Alhamdulillah..saya
diberi peluang utk menjalani proses bersalin sebanyak 3 kali setakat
ini.....kedua2 delivery saya yang normal (term) adalah secara
natural/alami/ fitrah. (Kita lupakan dulu cerita baby kedua yang
terbersalin secara tidak sengaja pada usia kandungan 24 minggu itu).
Saya katakan natural kerana saya bersalin di sebuah labour room yang lengkap dengan segala peralatan yang mencukupi utk monitor keadaan saya dan baby. Natural kerana sepanjang masa , iaitu dari awal sakit hingga akhirnya bayi keluar, suami sentiasa menemani saya, suami yang urutkan belakang dan badan saya ketika sakit kontraksi itu datang..suami yang suapkan minuman ketika saya dahaga, suami yang tadahkan muntah saya selepas saya mendapat suntikan pethidine penahan sakit..dan suami yang videokan detik2 kelahiran anak kami. Sempat juga kami berselfie dan bergambar sebelum bersalin itu dengan bantuan nurse yang ada di situ.
Maka suami saya is the best DOULA untuk saya. Saya tidak perlu berhabis rm2100 untuk mengupah doula yang mungkin saja tidak ikhlas menemani saya tetapi berbuat demikian kerana wang. Saya katakan natural kerana tidak lama selepas cord di clamp, suami yang memotong tali pusat bayi kami walaupun dia bukan doktor...dan suami yang azankan bayi kami.
Saya tidak sempat mengambil penahan sakit jenis epidural kerana alhamdulillah proses bersalin saya agak cepat, maka saya kira macam tidak berbaloi saya gunakan epidural waktu itu. Tapi untuk mengurangkan kesakitan, saya diberi pethidine dan juga gas entonox. Saya kira tidak ada yang tidak natural di situ. Ketika bukaan mencapai 10cm, saya disuruh meneran, malangnya ketidakpandaian saya menyebabkan baby agak lambat keluar, maka doktor memutuskan utk menggunakan vakum bagi membantu mengeluarkan bayi (bantu sedikit, tapi saya masih harus meneran). Saya fikir bantuan itu masih natural, kerana bagi saya ketika itu bukan prosesnya bagaimana bayi itu keluar, tapi hasilnya nanti...kerana waktu itu apa yg saya takutkan bayi akan lemas (fetal distress) sehingga menyebabkan hypoxia atau kekurangan oksigen pada otaknya dan boleh membawa consequence spt kecacatan kekal yang tidak diingini. Nauzubillah. Maka demi anak saya, saya rela bersakit sakit dahulu.
Saya katakan natural juga kerana sebaik saja bayi keluar, bayi saya dibiarkan skin to skin dengan saya, dan terus diinitiate breast feeding di minit2 pertama itu sementara doktor terus bekerja mengeluarkan uri dan menjahit luka episiotomy saya.
Apa yang penting bagi saya bukan tempatnya di mana, bukan caranya bagaimana, tapi hasil akhirnya. Hasil akhir yang diingini oleh seluruh para ibubapa, iaitu anak yang sihat, sempurna. Jika org berkata hospital itu bukan tempat yang natural utk bersalin, maka saya lebih rela memilih tempat itu.
Jika mereka berkata bantuan vakum itu bukan natural, maka saya lebih rela memilih kaedah yang mereka kata tidak natural itu asalkan bayi saya selamat
Saya tidak pentingkan diri saya..bukan keselesaan yang saya inginkan pada waktu segenting itu. Saya berusaha dengan segala kepakaran moden..dengan segala ilmu perubatan yang Allah ilhamkan kepada ilmuwan terdahulu...tp kebergantungan dengan Allah juga tidak saya lupakan. Alhamdulillah dengan izinNya juga anak-anak saya sihat walafiat. Hanya dengan izinNYA...
ALHAMDULILLAH..
Saya tidak dapat pahala kah bila bersalin di hospital? Pahala saya berkurangkah bila bantuan vakum dan penahan sakit diberikan? Apakah hanya dengan bersalin di rumah sahaja dikira natural dan mendapat sejuta pahala dan rahmat? Wallahua'lam.
#doulaohdoula
#menentangkezalimandoula
#hugsketatketat
P/s...dah lama tak menulis..just copy paste status fb sendiri...

No comments:
Post a Comment