh siap, memasak on time, si suami balik dari sawah, nasi siap terhidang.

Menyesal punya anak yang rapat seperti Qaisara dan Qaid? Oh tidak sama sekali. Bukankah ini memang plan mama, disokong pula oleh papa, mahukan anak-anak rapat jaraknya, agar berkawan dia berdua. Kesiankan Qaisara pada asalnya, maka berikan dia seorang kawan. Cukupkah seorang kawan? Buat masa ini, ya.

Kata papa, biasanya parents paling sayangkan anak pertama dan anak bongsu. Yang tengah2 tu kurang sikit. Maka nampaknya 2 orang sudah cukuplah. So dua2 pun akan paling disayang mama dan papa sepenuh hati, seorang sebagai yang sulung, dan seorang yang bongsu.  
           Tapi kalau ada rezeki lagi, pastinya mama tetap sayang Qaid sebagai anak tengah sepenuh hati juga...dan kakak Qaisara yang pernah menjadi satu2nya buah hati peneman mama suatu ketika dulu, ketika adik belum ada, pastinya kakak punya tempat yang istimewa di hati mama!!


moncong yg sama.....


















Wednesday, December 15, 2010

After 99 days of life

Hari ni genap 99 hari kelahiran Qaid Mukhlis.Hari inilah pertama kali Qaid dapat direct breastfeeding dengan mama. Alhamdulillah. 
          Mula2 sampai ke HSA, mama dan papa seperti biasa ke A4, tapi rupanya Qaid dah dipindahkan ke A3 (tingkat bawah). Nak masuk ke A3 ni susah sikit, tak sama macam A4 yang leh masuk anytime. Kat A3 ni kena ambik pass bernombor, pastu yang terbaru kena tinggalkan IC atau lesen memandu. Yang paling tak tahan tu, ada ke guard kat situ kasi masuk 10 minit jer. Dia ingat 10 minit cukup ke nak kasi minum baby. 
 Takperlah,tinggalkan ketidakpuasan hati mama di situ.

                          Yang penting dah leh masuk dalam tu, mula-mula tercari2 juga kat mana Qaid ditempatkan. Tengok nurse tengah bedungkan dia. Kebetulan dia belum diberi minum, so nurse tu offer mama utk breastfeedingkan dia. Mama bawa dia ke bilik penyusuan, dan try to stimulate dia utk minum. Tapi nampaknya mula2 tu dia macam nak tak nak jer, macam still kenyang lagi. Selalunya kalau lapar tu dia akan melalak sekuat hati, tapi hari ni dia tidur jer. Tapi nampak dia dah pandai menghisap, cuma as a first timer, mungkin dia belum biasa lagi. InsyaAllah esok mama cuba lagi. 

                       Cerita pasal bilik penyusuan, actually bilik tu cuma untuk all mommies jer, kaum papa are not allowed, tapi since takde mama lain kat situ, mama ajak papa masuk sekali. We all sempat bergambar lagi kat dalam tu. Gambar first time breastfeeding (pictures takleh la upload kat sini kan...sowi). 
       Keadaan Qaid hari ni nampaknya bertambah baik, alhamdulillah. Beratnya semakin meningkat, iaitu 1.695kg. Mama hope sangat2 berat dia cepat naik, dan takde masalah lain. Mama dah tak sabar nak bawak Qaid balik rumah.
InsyaAllah juga hari jumaat ni mama nak start stay in the hospital, mama nak jaga Qaid sendiri. Harap2 mama tak perlu stay lama kat hospital, harap2 cepatlah Qaid balik..Tak best tau dok lama2 kat spital...
Blog ni pun takleh update la nampaknya. (ke nak bawak lappy ni?)( Leh ker bawak ek?)

Nampaknya juga kakaknya, Qaisara dah kena stop breasfeeding la, kasi chance kat adik lak yer kakak. Kakak kan dah besar, dah leh makan macam2. Tapi mama still sedih sebenarnya nak stopkan kakak from breastfeeding. Kalau time mama buat2 macam taknak kasi breasfeeding kat dia, kakak punya tangisan tu cukup meruntun hati mama. Kakak dah pandai memujuk mama, dah pandai memilih sebelah mana yang dia suka. Ah, kakak memang pandai..  Dia selalu cakap nak nenen masyam...
Haha..actually dia dapat istilah ni sebab masa awal2 Qaid dilahirkan dulu, mama try to stop her from breastfeeding. Mama letakkan asam jawa, sbb tu jadinya nenen asyem/masyam. Tapi asyam2 pun itulah yang dia suka. Kalau tak silap mama ni dah berapa minggu dia langsung tak sentuh susu botolnya. Selalunya susunya hanya akan terbuang jika dibancuh. Dia sanggup berlapar tunggu mama balik jika mama ke mana2 tanpa dia. Kalau bawa dia lak, tengah mama driving pun dia boleh melompat ke riba mama kalau dah datang angin nak menyusunya tu. Macam mana lah agaknya dia nanti bila mama tinggalkan dia utk ke hospital.
Huhu..mama yang sedih....


Monday, December 13, 2010

Doa Membanyakkan Susu Ibu...

Mama just nak share ilmu yg mama dapat dari blog sorang lagi mama ni (  http://ernizz-ernizz.blogspot.com/p/breast-feeding.html) , tentang doa2 untuk membanyakkan susu ibu.. ilmu yang amat berguna for those breastfeeding mommies... thank u for the sharing..


Doa
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku peroleh hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu
Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin.


                                                                            tq--->http://akuyangria.blogspot.com 

 

"Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
 
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....


credit to: http://susu-terbaik.blogspot.com


***********************************************************************************
Sebagai tambahan untuk mama sendiri, mama doa supaya susu mama cukup utk kedua-dua anak mama...Qaisara dan Qaid...Amiinn...

Sunday, November 14, 2010

Kenapa Susu Ibu??

Mama adalah seorang yang sangat2 menyokong penyusuan susu ibu sepenuhnya..(exclusive breasfeeding)..dan alhamdulillah anak2 mama mendapat papa  yang juga menyokong penyusuan susu ibu ......(Jangan tak tau yer, ada kaum bapa yang tak suka isterinya menyusukan anak dengan alasan takut breast jadi kendur dan tak cantik dan sebagainya.. Kalau tanya pendapat mama, kaum bapa yang punya pendapat sedemikian adalah bapa/suami yang pentingkan diri sendiri)..Why mama kata begitu? Sebab nampak sangat yang suami tu suami yang tidak berpengetahuan, that's why dia tak tau kebaikan susu ibu...

Kalaulah bapa tu tau tentang khasiat susu ibu seperti di bawah ni, sure dia akan menyokong penyusuan susu ibu.
1) Kolostrum (susu pertama keluar) adalah bahan terbaik sebagai pelindung kepada anaknya dari pelbagai jangkitan kuman, seperti selsema, cirit birit, radang paru2, sakit perut dan sebagainya kerana kolostrum mengandungi antibodi semulajadi yang sangat diperlukan bayi terutama di awal kelahirannya.

2) Susu ibu mengandungi semua zat makanan yang diperlukan untuk bayi membesar, so ia adalah makanan terbaik bayi anda.

3) Mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak...(so kalau nak anak bijak, susukan lah dengan susu ibu, bukan susu lembu!!)

4) Mengeratkan kasih sayang dan hubungan antara anak dan ibu... (juga dengan bapa)

5) Mengurangkan risiko ibu mendapat barah payudara dan membantu mengecutkan rahim selepas proses kelahiran.

6) Bertindak sebagai satu cara untuk merancang keluarga (hanya dengan syarat jika bayi disusukan sepenuhnya dan berumur 6 bulan ke bawah) (means after 6 bulan, ibu2 perlu menggunakan kaedah lain utk merancang, tidak bergantung kepada kaedah ini, walaupun masih tiada period)


Ada ibu2 cakap susu takde, susu tak cukup dan sebagainya..WHY ini berlaku??

Sebenarnya takde istilah susu tak cukup dan sebagainya jika ibu2 berpengetahuan..
Tips untuk menghasilkan susu ibu yang cukup:

a) Sewaktu hamil lagi, niatkan dalam hati dan berazam bersungguh2 untuk menyusukan bayi anda..
b) Susukan anak secepat mungkin selepas bersalin (jika boleh dalam jam pertama selepas bersalin)
c) Jangan hadkan sesi penyusuan (susukan anak sekerap mungkin yang ia mahu, termasuk di waktu malam)
d) Jangan beri anak apa2 makanan atau minuman lain selain susu ibu..(cthnya glukos, air masak, susu formula)
e) Ambil makanan seimbang dan minum air secukupnya)
f) Bersikap positif dan yakin dengan diri sendiri bahawa anda boleh menyusukan bayi dengan jayanya. 
g) Ingat, bersedia dari segi fizikal dan mental adalah perlu!

Ada setengah ibu2 tersalah anggap bahawa susu ibu hanya akan keluar selepas diurut...and this concept is actually wrong...susu sebenarnya akan keluar apabila dirangsang oleh bayi dengan cara bayi menghisap dengan betul dan kerap. So susukan anak anda seawal mungkin dan sekerap mungkin, walaupun pada hari2  awal selepas bersalin mungkin ibu2 akan beranggapan susu belum ada, dan ibu2 menyangka susu tak cukup utk bayi (Dan anggapan yang salah ini membuatkan kebanyakan ibubapa membeli susu formula kepada bayi mereka)..Oh NO!!!).....,actually kolostrum yang pekat dan sedikit itu sebenarnya sangat mencukupi utk bayi anda, kerana baby sendiri tidak perlukan susu yang banyak pada hari2 terawal hidupnya, dan kuantiti susu yang diperlukan akan meningkat dari hari ke hari.

Macam mana ibu tahu susu cukup utk babynya atau tidak??
Perhatikan bayi anda, sekiranya dia membuang air kecil 6x dalam 24 jam, ada membuang air besar, lena dan melepaskan payudara selepas menyusu, ini bermakna susu ibu cukup!

Kadang2 muncul beberapa masalah apabila menyusukan bayi, contohnya payudara bengkak dan sakit atau puting merekah dan sakit..aduh...apa nak buat??

Payudara bengkak dan sakit bermaksud anda tidak memberi bayi menghisap dengan kerap dan cara yang betul..jika masih bengkak selepas menyusu, perahkan baki susunya perlahan2.
Then tuamkan dengan kain suam utk melegakan kesakitan . Dan jangan lupa, susukan pada kedua2 belah payudara...

Jika puting merekah, luka dan sakit: Ini bermakna bayi hanya menghisap puting susu bukannya areola (kawasan hitam payudara)...Oleh itu, pastikan AREOLA dimasukkan ke dalam mulut bayi, teruskan penyusuan susu ibu, (jgn berhenti kerana sakit itu), dan selepas menyusu, jangan tarik keluar puting, sebaliknya masukkan hujung jari ke penjuru mulut bayi, dan alihkan mulut bayi dari payudara.
Sapukan puting yang sakit dengan sedikit susu, dan dedahkan puting ke udara hingga kering.
Elakkan membasuh payudara dengan sabun, krim atau losyen, memadai dengan air sahaja. Perah susu dan teruskan penyusuan supaya pengaliran susu tidak terjejas.

Dilema ibu::: Saya bekerja..how nak exclusive breastfeeding? Actually ibu yang bekerja boleh terus menyusukan bayinya secara exclusive dengan keazaman yang tinggi serta kemahuan  ibu itu sendiri...
Bagaimana?? See next post ( Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerja)


Quote of the day:::: SUSU IBU Anugerah Yang Berharga Untuk Anak Anda, jangan sia-siakannya::::::::::


***********************************************************************************

Saturday, October 30, 2010

EBM stock for Qaid Mukhlis....



Today mama nak tunjuk stok perahan susu ibu (SIP) atau expressed breast milk (EBM) yang mama simpan utk Qaid.. alhamdulillah, so far susu mama masih ada, dan buat masa sekarang cukup untuk Qaid (dan actually untuk  kakak juga, sbb kakak qaisara pun masih menyusu badan)..
Ada setengah pendapat tak berapa gemar dgn konsep kakak minum susu adik ni, tp mama nak buat mcm mana, takkan nak biar kakak nangis, menitik juga air mata mama kalau tgk kakak nangis2 minta 'nenen'...
lagipun , pada pendapat mama, actually bila kakak hisap, secara tak langsung kakak membantu menstimulasikan agar susu mama tu terus bertahan dan tidak kering..kalau nak harap mama perah every 2-3 hours, mmg tak terbuat...



Masa qaisara dulu mama guna pureen (battery operated)- harga asal rm100 lebih, offer dapat rm 90..
Untuk kali ni,mama terpaksa beli pam baru, sbb pureen tu buat mama sakit...lagipun tak larat nak beli bateri..
Kali ni mama beli Medela mini electric...RM422.10..senang sikit, tak payah fikir bateri abis dan sebagainya..skrg guna letric jer, cukup bulan papa bayar..hehe..
Actually dulu masa kakak qaisara pun mama teringin nak beli medela ni tp terpaksa beli pureen sbb taktau nak cari medela kat mana, lagipun beli dalam keadaan tergesa2...so rembat jer la pureen tu..tp alhamdulillah wp guna pam murah jer, tp kakak qaisara masih breast feeding till today..mungkin sbb dulu masa pregnantkan kakak, mama dah niat nak susukan anak mama tu till 2 years of age..
InsyaAllah untuk qaid pun mama harap dapat breastfeedkan qaid sampai at least 2 thn juga...

Mungkin u all perasan picture di atas, mama cuma gunakan bekas agar2 utk isi stok EBM for qaid..Actually mama tak gunakan botol susu sbb bekas ni pakai buang, hanya digunakan sekali, pastu nurses akan buang, so rasanya bekas plastik ni insyaAllah selamat lah..kalau utk guna berulang kali, rasanya bekas ni kurang sesuai, sbb pemanasan/pensterilan  mungkin membebaskan bahan kimia BPA tuh..


  
 


(ni tunjuk gambar bukan promosi okey)...just untuk pengetahuan buat all moms di luar sana yg sedang mencari breastpump juga...kalau medela ni actually dia bising sikit, (sama gak pureen pun bising) tp sbb ia ringan , senang nak dibawa ke mana2, kalau time nak guna outdoor, boleh guna bateri juga..senang kan...
Hari tu mama survey gak spectra, senyap , langsung tak berbunyi, tp berat la plak, dan mesinnya besar gedabak (utk mama la).. terpulang kepada mom's choices ya..nak beli yg mana, yang penting selesa, tidak menyakitkan, mudah, dan affordable...dan yg lebih penting, anak2 kita breastfeed..exclusive breastfeed lagi bagus...

Untuk anakku Qaid Mukhlis, moga2 dengan susu mama ini, Qaid akan membesar dengan cepat, sihat dan bijak..aminn..