Sepanjang perjalanan dari Ot ke ward tu Qaid diambubag oleh seorang doktor sehingga sampai ke ward dan disambungkan ke ventilator. Kesian sangat mama tengok Qaid hari ni, dengan matanya ditutup dengan plaster after the operation, dengan tiub intubation (ETT tube) pada mulutnya, buat mama sedih.. Moga2 Qaid cepat sedar dari biusnya dan dapat segera dibuka tiub yang menyambungkan paru-parunya dengan mesin ventilator tersebut. (dapat diextubate segera).
Mama bacakan Yasin di sisi Qaid, dengan harapan dia mendengar dan menguatkan semangatnya utk pulih dengan cepat.
Pada Ilahi mama pohonkan agar Qaid pulih dengan sempurna, sempurna penglihatannya, pendengarannya, akal fikirannya serta semua anggota tubuhnya. Mama pohon agar dia dihindarkan daripada segala kecacatan dan kekurangan... Aminn...
Istilah
Endotracheal intubation - di mana satu tiub (ETT tube) diletakkan di trakea melalui hidung atau mulut, bertujuan membuka jalan pernafasan (airway) untuk memberikan oksigen, ubatan atau ubat bius dan membantu pernafasan. Kadang2 dilakukan utk mengeluarkan bendasing di dalam saluran pernafasan.
Tiub ini biasanya akan disambung ke mesin ventilator (mesin bantuan pernafasan).
--dalam kes Qaid, dia perlu diberi bantuan pernafasan ini kerana tidak mampu bernafas sendiri selepas dibius seluruh badan.
***Extubate- tiub dicabut bila pesakit mampu bernafas sendiri..
Alhamdulillah, selepas 2 jam, Qaid sudah memberikan respons bila mama menyentuh tangan dan kakinya. Qaid menggenggam jari mama, dan melarikan kakinya bila digeletek mama. Qaid juga sudah menggeliat, lenguh agaknya selepas beberapa jam ditidurkan dalam satu posisi. Harap2 malam ni Qaid dapat di extubate, dan dapat memulakan semula feedingnya selepas berpuasa sejak pukul 2 pagi tadi. Mama nak dia cepat besar dan balik rumah. Harap2 lepas ni tiada lagi sebarang masalah kesihatan pada diri Qaid, insyaAllah.
1 comment:
Amiiinnnnnnn !!
Post a Comment