Thursday, March 14, 2013

Selamat Pengantin Baru Suamiku sayang!

As-salam.

14 MARCH 2008 - Dikau terima nikahnya akan daku.
30 JANUARY 2009- Lahirnya permata hati kita Qaisara Nur Damia bt Zaidi
08 SEPTEMBER 2010- Lahir pula permata kedua, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Hari ini, genap 5 tahun  usia kita bercinta di alam rumahtangga.
Sesungguhnya aku bahagia. 
Dan aku tidak pernah mahu ada sesiapa menggantikan dirimu...
Dan tidak pernah akan ada seorang papa terbaik buat anak-anakku kecuali kamu.
Maka itu, doaku, kamu dan aku dikurniakan umur yang panjang lagi berkat..
Jangan pernah meninggalkan diriku, kerana aku mungkin tak mampu bertahan tanpa kamu.
Aku mahu terus siuman dalam dakapan kamu.

Kata ustaz, usia 10 tahun masih dikira pengantin baru, masih dalam proses saling mengenal.... proses taaruf...

Kerana itu, inginku kuucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU BUATMU DAN DAKU...:)
MOGA HIDAYAH ALLAH DAN INAYAHNYA SENTIASA BERSAMA KITA.....
dan MOGA CINTA KITA WANGI HINGGA ke SYURGA....
Kerana akulah bidadarimu....INSYAALLAH...






*********************************************************************************

p/s: Untuk suamiku, selamat berangkat. di esok hari......Sampaikan salam isterimu ini buat Rasullullah S.A.W...
Moga dipermudahkan sagala urusan di sana, dan moga2 ibadah mu diterima di sisiNYA....
.....dan moga ada kesempatan untuk kita berdua pula ke sana...insyaAllah....


8 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Selamat ulangtahun perkahwinan....moga bahagia smp syurga

Mama3Q said...

Terima kasih noora...:)amin

Najwa.H said...

Puitisnya itu sajak.... hehe.

Happy anniversary :)

Mama3Q said...

nAjwa..heheh...biasa la....jiwa seni ...hihi

gadisBunga™ said...

happy anniversary awak!!! selamat pengantin baru!!! hihihi~

Mama3Q said...

hihi..tq GB!

Unknown said...

As salam mama2Q,

Tahniah! Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan! Barakallahulakuma...

Maaf lepas seminggu baru nak wish...Comelnya jadi pengantin, kecil molek! :))

Mama3Q said...

marya...Tq dear..takpe...saya pun dah lama tak buka blog....:)