Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.
Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.
Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.
Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...
posted from Bloggeroid
2 comments:
solat.. doa.. hafazan..
semja boleh kan?
anak saya pun ke Little Caliph..
terbaik!
yup....little caliph terbaik!
Post a Comment