Tuesday, April 12, 2011

Mama dapat hadiah...

Hari ni, seorang chinese lady datang ke klinik mencari mama, tapi disebabkan ketika itu mama sedang solat, dia hanya dapat berjumpa pembantu mama. Rupanya dia datang membawa bersamanya beberapa bungkusan kek gulung (ala2 swiss roll gitu), khusus untuk mama. Alahai, baik sungguh hati patient ni, bukanlah besar pun apa yang mama buat kepadanya, tapi tetap diingatnya. 

Nak tau kenapa dia bagi hadiah? Hanya kerana mama cakap anaknya lelaki, dan ianya benar apabila bayi tersebut lahir, ia adalah bayi lelaki. Dan that chinese lady was so happy and grateful, sebab semua anaknya sebelum ini perempuan. (Adatlah chinese mahukan pewaris lelaki, yang amat penting bagi diaorang. )

Sebelum itu, dalam 3 minggu lepas, that chinese lady juga pernah datang, dan apabila ternampak mama, dibisikkannya pada seorang staff, itu dokte yang pegnen itu hari ka? Staff jawab, ya la, kenapa? Mama yang mendengar soalan itu turut menyampuk, yer la, apsal U cari saya? Katanya: U ingat saya tak, dulu U scan cakap baby saya lelaki, betulla...Saya mau kasi belanja kek sama U la, nanti saya datang lagi, wa..lama tak nampak U la..Mama: Oh..saya cuti manyak lama, 6 bulan......
Dan hari ni dia betul2 datang bawa kek.(Actually mama pun tak ingat dia tu siapa, yer lah patient kan ratusan orang, dan yang mama bagitau jantina bayi mereka pun bukanlah seorang, so memang sah2 la tak akan ingat dia)

Apa yang dibawanya tidak menjadi jadi ukuran, walaupun tidak terlalu mahal, tp keikhlasannya mama hargai. Bagi sesetengah orang, apa yang kita buat, walaupun sebenarnya kecil, tp besar maknanya bagi mereka.

Dulu2, waktu masih bekerja di Perak, mama selalu dapat hadiah buah-buahan berlori2. (Haha...berlori tau, sebab dia hantar pakai lori). Perak kan terkenal dengan durian, so bila tiap kali tiba musim durian, ada sorang patient ni akan datang umah mama (actually quarters yang berada di compound clinic), dengan sebuah lori, dan akan menurunkan berpuluh2 biji durian, rambutan , manggis, dan langsat serta dokong di rumah mama.

Banyak giler tu!! Mana la larat nak habis seorang, selalunya mama bawak ke klinik. Ataupun pernah sekali, mama larang dia bagi kat umah, sebaliknya bawa ke klinik. Sebabnya mama terasa eh..ini dah kira rasuah ke, terima semua ni..? Tak tahu apa niat dia, mama ambil jalan selamat, suruh jer dia hantarkan ke klinik.

Dan masa di Perak juga, seorang pesakit juga sangat bersyukur bila anaknya perempuan seperti tekaan mama (tekaan berdasarkan ultrasound) , sebab anaknya sebelum itu semuanya lelaki. Sangat bersyukur, dia berusaha mencari no tel mama, dan siap antar mesej bhw dia sudah bersalin, dan nak buatkan kenduri pulut kuning bagi mama, malangnya masa tu mama dah pindah ke jhr. So mama katakan pada dia, akak bagi lah pada klinik, suruh diaorang makan bagi pihak saya. So that's the story.

Itu kisah2 apabila diri kita dihargai, bukan mahal atau murah hadiah jadi ukuran, dan kita juga tidak minta mereka menghargai kita dengan material seperti itu.. even satu ucapan terima kasih yang ikhlas datang dr hati juga sudah memadai.
(Ini berbeza apabila sekarang ada satu trend di mana ada satu hari untuk murid2 pakat kena membawa hadiah sempena hari guru,kalau tak bawa, ada yang balik umah nangis, sbb malu dengan kawan2 tak bagi hadiah kat cikgu, so pakat2 berlumba lah si anak murid demi guru yang disayanginya...huhu kesian dengan murid yang tak berduit, kan?)

4 comments:

Dr Singa said...

terharu kan..??
saya pun selalu dapat..

psst..
yang paling best..
ada sorang tu.. namakan anak dia.. sebijik sama dengan nama saya!!!!

najwa's said...

wow, bestnya.. :)) terasa diri sangat dihargai..

mamaqaireen said...

wah bestnye!!mama ni mesti doc kan..alahai..kena panggil doc ni, sy selalu kena mcm ni tau..dulu customer sy dentist, mula2 tak tahu..seronok sembang dlm hp..sekali bila jumpa n tanya kerja dkt mana..rupa2nya kat GH ipoh..aduhaiii malu tau!

dulu doc kerja kat mana??sy ddk ipoh.

kenapa tak de dkt ipoh lagi??thn dpn lepas qaireen umur 2 thn sy rancang nk pregnant,kalau idak boleh jumpa..kekekeke....

Mama3Q said...

@DrSinga....wah, apa nama sbnr DrSinga? mesti best namanya, sbb tu dia amik wat nama anak dia...sepanjang hayatnya dia akan ingat drSinga la camtu...memang terharu..

@najwa...tul, sangat dihargai...suke..

@mamaqaireen...dulu i kat kuale...pindah jb ikut suami..hehe..kalau 2 thn dulu sy lom kenal dunia blog...kalau kita jumpa pun taktau la patient saya ini blogger..heheh...