Saturday, April 20, 2013

Towards Bringing up al Huffaz- Part 1

As-salam
Kekangan masa menyebabkan mama tidak sempat berkongsi di sini walaupun hati meronta-ronta untuk menulis seperti yang mama janjikan dulu, tentang kaedah mendidik anak menghafal al quran.
Terima kasih kepada Puan Lina Karim yang sudi  berkongsi di dalam seminar "kaedah mendidik al quran gaya darwish darwisha."

Bagi yang tidak berkesempatan ke seminar tersebut, sebenarnya boleh melayari blog beliau di darwisyndarwisha. blogspot.com. Banyak ilmu di sana yang boleh dikutip tentang cara beliau mendidik anak menghafal quran sedari kecil.

Apa yang mama nak kongsikan di sini bukanlah pengulangan kepada apa yang beliau sudah tulis, sebaliknya apa yang perlu dilakukan secara praktikalnya.

Mama ringkaskan dan beri kesimpulan saja stepnya ya.

Tahap 1- Umur bayi baru lahir hingga 6 bulan

-Tahap di mana bayi boleh mendengar, tetapi belum boleh melihat dengan jelas.
-Setiap hari pasangakan cd Al Quran tanpa gagal. Pengulangan setiap hari ini ini akan menyematkan bacaan tersebut dalam minda bayi, maka mudah untuk dia menghafalnya bila besar kelak kerana memori tersebut telah tersimpan dalam otaknya.
-Untuk praktisnya, beli cd surah pendek (juzz Amma) untuk diperdengarkan pada siang hari atau ketika bayi jaga, dipasang dengan jelas dan kuat. Biar satu rumah dengar lagi bagus.
- Setiap waktu terluang , pasangkan cd al quran cthnya ketika dia bermain, di dalam kereta , ketika makan dan sebagainya.
- Untuk itu, perlu ada beberapa set cd juz amma, kalau ada 2 kereta, lengkapkan kedua2 kereta tersebut dengan cd tersebut.
-Kalau boleh jangan biarkan bayi dengar lagu2 lain selain al quran. (Kalau mak ayah nak dengar radio, hanya dengar ketika kita berseorangan di dalam kereta, bukan ketika bersama anak-anak.)

-Manakala untuk malam hari ketika bayi mula hendak tidur hinggalah ke siangnya, pasangkan cd surah2 pilihan seperti alwaqiah, ar rahman yasin dan lain2. Untuk waktu malam, pasangkan perlahan-lahan sahaja (kuat sangat nanti bayi tak boleh tido pula, ataupun makayahnya yang tak boleh tido!!)

Bayangkan jika bayi baru lahir mendengar cd ini setiap hari, hingga umurnya 3 tahun dia sudah mendengar sebanyak hampir 1000 kali!
Dan ini memang amat memudahkan hafalannya nanti, insyaAllah.


Pastikan cd player anda mempunyai mode 'repeat' dan 'repeat all', repeat utk ulang satu surah pilihan yang anda nak anak hafal, atau repeat all untuk biarkan cd player ini memainkan al quran sepanjang malam sewaktu bayi tidur.

Mama beli radio cd ini-jenama philips, sebab selain ada mode tersebut, ada juga utk mp3. Harganya murah saja, rm120. Mama beli kat Courts.

KENAPA NAK MAINKAN JUGA CD SEWAKTU BAYI TIDUR???

Kerana masa sewaktu bayi mula hendak tidur adalah waktu di mana kita boleh memasukkan sesuatu di dalam minda bawah sedar mereka, dan ini juga akan meletakkan memori tersebut di dalam otak mereka.

(sama seperti ketika hendak menasihatkan anak, gunakan waktu mereka mula hendak tidur-tidur ayam itu untuk memberi nasihat kepada anak-anak atau untuk memukau suami, mereka akan lebih mudah mengikut kata....hahaha....syyy...)

Anak-anak yang menghafal dengan alquran yang sudah tertanam di dalam otak bawah sedar mereka ini  mampu menghafal sambil berbuat sesuatu yang lain cthnya mewarna dan bermain basikal (seperti adik darwish) di mana mereka tidak perlu daya tumpuan khas untuk mengeluarkan kembali apa yang sudah dihafaz, berbanding orang dewasa yang menggunakan kaedah hafalan secara biasa, mereka memerlukan konsentrasi untuk duduk dan mengeluarkan bacaannya.

So, apa lagi? Mari masukkan Al Quran ke dalam minda bawah sedar anak-anak kita!!


*** to be continued***


4 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Ye betul....nora pun ada baca blog darwishdarwisha tu..dlm tv pun ada keluar ri tu...seronok sgt...mmg selalu amal pasang quran time budak2 ni tdo tp nora guna pen quran tu..boleh pilih surah pilihan...tp sejak rosak dikerjakan ikhlas dah jarang pasang...konsisten kurang la plak...tp ajar budak2 ni mengaji sambil menghafal tiap2 hari tak miss la...Lepas baca n3 ni dah naik semangat nak konsisten balik...sofia and ikhlas pun amat minat membaca quran ni...kita parents nak kene konsisten la kan....moga usaha murni kita dipermudahkan..amin...

Mama3Q said...

alhamdulillah.moga anak2 kita akan berjaya menangkis segala cubaan dunia dgn adanya quran di dlm hatinya. mopa Allah mudahkan usaha kita,amin.

wakgelas said...

salam weekend mama doc tuu yee..,

Unknown said...

nak tny..so ,anak kecil dlm 3 or 4 bulan ni elok ke tonton kan mrk tv? mcm tgk cartoon dll? org kata bagus sbb utk perkembangan mata n otak, sbb tv ber colour..ape pndapat puan ye? tq