Showing posts with label TOWARDS BRINGING UP AL-HUFFAZ. Show all posts
Showing posts with label TOWARDS BRINGING UP AL-HUFFAZ. Show all posts

Sunday, November 22, 2015

Best Student of LCPG, Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Introducing our best student of Little Caliph PG for year 2015...from 6 Mulia Pra Tahfiz...







Ya Allah, tidak terhingga syukurnya bila nama Qaisara yang diumum sedemikian tadi.
Alhamdulillah.
Pastinya tanpa bantuan guru-guru, siapalah Qaisara.

Sebuah basikal sebagai hadiah...
Terima kasih guru-guru dan Litle Caliph!!


(Haishh.....kalau tahu awal-awal  nak panggil parents ke atas pentas juga, boleh la mama mekap tebal-tebal....ahaha)....

Moga anugerah ini akan terus jadi pemangkin untuk kamu terus maju dan terus berjaya..
Berjaya dunia akhirat...
Dan berjaya menggenggam azam dan niat kamu untuk bergelar hafizah suatu hari nanti, insyaAllah...
Ameen...

Dan moga ini akan jadi pembakar semangat buat adik-adikmu jua...
Untuk perjalanan kalian yang masih jauh dan panjang,
Namun mama doakan sentiasa dipermudahkan jalan....
Ameen...

Thursday, November 19, 2015

Terima kasih guru




Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.

Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.

Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.

Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...




posted from Bloggeroid

Saturday, August 24, 2013

Update Sebelum Blog Ditutup

As-salam semua...

Sebelum mama tutup blog ini untuk beberapa orang readers sahaja, nak juga update latest milestone anak-anak kesayangan mama.
Asyik bertangguh jer update perkembangan adik dan kakak ni...malas tul mama nih...tapi nanti bila nak recall susah pula kalau tak dicatat di sini atau di mana2...


Ok, satu persatu yer anak2...

Qaisara

1) Reading- Start sekolah Januari 2013, teacher start with siri Bacalah Anakku. Kakak finish all the books in the series in mid of April ( buku1-8). Start mid of April teacher dah start dengan siri Read Easy the Beginner (Buku 1-8) diikuti Read Easy Intermediate (Buku 1 &2). By end of Mei kakak dah habis semua buku. Pastu teacher tak tau nak ajar apa dah...hahaha...Sebabnya silibus untuk 4 years dah habis.
So sekarang kalau gi sekolah dia sorang jer tak reading. Mungkin tu sebabnya lately dia macam bosan nak gi sekolah. Tapi last week mama discuss dengan teacher, dia cakap ada reading sikit2 guna buku cerita siri Bawal, tp kat taska jer la, sbb kat sekolah pagi2 teacher nak tumpukan pada bebudak yang masih guna Bacalah Anakku dan Read Easy.

2) Iqra'- at the moment kakak tengah baca Iqra' 3 page 26.

3) Al - Quran- ni mama ajar sendiri, alhamdulillah dah ingat sampai surah Al Alaq (Iqra' bismirabbika ), dan sekarang tengah nak belajar surah At-Tin.

4) Buku Bacalah Jawi- ni teacher baaru start di sekolah, mama belum beli buku lagi walaupun kakak sara dah lama merengek suruh belikan. Sekarang Buku Jawi 4 katanya.

 5) Buku Lughatul Arabiyah- ini mama ajar sendiri, so tak konsisten....setakat ni baru buku 1. Alhamdulillah mama masih lagi ingat bahasa Arab yang belajar zaman sekolah dulu, so at least dah boleh ajar anak2.

6) Hadis-beberapa hadis teacher ajar dalam bahasa arab beserta maknanya dalam bahasa Inggeris....mama pun terkejut dengar ....antaranya hadis tentang larangan anak2 kecil berada di luar apabila menjelang maghrib kerana syaitan berkeliaran. Lain adalah hadis tentang kemuliaan Ramadhan.

Qaid

Tak banyak yang mama leh update tentang adik, since mengajar sendiri di rumah ni memang banyak cabaran, yang utamanya dalah konsistensi yang kureng.

1) Reading- dah lama juga mama tak bacakan flash card, tp bila sesekali baca tu dia ingat lagi yang lama2.

2) Al- Quran- Alhamdulillah adik sangat terang hati, dia bukan saja boleh menghafal surah, malah mengenal surah2 tersebut walaupun mama belum ajar Iqra' betul2.
Surah yang dalam hafalan adik adalah Al Fatihah, 3 Qul, Al Kafirun, Al Masad, An Nasr, Al Kausar, Al Maa'un, Quraisy, Al Fil, Al Humazah, Al Asr, At-Takasur, Al- Qaariah, dan Al Zalzalah.

Manakala yang ingat sikit2 belum hafal sepenuhnya adalah Al Baiyinah, Al- Qadr, At Tariq, dan al A'la.

Surah yang mama tak ajar tapi qaid ingat sepenuhnya adalah surah Al BURUJ, hasil dari CD yang setiap malam didengarnya.

3 ) Adik dah boleh ingat beberapa bacaan utama dalam solat, contohnya Al Fatihah ketika berdiri, tasbih dan tahmid di dalam rukuk dan sujud, ketika iktidal dan ketika duduk antara dua sujud. Ini hasil ajaran mama Norma rasanya.
Tips mama Norma adalah baca dengan kuat ketika kita solat, so anak anak akan mudah mengikut.


Itu saja mama leh update tentang adik sekarang since adik lum sekolah. Tapi rasanya insyaAllah tahun depan mama nak hantar adik ke sekolah juga. Cuma adik kenalah kuatkan sistem immune adik dulu...

Okey itu saja ya..........
Jumpa lagi ....dengan cerita lebih best bila blog ini ditutup nanti.....Muahhh!!





Sunday, May 5, 2013

Towards Bringing Up al Huffaz - Part 2

As-salam
Sekian lama asyik bertangguh, hari ni mama nak sambung cerita tentang kaedah menanam Al-Quran dalam hati anak-anak kaedah darwish darwisha. (Part 1 di sini.)
Sebenarnya penerangan Puan Lina adalah panjang lebar, begitu juga set nota yang dibekalkannya, tapi mama tulis dan olah semula mengikut kefahaman mama secara praktikalnya....

Tahap 2- Umur bayi 4 bulan ke atas. 
- peringkat di mana bayi hanya dapat melihat 3 warna sahaja iaitu merah, putih dan hitam.
- boleh mula menggunakan flash card.
- dicadangkan ada 3 set flash card yang sama, iaitu satu untuk di'flash' di depan matanya, satu untuk dipegang olehnya (atau dikunyah...hahaha,) dan satu set lagi untuk di tampal di dinding biliknya atau kawasan dia bermain.
- mula perkenalkan huruf yang 'mesra bayi' iaitu huruf alif, ba, mim, ya...
(tetapi  harus diingat jangan diperkenalkan nama huruf tersebut sebagai alif. mim dan sebagainya,tetapi perkenalkan bunyi mengikut phonic , iaitu huruf alif bertanda atas, terus dikenalkan sebagai A, Mim bertanda atas sebagai Ma....dan seterusnya. )

Flash card yang ditampal di dinding bilik belajar 2Qs....(missing Sin.)


Cara menggunakan flash card

1) Letakkan 5-7 kad yang terpilih dalam keadaan terbalik dan siap sedia untuk diflashkan.
2) Dengan bayi berdekatan, pegangkan satu kad dalam 10-15 saat.
3) Pandang mata bayi dan biar dia lihat mulut anda menyebut huruf tadi dengan bulat.
4) Lakukan ini 1-2 kali sehari.

**Bayi sememangnya belum pandai mengulangi apa yang kita tunjukkan, tapi percayalah dia akan menyimpan semua memori itu di dalam otaknya. Dan bila tiba waktunya, dia akan menyebut semua huruf2 itu bila pandai bercakap kelak.


** Selain itu, rangsang deria lihat anak dengan menggunakan Flash card dan TV (CD Hijaiyah 2)
Bayi akan suka serta teruja bila mendapati flash card dan apa yang ada dalam cd tersebut adalah benda yang sama. ***

Tahap 3
-Tahap setelah bayi mengenal semua huruf  flash card, di mana beralih kepada buku adalah mudah kerana bentuknya adalah sama. 
- gunakan buku 1 dan 2 dalam set Al Furqan.

-  walaupun bayi telah kenal huruf2 di dalam buku 1 melalui flash card, tetapi teruskan mengajar anak dengan menggunakan buku, kerana inilah permulaan untuk mengajar mereka menggunakan buku, bukan lagi flash card.
- Ajari mereka apa itu maksudnya Atas, Bawah dan Depan.
- Buku 3 dan seterusnya mungkin lebih sukar bagi bayi, maka ibu bapa perlu lebih bersabar ketika ini, dan sebaiknya ibubapa baca, anak mengikut.
 (buku 3 ada huruf bersambung serta pengenalan tanwin dan sukun).

Set Al Furqan.

Tahap 4
- seterusnya boleh diteruskan dengan set Al-Barqi (mengajar melalui lagu)
- Tips dari Puan Lina, set buku atau poster al-Barqi tu sebaiknya ibubapa phostate dan enlargekan sebelum mula mengajar, dan apabila dipasang cd al Barqi itu, boleh tunjukkan buku atau posternya. 

Set Al Barqi, ada 2 vcd. (mama belum pernah buka lagi..huhu)
Muqaddam Al Furqan

Tahap 5 - Tahap hafalan
- Bila boleh mula mengajar hafalan?
- Iaitu bila mereka sudah kenal tetapi masih belum lancar, atau bila mereka tahu membunyikan perkataan walaupun kadang-kadang salah.
- Belajar membaca dan menghafal serentak membantu melancarkan bacaan kanak-kanak,sebab itu tidak perlu menunggu kanak-kanak lancar membaca untuk mula menghafal.

Faedah mengajar membaca hingga lancar
- dapat membiasakan anak dengan huruf hijaiyah bersambung.
- membantu kita mengajar mereka sebutan perkataan secara logik, berbeza dengan hanya mengajar mereka menghafal semata2.
- Sekiranya bacaan mereka sudah lancar, langkah seterusnya iaitu menghafal menjadi mudah, selalunya SERENTAK!

***********************************************************************************
Untuk Qaisara, di sekolah qaisara telah belajar buku Iqra (yang kaler pink tu), setakat ini hingga iqra 2), maka penggunaan buku al furqan adalah mudah untuknya, kerana apa yang ada dalam buku 1 dan2 al furqan adalah lebih kurang sama dengan buku Iqra'. (So sara boleh skip the flash card, and skip buku al furqan)

Manakala penggunaaan Al Barqi pula masih belum sempat mama gunakan.....hai masa oh masa....
********************************************************************************

Setelah lebih sebulan menggunakan kaedah di part-1, alhamdulillah Qaisara setakat ini telah dapat menghafal dari surah Al Fatihah hingga al Qariah ( 15 surah), serta sedikit surah al Buruj.
Manakala Qaid Mukhlis yang premature itu alhamdulillah berjaya menghafal (dengan pelat tetapi masih difahami) dari al Fatihah hingga surah  Al Kausar ( 10 surah), dan juga sedikit surah al Buruj.

Bagaimana surah al Buruj yang panjang itu tetiba boleh diingati oleh 2Q? CD favourite kedua2 mereka adalah CD bacaan qari cilik adik Ahmad Saud.  Dan permulaan Cd tersebut selepas bacaan Azan adalah surah al buruj, maka itu mudah bagi mereka setelah setiap hari didengar.

Walaupun mereka berkebolehan menghafal dengan bagus,  bagaimana pun mama masih perlu berusaha lebih gigih untuk mengajar mereka berdua membaca (Iqra') terutama adik Qaid. Untuk kakak sara alhamdulillah bantuan guru di sekolah mengajar Iqra sangat membantu mama so mama tak risau sangat. 

CD 30 surah terakhir itulah Cd favourite mereka, mama beli masa belum kawen lagi tu...CD-Cd  ini mama pasang jika berada di tingkat atas.

Di barisan bawah adalah VCD yang dipasang di tingkat bawah menggunakan VCD player, VCD terkiri iaitu VCD Juz Amma itu sama bacaannya , oleh adik Ahmad Saud juga, cuma dalam bentuk VCD.



Satu lagi VCD Juz Amma, bacaan Misyari Rashid, agak pantas.

Alhamdulillah selesai sudah menulis ini, rasa hilang beban di bahu mama, terasa seperti ada benda yang tidak  siap selagi mama tidak menulis ini. Mama harap ilmu yang mama kutip di seminar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak kesayangan mama dan juga mereka yang mahu berkongsi ...insyaAllah....

Moga usaha kita ini akan diberkati Allah dan mendapat perhatian dariNYA....ameen...












Saturday, April 20, 2013

Towards Bringing up al Huffaz- Part 1

As-salam
Kekangan masa menyebabkan mama tidak sempat berkongsi di sini walaupun hati meronta-ronta untuk menulis seperti yang mama janjikan dulu, tentang kaedah mendidik anak menghafal al quran.
Terima kasih kepada Puan Lina Karim yang sudi  berkongsi di dalam seminar "kaedah mendidik al quran gaya darwish darwisha."

Bagi yang tidak berkesempatan ke seminar tersebut, sebenarnya boleh melayari blog beliau di darwisyndarwisha. blogspot.com. Banyak ilmu di sana yang boleh dikutip tentang cara beliau mendidik anak menghafal quran sedari kecil.

Apa yang mama nak kongsikan di sini bukanlah pengulangan kepada apa yang beliau sudah tulis, sebaliknya apa yang perlu dilakukan secara praktikalnya.

Mama ringkaskan dan beri kesimpulan saja stepnya ya.

Tahap 1- Umur bayi baru lahir hingga 6 bulan

-Tahap di mana bayi boleh mendengar, tetapi belum boleh melihat dengan jelas.
-Setiap hari pasangakan cd Al Quran tanpa gagal. Pengulangan setiap hari ini ini akan menyematkan bacaan tersebut dalam minda bayi, maka mudah untuk dia menghafalnya bila besar kelak kerana memori tersebut telah tersimpan dalam otaknya.
-Untuk praktisnya, beli cd surah pendek (juzz Amma) untuk diperdengarkan pada siang hari atau ketika bayi jaga, dipasang dengan jelas dan kuat. Biar satu rumah dengar lagi bagus.
- Setiap waktu terluang , pasangkan cd al quran cthnya ketika dia bermain, di dalam kereta , ketika makan dan sebagainya.
- Untuk itu, perlu ada beberapa set cd juz amma, kalau ada 2 kereta, lengkapkan kedua2 kereta tersebut dengan cd tersebut.
-Kalau boleh jangan biarkan bayi dengar lagu2 lain selain al quran. (Kalau mak ayah nak dengar radio, hanya dengar ketika kita berseorangan di dalam kereta, bukan ketika bersama anak-anak.)

-Manakala untuk malam hari ketika bayi mula hendak tidur hinggalah ke siangnya, pasangkan cd surah2 pilihan seperti alwaqiah, ar rahman yasin dan lain2. Untuk waktu malam, pasangkan perlahan-lahan sahaja (kuat sangat nanti bayi tak boleh tido pula, ataupun makayahnya yang tak boleh tido!!)

Bayangkan jika bayi baru lahir mendengar cd ini setiap hari, hingga umurnya 3 tahun dia sudah mendengar sebanyak hampir 1000 kali!
Dan ini memang amat memudahkan hafalannya nanti, insyaAllah.


Pastikan cd player anda mempunyai mode 'repeat' dan 'repeat all', repeat utk ulang satu surah pilihan yang anda nak anak hafal, atau repeat all untuk biarkan cd player ini memainkan al quran sepanjang malam sewaktu bayi tidur.

Mama beli radio cd ini-jenama philips, sebab selain ada mode tersebut, ada juga utk mp3. Harganya murah saja, rm120. Mama beli kat Courts.

KENAPA NAK MAINKAN JUGA CD SEWAKTU BAYI TIDUR???

Kerana masa sewaktu bayi mula hendak tidur adalah waktu di mana kita boleh memasukkan sesuatu di dalam minda bawah sedar mereka, dan ini juga akan meletakkan memori tersebut di dalam otak mereka.

(sama seperti ketika hendak menasihatkan anak, gunakan waktu mereka mula hendak tidur-tidur ayam itu untuk memberi nasihat kepada anak-anak atau untuk memukau suami, mereka akan lebih mudah mengikut kata....hahaha....syyy...)

Anak-anak yang menghafal dengan alquran yang sudah tertanam di dalam otak bawah sedar mereka ini  mampu menghafal sambil berbuat sesuatu yang lain cthnya mewarna dan bermain basikal (seperti adik darwish) di mana mereka tidak perlu daya tumpuan khas untuk mengeluarkan kembali apa yang sudah dihafaz, berbanding orang dewasa yang menggunakan kaedah hafalan secara biasa, mereka memerlukan konsentrasi untuk duduk dan mengeluarkan bacaannya.

So, apa lagi? Mari masukkan Al Quran ke dalam minda bawah sedar anak-anak kita!!


*** to be continued***


Sunday, March 31, 2013

Meminjam semangat ibu al-Fateh

As-salam...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Alhamdulillah, 23/3/13 yang lalu, Allah beri mama peluang untuk menghadiri seminar seperti di pic bawah ni...walaupun ada  sedikit ujian ketika mahu hadir,namun Allah tetap takdirkan mama untuk ke sana. AlHAMDULILLAH.


 Adik-adik dalam picture di atas berjaya menghafal alquran sebanyak 30 surah terakhir pada umur 3 tahun. Dan sekarang hafalan mereka diteruskan dengan surah-surah pilihan seperti arRahman, Yasin, alKahfi, dan banyak lagi.

Kalau ikutkan niat asal mama sewaktu mengandungkan Qaisara dulu, inilah yang mama nak buat, iaitu memperdengarkan hanya al-Quran kepada Qaisara sejak dari bayi hingga akhirnya dia berjaya menghafal al -Quran.  

 Entah kenapa, sumber rujukan yang terhad, material yang terhad, dan ilmu yang kurang, menyebabkan hasrat mama tidak direalisasi, hinggalah kini qaisara sudah berumur 4 tahun. 
Namun mama percaya masih tidak terlambat untuk mama mulakan semula, tambahan lagi qaisara memang seorang penghafal yang baik. 
Mama percaya, dengan bimbingan yang  betul serta semangat yang jitu serta sokongan dari papa, insyaAllah hasarat mama untuk melihat kakak dan adik menjadi al-hafiz dan al-hafizah akan tercapai, insyaAllah.

Untuk adik Qaid yang kini berumur 2 tahun 6 bulan, mama juga nampak potensi adik sebagai seorang penghafal yang juga baik seperti kakak. Maka insyaAllah dengan izin Allah, anak premature yang istimewa ini juga akan mama bimbing agar berjaya menjadi al hafiz, insyaALLAH.

Untuk hasrat murni ini, mama tahu ia perlukan banyak pengorbanan, dan banyak ujian yang akan datang. Bak kata Puan Lina, ibu kepada adik2 di dalam picture di atas, syaitan-syaitan telah mencatit nama2 peserta kursus pada hari tersebut, dan mereka akan berusaha menggagalkan cubaan menghasilkan para huffaz cilik ini dengan apa cara sekalipun,kerana syaitan manalah suka pada pembaca atau penghafal al quran.
So misi seterusnya adalah: Usaha menggagalkan usaha syaitan!!

Kenapa perlu ada al-Quran dalam hati ?
Zaman ini terlalu banyak pancaroba dunia. Dan musuh2 Islam di luar sana sedang berusaha dengan pelbagai cara dan muslihat untuk melihat ummat Islam lemah. Hanya kita yang tidak sedar. Kerana mereka masuk secara halus ke dalam rumah kita. Bukan halus mistik, tp secara perlahan-lahan tanpa kita sedar. Mereka gunakan televesyen, internet, surat khabar, dan pelbagai lagi cara untuk melalaikan orang Islam. 
Melihat semua ini saja mama sudah cukup takut dan ngeri. Dan mama berdoa agar zuriat serta keturunan kita akan terus berpegang dengan Islam, dan hanya dengan Al-Quran dan As-Sunnah dapat mereka dan kita berpegang agar tidak terlepas tali.

Dan untuk itu, setiap hati cilik anak-anak kita perlu memegang Al-Quran di dalam hatinya, bukan sekadar di tangan!

******************************************************************

Nota mama: 
Qaisara: 4 tahun 2 bulan :Tahap hafalan sekarang: 11 surah:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nass, Al-Kafirun, Al-Lahab,An-Nasr, Quraisy, Al-Ma'un, Al-Asr, Al-Kauthar.

Qaid:2 tahun 6 bulan, corrected age 2 thn 3 bulan:
Al-Fatihah, Al-Ikhlas, An-nass, Alkafirun (half), Al Ma'un(half), Al-kauthar, dan surah lain yang dibaca kakak, qaid dapat satu atau dua ayat awal...

***************************************

Oh ya,kenapa mama meminjam semangat ibu al-Fateh? Siapa Al-Fateh?
Mama akan ceritakan dalam next entry,insyaAllah.

************************************************************************

Nota blogger: Kenapa mama tak sebut nama seminar tu? Dan nama adik2 penghafal cilik seperti dalam picture di atas.?

Adik-adik berdua ini terlalu glamer, dan seminar itu sendiri terlalu glamer. Mama taknak orang yang search mereka akan terjumpa blog picisan mama ini. Blog mama ini cuma catatan peribadi mama dan mama taknak traffic yang tinggi datang membaca catitan mama ni. 

************************************************************

YA ALLAH, TELAH KAU BERIKAN AKU HIDAYAH, MAKA JANGANLAH KAU BOLAK BALIKKAN HATI KAMI DAN JANGANLAH DI TARIK HIDAYAH ITU, DAN BERIKANLAH DARI SISIMU RAHMAT , SESUNGGUHNYA ENGKAULAH MAHA PEMBERI .

YA ALLAH, BERKATILAH USAHAKU, DAN BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAKKU MENJADI HUFFAZ.
AMIN YA RABBBAL ALAMIN.