Tuesday, May 10, 2011

Finally....at the age of 8 months.....

Semalam genap 8 bulan usia Qaid Mukhlis...sejak dilahirkan pada 8/9/2010 yang lalu. Terasa macam baru sangat lagi, mama sakit2, keluar darah membuak2....dan akhirnya tanpa diduga dan tanpa disangka2 Qaid keluar macam tu ajer......mama pernah ceritakan semua ni dalam ni kisah-kelahiran-saya-by-qaid-mukhlis.

Walaupun Qaid dah 8 bulan, tapi untuk perkembangan , gross motor, social dan sebagainya, akan dikira dari tarikh dia sepatutnya lahir iaitu "corrected age", dan corrected age Qaid Mukhlis sekarang adalah lebih kurang 5 bulan. Sejak beberapa minggu yang lalu Qaid memang asyik mengiring2, cuba untuk meniarap....dan cuti Hari Buruh yang lepas, makin kuat dia mengiring sambil terjerit2, sampai kadang2 mama geram tgk sikit lagi dia nak meniarap, mama tolong tolakkan punggung dan tangannya supaya dia meniarap betul2...hahaha.....mama yang tak sabar actually.

Dan hari ni (9/5/2011), alhamdulillah akhirnya dia dapat meniarap di usianya 8 bulan ini...bersorak2 happy kakak Qaisara tgk adik dapat meniarap...sbb sebelum ni dia asyik dok ngajar adik macam mana nak meniarap...kakak cakap " pusing dik, pusing"....hehe, bagi semangat kat adik la konon......bagus kakak ni tau..

Kalau ikutkan kakak dulu, belum 3 bulan kakak dah pandai meniarap. Untuk adik, walaupun hanya pada umur 8 bulan atau corrected age 5 bulan, baru dia dapat meniarap, mama  dah sangat2 bersyukur.....sebab meniarap ni adalah step terpenting dalam perkembangan gross motornya...

InsyaAllah pasni adik menyusur, merangkak dan duduk cepat2 yer dik....kalau dah dapat berjalan mama leh berikan qaid adik lagi, insyaALLAH....hehe...

Punya la excited dapat meniarap, dalam tidur pun dia leh pusing dan meniarap....tgk lah picture tu.....huhu...jangan wat gitu lagi lain kali dik...



Ni sebulan yang lepas, lum pandai meniarap tp kepala masa ni dah agak kuat

Ni pic mlm ni, 9/5/2011 ....ter-meniarap waktu tidurnya...isk...

2 comments:

Izza - Jiejah said...

ahahahaha comelnya ..
tp mmg la kan , bila anak dpt 1 step ..mak yg over lebih .
adeel pun dah pandai meniarap at 3 1/2 month ..cute sgt nmpk dia tergolek hihihi

Mama3Q said...

tu la jiejah..best kan..ni tak sabar nak tgk dia menyusur plak