Showing posts with label Kisah di tadika. Show all posts
Showing posts with label Kisah di tadika. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

Terima kasih guru




Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.

Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.

Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.

Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...




posted from Bloggeroid

Saturday, February 8, 2014

Model membaca Little Caliphs yang sakit....

Assalamualaikum..
Hajat hati mama nak upload picture birthday kakak, tp itu kemudian lah yer...asyik bertanggguh sampai lah jadi benda lain.

Hari Rabu petang, waktu balik sekolah, sara start sakit perut. Mama ingat sakit perut biasa. Tapi malam tu dia start muntah2.

Khamis, teacher nak wat recording kakak membaca, tp disebabkan asyik muntah dan buang air (BO), kakak terpaksa pontengkan diri.

Plan teacher, nak bawa Sara ke Parenting Course & Reading Technique Little Caliphs pada hari Sabtu 8hb Feb.

Hari khamis, kakak terbaring jer kat rumah. Mama ingatkan papa bawak ke klinik, rupanya tidak.
Jumaat, conditon kakak masih sama. Makin lemah sebab setiap air atau foods yang masuk mesti dimuntahkan kembali.
Kesian sara. Jumaat tu baru ke klinik.

Dalam pada dok sakit2 tu kakak sempat juga berlatih membaca buku Jawi 7 dan buku Read Easy Intermediate 2 seperti arahan teacher. 

Bangun pagi Sabtu, kakak masih muntah2 dan BO. Dah tak larat sangat nak bangun untuk ke Parenting Course tu...
Terpaksalah mama bagitau teacher ketidakhadiran kakak. Harap2 teacher masih ada standby murid lain sebagai model membaca pada hari ni.

Sebenarnya  dari awal papa macam kurang bersetuju Sara dijadikan model murid yang boleh membaca, sebab bagi papa, Sara dieksploitasi untuk perniagaan diaorang. Sebab Sara actually dah start membaca dan mengenal suku kata sebelum masuk sekolah lagi.

Tapi bagi mama, ini bukan eksploitasi, sebab Sara bukan pergi buat demo untuk orang awam atau untuk lariskan perniagaan. Even kalau Sara tak pergi pun buat demo tu, parents kat situ memang dah register pun.
Sara cuma nak dijadikan contoh bahawa membaca seawal usia tidaklah mustahil dengan teknik yang betul...
Lagipun Jawi dan english memang teacher yang ajar, bukan mama.

Dan apa yang bagusnya, yang mama nampak, Sara semakin berani di pentas, dan semakin tinggi keyakinan diri bila selalu terpilih mewakili kawan2.  Sebab tu mama kalau boleh nak Sara hadir jadi model membaca tu.
Tapi tu lah, perancangan manusia lain, perancangan Allah pula lain... Dan perancangan Allah lah yang terbaik....

Pagi2 sabtu, akhirnya mama bawa kakak ke klinik mama, untuk rawatan IV drip. Terpaksa masukkan air, sebab kakak dah makin lemah. Setitik air pun masuk,setitik  itulah juga yang keluar.
Kesian sangat anak mama ni.....Dah cengkung dah . Senyum pun tak larat.

Dehydrated. Muka lesu


Muka sedih. Cubaan pertama nak masukkan cannula tak berjaya di tangan kiri..nurse yang buat.

Mama call MA/ Pembantu perubatan yang lebih terror...Alhamdulillah sekali insert jer dia berjaya.....Sara say TQ to uncle Felani ya....







Penat sangat, sampai tertido waktu tunggu completed rehydration ...Kesian sangat anak mama ni...


Dah complete...Masih muka penat, lesu dan sedih.....Sedih sebab sepanjang masa ni papa dia takde...  



Untuk anakku, sakit itu adalah ujian... Allah lebih tahu apa yang terbaik...dan sebagai menguji kasih sayang antara kita.... menguji tahap keprihatinan.....tahap kasih sayang ......

Maka itu bersyukurlah....
Satu hari bila kakak dah larat, dah sihat, pasti kakak akan ketawa sendiri tengok gambar2 kakak yang lesu ni.....dan pasti kakak akan bercerita pot pet2 macam biasa tentang apa yang berlaku hari ni.......:)







Wednesday, November 6, 2013

Qaisara's Sports Day

Assalamualaikum

Mama nak jugak masukkan cerita ni  untuk kakak Qaisara, walaupun dah 2 minggu berlalu.

26hb Okt kakak rehearsel , dan 27.10.2013 adalah hari Sport Day yang sebenar.
Huhu...simple sports pun ada rehearsel tau....

Tengok pic jer lah....


Qaisara jadi wakil untuk pledge ANAK SOLEH kat depan kawan2 semua. ..Ini hari rehearsel....hari sebenar mama amik video, malas nak upload la kakak.....

Posing before start Aerobik












adik Qaid pun enjoyyy...

Friday, June 21, 2013

Lawatan Sambil Buat Pizza

As-salam
Sebenarnya ini ceta last week yang mama tak sempat publish....nak juga tulis kat sini utk catat memori buat kakak sara.

Hari khamis, 13/6/2013, pertama kali  qaisara ikut rombongan yang dianjurkan tadikanya. Rombongan sambil belajar ke Johor Bahru, termasuk ke Pizza hut, ke ladang kuda UTM dan ladang rusa.

First time nak keluar sendiri tanpa mama, mama siap bekalkan roti, biskut, air sebotol, tuala, baju sukan as requested by teachers, dan mama bekalkan juga botol susu yang siap diisi air masak, dan susu tepung dalam bekas kecil. Lupa nak snap picturenya....

Pesanan paling penting untuk kakak adalah 1) minum banyak air 2) jangan segan2 bagitau teacher if nak PU or BO. 3) Minta susu dengan teacher if dahaga.

Pukul 5 petang, mama sampai kat school, nampak sunyi sepi, nampaknya bas rombongan kakak belum sampai lagi. Jumpa sorang lagi ibu murid, katanya berkali2 dia call teacher, tapi seorang pun tak jawab. Dah naik cuak juga mama, tapi think posisitf and doa banyak2. Yang mama nak call, time tu jugaklah bateri kong...huhu...

Alhamdulillah 5.45 petang, lebih kurang, barulah nampak Unser teacher sampai, tp tak nampak sesiapa turun...Dan tak lama kemudian bas rombongan pun sampai....
Teacher turun seorang demi soerang, tp semua murid diam kat dalam bas...rupa-rupanya semua terlelap dek keletihan.
Mama jadi orang kedua naik cari anak...tapi cari punya cari baru teacher cakap,eh qaisara dalam kereta Unser la....

Turun cari kakak di celah kereta parents yang ramai tu, akhirnya nampak kakak di sebelah teacher, dengan muka yang sangatlah serabai dan keletihan. Masuk jer dalam kereta, cepat2 diambil air yang dibawa pagi tadi (masih ada setengah, means cuma minum sikit air dari pagi tadi), ditogoknya air tu macam 3 hari tak jumpa air....
Dan botol susu yang mama bekalkan pagi tadi rupanya tak digunakan pun, means sehari suntuk ni kakak tak minum susu langsung. Huhu...kesian anak mama...cepat2 mama masukkan susu dalam air yang dah sejuk tu, dan amazingly, susu tu kakak minum sampai habis di situ juga dalam masa beberapa minit saja....Nampak sangat betapa dehydratednya dia....

Tau apa yang kakak bawak balik?
Ini dia....hasil yang dibuat sendiri....


Balik tu dia cerita dengan penuh bergaya, kakak dah pandai buat pizza, nanti kakak ajar mama buat pizza...hahahha

Reason lain mama lambat publish cerita ni sbb tunggu teacher upload pic diaorang kat facebook tadikanya, tp sampai minggu ni, nampaknya teacher tak berkesempatan mengupload.

Apapun, nampaknya kakak berjaya dengan trip pertamanya ni....pas ni sure semua rombongan sekolah kakak nak ikut....mcm mama masa time sekolah dulu.....dapat pergi rombongan sambil belajar adalah satu heaven bagi budak kampung yang tak pernah dibawa berjalan ke mana2....huhu.....



Thursday, February 7, 2013

Kisah Qaisara at school

As-salam
 
Skip dulu cerita adik di hospital....kita tulis tentang kakak pula, sebelum mama lupa...

Ahad lepas, (time adik demam dan mama tinggalkan adik dgn papa tu), mama dan kakak sara ke UTM Skudai.
Sebenarnya ada program utk parents bebudak tadika ni...parenting course dan teknik membaca course.
Course ni diberi oleh founder of LC sendiri, all the way from Shah Alam she came. 

Strictly no children allowed.
Tapi Qaisara dapat special request dari cikgu dia, suruh mama bawa qaisara.
sebabnya nak suruh sara tunjuk demo membaca.

Cikgu dia happy sebab sara dah berjaya habiskan buku pre reading LC yang pertama.
Disebabkan cikgu dah anticipate perangai qaisara yang sangat pemalu tu, awal2 lagi (Hari Jumaat), cikgu dah buat recording video qaisara tgh membaca di sekolah. Just in case dia tak nak naik atas pentas on Sunday tu.

Kat sana ada lagi 2 children tapi yang dah lama belajar, yang dah age 5 dan 6 years pun dijemput utk demo juga. Sara satunya2 budak yang 4 yrs dan freshie yang baru sebulan belajar di situ yang dijemput.

So pada hari tu, bila sampai time membaca tu pulak lah dia ngantuk giler, boleh lak tido atas kerusi tu ...Once dia dah bangun cikgu pun panggil ke depan semua parents, tp disebabkan mamai lagi, ditambah malu2 dia tu, makanya cikgu pun decide tunjukkan jer video yang dirakam 2 hari sebelum tu...
Dan video tu memang membuat parents kat situ impress, termasuk Founder herself.

Semuanya tanya memang mama ada ajar kat umah ker...
Yess, off course. Dan mama sejak dulu memang gunakan kaedah phonetic ni, walaupun tak pernah belajar secara formal, just tengok2 sikit dalam internet, itulah yang mama ajarkan pada Qaisara dan Qaid. Alhamdulillah mudah pula diaorang terima.

Ni kalau diaorang tgk Qaid membaca buku Bacalah Anakku ni sure lagi impress kan...heheh...diaorang tak tau Qaid dah 2 years kalau tgk pada badannya yang kecik comel tu.....mesti org ingat umo dia baru 9-10 bulan kot. (Latest berat adik qaid 9.2kg, kakak lak 17.7kg masa sebelum masuk sek hari tu-Dis 2012)

Yes, Qaid juga boleh mengenal dan membaca suku kata  mudah sejak umur 1 thn lebih hari tu...cuma mama tak sempat2 nak update kisah adik...so terlewat lah jadinya perkembangan adik dicatat di sini...huhu...
Sabor yer dik...

Pic di bawah mama cilok dari fb sekolahnya....sempena sambutan hari jadi diaorang yang lahir pada Jan dan Feb, termasuk sara juga...

Tengok, besar angry bird Qaisara, merah lak tu..hehe

Happy birthday qaisara


Monday, January 14, 2013

Terima kasih cikgu...no more junk foods please....

As-salam....

Pagi pagi tadi, waktu hantar kakak ke sekolah, mama tanyakan salah sorang teacher kat situ tentang isu junk foods...(tanya jer, tak ckp apa pun)

Dan petangnya, tak sangka pengetua tunggu mama di daycare building untuk jelaskan hal tersebut...rupanya techer pagi tadi inform pengetua la tu....

Katanya, mamee tersebut diberi oleh orang (maybe org sedekah kot), disusurh beri pada bebudak di situ...
Okey, mama accept  benda tu, as long as benda tu tak dijadikan rutin harian untuk suapkan kanak-kanak dengan jajan....

Thank you to the teachers sebab sudi response to parents' concern....

Mama bukanlah nak fussy sangat, tp benda yang baik kita puji, bvenda yang kurang bagus kita elakkan, ye dak?
 

Saturday, January 12, 2013

Kisah seminggu di sekolah

As-salam..
Hari pertama-Jumaat
Cikgu ckp dia senyap sgt, taknak ckp sgt, tp still follow instruction, tak nangis. Cuma taknak makan...so berlapar satu hari suntuk...susu mama bawak pagi pun sampai basi dlm beg sebab cikgu tak tgk dan tak buatkan susu....Hurmmmm.....


Hari kedua-Isnin
Still senyap, cuma hari ni dah nak makan sbb cikgu suapkan...(mama  dah bagitau last week yg dia suka disuap...budak manja terlebih)..

Hari ketiga-Selasa
Condition still sama, masih senyap, tapi nak makan (cikgu suap). Take part in the school activity.

Hari keempat-Rabu
Hari jasmani...dia suka di sekolah, tapi hari ni pertama kali nangis, tp bukan masa mama hantar pagi2 tu sbb mama hantar di sekolah dia memang suka...dia cuma nangis waktu cikgu nak pindahkan dari sekolah ke rumah daycare..taktau kenapa dia nangis...mama rasa dia too attach dgn cikgu yang dia suka kat sekolah pagi tu...that's why taknak pegi rumah daycare....Hari ni langsung taknak makan....Balik petang tu habis sebungkus nasi ayam penyet dia habiskan sorang2...nampak benar kelaparannya tu...sian kakak....

Hari kelima-khamis
Pun nangis waktu cikgu nak pindahkan dia dari sekolah ke daycare....bila tanya, dia cuma ckp kakak suka dok kat sekolah....Hurmm...mungkin sbb sekolah ada baca dan ada byk aktiviti...Kat daycare pulak cuma makan dan tido jer, selain solat.....


Hari keenam- Jumaat
Alhamdulillah hari ni tak nangis...dan nak makan...Cikgu yang suapkan.
Malam tu siap nangis2 bila mama cakap esoknya (sabtu) adalah hari cuti....dia cakap nape nak cuti plak..kakak nak pegi sekolah....
Mama ckp cikgu cuti sbb cikgu nak balik kampung....
Dia kata Cikgu jgn la cuti, tak payah la balik kampung...sbb kakak nak pegi sekolah...

Hahaha...semangat betul kakak nak gi sekolah....rajin tau kakak!Kalau maintain rajin ni, boleh dapat award pelajar paling tak ponteng, insyaAllah... :)

** Mama cuma tak suka cikgu umpan budak2 ni dengan gula-gula, dgn aiskrim dan dengan mamee...it's all junk foods!! which shouldn't be allowed in the school.


Sunday, January 6, 2013

Qaisara's first day

As-salam....

Ni cerita pada jumaat 4/1/13..mama draft tapi tak sempat nak publish hari tu...


Today,jumaat, mama amik cuti semata-mata nak antar kakak pegi school...1st day lah katakan..
Semangat kakak bila bangun tido hari ni, terus ceria jer., tak macam selalu tu yg merengek2 taknak pegi umah pengasuh..
Tapi hari ni dia bangun dengan senyuman, siap ckp lak camni " hari ni mama antar adik dulu, pastu mama antar kakak, pastu mama pegi keje, mama tak payah tunggu kakak tau" ...

So sampai sana, kakak ok lagi masa masuk dlm pagar, tp sampai kat pintu jer, dia mula membatukan diri, taknak salam cikgu, taknak masuk class....dah, mama dah gabra....hari tu kakak bukan main semangat nak gi school alih2 bila dah nampak org ramai2 tu, dia dah panik agaknya....

Last sekali mama masuk sekali dalam class, dan cikgu2 yang bijak mengambil hati tu ajak dia main , so terleka di situ, dan akhirnya berjaya mama lepaskan....Time mama kat luar dia dah khusyuk main, so dah tak tengok mama kat luar, so senyap2 mama balik...

On the way balik tu berjurai2 air mata....bukan air mata kakak, tp MAMA!
Hahaha...first time is always sentimental....

4 tahun dulu, 1st time kakak kena check AOB untuk /jaundice/kuning, cucuk amik darah kat tumit kaki,(sikit je pun) mama berjurai2 air mata ...tak boleh tahan tgk anak dicucuk nurse, padahal mama selalu cucuk anak org..heheh....
4 tahun dulu, first time antar kakak ke rumah babysitter, mama yang menangis beriya2 jugak....
Dan hari ini, setelah 4 tahun, pertama kali menghantar kakak ke sekolah, mama yang syahdu terlebih...
Hahaha..terlebih sudah!

Yang peliknya, masa adik qaid dalam nicu selama 3 bulan,beratus2 kali adik dicucuk sana sini termasuk urat darah di kepala, tp hati mama masa tu macam stone, mama tak menangis.....Tabah? Mungkin....


Haha...cerita panjang2 nanti lari topik.....meh layan pic kakak sara on her first day at school...


Kul 6.15 pagi dah bangun...class start at 7.45am...

Nak jugak tunjuk beg princess dia....

Kat depan school..


First few minutes in the classroom.....cikgu tarik attention dengan mainan dulu....muka mcm cuak jer...senyuman dah takde..tp dia tak peduli pun mama balik masa ni...nasib baik ....

Petang, kul 5 mama pegi, diaorang tgh berlatih solat asar...telekung mama bawak tak diguna tapi!Mungkin sbb org lain lum bawa telekung kot...
Dok berkepit dgn teacher tudung pink tu dari pagi......dgn teacher lain lum nak sgt katanya....

Dah siap solat, kta salam2 dulu sblm balik...

**Feedback dari cikgu....dia baik, tak nangis, tp senyap sgt2...and the problem is taknak makan!!! Dari pagi, susu yg mama bawak tak minum, bgn tido petang baru minum satu botol...Bfast dan lunch taknak makan....Hadoiii ni la masalahnya kalau budak selalu disuap...taknak makan sendiri......balik petang tu sakit perut masuk angin.....

Alhamdulillah balik tu dia ckp suka pegi school, siap tanya nape esoknya (sabtu) dan ahad tak pegi school... As long as dia nak pegi sekolah dah cukup baik...tentang senyap tu, teacher lum tengok lagi the true colors...heheh...masuk jer dalam keta potpet pot pet tak berenti.....

Alahai kakak, kakak!