Qaid sekarang berusia hampir 9 bulan, corrected age 5 bulan..
Start ahad lepas mama dah startkan Qaid makan bubur nasi yang diblend..Alhamdulillah berselera dia makan, dan boleh tolerate well, takde sembelit dan sebagainya.
Untuk anak2 mama, mama memang tak kasi makan nestum atau bijirin2 segera yang terdapat di pasaran. Kakak dulu pun cuma makan nasi dan bubur jer...(Katanya nak yang fresh, tanpa pengawet dan dimasak sendiri kan).
2 hari lepas bawak Qaid jumpa Paediatrician yang menjaganya di ward dulu (Dr Nisah).
Perkembangan Qaid sekarang:::
Berat : 5.5kg (Lahir 725gm), masih di bawah lowest centile, tp following his graf, so ok la tu....
Panjang : 60cm (Lahir 30 cm)- dah 2x ganda, dah panjang la dik....
Ukur lilit kepala : 40cm (Lahir 21cm)
Paediatrician berpuas hati dengan Qaid, sbb Qaid dah boleh meniarap, berpusing bila dipanggil nama, dan matanya mengikut objek 180 darjah. DIa juga boleh senyum dan ketawa mengekek2 bila diagah...
Lepas tu ambil vitamin2 untuk adik, then balik. Balik tu kami singgah di hospital swasta tempat Qaid lahir dulu, jumpa pakar paed swasta lak...
Hehe..bukan tak puas hati dengan pakar paed kerajaan tadi, tapi sebab nak ambil injection Pneumococcal. Injection ni takde dalam schedule kementerian kesihatan yang free tu, so ibubapa yang rasa nak bagi tu kena gi ambik kat swasta. Harganya RM335...(mama pakai kad jer la, tak bawak cash).
Injection Pneumococcal ni important actually, untuk melindungi baby dari bakteria Pneumococcus (Streptococcus pneumoniae), sejenis bakteria merbahaya yang boleh menjangkiti otak (Meningitis) dan selaput otak (Encephalitis) pada bayi dan kanak2 kecil. Meningitis dan encephalitis boleh membawa kecacatan otak kekal, so nauzubillah...Bakteria ini juga boleh menyebabkan radang paru2 (Pneumonia) dan bakteria dalam darah yang boleh membawa kematian (Bacterimia).
Ada 3 dose kena ambil, so bulan Julai nanti Qaid kena lagi, then 3rd dose masa umur setahun 3 bulan, InsyaAllah, so mama kena prepare duit la ni...Kakak dulu pun ambik, tapi baru 2 dose, pastu mama dah defaulted , 3rd dose nya belum lagi....
Alah, apalah sangat duit tu berbanding kesihatan anak2 tersayang kan..Dalam hal ni mama memang tak berkira dengan duit, asalkan anak2 sihat dan terhindar dari penyakit merbahaya. Walaupun vaksin ni mungkin tidak melindungi dari semua bakteria dan penyakit lain, tapi sebagai satu usaha, dan tawakal, apa salahnya berbelanja lebih sedikit kan. Selebihnya kita serahkan pada Allah Yang Maha Kuasa....
Oh yer...kakak plak dah 5 hari demam, dan on antibiotik tapi still tak ok. Dah 2 hari berturut2 mama bawa dia ke klinik ambil darah fbc, takut2 denggi. Hari pertama tu low sikit plateletnya, hari kedua alhamdulillah ok. Hari first kakak rilex jer, tp hari kedua dah tau bilik tu tempat ambil darah, dia dah start merengek takut bila nampak klinik dan bilik tu... Nasib baik masa cucuk dia tak meronta, so sekali cucuk jer dah dapat. Sepanjang 2 hari ni asyik bercerita :: "Kakak cucuk, darah, sakit"
Waktu mama update blog ni, kakak temankan mama sambil dia khusyuk tgk ceta hindi lama kat ch108. Tadi masa mama rebus botol2 susu adik dan dia, dia sibuk buat2 masak, habis diangkut pinggan mangkuk ke depan... Hai kakak, kakak....Demam-demam pun bangun kul 3-4 pagi pun sibuk masak tau....huhu...
Kaylah mama dah ngantuk...daa....

No comments:
Post a Comment