Sunday, April 10, 2011

Aku ibu yang cengeng?

Malam tadi papa tak der, dan si kecil Qaid Mukhlis menangis lagi. Sejak dia diletakkan di bawah jagaan pengasuh, malamnya dia akan menangis, sampai mama pun naik hairan. sewaktu mama sendiri yang menjaga Qaid selama 2 bulan sebelum kembali bekerja, dia sangat jarang menangis. Cuma ketika haus atau kebasahan barulah bersuara.
Sekarang ini dia menangis tanpa mama tahu apa puncanya, dan ini tidak berlaku sewaktu kakak Qaisara, kerna itu ia menjadi satu concern di sini.

Kenapa agaknya yer. Biasanya Qaid akan mula menangis jam 9mlm, 9.30 mlm atau 10 mlm. Dan tangisannya pernah berlarutan selama 1 jam. Menolak apabila diberi susu, dan itu yang buat hati mama gundah

Entah kenapa malam tadi tangisannya bermula seawal 730 mlm, dan tidak berhenti sehingga hampir 10 mlm. Bayangkan bagaimana mama terpaksa memangku dia dengan kerenah kakak yang juga mahu dilayan. Mama turut sama menangis di ketika adik menangis ini, entah kenapa syahdu sungguh rasa hati melihat wajahnya yang putih bersih.

Akhirnya pukul 9.45mlm, mama tinggalkan dia menangis seorang diri di dalam bilik, untuk memasak. Petangnya memang mama tidak memasak kerana cadangnya mahu ke kenduri staff mama, namun sesuatu itu kadang2 terhalang walau bukan kehendak kita. Akhirnya kami anak beranak kelaparan. Nak memasak, adik melakak2, kalau tak masak, nak makan apa?
Mama keraskan hati mendengar dia menangis, kerana mama tahu si kakak juga kelaparan dan perlu diberi perhatian.

Pukul 10, setelah beberapa ketika Qaid menangis, mama dapatkan dia, tidak sampai hati melihat anak kecil yang mulus dan comel itu terus-terusan menangis. Dan mama pun turut sama menangis, bila si kakak datang membawa roti gardenia, meminta dibukakan plastiknya, katanya "kakak lapar" sedangkan nasi dan lauk baru separuh jalan di dapur. Ya Allah, syahdunya rasa hati, kasihan anak-anakku. Tidak mama terniat mahu memberi perhatian yang lebih buat salah seorang dari kalian. Maafkan mama, sayangku.

Akhirnya adik terlena di pangkuan mama, dan si kakak pula, setelah menghabiskan 1 1/2 keping roti, dengan sebotol susu di mulutnya, dia terlena sendiri. Aduh anakku, luruh lagi air mata mama ini. Kesian kakak.

Setelah itu barulah mama berjaya habiskan memasak, sesimple yang mungkin, cuba kejutkan kakak utk makan, namun digelengkan kepala, akhirnya mama sendiri menghabiskan nasi dengan air mata...

Maafkan mama sekali lagi sayang...

p/s: Bercerita entah kepada siapa ini sahaja sudah buat air mata mama luruh lagi. Akukah ibu yang terlalu sensitif dengan keperluan anaknya? Ataukah aku ibu yang cengeng?



10 comments:

FarahNur said...

kalo dia tiak, call aku ja.. sure senyap bila dgr sora achiknya.. huhuuu

FarahNur said...

pastu rasa2 xdan nak masak, oder ja piza.. huhuu

Unknown said...

sabar la awk,..kadang mmg mcm tu kan...ibu2 ni kan sensitif...owh ye..thanks sudi singgah blog saya yg tak selalu update tu..heheh...gambar tu saye update pakai PhotoScape..awak downloadla free je..mcm2 boleh buat...senang juga nk buh watermark kat gambar....Salam perkenalan ye..:)
http://www.yats-stories.blogspot.com

Bicara hati ibu aisya said...

Untuk yang namanya anak memang mudah sahaja air mata seorang ibu itu mengalir.Saya juga seringnya begitu.
Semoga tabah dan lebih kuat dalam mendepani setiap ujian kehidupan :)

Mama Q said...

Salam MAMA2Q...ada kesudian sila lah jenguk2 MAMA Q...I followwwww..

Izza - Jiejah said...

salam singgah ..
tergerak hati nak komen sbb tau mcmmana kalutnya dgn karenah bebi menangis tanpa henti ..

bebi akakpun br 2bln , tgh kalut lagi nak susun jadual sampai kadang mmg x masak .. mkn kedai jek hihihi

mama maman aka yana said...

Rasanya hati ibu tetap sama... dlm marah2 pun last2 akan dipeluk dicium jugak.... rasanya itu dugaan utk membesarkan anak... sabar ye...

p/s:kekadang menangis gak...:)

Mama3Q said...

thank you yer kawan2 sume..mama2Q ni memang sensitip sikit..heheh...

Dr Singa said...

alahaiiiiiiii....
kesiannya ..
( kat tiga-tiga orang..)

Mama3Q said...

hehe..malu la plak...