Sunday, May 29, 2011

After 34 years of age.....

1977.....29 Mei, hari bersejarah bilamana mama dilahirkan (cewah...bersejarah la sangat...)...alhamdulillah..
Berjaya meminum susu ibu selama hampir 5 atau 6 tahun...terima kasih mak!...alhamdulillah....
Membesar dengan sihat bagai juara, penuh kasih sayang mak dan ayah yang kini sudah meningkat usia...alhamdulillah...
1984-1994- Berjaya mengharungi alam persekolahan dan setiap peperiksaan with flying colors...alhamdulillah
Dikelilingi kawan2 yang mewarnakan perjalanan sebuah kedewasaan...menceriakan hari-hari dalam kehidupan...alhamdulillah....
1997-2002 Berjaya menempatkan diri di IPTA dalam jurusan yang agak mencabar...alhamdulillah...
Berjaya pula menempuh setiap profesional exam dengan jaya, tanpa sebarang extention..alhamdulillah....
2002 Berjaya menggenggam apa yang dinamakan ijazah....alhamdulillah
2002 Berjaya mendapat kerja hampir dengan rumah ( 4 jam perjalanan tu kira hampir la kan?)..alhamdulillah..
2002 Mengenali seorang  lelaki yang kemudiannya buat aku jatuh cinta separuh mati...alhamdulillah...
2002-2008 Mengharungi suka duka bercinta selama 6 tahun, biar penuh air mata, ada bahagianya..alhamdulillah
2008 Akhirnya takdir menyatukan...alhamdulillah....
2009 Lahirnya permata hati mama dan papa..Qaisara Nur Damia yang membahagiakan..alhamdulillah
2010 Lahir pula manikam sukma belahan jiwa mama dan papa, Qaid Mukhlis....alhamdulillah....

Hidup ini memangnya pendek, walau terasa panjangnya....

Walau penuh onak dan duri, semuanya akan terasa bahagia dan manisnya bila ada syukur dalam diri...

Tuhanku.....
Thank you ALLAH for all the kindness, every breath that i take, every moment  I live my life, every single thing U gave to me, tidak cukup satu pengucapan syukur atas apa yang telah KAU limpahkan padaku..

Ampunkan daku bilamana aku terlalai dan teralpa...lorongkan aku untuk sentiasa di jalan MU... jangan kau tarik nikmat hidayah dan iman yang Kau kurniakan buatku...

Ya Allah yang Pengasih dan Penyayang...
Ampunkan dosa kedua ibu bapaku dan kasihani mereka sepertimana mereka mengasihi aku sewaktu kecilku, berikan mereka kesihatan yang baik dan umur yang panjang di dalam ketaatan kepadaMU, lindungi mereka dari segala penyakit dan marabahaya....

Ya Allah..kau lindungilah diriku dan suamiku dari segala bahaya dan maksiat...
Kau lindungilah anak-anakku dari segala marabahaya dan kesakitan...
Jadikan mereka anak-anak yang soleh dan solehah yang bijak, berjaya dunia dan akhirat...

Ya Allah yang Maha Pemberi rezeki...
Jika rezeki kami masih di langit, turunkanlah, jika masih di darat keluarkanlah, jika jauh dekatkanlah, jika haram, halalkanlah...
Murahkan lah rezeki kami sekeluarga....
Aminn ya Rabbal Alamin...


de alma mater......
Congrates!! U are graduated!!!
Blessed with a good , but yet challenging job



First posting di sini...2002









Blessed with a good and loving husband, a beutifull marriage..


Blessed with a cute princess...







Blessed with a handsome prince charming

p/s :::::  "" Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Q.S. Ar-Rahman 55:1-13)""
THANK YOU ALLAH....






Saturday, May 28, 2011

Qaid at 8 months ++

            Qaid sekarang berusia hampir 9 bulan, corrected age 5 bulan..
Start ahad lepas mama dah startkan Qaid makan bubur nasi yang diblend..Alhamdulillah berselera dia makan, dan boleh tolerate well,  takde sembelit dan sebagainya.

Untuk anak2 mama, mama memang tak kasi makan nestum atau bijirin2 segera yang terdapat di pasaran. Kakak dulu pun cuma makan nasi dan bubur jer...(Katanya nak yang fresh, tanpa pengawet dan dimasak sendiri kan).

2 hari lepas bawak Qaid jumpa Paediatrician yang menjaganya di ward dulu (Dr Nisah).
                                   Perkembangan Qaid sekarang:::
Berat : 5.5kg (Lahir 725gm), masih di bawah lowest centile, tp following his graf, so ok la tu....
Panjang : 60cm (Lahir 30 cm)- dah 2x ganda, dah panjang la dik....
Ukur lilit kepala : 40cm (Lahir 21cm)

Paediatrician berpuas hati dengan Qaid, sbb Qaid dah boleh meniarap, berpusing bila dipanggil nama, dan matanya mengikut objek 180 darjah. DIa juga boleh senyum dan ketawa mengekek2 bila diagah...

Lepas tu ambil vitamin2 untuk adik, then balik. Balik tu kami singgah di hospital swasta tempat Qaid lahir dulu, jumpa pakar paed swasta lak...
Hehe..bukan tak puas hati dengan pakar paed kerajaan tadi, tapi sebab nak ambil injection Pneumococcal. Injection ni takde dalam schedule kementerian kesihatan yang free tu, so ibubapa yang rasa nak bagi tu kena gi ambik kat swasta. Harganya RM335...(mama pakai kad jer la, tak bawak cash).

Injection Pneumococcal ni important actually, untuk melindungi baby dari bakteria Pneumococcus (Streptococcus pneumoniae), sejenis bakteria merbahaya yang boleh menjangkiti otak (Meningitis) dan selaput otak (Encephalitis) pada bayi dan kanak2 kecil. Meningitis dan encephalitis boleh membawa kecacatan otak kekal, so nauzubillah...Bakteria ini juga boleh menyebabkan radang paru2 (Pneumonia) dan bakteria dalam darah yang boleh membawa kematian (Bacterimia).

Ada 3 dose kena ambil, so bulan Julai nanti Qaid kena lagi, then 3rd dose masa umur setahun 3 bulan, InsyaAllah, so mama kena prepare duit la ni...Kakak dulu pun ambik, tapi baru 2 dose, pastu mama dah defaulted , 3rd dose nya belum lagi....

Alah, apalah sangat duit tu berbanding kesihatan anak2 tersayang kan..Dalam hal ni mama memang tak berkira dengan duit, asalkan anak2 sihat dan terhindar dari penyakit merbahaya. Walaupun vaksin ni mungkin tidak melindungi dari semua bakteria dan penyakit lain, tapi sebagai satu usaha, dan tawakal, apa salahnya berbelanja lebih sedikit kan. Selebihnya kita serahkan pada Allah Yang Maha Kuasa....

Oh yer...kakak plak dah 5 hari demam, dan on antibiotik tapi still tak ok. Dah 2 hari berturut2 mama bawa dia ke klinik ambil darah fbc, takut2 denggi. Hari pertama tu low sikit plateletnya, hari kedua alhamdulillah ok. Hari first kakak rilex jer, tp hari kedua dah tau bilik tu tempat ambil darah, dia dah start merengek takut bila nampak klinik dan bilik tu... Nasib baik masa cucuk dia tak meronta, so sekali cucuk jer dah dapat. Sepanjang 2 hari ni asyik bercerita :: "Kakak cucuk, darah, sakit"

Waktu mama update blog ni, kakak temankan mama sambil dia khusyuk tgk ceta hindi lama kat ch108. Tadi masa mama rebus botol2 susu adik dan dia, dia sibuk buat2 masak, habis diangkut pinggan mangkuk ke depan... Hai kakak, kakak....Demam-demam pun bangun kul 3-4 pagi pun sibuk masak tau....huhu...
Kaylah mama dah ngantuk...daa....







Monday, May 23, 2011

Geramnyer......grrr....... dan rencam cerita...

Dah beberapa hari ni mama asyik bertangguh nak update blog ni...walaupun tak ramai pembacanya, tp every moment yg mama coretkan adalah diari mama sendiri...so important tau update blog ni...
Seminggu lepas di kampung, line broadband ni tak bagus sgt, so memang takde chance update..balik rumah kemudiannya, asyik tertido awal dengan anak2, so tak terupdate juga..sedangkan rangka dan segala isinya dah dalam kepala..
Banyak yang mama nak ceritakan, banyak juga picture tersimpan dalam kamera mama yang belum sempat dicopy ke dalam laptop ni...
Alih2 petang tadi, entah macam mana punya reset, mr papa telah terdeletekan semua picture yang ada dalam kamera mama....aduh...gerammmmm......
Byk info berguna yang mama dapat ekoran dari mental health convention yang mama sertai 2 hari lepas..pun hilang picturenya!! huhu..camner nak recover nih....

Lagi satu kemusykilan, blogger dot com ni ada problem eh? Mama tengok komen yang dihantar oleh najwa dan MyRule pada 12.5 yang lepas hanya appear di dashboard mama pada 21.5.2011.. apsal ek?

Oh yer..hari ni...22.5.2011, pertama kali mama kasi adik Qaid makan..teruja dia dapat makan...dah lama dok tengok org makan sampai meleleh2 air lior..hari ni alhamdulillah...Tapi mama kasi sikit jer, dalam 4-5 sudu bubur nasi yang diblend, hope adik boleh tolerate well...esok tgk camner response dia lagi....

Qaid juga dah leh pusingkan badan ke arah terlentang semula dari posisi meniarap .. dia juga dah angkat2 dada dan punggung cam nak merangkak...fuh...tak sabo mama dik...

Kaylah .....go off now...daaa.......







Thursday, May 12, 2011

Jom balik kampung!

Salam semua..
Kami akan bertolak ke Kedah sebentar lagi, insyaAllah...excited sgt....last balik bulan january lepas.....
Nak tgk baby Iman yang baru beberapa hari dilahirkan..nak tgk makayah..nak tgk tok yg dah tua tu....
Rindu!

Jumpa lagi ya kawan2...doakan kami selamat dalam perjalanan pergi dan balik....insya Allah...

Mmuaahhh.....

Tuesday, May 10, 2011

Finally....at the age of 8 months.....

Semalam genap 8 bulan usia Qaid Mukhlis...sejak dilahirkan pada 8/9/2010 yang lalu. Terasa macam baru sangat lagi, mama sakit2, keluar darah membuak2....dan akhirnya tanpa diduga dan tanpa disangka2 Qaid keluar macam tu ajer......mama pernah ceritakan semua ni dalam ni kisah-kelahiran-saya-by-qaid-mukhlis.

Walaupun Qaid dah 8 bulan, tapi untuk perkembangan , gross motor, social dan sebagainya, akan dikira dari tarikh dia sepatutnya lahir iaitu "corrected age", dan corrected age Qaid Mukhlis sekarang adalah lebih kurang 5 bulan. Sejak beberapa minggu yang lalu Qaid memang asyik mengiring2, cuba untuk meniarap....dan cuti Hari Buruh yang lepas, makin kuat dia mengiring sambil terjerit2, sampai kadang2 mama geram tgk sikit lagi dia nak meniarap, mama tolong tolakkan punggung dan tangannya supaya dia meniarap betul2...hahaha.....mama yang tak sabar actually.

Dan hari ni (9/5/2011), alhamdulillah akhirnya dia dapat meniarap di usianya 8 bulan ini...bersorak2 happy kakak Qaisara tgk adik dapat meniarap...sbb sebelum ni dia asyik dok ngajar adik macam mana nak meniarap...kakak cakap " pusing dik, pusing"....hehe, bagi semangat kat adik la konon......bagus kakak ni tau..

Kalau ikutkan kakak dulu, belum 3 bulan kakak dah pandai meniarap. Untuk adik, walaupun hanya pada umur 8 bulan atau corrected age 5 bulan, baru dia dapat meniarap, mama  dah sangat2 bersyukur.....sebab meniarap ni adalah step terpenting dalam perkembangan gross motornya...

InsyaAllah pasni adik menyusur, merangkak dan duduk cepat2 yer dik....kalau dah dapat berjalan mama leh berikan qaid adik lagi, insyaALLAH....hehe...

Punya la excited dapat meniarap, dalam tidur pun dia leh pusing dan meniarap....tgk lah picture tu.....huhu...jangan wat gitu lagi lain kali dik...



Ni sebulan yang lepas, lum pandai meniarap tp kepala masa ni dah agak kuat

Ni pic mlm ni, 9/5/2011 ....ter-meniarap waktu tidurnya...isk...

Sunday, May 8, 2011

Tak sempat beri kad ucapan.....

Sebak sangat2, menitik air mata baca berita ni...betapa kuatnya kasih seorang ibu....lambang kasih ibu yang tak pernah putus hingga hujung nyawa... moga arwah dicucuri rahmat...

 Tak sempat beri kad ucapan

KOTA BHARU: Sebelum ini, Rashidah Illiana Zamri, 7, bersama dua adiknya akan menyerahkan kad yang dihasilkan sendiri bagi meluahkan perasaan kasih sayang sempena Hari Ibu, namun semalam detik manis itu hanya tinggal kenangan, malah diselubungi suasana pilu selepas ibu mereka Rafidah Ismail, 36, maut dalam kebakaran di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, tengah hari kelmarin.
Bapa kanak-kanak itu, Zamri Hamat, 38, berkata menjadi kebiasaan setiap kali Hari Ibu, Rashidah dan dua adiknya Zaim Shahrul, 6, dan Zaim Iqbal, 2, menyediakan kad untuk ibu mereka bagi meluahkan perasaan kasih sayang.

“Sebelum ini, ada kad yang dia (Rashidah) buat di sekolah, dan ada juga disiapkan di rumah bersama adiknya, malah saya turut membantunya menyediakan kad itu.
“Kad itu akan diserahkan kepada ibu mereka sebagai tanda kasih sayang dan kami sekeluarga meraikan Hari Ibu bersama-sama. Bagaimanapun, kini semua detik manis itu hanya tinggal kenangan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Rafidah menyelamatkan tiga anaknya daripada kebakaran di rumah mereka, namun dia sendiri terperangkap selepas gagal membuka jeriji pintu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari, Rafidah sempat mengeluarkan anaknya menerusi tingkap, namun gagal keluar kerana ruang antara besi yang dibengkokkan hanya muat untuk kanak-kanak.

Difahamkan, selepas menyelamatkan anaknya, Rafidah cuba keluar menerusi pintu utama, tetapi ketika membuka jeriji pintu berkenaan kunci tiba-tiba terjatuh, menyebabkan mangsa panik dan lemas akibat asap tebal.

Selepas api dipadamkan bomba, mayat Rafidah yang bertugas sebagai jururawat di Hospital Kuala Krai ditemui rentung berhampiran pintu utama rumahnya.
Zamri berkata, dia masih terkejut dengan kejadian itu dan mendoakan semoga roh arwah isterinya dicucuri rahmat.

Katanya, dia sebak melihat keadaan tiga anaknya yang buat pertama kali tidur tanpa ditemani ibu mereka.

“Sebak apabila melihat anak malam tadi (malam kelmarin), anak bongsu (Zaim Iqbal) asyik menangis dan hanya tidur pada jam 4 pagi. Biasanya dia tidur dengan mamanya, tetapi keadaan sekarang berubah.

“Anak sulung (Rashidah) dan kedua (Zaim Shahrul) lebih banyak mendiamkan diri, mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku semalam (kelmarin),” katanya.

(Berita dari harian metro  )

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak!

Buat mak tersayang,
Jasa dan budi mak tak akan pernah terbalas walau dengan segunung intan juapun...
Mak yang tak pernah jemu menjaga, mendidik, melayan, menyayangi, menasihati, dan segala yang mak buat..demi anak-anaknya...
Mak yang tanpanya, siapalah kami ini...
Tanpanya, mungkin kami tidak di sini...tidak sekukuh ini...
Mak yang sentiasa gigih, menggalas pelbagai beban di bahunya..
Mak yang tak pernah minta jasanya di balas.
Mak yang tak tidur malam bila anaknya kesakitan.
Mak yang sentiasa cuba melindungi anak-anaknya..
Mak yang tak pernah putus doanya buat semua anak-anaknya..
Mak yang tak pernah putus asa mengharungi getir kehidupan..
Mak yang selalu tabah, sabar dan kuat..

Mak yang dia adalah wanita contoh, wanita berhati waja..
Mak yang selalu air matanya mengalir bila perpisahan melanda..
Yang selalu tak dapat menahan sebaknya bila anak-anaknya jauh darinya..
Mak yang selalu menunggu kami makan di waktu kecil dulu, sambil mendengar cerita tentang sekolah kami, tentang kawan-kawan kami...tentang cikgu kami..
Mak yang mengangkut air di perigi..

Mak yang harum badannya dengan getah skrap...
Mak yang berpeluh badannya menabur benih padi di sawah..
Mak yang miang badannya menabur baja ...
Mak yang basah bajunya menangkap ikan di bendang..
Mak yang sakit uratnya menjunjung berguni beras dahulu kala..
Mak bukan surirumah sepenuh masa, kerana kerja mak di dalam dan luar rumah itu sama beratnya
Segala yang mak lakukan, demi sesuap nasi, demi membantu sang suami.....
Semuanya tentang mak, adalah tentang kasih sayang...
Kasih mak yang tak pernah putus, hingga ke hujung nyawa...
Hanya dialah mak....
SELAMAT HARI IBU, MAK!

Wednesday, May 4, 2011

Sape cakap breastfeeding tu murah?

Yer, breastfeeding itu memang murah dan menjimatkan jika anda seorang surirumah sepenuh masa, di mana baby anda sentiasa bersama anda.
Tapi bagi mommies yang bekerja, breastfeeding sama mahalnya (atau lebih mahal) dengan susu formula.
Kenapa mama cakap gitu?

Yerlah....utk fully / exclusively breastfeed, ibu2 perlu menjadi pengepam yang tegar sewaktu di tempat kerja..
So banyak tau barang yang nak dipakai...

Kena ada semua ni:

1. Breastpump
2. Botol susu banyak2
3. Cooler bag + mesh bag
4. Ice pack
5. Steriliser
6. Bottle Warmer
7. Peti sejuk yang bagus dan luas, ataupun deep freezer
8. Susu mama
9. Vitamin tambahan buat mama
10 .Makanan harian yang seimbang buat si mama

Breastpump- Kalau nak beli pam, mesti pump yang bagus la..taknak yang cikai punya...dah sah2 kerjenya nanti lembab..

Botol susu- Kalau susu formula, cukuplah ada sebiji dua botol susu sbb leh gilir2..tp if nak simpan EBM, banyak la nak dipakai, sbb nak bekukan lagi..{Penyelesaian::leh guna plastik2 tempat simpan EBM (jimat ruang), atau nak yang murah guna bekas dadih tu..tp takleh guna lebih dari sekali, sbb dia bukan BPA-free....}


Cooler bag-nak bawak susu EBM dari tempat keje ke rumah mestilah dalam keadaan sejuk...Susu yang dah diperah, simpan dalam fridge kat tpt keje, then bawak balik guna cooler bag yang ada icepack...

Mesh bag - kat tpt keje takde tempat nak letak parts of alat2 pengepam selepas dibasuh, so nak keringkan ia, guna mesh bag dan gantung....

Steriliser- nak bersihkan botol2 yang banyak dan parts of breastpump tu, nak yang cheapskate cam mama--rebus jer atas api..malas nak beli steriliser...


Warmer -untuk panaskan EBM , dan memudahkan kerja babysitter...ni pun tak beli lagi..BS tak merungut, rasanya rendam dalam air panas pun tak susah sangat kot, tp if ada warmer lagi bagus la...

Peti ais - mesti ada freezer yang luas utk simpan stock EBM.. Kalau freezer 2 pintu, EBM leh tahan lebih kurang 3-6 bulan  , kalau deep freezer lagi lama, 6 bulan - 1 tahun.

Susu mama - lactating milk utk mama pun sangat perlu, sbb menyusukan bayi ni memerlukan keperluan vitamin dan kalsium yang mencukupi buat si ibu...tak cukup kalsium dalam badan, nanti diambil kalsium dari tulang dan gigi mama, jap lagi lom pun tua dah ada penyakit rapuh tulang (osteoporosis) atau gigi semua dah tanggal...taknak mak!

Vitamins - pun perlu, sbb keperluan vitamin kita ni kdg2 tak cukup if dari pemakanan jer...

Makanan seimbang - perlu karbohidrat, protein, fibre, garam galian, vitamin dan minerals...


Cuba kita kira berapa hengget kos semua tu..alah..sila cari harge kat butik2 OL yang byk tu (mama malas nak tolong kirakan jumlahnya)...Tp betul kan? Mahal kan kosnya?

Walau apapun, yang pasti all mommies out there setuju dengan mama, walau semahal mana pun kos yang kita perlukan untuk memperjuangkan penyusuan susu ibu secara ekslusif ini, pastinya kepuasan terasa bilamana melihat anak membesar dengan sihat, dan dapat ditunaikan hak2nya untuk menyusu seperti yang termaktub dalam Al-Quran.....

So kepada semua suami2 yang dah ringan duit takyah beli susu formula anak tu, silalah berterima kasih pada isteri anda, dan sila support sebahagian dari kos di atas yer...kurang2 pun belikanlah susu buat si mama plak.....muahaha...(peringatan untuk Mr Papa juga ..peace...)

p/s: ada lagi barang yang tertinggal ker? Rasanya mcm ada lagi ni..tp tak ingat.....



Monday, May 2, 2011

MEI itu bulan mama...JUNE itu bulan papa...

Yeah..bulan May datang lagi....
Selamat Hari Pekerja....1 Mei...semalam..baru nak wish hari ni....
Untuk semua pekerja di Malaysia termasuk juga semua surirumah sepenuh masa....anda juga adalah pekerja!!
Paling tak dilupakan buat pekerja / kuli kerajaan paling murah iaitu doktor (berbanding kumpulan profesional yang lain)...
Iaitu kumpulan yang tiada hari khusus buat mereka, seperti hari jururawat, hari guru, polis, tentera, dan sebagainya..(kerana khidmat mereka tak pernah minta diraikan dan tak pernah minta dibelikan hadiah bagai...)

Ok, berbalik kepada bulan Mei...
Bulan Mei ini bulan mama..
Ada hari ibu dalam bulan mei....
Dan yang paling best.....
Ada birthday mama dalam bulan mei..
En Suami..sila sediakan hadiah besday yang best yer ini tahun...
Saya tak mau benda yang mahal2...
Saya cuma mau benda yang ikhlas datang dari hati
Tapi takmau benda yang sambil lewa diberi, sekadar memberi tanpa ada maknanya..
Sekadar sejambak bunga sudah memadai...
Atau, kalau itu tak boleh, saya mau itu Intuition from Estee Lauder....
Kalau takde Intuition, Beyond Paradise pun ok...
Ataupun Pleasure....
Ataupun...ataupun...sebuah kamera DSLR...owh bestnya kalau dapat ni...
(Hahaha..tak mahal kan hadiah saya minta?)
Boleh tak En Suami?
Ala..demi isteri paling anda cinta apa salahnya sesekali berbelanja...
Ataupun, sila bawa saya makan2...candle light dinner kat hotel termewah kat cni....
Kita pergi romantik2 berdua jer nak?

Nanti bulan June itu bulan papa..
Ada hari bapa dalam bulan June..
Dan ada besday papa dalam June...
Nanti mama carikan hadiah besh2 tau...
(tengah kumpul duit nih, nak hadiahkan papa sebijik S40, (bila tahun nak cukup nih) )

Nak ke taknak ni?
Taknak sudah...tawaran dibuka hanya sekali
Taknak S40, mama belikan kereta Malaysia jer lah, wira jer nak tak?
Takper... June itu masih jauh...sempat lagi nak kumpul duit nih
Hahaha...wat apa kereta banyak2...cukuplah yang dah ada tu...
Baik mama belikan papa diari jer sebijik...
Agar papa tidak menjadi pelupa lagi..
Kerana selalu lupa itu sangat menyakitkan...

Tak percaya? Baca sini--> manusia-itu-seringnya-lupa.