Thursday, December 23, 2010

Kisah Kelahiran Saya :: by Qaid Mukhlis

Salam semua...
Hari ni Qaid nak cerita tentang kelahiran saya (seperti yg diceritakan oleh mama saya)

22 Ramadhan = 1 September 2010
 Hari ni saya telah berada dalam perut mama selama lebih kurang 24 minggu+
Entah kenapa, suddenly mama got PV staining. Tapi sebab sedikit, mama just ignore it and go to work as usual.

23 Ramadhan=2 Sept 2010
Mama still got PV staining. Still mama ignorekan jer dan work as usual. In fact today mama kena ke mesyuarat and presenting cases in front of the boss. Ada org tegur mama kelihatan pucat dan nampak penat tapi mama senyum jer..

24 Ramadhan =3 Sept 2010
PV staining mama dah jadi PV bleeding..bertambah banyak. Mama on leave today, tp still buat kerja macam biasa, mengemas dapur, dan bercadang mengemas bahagian atas rumah. Yer lah...kan next week nak raya! Tp nampaknya PV bleeding semakin banyak and mama start to worry.

25 Ramadhan = 4 Sept 2010
Hari ni PV bleeding mama semakin banyak, ditambah dengan perut mama start sakit, just like a mild contraction pain.
Saya kat dalam perut mama, masih aktif bergerak dan menendang perut mama. Hari ni, disebabkan adanya contraction pain, papa bawa mama ke hospital (HSIJB).
Kat sana mama dilihat oleh seorang doktor pelatih (HO) dan sorang doktor (MO). Diaorang just wat scan and informed that mama's placenta is low lying, causing the PV bleeding. And frustrating thing is they didn't do the CTG (cardiotogograph) to detect any contraction. So mama was allowed home and adviced for bed rest.

26 Ramadhan=5 Sept 2010
Hari ni perut mama semakin sakit, contraction even more frequent, and it makes mama worry so much, that brought mama to Hospital Penawar. There mama was seen by the O&G Specialist (Dr Suhaimi) and he gave mama medication to stop the contraction and pain. Mama was admitted for bed rest in the hospital.  For the very first time mama tinggalkan kakak Qaisara, and misses her so much.

27 Ramadhan=6 Sept 2010
Contraction semakin kurang, however the bleeding still continues. Mama just have a good rest in the hospital. Mama cakap saya kat dalam perut masih bergerak aktif ketika ini.

28 Ramadhan= 7 Sept 2010
Hari ni sakit perut mama dah hilang, dan PV bleeding pun dah berkurang walaupun tak hilang terus. Since lagi 2 hari adalah hari raya, the doctor allowed mama to be discharged around 2pm. Alhamdulillah. However around 6pm, the contraction pain felt again. Mama tahankan lagi, dan papa ke tempat kerja seperti biasa. Malam: sakit mama bertambah2 dan papa terpaksa dipanggil pulang. Papa sekali lagi menghantar mama ke Hospital Penawar dan sekali lagi mama ditahan di ward. Kakak Qaisara papa tinggalkan di rumah baby sitternya, mamaLin.
Di ward, sekali lagi doctor cuba memberi ubat penahan sakit serta penghilang kontraksi. Namun, sepanjang malam itulah mama terus-terusan kesakitan.


29 Ramadhan = 8 Sept 2010
         Pagi, lebih kurang jam 6am, sakit mama tidak tertahan lagi. Dan darah membuak-buak keluar hinggakan mama fikir saat untuk mama di dunia ini tinggal sekejap cuma lagi. Sempat mama panggil papa dari tempat kerjanya dan sempat mama hantarkan pesanan ringkas agar  mak dan ayah mama mengampunkan dosa mama, serta menitipkan pesanan agar menjaga anak-anak mama jika mama yang pergi dulu.
        Sebab mama sangat tahu tentang komplikasi bila low lying placenta seperti mama mengalami pendarahan serius, kadang-kadang memang mengundang maut. Doktor yang kebetulan baru saja pulang ke rumahnya setelah selesai kesnya di hospital ini segera bergegas kembali lagi untuk melihat keadaan mama.
Melihatkan keadaan mama yang agak serius ketika itu, the doctor decided to refer mama to government hopsital.  ** ini amalan biasa yer, bilamana hospital swasta seperti melihat pesakit tidak punya harapan lagi, akan segera dihantar ke hospital kerajaan, kerana servis dan kepakaran di hospital kerajaan memang tiada tandingan.**

Ketika ini, kata mama,denyut nadi serta jantung saya di dalam perut mama tidak lagi dapat dikesan. Dan ketika mama akan diangkat ke stretcher ambulan itulah, mama dapat merasakan kehadiran saya di pintu rahimnya yang sudah segera ingin keluar. Ketika itu, kata mama. mama tinggal pasrah pada apa jua keadaan anak mama ini, kerana mama memang sangat tahu semua komplikasi bagi bayi premature seperti saya.

Dan seperti yang tertulis di daun masa, tepat jam 6.25 pagi 29 Ramadhan itu, lahirlah saya, Qaid Mukhlis bin Zaidi.

Segera saya dipindahkan ke hospital kerajaan kerana kelengkapan yg lebih baik serta kepakaran yang ada di sana dalam menguruskan bayi pramatang seperti saya. Namun doktor pakar kanak2 yg bertugas di Penawar itu juga sesungguhnya telah berusaha agar saya dapat diselamatkan. Beliau sendiri yg mengiringi saya hingga sampai ke hospital HSAJB.

Sesungguhnya, kelahiran saya memang tidak mama jangka, namun takdir yg tertulis buat saya adalah begini. Takdir seterusnya sepanjang perjalanan hidup ini masih dalam rahsia  Ilahi. 
Kata papa, birthday saya cantik nombornya, 080910.
**oh yer, papa kenalah keluarkan satu lagi zakat fitrah untuk saya! Lagi 2 hari kan hari raya. !!***

Kata mama lagi, syukur sesungguhnya pada Allah kerana terus mengizinkan saya bernafas hingga saat ini, dengan sedikit komplikasi yang saya alami. Mengikut rekod (kalau tak silap mama, bayi pramatang yang direkodkan hidup di Malaysia adalah dari umur 24 minggu , dan saya adalah salah seorang dari mereka) (means belum ada bayi yang lahir sebelum 24 minggu yang survive).


Istilah perubatan yang mama dan saya guna di dalam entri ini ::

1) PV Bleeding - Per vaginal bleeding = orang biasa selalu cakap "turun darah".
2) Contraction pain - sakit berirama yang datang ketika akan bersalin
3) Placenta -uri
4) CTG -Cardiotocography -sejenis alat yang dipasang di perut ibu hamil bagi mengesan kehadiran jantung bayi dan juga contraction.
5) O&G Specialist - Obstetric and Gynaecology  Specialist- Pakar sakit puan dan perbidanan.
6) 24 minggu kehamilan = 6 bulan
7) HO- House Officer  = doktor pelatih (1st year bekerja dipanggil HO, menjalani training sambil bekerja yang dipanggil housemanship)
8) MO- Medical Officer = pegawai perubatan (after completed the 1st year housemanship)

 **********************************************************************************

Oh yer...kenapa saya cerita semua ini hari ini? Sebab hari ni, 23.12.2010 adalah hari due date saya.  Kata mama, hari inilah tarikh jangka kelahiran saya yang sebenar!!

2 comments:

hannamonts said...

assalamualaikum mamaq,
saya nak tnya qaid lahir prem adkh sbb mama berpuasa semasa kandungan 22 ke 24 mgu tu? berpuasa menjadi antara penyumbang ke kelahiran prem?

Mama3Q said...

salam..maaf puan terlambat....saya rasa puasa bukanlah penyebab prematurity. Ramai org berpuasa dan bayi mereka takde apa2. Anak pertama saya dan ketiga cukup usia kandungan (term)dan saya berpuasa bagi kedua2 kandungan yg term itu. Antara punca penyebab berlaku premature adalah kekurangan Hemoglobin (Hb) atau disebut anemia, berat badan ibu yang kurang, atau jangkitan kuman dalam air kencing. Dalam kes saya sukar ditentukan kerana saya ada bnyk factor risiko spt anemia, keputihan yg teruk dan pendarahan akibat uri di bawah.