Sunday, April 24, 2011

Babysitter oh babysitter...

Minggu ni adalah minggu kedua Qaisara dan Qaid di bawah jagaan babysitter yang baru. Yang lama, yang disayang oleh Qaisara itu terpaksa mama hentikan khidmatnya..huhu...

Actually MamaLin (BS lama) tak lama lagi akan bersalin, so sekarang ni tgh sarat membawa baby, kesian pulak tgk dia nak jaga budak 2 orang ni....Makanya terpaksalah mama mencari BS yang lain. 2 minggu sudah mama diperkenalkan oleh seorang BS , yang mama akhirnya mama terpaksa menggunakan khidmatnya walaupun sebenarnya mama agak2 was2.. sebabnya dia dah ada 3 anak jagaan, so if tambah 2QAI ni, jadinya 5 orang, ditambah anak sendiri seramai 4 orang lelaki, memang meriah rumah tu jadinya.

Mula2 mama cuba berfikiran positif, mama harap dengan adanya 2 orang girl yang sebaya dengan Qaisara yang dijaganya, qaisara akan lebih pandai berkawan ( selama ni dia cuma kawan dengan anak MamaLin ie kak syasya dan abg shahmi).

Selepas 2 minggu, mama sekali lagi terpaksa mencari BS yang lain, reason terkuatnya adalah faktor jarak ...terlalu jauh dari rumah, menyebabkan mama terpaksa mengharung jalan yang setiap hari jammed, dan setiap hari lah mama punya punch card warna merah...huhu :(....

Disebabkan sebelum ni terbiasa balik sendirian, sampai dekat umah, baru ambik 2QAI ni, bila dah antar umah BS yang jauh ni ada satu hari tu, mama terlupa nak ambil diaorang. Dah dekat nak sampai rumah baru teringat..eh eh tertinggal anak la pulak....sungguh geram bila terpaksa berpatah balik....

Selain faktor jarak, adalah beberapa perkara lain (yang tak boleh diceritakan di sini)  yang buat mama terpaksa mencari BS baru, demi anak2, of course kita nak yang terbaik, sebab 8 jam atau lebih anak2 akan bersama BS itu, makanya harus mencari yang sejiwa , sependapat dengan kita dalam hal mendidik anak.

Takkan lah if kita nak anak kita jadi hafiz atau hafizah, mereka dijaga oleh org yg kuat berkaraoke plak kan...(ini cuma contoh je yer, bukannya BS suka karaoke)...atau kalau kita jenis yang berlemah lembut dgn anak, of course kita taknak org yang sesuka hati marah anak kita tak tentu pasal...atau sehingga menggunakan rotan utk menakutkan anak kita...

Mama taknak anak mama jadi penakut, biar diaorang jadi anak yang berani. Sebab tu sampai skrg mama tak pernah perkenalkan perkataan hantu kepada qaisara..dan mama tak pernah takutkan dia dengan gelap...
(tapi dengan lipas, ulat gonggok, lalat, dan sebarang binatang kecil seperti itu, automatik sara takut sendiri, mama tak pernah takutkan sara tau!)

So start next week 2QAI akan diletakkan di rumah BS ketiga..harap2 kali ni serasi dan boleh jaga diaorang sampai diaorang besar. Bakal BS kali ni adalah seorang ustazah, ada harinya mengajar di surau..(umahnya pun depan surau), so harap2 2QAI pun akan terdidik dengan bagus juga di sana, insyaAllah.

Tapi kalau tetiba MamaLin nak jaga diaoarang semula lepas bersalin nanti, pun mama suka. Sebabnya sara ni dah sayang sgt dengan MamaLin dan anak2nya... Sabtu lepas MamaLin datang melawat , time dia nak balik, sara meraung2 tak hengat, nak ikut MamaLin balik..sungguh tak patut itu budak, mama gi keje takde pun camtu....huhu....

Even bakal BS yang ketiga ni pun dah cakap, kalau MamaLin nak ambil balik budak2 ni, akak serahkan jer nanti...

Hurm..tengoklah camner nanti yer sara, sebab lepas ni MamaLin pun dah ada baby baru...apapun2, harap yang terbaek untuk anak2 mama ni..

Kalau susah2 sangat, mama jer berenti keje, jadi surirumah sepenuh masa...Auw....from doctor to a fulltime housewife....? Tak boring ke dok umah nanti?  Takpe..harap2 time tu papa dah jadi jutawan..so mama leh resign dengan senang hati dan wat keje sbg isteri jutawan jer....ahaks...berangan panjang......Tapi tolong aminkan yer......





5 comments:

mamaqaireen said...

amin..sy pun teringin nk jd WAHM tau..anak membesar dpn mata.

mmg susah nk cari bs yg betul2 ok.lagi2 zaman skrg ni..bnyk yg mahukan wang drpd ikhlas menjaga budak2.

Mama3Q said...

erm..tul tu, takut babysitter yg terlalu kejar duit, nak jaga ramai2 sampai penuh satu umah..
amin..tq kerana mengaminkan doa saya nak mr papa jadi jutawan tu..eheh...

FarahNur said...

cadangan: wujudkan nursery di tempat keje anda... huhuuu

izz nur said...

cadangan 2: kumpulkan semua.. qaid qaisara, iman, wajdi.. ( + yg akan2 dtg lg..) satu tempat... i buka nursery khas urk dorang jer.. korang byr i rm500 je sorang.. start kul 6 pg sampai 7 ptg.. nak tdo c2 pun ok.. i sanggup benti keje jaga dorang... caner?? ok??

Mama3Q said...

ceh mahal gilos tu rm500 sorang, 2 org ni dah rm1k, pastu taska tu lak katner, tgh2 malaysia,? kalau wat kat PG ni orait gak