Sunday, May 5, 2013

Towards Bringing Up al Huffaz - Part 2

As-salam
Sekian lama asyik bertangguh, hari ni mama nak sambung cerita tentang kaedah menanam Al-Quran dalam hati anak-anak kaedah darwish darwisha. (Part 1 di sini.)
Sebenarnya penerangan Puan Lina adalah panjang lebar, begitu juga set nota yang dibekalkannya, tapi mama tulis dan olah semula mengikut kefahaman mama secara praktikalnya....

Tahap 2- Umur bayi 4 bulan ke atas. 
- peringkat di mana bayi hanya dapat melihat 3 warna sahaja iaitu merah, putih dan hitam.
- boleh mula menggunakan flash card.
- dicadangkan ada 3 set flash card yang sama, iaitu satu untuk di'flash' di depan matanya, satu untuk dipegang olehnya (atau dikunyah...hahaha,) dan satu set lagi untuk di tampal di dinding biliknya atau kawasan dia bermain.
- mula perkenalkan huruf yang 'mesra bayi' iaitu huruf alif, ba, mim, ya...
(tetapi  harus diingat jangan diperkenalkan nama huruf tersebut sebagai alif. mim dan sebagainya,tetapi perkenalkan bunyi mengikut phonic , iaitu huruf alif bertanda atas, terus dikenalkan sebagai A, Mim bertanda atas sebagai Ma....dan seterusnya. )

Flash card yang ditampal di dinding bilik belajar 2Qs....(missing Sin.)


Cara menggunakan flash card

1) Letakkan 5-7 kad yang terpilih dalam keadaan terbalik dan siap sedia untuk diflashkan.
2) Dengan bayi berdekatan, pegangkan satu kad dalam 10-15 saat.
3) Pandang mata bayi dan biar dia lihat mulut anda menyebut huruf tadi dengan bulat.
4) Lakukan ini 1-2 kali sehari.

**Bayi sememangnya belum pandai mengulangi apa yang kita tunjukkan, tapi percayalah dia akan menyimpan semua memori itu di dalam otaknya. Dan bila tiba waktunya, dia akan menyebut semua huruf2 itu bila pandai bercakap kelak.


** Selain itu, rangsang deria lihat anak dengan menggunakan Flash card dan TV (CD Hijaiyah 2)
Bayi akan suka serta teruja bila mendapati flash card dan apa yang ada dalam cd tersebut adalah benda yang sama. ***

Tahap 3
-Tahap setelah bayi mengenal semua huruf  flash card, di mana beralih kepada buku adalah mudah kerana bentuknya adalah sama. 
- gunakan buku 1 dan 2 dalam set Al Furqan.

-  walaupun bayi telah kenal huruf2 di dalam buku 1 melalui flash card, tetapi teruskan mengajar anak dengan menggunakan buku, kerana inilah permulaan untuk mengajar mereka menggunakan buku, bukan lagi flash card.
- Ajari mereka apa itu maksudnya Atas, Bawah dan Depan.
- Buku 3 dan seterusnya mungkin lebih sukar bagi bayi, maka ibu bapa perlu lebih bersabar ketika ini, dan sebaiknya ibubapa baca, anak mengikut.
 (buku 3 ada huruf bersambung serta pengenalan tanwin dan sukun).

Set Al Furqan.

Tahap 4
- seterusnya boleh diteruskan dengan set Al-Barqi (mengajar melalui lagu)
- Tips dari Puan Lina, set buku atau poster al-Barqi tu sebaiknya ibubapa phostate dan enlargekan sebelum mula mengajar, dan apabila dipasang cd al Barqi itu, boleh tunjukkan buku atau posternya. 

Set Al Barqi, ada 2 vcd. (mama belum pernah buka lagi..huhu)
Muqaddam Al Furqan

Tahap 5 - Tahap hafalan
- Bila boleh mula mengajar hafalan?
- Iaitu bila mereka sudah kenal tetapi masih belum lancar, atau bila mereka tahu membunyikan perkataan walaupun kadang-kadang salah.
- Belajar membaca dan menghafal serentak membantu melancarkan bacaan kanak-kanak,sebab itu tidak perlu menunggu kanak-kanak lancar membaca untuk mula menghafal.

Faedah mengajar membaca hingga lancar
- dapat membiasakan anak dengan huruf hijaiyah bersambung.
- membantu kita mengajar mereka sebutan perkataan secara logik, berbeza dengan hanya mengajar mereka menghafal semata2.
- Sekiranya bacaan mereka sudah lancar, langkah seterusnya iaitu menghafal menjadi mudah, selalunya SERENTAK!

***********************************************************************************
Untuk Qaisara, di sekolah qaisara telah belajar buku Iqra (yang kaler pink tu), setakat ini hingga iqra 2), maka penggunaan buku al furqan adalah mudah untuknya, kerana apa yang ada dalam buku 1 dan2 al furqan adalah lebih kurang sama dengan buku Iqra'. (So sara boleh skip the flash card, and skip buku al furqan)

Manakala penggunaaan Al Barqi pula masih belum sempat mama gunakan.....hai masa oh masa....
********************************************************************************

Setelah lebih sebulan menggunakan kaedah di part-1, alhamdulillah Qaisara setakat ini telah dapat menghafal dari surah Al Fatihah hingga al Qariah ( 15 surah), serta sedikit surah al Buruj.
Manakala Qaid Mukhlis yang premature itu alhamdulillah berjaya menghafal (dengan pelat tetapi masih difahami) dari al Fatihah hingga surah  Al Kausar ( 10 surah), dan juga sedikit surah al Buruj.

Bagaimana surah al Buruj yang panjang itu tetiba boleh diingati oleh 2Q? CD favourite kedua2 mereka adalah CD bacaan qari cilik adik Ahmad Saud.  Dan permulaan Cd tersebut selepas bacaan Azan adalah surah al buruj, maka itu mudah bagi mereka setelah setiap hari didengar.

Walaupun mereka berkebolehan menghafal dengan bagus,  bagaimana pun mama masih perlu berusaha lebih gigih untuk mengajar mereka berdua membaca (Iqra') terutama adik Qaid. Untuk kakak sara alhamdulillah bantuan guru di sekolah mengajar Iqra sangat membantu mama so mama tak risau sangat. 

CD 30 surah terakhir itulah Cd favourite mereka, mama beli masa belum kawen lagi tu...CD-Cd  ini mama pasang jika berada di tingkat atas.

Di barisan bawah adalah VCD yang dipasang di tingkat bawah menggunakan VCD player, VCD terkiri iaitu VCD Juz Amma itu sama bacaannya , oleh adik Ahmad Saud juga, cuma dalam bentuk VCD.



Satu lagi VCD Juz Amma, bacaan Misyari Rashid, agak pantas.

Alhamdulillah selesai sudah menulis ini, rasa hilang beban di bahu mama, terasa seperti ada benda yang tidak  siap selagi mama tidak menulis ini. Mama harap ilmu yang mama kutip di seminar tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pendidikan anak-anak kesayangan mama dan juga mereka yang mahu berkongsi ...insyaAllah....

Moga usaha kita ini akan diberkati Allah dan mendapat perhatian dariNYA....ameen...












8 comments:

ANAK MAMA SAYANG said...

Al barky tu ada dlm set alfurqan ke doc?

Unknown said...

As salam mama Al- Hafiz & Hafizah,

Tahniah! Seronoknya kalau dpt mendidik & mendorong anak2 begini... saya rasa semua ibubapa pun punya harapan yg sama cuma pendekatan mungkin berbeza2... Rasa nak pulang ke Malaysia sahaja bila difikirkan ttg pendidikan anak2... mungkin tidak sempurna tapi kita boleh cipta ruang & memanfaatkan peluang yg ada...

Qaid lahir 25 weeks ye...masya'Allah... semoga impian mama melihat 2Qs menjadi hafiz & hafizah dimakbulkan Allah... Ameen..

Mama3Q said...

Nora , set al Barqy tu set lain, bukan dalam al furqan.

Mama3Q said...

Marya....Qaid lahir 24 weeks+ :)..

Amin utk doanya...moga anak2 Marya pun begitu walaupun pendekatannya berbeza, insyaAllah...

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Mama 2Q..

Thanks ya for yr visiting to my blog. Yup! I'm expecting a new baby. Doakan yg baik2 yer utk Naz..

This is a very good info for sharing with others. Actually, Naz buat cam ni gak masa anak no 1 & 2 dulu. Cuma tak de lah ikut mana2 cara secara terperinci. just follow my instinct. Alhmadulillah memang berhasil. Cuma bg Naz yg lebih penting ialah konsistensi kita sendiri untuk meluangkan masa setiap hari mengajar mereka.

Unknown said...

doc..mana nak dapatkan flash kad yg berbaris tu?

Mama3Q said...

Nurihan, set berbaris tu saya beli kat kedai buku jer....

Unknown said...

Doc...mne nk dpt set al-barqi tu ye?