Showing posts with label alat bantu mengajar. Show all posts
Showing posts with label alat bantu mengajar. Show all posts

Sunday, June 9, 2013

Sang Singa Besar Jahat Johor

Assalamualaikum....
Perkara ini berlaku last week, dan mama hanya sempat berkunjung ke event tersebut pada hari terakhir....
buku masih banyak tapi tak tau nak beli apa....

Niat sebenar nak beli buku-buku untuk qaisara jer, since she is able to read now, so dah takde buku nak di baca di rumah. Nak suruh baca novel mama yang beratus muka surat tu tak kena pulak, tambah2 semuanya novel cintan cintun yang tak sesuei pun untuk kakak. Novel2 tu mama beli kebanyakannya sewaktu di Kuala Kangsar, dok sorang2 dalam banglo besar  yang kerajaan sediakan, kesunyian selalu melanda, so bukulah jadi peneman....nak wat camne masa tu kan sorang2, tunggu papa ajak kawen dari 2004 last-last 2008 baru jodohnya sampai.....lama tau tunggu...nasib baik berbaloi....:)

Haha..melalut la pulak....cerita asal cuma tentang Big Bad Wolf (BBW) Johor.....
Mama actually pertama kali ke BBW, itupun sebab kawan mama yang tiap2 tahun pergi BBW yang bagitau the date of the event.

So inilah hasil tuaian pada hari tersebut....bukan buku kakak saja, papa dan mama pun rembat beberapa buah buku...last2 hampir RM200 duit mama terbang....takpe ...demi anak2 beribu pun mama sanggup....

Ensiklopedia bergambar untuk papa

Ensiklopedia

Bila ntah mama nak baca ni....huhu

Untuk kakak dan adik

Harap2 tahun depan mama berkesempatan ke event ini lagi.....harga memang murah lah compared harga asal...tapi buku bahasa takde...semua English jer....
Takde ke BBW Melayu eh?



Sunday, April 29, 2012

Home made flip card

As salam.
Sebelum mama tunjuk ni, jgn ada yang gelak tau.
Mama tau ini a bit old fashioned, di zaman orang semua dah pakai ipad untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran.
Hari tu memang niat nak belikan kakak satu ipad atau galaxy tab, tp bila fikir balik, takut pulak kakak too attached to the ipad. That's why sampai sekarang tak beli.

Okey, berbalik kepada alat bantu mengajar mama kali ini...Home made flip card.
Sebenarnya dah lama nak buat flash card utk kakak, tapi asyik bertangguh2 sampai la kakak dah umur 3 tahun ni..

Mama ambil idea buat flash card ni dari blog Sayang disayang ni...thank you for the idea. Cuma mama tukarkan jadi flip card. Sebab taknak all the flash card tu hilang.

Step2 awalnya boleh tengok di sana ya...
Mula2 tulis huruf atau suku kata yang dikehendaki di microsoft word. Mama buat suku kata mudah yang mempunyai dua huruf saja sebagai permulaan.

Lepas print huruf atau ayat dikehendaki, boleh potong supaya saiznya muat dengan laminating paper.
Lepas tu boleh laminate.
Laminator ni mama beli cap tesco, RM49.90 .

Lepas laminate, potong dengan saiz border yang sesuai, lebihkan border bahagian atas untuk tujuan binding.






















Lepas tu boleh binding.
Mama letakkan gambar qaisara dan qaid sebagai muka buku/flip card ini.
Ada 2 tujuan letak gambar ini, satunya supaya boleh ditutup sebelah muka jika hanya sebelah flash card sahaja ingin dibaca..dan satu lagi sebagai pemangkin semangat budak QAI berdua ni untuk belajar.





So, inilah hasilnya...hanya dengan menyelak card2 ini, pelbagai perkataan boleh dibentuk.
Actually jika kad2 ini tidak dibinding, lebih banyak perkataan boleh dibentuk dengan menggabungkan suku kata yang banyak itu, tp mama sajer nak try konsep flip card dulu. Kalau rasa tak suka nanti boleh buka binding tu.

Alhamdulillah , mengajar budak yang makan diajar macam kakak qaisara, dalam sehari dua kakak dah boleh baca pelbagai kombinasi perkataan.
Untuk adik, mama perlu bersabar mengajar dengan interaksi satu hala, sehingga adik mampu bercakap nanti baru mama akan nampak hasilnya.
Harap2 adik juga akan bijak macam kakak, insyaAllah.

Kalau kakak dah mahir nanti, mama cadang nak buat perkataan dengan suku kata yang lebih panjang. InsyaAllah .







Monday, November 28, 2011

Kakak dan sifat 20

Salam semua...
Ini update tentang kakak buat kenangan dan rujukan kakak sendiri bila besar nanti.....

Umur sekarang- 2 tahun 10 bulan...Ujung january nanti 3 tahun insyaAllah...
Sejak minggu lepas kakak teruja sekali bila terjumpa nasyid kanak-kanak dalam lappy mama ni....Mama pun dah tak ingat bila masanya mama savekan nasyid tu....

Sejak2 tu tiap2 hari bangun tido dan sebelum tido kakak buka laptop dan buka nasyid tu...ada macam-macam lagu nasihat dan selawat dalam tu....seminggu jer dengar kakak dah boleh hafal almost semua....

Yang paling mama dan kakak suka adalah lagu sifat 20....Ha! Sape tak ingat sifat 20???

 Sifat 20 adalah sifat wajib bagi ALLAH..dan semua mukallaf kena tahu itu....kadang2 bila dah lama tak baca kita mungkin jadi lupa kan...so dengan adanya nasyid tu, sifat 20 dilagukan dengan merdu dan mudah pulak diingat oleh kanak-kanak...

So sekarang hari-hari kakak akan nyanyikan lagu tu...alhamdulillah dah boleh ingat kesemua 20 sifat, biarpun dia belum faham maknanya....takpe..pelan-pelan nanti mama ajar maknanya pulak yer kakak....

Jom , kita review dan ulangkaji sifat 20 yer kawan-kawan....maaf, mama takde arabic keyboard....so tulis ikut rumi jer yer....

1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa'
4. Mukhalafatuhu lil hawadith
5. Qiyamuhu binafsih
6. Wahdaniah
7. Qudrat
8. Iradat
9.Ilmun
10. Hayyun
11. Sama'
12. Basar
13. Kalam
14. Qadiran
15.Muridan
16. A'liman
17. Hayyan
18. Sami'an
19. Basiran
20. Mutakalliman

Nampaknya alat bantu mengajar bukan sekadar buku, tapi laptop juga (jika diisi dengan pengisian yang bagus, bukan main game tak tentu arah)..
Kalau ada rezeki mama nak belikan kakak ipad lah insyaAllah...boleh download banyak lagi application yang membantu dalam pengajaran anak-anak)




Ni datang syeh nasyidnya, tengahari buta pun nak berbaju kurung....


Saturday, March 26, 2011

Update Kakak's Milestone

Entry ni saje mama tulis sekadar a remembrance of kakak's milestone. Nanti satu hari bila kakak tanya, bilakah masanya kakak pandai membaca, mama akan suruh kakak cari kat dalam blog ni..insyaAllah.

Umur kakak sekarang 2 tahun 2 bulan...sesetgh word yg mama update ni dah lama kakak dapat, tapi sbb tak update, dah tak ingat bila exact time kakak belajar...

Kakak sekarang memang cakap banyak...pot pet mulut dia..tapi kalau depan orang, masyaAllah mcm ada ketul emas, sayang nak buka mulut.
Kalau kat umah, kakak suka belek2 majalah....majalah peberet kakak::PA&MA, pastu suka belek surat khabar, especially ruangan iklan giant...hahaha..sebab ada banyak pic kat situ, sama mcm suka belek katalog tupperware dan cosway.

Sesuatu yang mama tak pernah ajar, tp kakak belajar dari pemerhatian sendiri adalah:
1) kakak mengeja M.I.L.O = milo.. Yang ni serius mama terkejut..... Dan bila nampak iklan rumput hijau tu cepat2 dia cakap mama, milo mama, milo....bila mama tengok betul rupanya itu iklan milo...

2) Susu dutch lady coklat, kakak cam sebab ari tu mama ada beli.

3) Nampak gambar susu Fernleaf kat paper, kakak cakap " ibu, ibu, engkaulah atu hatiku", rupanya iklan fernleaf ada nyanyi lagu tu ..ada connected tots la kakak...

4) Simplysiti..nampak je tanda SS tu dia akan cakap siti..siti...

5) Word ASTRO..ni tatau bila masa, tetiba kakak cakap astro bila nampak tulisan astro tu kat kertas...

6) Word  TUPPERWARE...ni pun hasil rajin dok belek tupperware...sendiri leh baca itu word, tak payah diajar atau dibuat flash card...

7) Word ADABI..ha yg ni best...masa kakak baru umo setahun 7 bulan, masa tu baru dok belajar bercakap sepatah dua, masa kakak main kat dapur, kakak nampak perencah adabi tu..so kakak cakap "ABI", mama masa tu tak faham apa yg kakak nak cakap, bila kakak dah besar sikit baru kakak cakap "ADABI" bila jumpa word tu kat mana2 perencah....rupanya kakak belajar dari iklan jugak...nampak jer word adabi tu kakak mesti cakap adabiii...

8) Mee goreng sedaap --> kakak cakap ni achik punyer...hahaha..sebab achik beli maggi time kat umah. Ingat pulak tu...

9) Bila nampak aznil dan sharifah shahira, kakak cepat2 ckp "Si...bersama" (serasi bersama)

10) Bila nampak aznil riuh rendah kakak ckp macaaam anil

11) Bila nampak tanda skru berpusing dan aznil kakak akan cakap " bijak, memang bijak" (rancangan clever)

12) Bila nampak siti nurhaliza, kakak ckp "siti" (rancangan SITI)

13) Nampak gambar sabun basuh TOP kat paper, kakak cakap mama, ni TOP...ni pun mama terkejut, sbb kat umah ni mama ada sabun top pun...besar sungguh pengaruh iklan rupanya..

14) Flash card yang mama buat sebagai tambahan kepada flash card lama dulu pun kakak dah leh baca semua . Yang lama tu : Mama, papa, adik, abang, kakak, rumah, cawan, ayah.
Flash card baru : nasi, duit, kucing, kasut, buku.

15) Kat bilik air:  mama, buka "tap" -- ni dia teringat dalam buku dia ada picture paip air , dan tulis kat situ tap.
16) Nampak Maher Zain, kakak cakap "InsyaAllah i'll find a way.."

Mama lum sempat nak buat flash card baru, tambah2 bila dah kerja ni asyik tido awal jer...bila sampai umah dah penat giler...kesian kakak, eager nak belajar word baru tp mama lum sempat buat.  Sabar yer sayang, insyaAllah this week mama siapkan.

Oh yer, buku kecil yang mamaLin bagi pun kakak dah hafal semua...(setiap word in BM and translate Englishnya). Thanks to mamaLin.
Harap2 kakak ingat sampai besar nanti, so cikgu kat sekolah dah tak teruk sangat ngajar kakak nanti...

ni la buku kecil yg mamaLIN bagi, dah hafal sume selepas beberapa hari dapat buku ni....itu tap yg disebut2 kakak...
Oh yer...lagi satu ...bila nampak muka anita sarawak di dalam rumah cantik yang besar...kakak akan cakap ASTANA.....hahaha...pandai anak mama..berangan nak dok dalam istana la tuu...dah namanya pun qaisara (permaisuri) kan...

Okeylah..nanti mama update lagi milestone kakak yer sayang....


Tuesday, November 30, 2010

ABM for Qaisara (Alat Bantu Mengajar)


Hari ni nak tunjuk benda2 yang mama gunakan sejak qaisara masih baby sebagai alat pengajaran..mungkin tak canggih sgt, tp mama rasa mcm berkesan., alhamdulillah ..qaisara sekarang umurnya 1 tahun 9 bulan, dan dia boleh membaca semua 8 flash card yg mama buat utk dia ( sempat buat 8 jer...lum sempat tambah lagi). qaisara juga seorang penghafal yang bagus...alhamdulillah..Kalau satu hari nanti qaisara dapat menghafal al quran mama syukur sangat2..



dah boleh hafal semua benda dalam buku ni..pejam mata pun leh sebut ikut susunan..hehe.dibacakan sejak masih berusia lebih kurang 6 bulan..













Buku buah-buahan tu pun dah hafal..Buku binatang pun sama, siap ada bunyi lagi aummm (harimau), yooo (cat ngiau), bohhh (lembu), bekk (kambing dan biri2), kokoko (ayam)...


kesemua 8 flash card yg 'canggeh' ni dah berjaya qaisara baca pada tarikh: 28/11/2010

nombor pun qaisara dah kenal...cuma kdg2 terconfuse sikit2 lagi...number kosong dia ckp huruf O..haha






Ada lagi...

Set Grolier berharga lebih 2K..lum sempat baca lagi....huhu...dvd dia pun lum buka sbb takde player...

Boleh baca A, Ba, Ta...sampai habis..tp lum berapa kenal huruf (hafal bunyi jer dulu)