Thursday, April 28, 2011

Alhamdulillah...Qaid sihat dah...

                                                 Salam semua kawan2..
Semalam pagi, Dr Aziz sekali lagi datang memeriksa Qaid, dan alhamdulillah Qaid dibenarkan pulang tengaharinya..Actually bunyi wheezing dalam dadanya masih ada, cuma sedikit berkurangan, tapi Dr Aziz benarkan Qaid pulang dengan meneruskan rawatan di rumah.

Kalau di hospital Qaid diberikan nebulizer setiap 4 jam sekali, untuk pulang ke rumah, Qaid dibekalkan dengan 6 hourly MDI (metered dose inhaler)..yang mcm pesakit asthma selalu guna tu. Tapi oleh kerana Qaid masih sangat kecil, aerochamber terpaksa digunakan, agar ubat yang terkandung di dalam MDI tersebut dapat dideliver sepenuhnya ke dalam peparunya.(Kalau orang dewasa, pakai MDI jerk, terus pam masuk ke mulut).



Selain itu injection antibiotic di hospital diteruskan di rumah, tp off course la dalam bentuk oral, kan..takkan nak inject kat rumah plak..hehe

Alhamdulillah hari ni, setelah sehari di rumah, bunyi pada dadanya beransur kurang walaupun belum habis sepenuhnya. 
Esok , mama terpaksa kembali bekerja, harap2 adik dan kakak baik2 saja di rumah babysitter baru, insyaAllah....

MDI (Inhaler)

Aerochamber

beginilah letaknya MDI  dan aerochamber dgn Qaid Mukhlis sbg model (apa la mama ni, org tgh tido pun kena jadi model)





4 comments:

Bicara hati ibu aisya said...

Salam Mama 2Q..
Aisya pun pakai MDI gaks tp yang warna oren dan biru(biru pakai time batuk)so far dari 4 jam sekali dah jadi 2kali jer sehari.Alhamdulillah.
Moga qaid sihat2 jer..

MyRule said...

Salam.. jengah sini.. baca pasal Qaid dari lahir.. :P

Nadz Nazharzan said...

Alhamdulillah dah baik Qaid ye.. Mesti lega hati kan.. Naz pun dh beransur pulih. Anakanda Hani juga.. Lena nampaknya Qaid tidur...

Mama3Q said...

@ Ayu..tu la, harap2 Qaid tak perlu terus guna MDI ni, ni hari ni mama dah stopkan the usage sbb nampak dia dah ok...

@My RULe...thank you for visiting, nanti kita jenguk awak yer


@ Naz..Alhamdulillah, lega sangat2 bila anak dah sihat...sedih jer bila diaorang sakit, kan. Alhamdulillah Naz pun dah ok, leh la sambung acara masak2..hehe