Sunday, April 10, 2011

Manusia itu seringnya lupa....

Kalau dah namanya "insan" a word in arabic (nasia) yang bermaksud lupa, makanya manusia itu seringnya dijadikan sebagai seorang yang cepat lupa. Jika tidak selalu diingatkan maka jadilah dia manusia yang lalai. Lupa pada siapa dirinya, siapa Tuhannya, dan yang sering berlaku, lupa pada janjinya, lupa pada hak2 orang lain, lupa pada pada tanggungjawab dan macam2 jenis lupa lagi......

Tapi kan, ada sesetengah manusia ni, bukan lupa pada janji2nya, tapi sengaja tidak menepati janji. Camne nak kira tu...?


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai (diberi amanah),ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

  
                                                                                    Riwayat Muslim



1) Amanah: banyak sebenarnya amanah yang terpikul di bahu sebagai manusia ini, tp adakah semua amanah itu kita laksanakan dan tidak khianati? Amanah sbg hamba Tuhan, amanah di tempat kerja, amanah menjaga kepercayaan atau barang org, amanah menjaga kurniaan Tuhan, amanah menjaga anak isteri dengan sebaiknya, amanah yang diterima ketika ijab dan kabul....oh panjang sungguh jika nak bercerita tentang amanah.

2) Dusta : susah sangat ke bercakap benar atas sesuatu perkara. Sesetengah orang memang habitnya bercakap bohong, rasa puas apabila berbohong. Sampai suatu masa apabila dia tidak lagi dipercayai, kerna kekerapannya bercakap bohong, sama seperti cerita budak gembala kambing dengan harimau dan orang kampung yang sering ditipunya. Semua pun tau cerita ini kan?

3) Janji: satu lagi perkara yang mudah dibuat, mudah diucap, tapi melaksanakannya bagi sesetengah orang terlalu sukar, dan dianggap perkara remeh, sedangkan memungkiri janji itu sifat munafik! Janji, walau sekecil manapun, tepatilah, jangan sampai tiada lagi yang percaya pada kita lantaran kesukaran menepati janji.
"Janji Melayu"-merujuk kepada janji terhadap masa yang tidak ditepati,
"Janji  kerajaan/janji politik/janji pembangkang" - juga bermakna janji yang sukar dipercayai perlaksanaannya. Jangan ingat janji yang besar2 shj akan diituntut, hatta janji seorang bapa kepada anak kecilnya juga akan ditanya.
Janji seorang lelaki ketika menerima ijab dan kabul agar sentiasa menjaga perasaan , hati, mental dan fizikal isteri juga akan disoal kelak.

Macam2 lagi jika nak didescribe tentang sebuah JANJI. Pokoknya, terpikul lah di bahu masing2 jika sudah berjanji.

4) Menegakkan benang basah - sudah ternyata salah masih juga mahu menang, begitulah kiranya si penegak benang basah.Maka dengan kuasa apa lagi mahu dilawan orang seperti ini? Digolek ke kanan dia menang, ke kiri juga dia mahu menang.

Kesimpulannya , dalam hidup ini penuh tanggungjawab, contohnya mudah:  Dalam setiap MASA kita ini, ada amanah, ada janji yang perlu dipenuhi, ada hak2 yang menanti. Bagi seorang wanita, hak2 yang terdapat pada masanya adalah hak anak2nya, ada tanggungjawab pada suaminya, ada masa adalah untuk kerjanya, dan separuh masa adalah untuk dirinya dan TUHANNYA.

Bagi sang suami jua begitu, jika anaknya 10 orang, maka setiap anak itu punya sedikit hak di dalam masa bapanya. Bermakna perhatian bapanya utk setiap anak itu akan disoal kelak. Jangan ada anak2 yang diberi sepenuh kasih sayang, tapi anak lain terbiar tanpa perhatian. Itu pilih kasih namanya, dan itu namanya mengkhianati satu amanah. Maka jawablah di sana nanti.


Kalau sampai satu masa, manusia itu tidak lagi dipercayai akibat seringnya dia memungkiri janji, dan seringnya berkata yang tidak2 benar, maka tunggulah satu masa diri sendiri akan menyesal dengan segala yang dilakukannya.

Penyesalan dalam hidup ini kadang2 apabila sesuatu itu sudah berlaku, maka sudah tidak ada gunanya lagi.. Makanya sebelum  "sesuatu" itu berlaku, beringat-ingatlah kita. Tak gitu?

Okey lah, sekian tazkirah utk hari ni yer kengkawan...salam sayang semua..mmuah...




No comments: