Saturday, April 30, 2011

Welcome to the world!

This entry is dedicated to mama's younger sister, Aishah and her husband Rosman, for the coming of the light of their life.

As a primigravida (first time mother to be), she was very lucky that the labour process was only 4 hours..(mama dulu anak pertama 5 jam, ok jugak, cepat gak)..

Aishah, 720am pagi tadi ke hospital... bukaan 2 cm, terus masuk ward. 
Pukul 930 lebih kurang, 4 cm..dibawa ke labour room.
Pukul 1142am, dah selamat bersalin...ALHAMDULILLAH...
Segalanya berjalan smoothly dan dipermudahkan..syukur pada Tuhan.

Tumpang gembira, dan
Tak sabar nak tengok baby baru.
Nanti kakak Qaisara dan abg Qaid balik yer dik Iman...(betul ke nak letak nama Iman Muhammad
Naufal ni?)

Yang best..birthday baby hari ni....29.04.2011, hari Jumaat.

Jumaat- sama macam ibunye, lahir hari jumaat
29hb - sama dengan maktehnya ini...
Bulan 4 - Sama dengan maklongnya, dan sama dengan bapanya juga....

Owh...dengan semua org pun ada connection sorang sikit yer Iman........

Dah ada picture nanti mama upload kat sini, rasa2 rupanya mcm abg Qaid jer ni....almaklumlah sepupu sepapat kan...ahaks..





Thursday, April 28, 2011

Alhamdulillah...Qaid sihat dah...

                                                 Salam semua kawan2..
Semalam pagi, Dr Aziz sekali lagi datang memeriksa Qaid, dan alhamdulillah Qaid dibenarkan pulang tengaharinya..Actually bunyi wheezing dalam dadanya masih ada, cuma sedikit berkurangan, tapi Dr Aziz benarkan Qaid pulang dengan meneruskan rawatan di rumah.

Kalau di hospital Qaid diberikan nebulizer setiap 4 jam sekali, untuk pulang ke rumah, Qaid dibekalkan dengan 6 hourly MDI (metered dose inhaler)..yang mcm pesakit asthma selalu guna tu. Tapi oleh kerana Qaid masih sangat kecil, aerochamber terpaksa digunakan, agar ubat yang terkandung di dalam MDI tersebut dapat dideliver sepenuhnya ke dalam peparunya.(Kalau orang dewasa, pakai MDI jerk, terus pam masuk ke mulut).



Selain itu injection antibiotic di hospital diteruskan di rumah, tp off course la dalam bentuk oral, kan..takkan nak inject kat rumah plak..hehe

Alhamdulillah hari ni, setelah sehari di rumah, bunyi pada dadanya beransur kurang walaupun belum habis sepenuhnya. 
Esok , mama terpaksa kembali bekerja, harap2 adik dan kakak baik2 saja di rumah babysitter baru, insyaAllah....

MDI (Inhaler)

Aerochamber

beginilah letaknya MDI  dan aerochamber dgn Qaid Mukhlis sbg model (apa la mama ni, org tgh tido pun kena jadi model)





Tuesday, April 26, 2011

Qaid in ward :: Day 2

Semalam (Isnin, 25.4.2011) mama ambik cuti kecemasan...menjaga Qaid di ward..yer lah takkan nak suruh baby itter lak jaga , kan..  Kakak di rumah, sama2 papa. tgh hari, kakak datang, miss her so much!

Sepanjang hari semalam Qaid masih bernafas dengan kuat , ada bunyi wheezing, dan ada sedikit subcostal recession dan nasal flare, yang menandakan kesukarannya bernafas. Tp waktu tido, alhamdulillah nyenyak sekali dia.

Kalau hari pertama, dia sangat rilex ketika diberi bantuan gas untuk melegakan pernafasannya, namun semalam petang dan malam, Qaid struggle taknak mask tu di hidungnya. Entah kenapa , mungkin sedikit tidak selesa.

Sebelum tu, pagi2 Qaid disuruh berpuasa bermula jam 930 pagi, sebab physioterapist nak wat  Lung physio utknya. Pukul 1130am, Qaid dipanggil ke bilik rawatan. Mula2 ahli fisioterapi tu tepuk2 belakang dan dada Qaid untuk mencairkan lendir di dalam dadanya.

Lepas tu, satu tiub di masukkan ke dalam hidung dan mulutnya untuk menyedut lendir yang terdapat di dalam dadanya. (prosedur yag sama seperti dibuat pada bayi baru lahir). Masa kena tepuk2 tu Qaid rilex lagi, sedap kot kena tepuk. Tp masa tiub dimasukkan ke dalam hidungnya, Qaid menangis sekuat hati, sbb benda tu memang tak selesa...

Lepas tu sepanjang hari Qaid diteruskan dengan rawatan yang biasa, iaitu bantuan nebulizer setiap 4 jam sekali, injection antibiotic sehari sekali, dan teruskan feeding (breastfeeding) seperti biasa.

Malam tadi sebelum tido seperti biasa Qaid menangis bagai nak rak, sebelum akhirnya terlena sendiri. Pukul 12 mlm sekali lagi nebulizer dan ubat demam diberikan dalam keadaan dia tido...dan lepas tu Qaid tido dengan nyenyak sampai ke pagi.

Pukul 5 lebih, mama kejutkan dia utk minum susu, dah lama sgt dia tido sampai susu pun lupa nak minum. Minum sikit jer, dia tido semula. Pukul 6 lebih mama kejut suruh minum lagi...hahaha..mesti dia bengang, mama ni asyik suruh minum jer, orang ni ngantuk..
Abis nak wat camana nak, susu mama dah bengkak sbb adik tak minum sepanjang malam. Tunggu papa bawakkan breast pump lambat bebenor, kul 740am baru papa sampai.

Harap2 hari ni Qaid bertambah baik dan boleh didischarge dari hospital, insyaAllah...Amin...

ahli fisioterapi tengah tepuk2 belakang Qaid

tgh sedut lendir dan kahak..cian qaid nangis..

sukanya qaisara naik "kebuk-kebuk"

yeay!! Tak dapat gi taman naik buaian, dapat naik kebuk2 kat ward ni pun jadilah

Monday, April 25, 2011

Qaid Mukhlis in ward

Salam semua...
Semalam kul 3 pm Qaid Mukhlis tiba2 demam yang sgt panas..terus mama bawa dia ke klinik berdekatan rumah. Doc terus suruh pegi hospital sbb peparu dia bunyi byk lendir, berkuman.

Actually dia dah selsema for the past few days, cuma mama take it for granted, dengan harapan ia akan baik sendiri, mcm selsema 1st time dulu, 3 hari dah baik sendiri.

Rupanya kali ni, peparu dia sampai dah masuk kuman. Dan demam tu is the alert signal for mama to bring him to the hospital. Papa plak kerja today, so mama terpaksa titipkan qaisara pada babysitter baru yang mama ceritakan semalam.

Actually pagi tu dah pergi kenal2kan qaisara dan qaid kepada BS baru diaorang, dan alhamdulillah time mama tinggalkan sara for the 1st time kat sana ptg tu, dia langsung tak menangis, kira boleh serasi la tu.
Lagipun sara kan memang mudah serasi dgn org, dan dia mcm dapat rasa if org sayangkan dia or tak suka dia.. Mcm BS kedua hari tu, dia memang nampak sedikit takut dan reluctant utk ke sana. Pagi2 siap boleh tido dalam keta, padahal sblm ni tak mcm tu..agaknya dia ingat kalau dia tido mama tak hantar dia ke rumah org kot. Lagi satu dia mcm taknak lepaskan mama pegi keje, taknak salam dan cium mama seperti selalu , merajuk ditinggalkan di rumah BS kedua tu. Dgn BS ketiga ni alhamdulillah tak mcm tu.

Ok, berbalik cerita Qaid, sampai je kat hospital, doc check dan terus bagi nebulization kat dia, sbb nampak dia susah bernafas.  Lepas neb, doc check lagi sekali, dan nampaknya peparu dia masih kedengaran sempit, dan doc mencadangkan agar dia dimasukkan ke ward utk pemantauan berterusan, di tambah lagi dengan demamnya yang tinggi ketika itu.

Malamnya pakar paed Dr Aziz datang, masukkan jarum utk bagi antibiotik. Kesian Qaid kena cucuk lagi, tp Qaid is a very tough boy..nangisnya kejap jer, pastu dia dah ok.

Malam tadi, lepas papa balik, Qaid start menangis seperti yang biasa dia buat dekat rumah (kul 10-11pm suka nangis sblm tido, padahal siang nak dengar suara nangis susah sekali)
Cuma malam tadi dia sepertinya taknak mama jauh dari dia, even dah tido pun kejap2 dia nangis dalam tido. Last2 mama angkat dia daripada katilnya, bawak ke katil mama, dan tido sama2, alhamdulillah sampai ke pagi. Cuma kul 12 nurse bangunkan dia utk bagi ubat dan bagi neb lagi (Nebulization dia is every 4 hour)..

Pagi ni pun alhamdulillah nampak dia ok, cuma pernafasannya masih berbunyi dgn kuat, tp dia dapat tido dgn lena, comfortable..Demam pun dah takde, alhamdulillah.
Harap2 boleh cepat discharge yer sayang.

time kat umah, sblm jumpa doc

kat hospital, tido nyenyak
Tgh nebulization.......tgk , kite pegang sendiri tau!
tgh neb boleh sengih2, boleh ckp2, alhamdulillah tak meragam anak mama ni..

terpaksa wat branula kat kaki, sbb tgn dah tak nampak vein, dah berparut tgn selalu kena cucuk time kecik2 dulu..




Sunday, April 24, 2011

Babysitter oh babysitter...

Minggu ni adalah minggu kedua Qaisara dan Qaid di bawah jagaan babysitter yang baru. Yang lama, yang disayang oleh Qaisara itu terpaksa mama hentikan khidmatnya..huhu...

Actually MamaLin (BS lama) tak lama lagi akan bersalin, so sekarang ni tgh sarat membawa baby, kesian pulak tgk dia nak jaga budak 2 orang ni....Makanya terpaksalah mama mencari BS yang lain. 2 minggu sudah mama diperkenalkan oleh seorang BS , yang mama akhirnya mama terpaksa menggunakan khidmatnya walaupun sebenarnya mama agak2 was2.. sebabnya dia dah ada 3 anak jagaan, so if tambah 2QAI ni, jadinya 5 orang, ditambah anak sendiri seramai 4 orang lelaki, memang meriah rumah tu jadinya.

Mula2 mama cuba berfikiran positif, mama harap dengan adanya 2 orang girl yang sebaya dengan Qaisara yang dijaganya, qaisara akan lebih pandai berkawan ( selama ni dia cuma kawan dengan anak MamaLin ie kak syasya dan abg shahmi).

Selepas 2 minggu, mama sekali lagi terpaksa mencari BS yang lain, reason terkuatnya adalah faktor jarak ...terlalu jauh dari rumah, menyebabkan mama terpaksa mengharung jalan yang setiap hari jammed, dan setiap hari lah mama punya punch card warna merah...huhu :(....

Disebabkan sebelum ni terbiasa balik sendirian, sampai dekat umah, baru ambik 2QAI ni, bila dah antar umah BS yang jauh ni ada satu hari tu, mama terlupa nak ambil diaorang. Dah dekat nak sampai rumah baru teringat..eh eh tertinggal anak la pulak....sungguh geram bila terpaksa berpatah balik....

Selain faktor jarak, adalah beberapa perkara lain (yang tak boleh diceritakan di sini)  yang buat mama terpaksa mencari BS baru, demi anak2, of course kita nak yang terbaik, sebab 8 jam atau lebih anak2 akan bersama BS itu, makanya harus mencari yang sejiwa , sependapat dengan kita dalam hal mendidik anak.

Takkan lah if kita nak anak kita jadi hafiz atau hafizah, mereka dijaga oleh org yg kuat berkaraoke plak kan...(ini cuma contoh je yer, bukannya BS suka karaoke)...atau kalau kita jenis yang berlemah lembut dgn anak, of course kita taknak org yang sesuka hati marah anak kita tak tentu pasal...atau sehingga menggunakan rotan utk menakutkan anak kita...

Mama taknak anak mama jadi penakut, biar diaorang jadi anak yang berani. Sebab tu sampai skrg mama tak pernah perkenalkan perkataan hantu kepada qaisara..dan mama tak pernah takutkan dia dengan gelap...
(tapi dengan lipas, ulat gonggok, lalat, dan sebarang binatang kecil seperti itu, automatik sara takut sendiri, mama tak pernah takutkan sara tau!)

So start next week 2QAI akan diletakkan di rumah BS ketiga..harap2 kali ni serasi dan boleh jaga diaorang sampai diaorang besar. Bakal BS kali ni adalah seorang ustazah, ada harinya mengajar di surau..(umahnya pun depan surau), so harap2 2QAI pun akan terdidik dengan bagus juga di sana, insyaAllah.

Tapi kalau tetiba MamaLin nak jaga diaoarang semula lepas bersalin nanti, pun mama suka. Sebabnya sara ni dah sayang sgt dengan MamaLin dan anak2nya... Sabtu lepas MamaLin datang melawat , time dia nak balik, sara meraung2 tak hengat, nak ikut MamaLin balik..sungguh tak patut itu budak, mama gi keje takde pun camtu....huhu....

Even bakal BS yang ketiga ni pun dah cakap, kalau MamaLin nak ambil balik budak2 ni, akak serahkan jer nanti...

Hurm..tengoklah camner nanti yer sara, sebab lepas ni MamaLin pun dah ada baby baru...apapun2, harap yang terbaek untuk anak2 mama ni..

Kalau susah2 sangat, mama jer berenti keje, jadi surirumah sepenuh masa...Auw....from doctor to a fulltime housewife....? Tak boring ke dok umah nanti?  Takpe..harap2 time tu papa dah jadi jutawan..so mama leh resign dengan senang hati dan wat keje sbg isteri jutawan jer....ahaks...berangan panjang......Tapi tolong aminkan yer......





Thursday, April 14, 2011

Anak papa itu semakin mengada2 tapi mama suka!!

Salam semua..
Heheh..ini cerita tentang papa's beloved daughter.."Permaisuri Yang Bijaksana" itu..
Sekarang ini sangat manja dan makin manja, kadang2 mengada2 jadinya..

Mama nak pegi keje, tinggalkan dia dengan babysitter, dia akan salam mama dan cium pipi mama, kadang2 peluk mama....Okeh..ini mama suka....
Papa nak pegi keje, pun sama juga, cuma sedikit tambahan..ada drama meraung2 tak hengat..nak ikut papa pegi work....last2 papa kena bawa naik keta satu round, baru ok..Kalau tak sempat, memang meraung2 tak makan pujuk la jawabnya..
Kalau BO (Bowel opening = be*ak), selalunya mama yang cuci..sbb kata papa, anak pompuan biarlah mama yang cuci, papa tokleh...huhu... ini mama tak suka...
Tapi sekarang, kalau BO, menangis2 nak papa yang cucikan...hahaha...ini mama sangat suka!
Semalam papa dah siap2 nak keluar pegi keje, tetiba dia cakap: "kakak be*ak".... papa cakap nanti mama cuci, papa dah lambat...tp dia meraung2 nak papa juge....terpaksa lah papa yang wat keroje tu...hahaha...sangat2 suka.. I loikee la kakak.....

Kalau mama yang marah, cubit atau tampar sekalipun, dia wat derk jer...
Kalau papa yang marah, baru jeling sikit, dah berjurai2 air mata, last2 papa kena peluk, pujuk balik..huhu...ini sama macam mama, ok...

Hurm...kakak, kakak, macam2 perangai sekarang, kadang2 nak marah, kdg2 nak tergelak..apapun, kakaklah buah hati dan cinta pertama mama....moga anak2 mama jadi anak soleh....amin....


Nangis kat tingkap tgk papa g keje..


rambut dah tutup mata, tak sempat nak gi saloon, heheh

Tuesday, April 12, 2011

Mama dapat hadiah...

Hari ni, seorang chinese lady datang ke klinik mencari mama, tapi disebabkan ketika itu mama sedang solat, dia hanya dapat berjumpa pembantu mama. Rupanya dia datang membawa bersamanya beberapa bungkusan kek gulung (ala2 swiss roll gitu), khusus untuk mama. Alahai, baik sungguh hati patient ni, bukanlah besar pun apa yang mama buat kepadanya, tapi tetap diingatnya. 

Nak tau kenapa dia bagi hadiah? Hanya kerana mama cakap anaknya lelaki, dan ianya benar apabila bayi tersebut lahir, ia adalah bayi lelaki. Dan that chinese lady was so happy and grateful, sebab semua anaknya sebelum ini perempuan. (Adatlah chinese mahukan pewaris lelaki, yang amat penting bagi diaorang. )

Sebelum itu, dalam 3 minggu lepas, that chinese lady juga pernah datang, dan apabila ternampak mama, dibisikkannya pada seorang staff, itu dokte yang pegnen itu hari ka? Staff jawab, ya la, kenapa? Mama yang mendengar soalan itu turut menyampuk, yer la, apsal U cari saya? Katanya: U ingat saya tak, dulu U scan cakap baby saya lelaki, betulla...Saya mau kasi belanja kek sama U la, nanti saya datang lagi, wa..lama tak nampak U la..Mama: Oh..saya cuti manyak lama, 6 bulan......
Dan hari ni dia betul2 datang bawa kek.(Actually mama pun tak ingat dia tu siapa, yer lah patient kan ratusan orang, dan yang mama bagitau jantina bayi mereka pun bukanlah seorang, so memang sah2 la tak akan ingat dia)

Apa yang dibawanya tidak menjadi jadi ukuran, walaupun tidak terlalu mahal, tp keikhlasannya mama hargai. Bagi sesetengah orang, apa yang kita buat, walaupun sebenarnya kecil, tp besar maknanya bagi mereka.

Dulu2, waktu masih bekerja di Perak, mama selalu dapat hadiah buah-buahan berlori2. (Haha...berlori tau, sebab dia hantar pakai lori). Perak kan terkenal dengan durian, so bila tiap kali tiba musim durian, ada sorang patient ni akan datang umah mama (actually quarters yang berada di compound clinic), dengan sebuah lori, dan akan menurunkan berpuluh2 biji durian, rambutan , manggis, dan langsat serta dokong di rumah mama.

Banyak giler tu!! Mana la larat nak habis seorang, selalunya mama bawak ke klinik. Ataupun pernah sekali, mama larang dia bagi kat umah, sebaliknya bawa ke klinik. Sebabnya mama terasa eh..ini dah kira rasuah ke, terima semua ni..? Tak tahu apa niat dia, mama ambil jalan selamat, suruh jer dia hantarkan ke klinik.

Dan masa di Perak juga, seorang pesakit juga sangat bersyukur bila anaknya perempuan seperti tekaan mama (tekaan berdasarkan ultrasound) , sebab anaknya sebelum itu semuanya lelaki. Sangat bersyukur, dia berusaha mencari no tel mama, dan siap antar mesej bhw dia sudah bersalin, dan nak buatkan kenduri pulut kuning bagi mama, malangnya masa tu mama dah pindah ke jhr. So mama katakan pada dia, akak bagi lah pada klinik, suruh diaorang makan bagi pihak saya. So that's the story.

Itu kisah2 apabila diri kita dihargai, bukan mahal atau murah hadiah jadi ukuran, dan kita juga tidak minta mereka menghargai kita dengan material seperti itu.. even satu ucapan terima kasih yang ikhlas datang dr hati juga sudah memadai.
(Ini berbeza apabila sekarang ada satu trend di mana ada satu hari untuk murid2 pakat kena membawa hadiah sempena hari guru,kalau tak bawa, ada yang balik umah nangis, sbb malu dengan kawan2 tak bagi hadiah kat cikgu, so pakat2 berlumba lah si anak murid demi guru yang disayanginya...huhu kesian dengan murid yang tak berduit, kan?)

Sunday, April 10, 2011

Aku ibu yang cengeng?

Malam tadi papa tak der, dan si kecil Qaid Mukhlis menangis lagi. Sejak dia diletakkan di bawah jagaan pengasuh, malamnya dia akan menangis, sampai mama pun naik hairan. sewaktu mama sendiri yang menjaga Qaid selama 2 bulan sebelum kembali bekerja, dia sangat jarang menangis. Cuma ketika haus atau kebasahan barulah bersuara.
Sekarang ini dia menangis tanpa mama tahu apa puncanya, dan ini tidak berlaku sewaktu kakak Qaisara, kerna itu ia menjadi satu concern di sini.

Kenapa agaknya yer. Biasanya Qaid akan mula menangis jam 9mlm, 9.30 mlm atau 10 mlm. Dan tangisannya pernah berlarutan selama 1 jam. Menolak apabila diberi susu, dan itu yang buat hati mama gundah

Entah kenapa malam tadi tangisannya bermula seawal 730 mlm, dan tidak berhenti sehingga hampir 10 mlm. Bayangkan bagaimana mama terpaksa memangku dia dengan kerenah kakak yang juga mahu dilayan. Mama turut sama menangis di ketika adik menangis ini, entah kenapa syahdu sungguh rasa hati melihat wajahnya yang putih bersih.

Akhirnya pukul 9.45mlm, mama tinggalkan dia menangis seorang diri di dalam bilik, untuk memasak. Petangnya memang mama tidak memasak kerana cadangnya mahu ke kenduri staff mama, namun sesuatu itu kadang2 terhalang walau bukan kehendak kita. Akhirnya kami anak beranak kelaparan. Nak memasak, adik melakak2, kalau tak masak, nak makan apa?
Mama keraskan hati mendengar dia menangis, kerana mama tahu si kakak juga kelaparan dan perlu diberi perhatian.

Pukul 10, setelah beberapa ketika Qaid menangis, mama dapatkan dia, tidak sampai hati melihat anak kecil yang mulus dan comel itu terus-terusan menangis. Dan mama pun turut sama menangis, bila si kakak datang membawa roti gardenia, meminta dibukakan plastiknya, katanya "kakak lapar" sedangkan nasi dan lauk baru separuh jalan di dapur. Ya Allah, syahdunya rasa hati, kasihan anak-anakku. Tidak mama terniat mahu memberi perhatian yang lebih buat salah seorang dari kalian. Maafkan mama, sayangku.

Akhirnya adik terlena di pangkuan mama, dan si kakak pula, setelah menghabiskan 1 1/2 keping roti, dengan sebotol susu di mulutnya, dia terlena sendiri. Aduh anakku, luruh lagi air mata mama ini. Kesian kakak.

Setelah itu barulah mama berjaya habiskan memasak, sesimple yang mungkin, cuba kejutkan kakak utk makan, namun digelengkan kepala, akhirnya mama sendiri menghabiskan nasi dengan air mata...

Maafkan mama sekali lagi sayang...

p/s: Bercerita entah kepada siapa ini sahaja sudah buat air mata mama luruh lagi. Akukah ibu yang terlalu sensitif dengan keperluan anaknya? Ataukah aku ibu yang cengeng?



Manusia itu seringnya lupa....

Kalau dah namanya "insan" a word in arabic (nasia) yang bermaksud lupa, makanya manusia itu seringnya dijadikan sebagai seorang yang cepat lupa. Jika tidak selalu diingatkan maka jadilah dia manusia yang lalai. Lupa pada siapa dirinya, siapa Tuhannya, dan yang sering berlaku, lupa pada janjinya, lupa pada hak2 orang lain, lupa pada pada tanggungjawab dan macam2 jenis lupa lagi......

Tapi kan, ada sesetengah manusia ni, bukan lupa pada janji2nya, tapi sengaja tidak menepati janji. Camne nak kira tu...?


Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:
“Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya . (Empat sifat itu ialah) apabila dipercayai (diberi amanah),ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah ) “.

  
                                                                                    Riwayat Muslim



1) Amanah: banyak sebenarnya amanah yang terpikul di bahu sebagai manusia ini, tp adakah semua amanah itu kita laksanakan dan tidak khianati? Amanah sbg hamba Tuhan, amanah di tempat kerja, amanah menjaga kepercayaan atau barang org, amanah menjaga kurniaan Tuhan, amanah menjaga anak isteri dengan sebaiknya, amanah yang diterima ketika ijab dan kabul....oh panjang sungguh jika nak bercerita tentang amanah.

2) Dusta : susah sangat ke bercakap benar atas sesuatu perkara. Sesetengah orang memang habitnya bercakap bohong, rasa puas apabila berbohong. Sampai suatu masa apabila dia tidak lagi dipercayai, kerna kekerapannya bercakap bohong, sama seperti cerita budak gembala kambing dengan harimau dan orang kampung yang sering ditipunya. Semua pun tau cerita ini kan?

3) Janji: satu lagi perkara yang mudah dibuat, mudah diucap, tapi melaksanakannya bagi sesetengah orang terlalu sukar, dan dianggap perkara remeh, sedangkan memungkiri janji itu sifat munafik! Janji, walau sekecil manapun, tepatilah, jangan sampai tiada lagi yang percaya pada kita lantaran kesukaran menepati janji.
"Janji Melayu"-merujuk kepada janji terhadap masa yang tidak ditepati,
"Janji  kerajaan/janji politik/janji pembangkang" - juga bermakna janji yang sukar dipercayai perlaksanaannya. Jangan ingat janji yang besar2 shj akan diituntut, hatta janji seorang bapa kepada anak kecilnya juga akan ditanya.
Janji seorang lelaki ketika menerima ijab dan kabul agar sentiasa menjaga perasaan , hati, mental dan fizikal isteri juga akan disoal kelak.

Macam2 lagi jika nak didescribe tentang sebuah JANJI. Pokoknya, terpikul lah di bahu masing2 jika sudah berjanji.

4) Menegakkan benang basah - sudah ternyata salah masih juga mahu menang, begitulah kiranya si penegak benang basah.Maka dengan kuasa apa lagi mahu dilawan orang seperti ini? Digolek ke kanan dia menang, ke kiri juga dia mahu menang.

Kesimpulannya , dalam hidup ini penuh tanggungjawab, contohnya mudah:  Dalam setiap MASA kita ini, ada amanah, ada janji yang perlu dipenuhi, ada hak2 yang menanti. Bagi seorang wanita, hak2 yang terdapat pada masanya adalah hak anak2nya, ada tanggungjawab pada suaminya, ada masa adalah untuk kerjanya, dan separuh masa adalah untuk dirinya dan TUHANNYA.

Bagi sang suami jua begitu, jika anaknya 10 orang, maka setiap anak itu punya sedikit hak di dalam masa bapanya. Bermakna perhatian bapanya utk setiap anak itu akan disoal kelak. Jangan ada anak2 yang diberi sepenuh kasih sayang, tapi anak lain terbiar tanpa perhatian. Itu pilih kasih namanya, dan itu namanya mengkhianati satu amanah. Maka jawablah di sana nanti.


Kalau sampai satu masa, manusia itu tidak lagi dipercayai akibat seringnya dia memungkiri janji, dan seringnya berkata yang tidak2 benar, maka tunggulah satu masa diri sendiri akan menyesal dengan segala yang dilakukannya.

Penyesalan dalam hidup ini kadang2 apabila sesuatu itu sudah berlaku, maka sudah tidak ada gunanya lagi.. Makanya sebelum  "sesuatu" itu berlaku, beringat-ingatlah kita. Tak gitu?

Okey lah, sekian tazkirah utk hari ni yer kengkawan...salam sayang semua..mmuah...




Saturday, April 9, 2011

Mama sakit nak.....

Masuk hari ni dah 3 hari mama demam on and off, biasanya petang dan malam demam tu datang ditambah dengan kepala yang sangat sakit...Demam mama demam bersebab. Oppps..bukan seperti di fikiran puan2 yer...tidak,mama tidak mengandung....Harap2 kalau nak mengandung lagi pun tunggu adik Qaid besar sikit....

 Macam Qaisara dulu mama memang takde guna apa2 perancang keluarga kecuali sebulan yang pertama, tp pastu belasah jer..takde guna sebarang ubat..Sebab masa tu Qaisara is all alone at home, so kononnya nak bagi adik utk dia cepat2..kesian sgt tgk dia main2 sorang2 time tu...

Bulan pertama pas bersalin Qaisara tu mama makan pill noriday, sbb pil ni tak mengurangkan susu ibu, cuma masalahnya pil ni tak boleh terlewat makan ..kalau dah biasa makan kul 8 malam, esoknya pun mesti kul 8 malam...And that's the problem..sebab mama memang pelupa kalau bab2 nak makan ubat ni...tak penahnya makan ubat dengan betul..kalau time pregnant tu beriya suruh patient makan vitamin dengan betul, tp mama sendiri...hampes....memang tak compliance langsung!! Pill noriday tu bukan setakat lewat 1,2 jam, langsung tak makan pun ada. So failed!Baik takyah makan kan, wat period jadi tak menentu jer...

Sekarang ni pas adik qaid, mama ada guna ...tp cerita detail tentang perancang keluarga ni nanti dulu...hari ni sebenarnya nak ceta bab demam.

Demam ni disebabkan adanya satu ketulan yang sgt sakit pada mama punya cik B. Taktau kenapa leh jadi mastitis pulak ni...padahal mama dah selalu mengepam susu (kecuali malam la selalu ngelat, malas nak bangun, harapkan adik atau kakak jer yang hisap.)

Dalam 3 hari ni, setiap malam mama akan sakit kepala sangat2..nak nangis pun ada, tambah2 bila kakak sepahkan barang penuh satu umah, tak berkemas, dan adik pulak melalak2 sejam dua time nak tido malam..dengan mama yang sakit kepala...any help?? Cuba ajak adik tido awal malam ni sbb tak tahan sakit kepala dan penatnya tapi nangis2 plak si kecik ni takmo dok dalam bilik, bawak keluar tgk tv ok plak...sampai la dia ngantuk sendiri depan tv tu...

Dah adik tido, kakak plak ngamuk nak nenen jugak. mama ajak tido dalam bilik, pun sama, nangis2 takmo tido kat bilik.,nak nenen kat depan tv..huh..mama biarkan jer...last2 mengalah juga dia, masuk tido sama mama.

Tapi tu lah..sakit2 pun gi keje juga...disebabkan tanggungjawab pada kerja, dan sakit2 pun sendiri juga jaga babies ni...disebabkan tanggungjawab pada anak2, ngantuk dan sakit pun tahankan jer...
Kalau patient datang klinik selsema sikit pun sibuk nak minta mc..tak paham....mudah sungguh...

  Harap2 mastitis ni akan segera berakhir...kalau tak kena gi jumpa surgeon ni, takut dah jadi breast abscess...aduh...takuttt!!Nauzubillah....

 Demi anak2 ku ini, sembuhkan lah aku Ya Allah....






Monday, April 4, 2011

Susu Merudum?

Minggu lepas mama dapati sedikit perubahan pada kuantiti susu yang terhasil. Jika sebelum ini sekali perahan mama boleh dapat around 5-6 auns, hari2 dalam minggu lepas, nak dapatkan 3 auns pun susah, nak dapat 4 tu berjam menunggu. 
Masa tu dah rasa risau sangat..apasal jadi camtu. Rasa breast penuh jer sebelum sesi perahan, tp bila perah, susah nak capai target..
Oh apa dah jadi? Susu dah tak banyak ker..apsal? Padahal mama rajin jer ngepam. Pam rosak ker? Aduh...
Petang tu time memerah kat umah, mengadu dengan papa...
Papa check pam ...tengok2 rupanya getah kecil pada pam tu dah terkoyak..patutlah bila perah macam takde kesan hisapan langsung...
Tak sangka benda sekecil tu pun ada function...Nasib baik ada getah spare...Bila ditukar getah tu, automatik kesan vacuum dan hisapan menjadi seperti asal..Alhamdulillah....
Hurm..nak kena gi cari spare lagi ni...takut2 terkoyak lagi tengah malam kan susah....Ada la alasan nak ajak papa gi jusco lagi nih..hihi....
yang putih tu la yang terkoyak tu..so ia hilang fungsinya sebagai valve