Monday, April 25, 2011

Qaid Mukhlis in ward

Salam semua...
Semalam kul 3 pm Qaid Mukhlis tiba2 demam yang sgt panas..terus mama bawa dia ke klinik berdekatan rumah. Doc terus suruh pegi hospital sbb peparu dia bunyi byk lendir, berkuman.

Actually dia dah selsema for the past few days, cuma mama take it for granted, dengan harapan ia akan baik sendiri, mcm selsema 1st time dulu, 3 hari dah baik sendiri.

Rupanya kali ni, peparu dia sampai dah masuk kuman. Dan demam tu is the alert signal for mama to bring him to the hospital. Papa plak kerja today, so mama terpaksa titipkan qaisara pada babysitter baru yang mama ceritakan semalam.

Actually pagi tu dah pergi kenal2kan qaisara dan qaid kepada BS baru diaorang, dan alhamdulillah time mama tinggalkan sara for the 1st time kat sana ptg tu, dia langsung tak menangis, kira boleh serasi la tu.
Lagipun sara kan memang mudah serasi dgn org, dan dia mcm dapat rasa if org sayangkan dia or tak suka dia.. Mcm BS kedua hari tu, dia memang nampak sedikit takut dan reluctant utk ke sana. Pagi2 siap boleh tido dalam keta, padahal sblm ni tak mcm tu..agaknya dia ingat kalau dia tido mama tak hantar dia ke rumah org kot. Lagi satu dia mcm taknak lepaskan mama pegi keje, taknak salam dan cium mama seperti selalu , merajuk ditinggalkan di rumah BS kedua tu. Dgn BS ketiga ni alhamdulillah tak mcm tu.

Ok, berbalik cerita Qaid, sampai je kat hospital, doc check dan terus bagi nebulization kat dia, sbb nampak dia susah bernafas.  Lepas neb, doc check lagi sekali, dan nampaknya peparu dia masih kedengaran sempit, dan doc mencadangkan agar dia dimasukkan ke ward utk pemantauan berterusan, di tambah lagi dengan demamnya yang tinggi ketika itu.

Malamnya pakar paed Dr Aziz datang, masukkan jarum utk bagi antibiotik. Kesian Qaid kena cucuk lagi, tp Qaid is a very tough boy..nangisnya kejap jer, pastu dia dah ok.

Malam tadi, lepas papa balik, Qaid start menangis seperti yang biasa dia buat dekat rumah (kul 10-11pm suka nangis sblm tido, padahal siang nak dengar suara nangis susah sekali)
Cuma malam tadi dia sepertinya taknak mama jauh dari dia, even dah tido pun kejap2 dia nangis dalam tido. Last2 mama angkat dia daripada katilnya, bawak ke katil mama, dan tido sama2, alhamdulillah sampai ke pagi. Cuma kul 12 nurse bangunkan dia utk bagi ubat dan bagi neb lagi (Nebulization dia is every 4 hour)..

Pagi ni pun alhamdulillah nampak dia ok, cuma pernafasannya masih berbunyi dgn kuat, tp dia dapat tido dgn lena, comfortable..Demam pun dah takde, alhamdulillah.
Harap2 boleh cepat discharge yer sayang.

time kat umah, sblm jumpa doc

kat hospital, tido nyenyak
Tgh nebulization.......tgk , kite pegang sendiri tau!
tgh neb boleh sengih2, boleh ckp2, alhamdulillah tak meragam anak mama ni..

terpaksa wat branula kat kaki, sbb tgn dah tak nampak vein, dah berparut tgn selalu kena cucuk time kecik2 dulu..




4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Alahai, cian qaid.
Semoga cepat sihat yer sayang.

Mama2Q said...

thank u to aisya n ibu..insyaAllah..doakan yer

Jiejah @ Iza said...

alahai kesian qaid ,cepat sembuh yer sayang ;-))

FarahNur said...

Qaid sayang.. Syafakallah.. Moga cepat sembuh yer tough baby..