Anaemia.
Cerita tentang Qaid Mukhlis lagi...semalam berderau darah mama bila nampak ada call dari hospital. Rupa2nya the doctor want to get my consent to transfuse blood for Qaid as his hemoglobin was only 7.9gm%. Kesian anak mama, masuk kali ni, dah 3x dia memerlukan pemindahan darah..moga tiada sebarang komplikasi dari blood transfusion ni...
ROP
Hari ni, (24/11/2010), pagi2 lagi mama, papa, qaisara and achik (adik mama) bertolak ke hospital. Today he will be seen by ophthalmologist (pakar mata)..sedih juga mama dengar berita mata Qaid memerlukan rawatan laser to prevent the retinopathy of prematurity (ROP) progress further... sekarang ni dia di stage 3 of the disease, with plus disease. Pembedahan akan dijalankan sebaik sahaja ventilator available, sebab lepas pembedahan nanti mungkin dia memerlukan ventilator support sekejap..kerana pembedahan laser ni akan dijalankan under general anaesthesia ( bius penuh).
Doa mama sekeluarga, laser treatment ni akan stop the disease progression, dan menghindarkan komplikasi2 yang tidak diingini, terutamanya blindness... Ya Allah, padaMu kami serahkan jiwa dan raganya, hanya Engkaulah Penyembuh....
Hari ni, for the first time ever, mama berpeluang mendukung sendiri qaid mukhlis, selepas 78 hari kelahirannya, dan mama berpeluang mencium pipinya yang semakin mungel itu... Alhamdulillah...syahdunya rasa hati...kesian anak mama ni, selama ni mama cuma berpeluang pegang dia dari tingkap inkubator..
Peluang ni mama dapat bila qaid mukhlis dibawa ke klinik mata utk pemeriksaan oleh doktor pakar...pertama kali dia dibawa keluar dari ward icu yg didiaminya...pada mulanya mama terlewat sampai ke ward, tengok inkubatornya dah kosong, rupanya ada nurse yg ditugaskan bawa dia ke klinik dah sampai ke sana lebih awal...bergegas mama ke klinik, menempuh lautan manusia (ramainya masyaAllah!!...)...kat sana mama lihat nurse tersebut sedang mendukung qaid di celah ribuan manusia...Ya Allah...takutnya mama lihat bila qaid ter-expose sebegitu rupa.., dicelah2 manusia yang ramai, ada yang terbatuk2 (tanpa mengikut etiket yang sepatutnya iaitu menutup mulut bila batuk)...mama takut sistem imunnya belum kuat..Ya Allah, hindarkan qaid daripada sebarang jangkitan kuman...terutamanya bila dia perlu dioptimisekan sebaik mungkin sebelum laser treatment nanti...
DOA KESEMBUHAN
DOA untuk Kesembuhan dari sakit... (mama petik dari blog UZAR)
رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة (رواه البخاري)
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibu bapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)
أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ
Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan"
Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna biru :
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari. ( Riwayat Muslim)
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Imam Ibn Qayyim berkata “dari kaedah pelindung dan penyembuh dari hasad mata dan yang sepertinya adalah membaca dau Qul ( Surah An-Naas dan Al-Al-Falaq) dan Al-fatihah, ayat Kursi dan lain-lain doa dari hadis nabi” iaitu antaranya seperti di atas. (At-Tibb al-Nabawi, hlm 168)
Semoga sakit yang dideritai beransur sembuh. Termasuklah penyakit malas solat, panas baran, ketagih porno dan sebagainya. Cubalah amalkan doa-doa di atas juga.
Sekian
(Zaharuddin Abd Rahman)
No comments:
Post a Comment