Sunday, September 1, 2013

Cerita tentang keinginan...

Assalamualaikum semua..
Thank you buat kengkawan yang sudi accept my invitation to be my exclusive followers.
Dont worry, kalau kawan2 tak sempat nak datang jenguk pun mama tak ambil hati...sebab mama pun tahu bila mama tutup blog macam ni, leceh sikit nak jenguk kan....

Why tutup blog?
Kerana apa yang mama nak ceritakan dalam bulan2 berikutnya adalah lebih privacy dan buat masa ini mama taknak open readers baca...itu saja....
Bila keadaan dah sesuai nanti mama akan buka semula blog ini supaya senang kawan2 datang yer.....

Okey, berbalik kepada cerita tentang sebuah keinginan....

Sewaktu adik Qaid Mukhlis baru dilahirkan 3 tahun lepas ketika hanya berusia 24 minggu dalam kandungan, dengan hanya seberat 725 gram (ataupun 680gram di government hospital), tumpuan mama sepenuhnya pada dia. Dan ketika itu mama sangat2 takut jika termengandung lagi dalam masa terdekat, memandangkan adik sangat kecil, tempoh di hospital saja 3 bulan, dan bila balik ke rumah pun dia masih sangat fragile.

Untuk itu, sejenis contraception yang sangat berkesan adalah sangat perlu, dan memandangkan mama seorang yang pelupa dan poor compliance,contraceptive jenis pil adalah sangat tidak sesuai untuk mama. Ada jer la nanti mama lupa nak makan tu....

Nak masuk IUCD? Oh mama ngeri walaupun selalu yakinkan patient yang benda itu tidak menyakitkan, dan mama pun ada jugak masukkan pada patient, tapi untuk diri sendiri, that would be my last choice kot, bila jenis hormonal contraceptive dah tak sesuai nanti.

The best choice untuk mama at that time adalah jenis injection, iaitu depo provera. Senang, inject 3 bulan sekali, then rilex....cuma kena tahan bontot jer la sakit masa inject tu sekejap.

The first month mama ambil injection, mama alami bleeding berterusan tetapi sedikit2, lebih sebulan rasanya. Hingga akhirnya terpaksa ambil pil lain iaitu Tranexamic Acid untuk hentikan pendarahan berterusan tersebut.
Bulan bulan berikutnya pada tahun 2011 adalah sangat best sebab mama alami amenorrhea!!

** For non medical friends- Amenorrhoea- ketiadaan menses.

Bukan saja best bagi mama sebab tak payah beli pad bulan2, tapi best bagi Mr Papa juga...hahaha....

Tapi bila masuk bulan September 2011, menses mama kembali semula, dan bermulalah episode2 yang kurang best sebab menses yang mama alami adalah sangat tidak regular. Menses yang panjang, kadang2 hingga lebih sebulan, dan setelah diambil Tranexamic acid, ia stop, tetapi tidak lama kemudian, selang seminggu dua, ia datang lagi.Sangat tak best sebab confuse bila nak solat, dan en suami juga off course tak best kan?Muahaha....

Setelah beberapa bulan, akhirnya mama Mei 2012, mama hentikan penggunaan depo provera dengan harapan menses mama akan kembali normal semula. Tetapi tidak mudah rupanya untuk menstabilkan hormon ini. Dari Mei hingga hujung tahun 2012, menses masih tidak regular.

Bermula September 2012, mama cuba amalkan beberapa supplement dari Shaklee, which is mainly Vitamin E dan GLA Complex.. Dan Alhamdulillah surprisingly bermula Disember 2012 menses kembali normal dengan kitaran setiap 28 hari ,hinggalah bulan April yang lepas.

Bila bermula kitaran haid yang normal, dan ketika ini Qaid Mukhlis juga semakin membesar dan alhamdulillah lebih sihat, maka timbullah pula keinginan untuk menambah seorang lagi zuriat soleh. Kebetulan Mr Papa berkesempatan menunaikan umrah bersama  ibubapanya, maka mama kirimkan doa, agar kami dikurniakan seorang lagi cahayamata penyejuk jiwa. Kalau boleh biralah ketika umur mama sekarang, bukan bila menghampiri atau melebihi usia 40an nanti...huhu....

Mei 2013, haid mama tidak kunjung tiba , dan bagaikan menanti kehadiran cahayamata pertama, dengan excitednya mama cek sendiri UPT....bukan sekali tapi 3 kali.....

Adakah mama pregnant???













No comments: