Sunday, November 22, 2015

Best Student of LCPG, Alhamdulillah!

Alhamdulillah
Introducing our best student of Little Caliph PG for year 2015...from 6 Mulia Pra Tahfiz...







Ya Allah, tidak terhingga syukurnya bila nama Qaisara yang diumum sedemikian tadi.
Alhamdulillah.
Pastinya tanpa bantuan guru-guru, siapalah Qaisara.

Sebuah basikal sebagai hadiah...
Terima kasih guru-guru dan Litle Caliph!!


(Haishh.....kalau tahu awal-awal  nak panggil parents ke atas pentas juga, boleh la mama mekap tebal-tebal....ahaha)....

Moga anugerah ini akan terus jadi pemangkin untuk kamu terus maju dan terus berjaya..
Berjaya dunia akhirat...
Dan berjaya menggenggam azam dan niat kamu untuk bergelar hafizah suatu hari nanti, insyaAllah...
Ameen...

Dan moga ini akan jadi pembakar semangat buat adik-adikmu jua...
Untuk perjalanan kalian yang masih jauh dan panjang,
Namun mama doakan sentiasa dipermudahkan jalan....
Ameen...

Thursday, November 19, 2015

Terima kasih guru




Hari ini hari terakhir persekolahan 2015.
Hari terakhir kakak bergelar murid tadika.
Next year insyaAllah dah masuk darjah 1.
Terasa masa begitu pantas meninggalkan mama.
Terasa bagai baru semalam mama berselfie bersama papamu saat-saat di dalam labour room buat pertama kali itu.
Saat-saat kesakitan itu datang ketika kehadiranmu kian mama rasai.
Masih segar di ingatan betapa kuatnya tangisan pertama kamu.
Masih terasa manisnya melihat kamu bangun dan duduk buat pertama kalinya.
Dan kini, selangkah lagi kamu pergi.

Alhamdulillah...
3 tahun di Little Caliph ternyata begitu cepat mendewasakan kamu.
Seperti motonya "I can read and solat by 4 " ....begitulah kamu.
Mama bersyukur dengan segala pencapaian kamu.
Pencapaian yg gurumu juga syukuri...
Alhamdulillah....Alhamdulillah ya Allah.
Moga dengan akal yg Allah berikan itu akan menjadikan kamu hambaNYA yang tunduk dan patuh.
HambaNYA yang sentiasa dekat dengan Tuhannya.
HambaNYA yang sentiasa merasa kehadiran Tuhanmu Allah.
DIA lebih dekat dari urat nadimu sendiri wahai anakku.

Tidak terucap kata terima kasih buat semua gurumu.
Guru yang mengajar baca tulis.
Guru yang mengajar kamu agar bisa mengerti banyak hal .
Moga Allah sahaja membalas jasa semua guru2mu membantu mama mendidik kamu.

Jika suatu hari dikau seorang doktor
Jika suatu hari dikau seorang peguam
Jika suatu hari dikau seorang hafizah
Jika suatu hari dikau seorang akauntan
Jika suatu hari dikau seorang arkitek
Jika suatu hari dikau seorang penulis terkemuka
Jika suatu hari dikau seorang Perdana Menteri
Jika suatu hari dikau menjadi siapa sahaja,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru
Yang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

3 tahun lalu, mama serahkan kamu kepada mereka
Hari ini mereka serahkan semula kamu kepada mama dengan penuh kesyukuran.
Pesanan mama, ingat mereka selalu dalam doamu.
Doakan kesejahteraan mereka.
Moga mereka semua selalu diberikan kekuatan dalam mendidik anak-anak syurga ini
Moga mereka semua dipanjangkan umur dalam ketaatan
Moga mereka semua sentiasa dalam rahmat Ilahi.
Ameen...




posted from Bloggeroid

Tuesday, November 17, 2015

SUBHANALLAH








Assalam anak-anak.....
Mama just nak simpan picture ini dalam ni...
Daging2 ni adalah daging korban papa tahun 2015 ini.....
Papa bawak balik ....jadi rezeki kita anak beranak....
Alhamdulillah.

P/s... Kalaupun orang tak boleh berlaku adil...tapi Allah itu Adil dan Maha Penyayang..
SUBHANALLAH.....
posted from Bloggeroid

Monday, October 26, 2015

Muaz Al fateh mildstone.



Assalam.
Sedikit tentang Muaz yang langsung mama tidak catatkan perkembangannya..maaf sayang.

Pic ini diambil pada 14.2.2015...iaitu 2 minggu sebelum umurnya 1 tahun.
Dengan excitednya muaz merangkak naik tangga bila pertama kali mama lepaskan dia. Laju jer..

BERJALAN.
Pertama kali muaz berjalan adalah pada 16.3.2015 iaitu pada umur setahun 10 hari. Yang paling manis adalah langkah pertama itu disaksikan oleh semua ahli keluarga kita dan sempat mama rakamkan dalam bentuk video.

BERCAKAP
Mama ingat2 lupa bilakah mulanya muaz mula menyebut mama dan papa. Rasa2 pada umur 1 tahun.
Dan sekarang..ketika umurnya menghampiri 1tahun 8 bulan,muaz banyak mengajuk percakapan dan word2 yang didengarinya. Air..mama..papa..taknak..nak..tutu (susu), itu antara word2 yang muaz spontaneosly sebut. Dan muaz juga faham arahan2 mudah seperti mengambil barang.


Muaz juga kenal botol susunya sendiri dan yang mana botol susu abang dan kakaknya. Bila mama buatkan susu,muaz akan minta utk menghantar susu2 kp kakak dan abgnya.

Muaz skrg juga semakin nakal..sedikit garang..habis dicekaunya dgn kuku mana2 org yang tidak dia berkenan. Kesian sepupu dan teman serumah babysitternya Iman. Tapi auni yang girl tu ok plak disayang2 nya.Mentang2 girl comel yer...
posted from Bloggeroid

Friday, July 24, 2015

Raya 1436H(2015)

Assalam anak2 mama.
Raya kali ni kita ber5 balik dgn tidak menempuh jammed spt sebelum2 ni. Kita terbang terus ke penang...di sana lepas berbuka puasa dgn achik sekeluarga, kita terus balik ke kedah dgn meminjam kereta achik. Terkejut tok dan tokwan nampak kita sampai...surprise la sgt kan...

2 hari lps tu papa balik semula ke JB bagi menjalankan tugasnya di hari raya....
Tinggal kita ber4 beraya bersama tok tokwan dan famili mama...heaven dpt habiskan masa di kampung kan....alhamdulillah....

Hari raya ke5 kita fly sekali lagi..balik semula ke pangkuan papa tercinta kalian...meninggalkan hati dan kasih syg yg sgt dalam di kampung...




posted from Bloggeroid

Monday, July 13, 2015

Kelahiran Super Natural....(menentang kezaliman doula douli)

Alhamdulillah..saya diberi peluang utk menjalani proses bersalin sebanyak 3 kali setakat ini.....kedua2 delivery saya yang normal (term) adalah secara natural/alami/ fitrah. (Kita lupakan dulu cerita baby kedua yang terbersalin secara tidak sengaja pada usia kandungan 24 minggu itu).

 Saya katakan natural kerana saya bersalin di sebuah labour room yang lengkap dengan segala peralatan yang mencukupi utk monitor keadaan saya dan baby. Natural kerana sepanjang masa , iaitu dari awal sakit hingga akhirnya bayi keluar, suami sentiasa menemani saya, suami yang urutkan belakang dan badan saya ketika sakit kontraksi itu datang..suami yang suapkan minuman ketika saya dahaga, suami yang tadahkan muntah saya selepas saya mendapat suntikan pethidine penahan sakit..dan suami yang videokan detik2 kelahiran anak kami. Sempat juga kami berselfie dan bergambar sebelum bersalin itu dengan bantuan nurse yang ada di situ.

 Maka suami saya is the best DOULA untuk saya. Saya tidak perlu berhabis rm2100 untuk mengupah doula yang mungkin saja tidak ikhlas menemani saya tetapi berbuat demikian kerana wang. Saya katakan natural kerana tidak lama selepas cord di clamp, suami yang memotong tali pusat bayi kami walaupun dia bukan doktor...dan suami yang azankan bayi kami.

 Saya tidak sempat mengambil penahan sakit jenis epidural kerana alhamdulillah proses bersalin saya agak cepat, maka saya kira macam tidak berbaloi saya gunakan epidural waktu itu. Tapi untuk mengurangkan kesakitan, saya diberi pethidine dan juga gas entonox. Saya kira tidak ada yang tidak natural di situ. Ketika bukaan mencapai 10cm, saya disuruh meneran, malangnya ketidakpandaian saya menyebabkan baby agak lambat keluar, maka doktor memutuskan utk menggunakan vakum bagi membantu mengeluarkan bayi (bantu sedikit, tapi saya masih harus meneran). Saya fikir bantuan itu masih natural, kerana bagi saya ketika itu bukan prosesnya bagaimana bayi itu keluar, tapi hasilnya nanti...kerana waktu itu apa yg saya takutkan bayi akan lemas (fetal distress) sehingga menyebabkan hypoxia atau kekurangan oksigen pada otaknya dan boleh membawa consequence spt kecacatan kekal yang tidak diingini. Nauzubillah.  Maka demi anak saya, saya rela bersakit sakit dahulu.

Saya katakan natural juga kerana sebaik saja bayi keluar, bayi saya dibiarkan skin to skin dengan saya, dan terus diinitiate breast feeding di minit2 pertama itu sementara doktor terus bekerja mengeluarkan uri dan menjahit luka episiotomy saya.

Apa yang penting bagi saya bukan tempatnya di mana, bukan caranya bagaimana, tapi hasil akhirnya. Hasil akhir yang diingini oleh seluruh para ibubapa, iaitu anak yang sihat, sempurna. Jika org berkata hospital itu bukan tempat yang natural utk bersalin, maka saya lebih rela memilih tempat itu.
 Jika mereka berkata bantuan vakum itu bukan natural, maka saya lebih rela memilih kaedah yang mereka kata tidak natural itu asalkan bayi saya selamat
 Saya tidak pentingkan diri saya..bukan keselesaan yang saya inginkan pada waktu segenting itu. Saya berusaha dengan segala kepakaran moden..dengan segala ilmu perubatan yang Allah ilhamkan kepada ilmuwan terdahulu...tp kebergantungan dengan Allah juga tidak saya lupakan. Alhamdulillah dengan izinNya juga anak-anak saya sihat walafiat. Hanya dengan izinNYA...
ALHAMDULILLAH..

Saya tidak dapat pahala kah bila bersalin di hospital? Pahala saya berkurangkah bila bantuan vakum dan penahan sakit diberikan? Apakah hanya dengan bersalin di rumah sahaja dikira natural dan mendapat sejuta pahala dan rahmat? Wallahua'lam.

‪#‎doulaohdoula‬
‪#‎menentangkezalimandoula‬
‪#‎hugsketatketat‬

P/s...dah lama tak menulis..just copy paste status fb sendiri...
 

Sunday, February 8, 2015

Damailah wahai Ahmad Yusuf bin Nurain



Yusuf adalah anak seorang guru yg turut dijaga oleh our babysitter.
Panggilan manjanya usop...tp kami selalu memanggilnya wak doyok...gara- gara putingnya berbentuk misai tebal wak doyok.

Yusuf anak yang sgt comel, putih terserlah, gebu, tembam, serta sangat bijak dan manja.
Setiap kali mama ingin menjemput Muaz pulang, Yusuf akan turut sama menerkam memeluk mama dan melompat- lompat di ribaan mama.
Perkembangan Yusuf juga cepat, dengan usianya kurang 3 bulan dari Muaz , tapi kebolehannya sama seperti Muaz. Sudah bisa berpaut berdiri , merangkak apatah lagi.

2.2.15, tragedi yang mengubah segalanya berlaku di rumahnya. Kata ibunya, malam itu dia bangun bermain dengan gembira...dan pag itu ketika ibunya mahu ke sekolah dia menangis dengan pelik seolah- olah tahu tidak akan berjumpa ibunya lagi.
Pagi itu juga, ayahnya tertido lama. Dan bila bangun, Yusuf dilihat sudah pucat kebiruan, lemas di dalam baldi.
Allah, sungguh menyayat hati tragedi ini. Mama sendiri terasa kepiluan yang mendalam. Tiada lagi sambutan mesra dari Yusuf untuk mama di waktu petang.

Ibu bapanya apatah lagi...pastinya sangat merindui dia..anak pertama yang sangat cepat belajar, kini tiada lagi. Perasaan bersalah di hati masing-masing akan jadi penyesalan mendalam . Tapi apalah daya kita semua menolak takdir yang datang.
Sayang kita pada dia,sayang lagi Allah kepadanya.
Yusuf kini pastinya bahagia di tempat barunya. Tiada lagi sebarang kesakitan, kesusahan.

Al fatihah buat Ahmad Yusuf bin Nurain....tenanglah dikau di sana wahai anak syurga....moga Allah beri kekuatan buat ibu dan bapamu....




p/s: Seminggu telah berlalu sejak kehilangan Yusuf....mama kini lebih senang menganggap Yusuf dihantar ke babysitter yang lain, sebab itu mama tidak lagi bertemu dengannya.
Muaz pula...kasihan anak mama ini kehilangan kawan pertamanya.mula2 dia canggung...kata babysitter, dia menangis bila ditinggalkan seorang. Selalnya ada Yusuf menemani dan bermain bersama....
Air mata mama menitis buat sekian kalinya....


posted from Bloggeroid

Saturday, February 7, 2015

Percutian Tanjung Sepang (back in Sept 2014)

Lagi cerita basi mama rakamkan di sini.
Takperlah...asal anak2 mama boleh baca suatu hari nanti.

Tjg Sepang Beach Resort sebenarnya cuma terletak di daerah Kota Tinggi, daerah kelahiran papa. Tp ini pertama kali kami ke sini. Alhamdulillah resortnya menarik....siap ada tempat barbeque kat luar chalet masing2. Kalau buat famili day kat sini memang menarik (Bagi yang ada famili la kan, ataupun yang famili ada mengajak ke sini, bagi yang takde famili besar takper...famili kecil seperti kami sudah cukup bahagia......)...oppps....

Let pic do the talk lah...mama malas membebel.....

A mother of 3...maintain cute please mummy!!

Damai dan tenang...Tjg Sepang ni beach resort berdepan dengan laut, dan disediakan juga kolam untuk mandi manda

Anak bujang pun nak berbuai2

Buai laju2...aku nak kawen dengan anak raja


Muaz Al Fateh  

Kalau ingat lagi cerita mama setahun yang lalu, masa tu muaz dalam perut mama, iaitu Disember 2013, kita bercuti ke Felda Tanjung Leman di Tenggaroh (cerita di sini)...sama keadaannya, ada laut dan ada kolam renang, masa tu Qaid Mukhlis masih sangat takutkan air dan kolam. Menangis2 bila dibasahkan dengan air kolam....tapi kali ini....wah..bukan main seronok Qaid dapat mandi kolam buat pertama kalinya....




Happy faces...
Alhamdulillah...terlepas hajat bercuti di tahun 2014.....tapi mama masih tak puas hati sebenarnya, sebab Tjg Sepang ni bukan plan mama asalnya....oleh itu.......next weeknya......kita bercuti lagi ke satu tempat idaman mama.....Bukit Tinggi Resort.....

Ceritanya...next entry ya anak-anak....

Wednesday, February 4, 2015

Qaid's 4th birthday


Assalamualaikum
Hai...mood mengupdate mama tengah datang ni....kita update cerita2 lama yang dah basi...tp penting untuk mama rakam di sini...

Ini tentang 8.9.14 yang lalu..cerita tentang birthday Qaid Mukhlis.

ALHAMDULILLAH anak kecil itu sudah berusia 4 tahun. Tidak perlu mama ungkapkan lagi 'keperitan' lalu yang sebenarnya punya banyak hikmah yang tak terbilang. Kelahiran Qaid yang tak dijangka...seperti yang mama pernah ceritakan dulu...kini semuanya jadi manis.

Qaid membesar menjadi anak yang bijak....bisa menghafaz 30 surah terakhir pada usia 3 tahun lebih. Walaupun pelat tapi difahami ayat demi ayat.
ALHAMDULILLAH!












posted from Bloggeroid

Sunday, February 1, 2015

Cerita Potty Training Yang Basi

Assalam.

Mama cerita ringkas2 jer yer anak-anak. Sementara ada masa ni, mama tulis dan auto publish later....

Ini cerita tentang potty training Qaid Mukhlis.
Ingat lagi tak selepas bersalinkan muaz pada bulan Mac tu, mama cuti bersalin selama 3 bulan. Then mama sambung lagi selama 67 hari.

Kenapa 67 hari?
Sebab nak kasi lepas raya puasa baru mama naik kerja, so takde gaduh dengan org lain tentang cuti. Hehe...best tak taktik mama? BTW suka hati mama la nak cuti berapa lama pun kan, bukannya mama dapat gaji pun....

Ops...dah out of topic pulak. Sebenarnya tujuan mama ambil cuti total 5 bulan tu adalah untuk potty training Qaid Mukhlis. Sebenarnya agak lewat jugak mama train si abg Qaid iaitu pada umur 3 thaun lebih. Mama sangkakan disebabkan dia premature, dan dia lelaki maka dia kurang matang berbanding kakak, maka proses potty trainingnya lebih susah. Thats why mama start lambat. Itupun mama tunggu habis pantang baru mama start.

Disebabkan cerita ni dah lama, iaitu dalam bulan Mei dan June 2014, mama dah lupa what exactly happen... tapi apa yang mama ingat dan membuatkan mama surprise adalah proses itu sangat senang berbanding kakak.

Rasanya sepanjang potty training tu ada sekali dua saja Qaid terbuang air kecil dalam seluar, itupun sebab ralit dengan sesuatu. Hari pertama dia dah pandai berlari ke toilet bila nak terkucil.

Buang air besar (BO) pulak, kalau kakak dulu umur 5 yrs baru pandai pergi toilet. Kalau tak, sebelum tu if rasa sakit perut kakak akan minta dipakaikan pampers.2 tahun jugak condition kakak macam tu, asal nak BO jer minta pampers.

Bagi Qaid Mukhlis, hari pertama tu, ada sekali dia terbuang air besar dalam seluar, dan itu membuatkan dia sangat2 terkejut dan tak sangka....Haha...kelakar pun ada bila ingat muka dia bila first time tengok najis sendiri.

Sejak dari hari tu bila sakit perut Qaid akan berlari ke tandas. Sebab tu mama kata proses training Qaid sangat senang sekali.
Alhamdulillah Allah permudahkan.

Sehingga nota ini ditulis, Qaid masih memakai pampers di waktu malam. Reason: mama malas bangun train tgh2 malam...
Siang pun if nak tido mama pakaikan pampers..tapi bila dia gi sekolah eh boleh pulak tido tak pakai pampers...cikgu train kan dia. Ada sekali jer so far dia terkucil waktu bangun tido.
Thank you teachers sebab sudi train kan anak2 ni.



Saturday, January 31, 2015

Qaisara Setahun Yang Lalu

Assalam...sempena birthday qaisara ke enam ni, mama nak uplaod gambo masa birthday ke 5 tahun lepas....haha boleh gitu?
Nampak tak betapa bertangguhnya mama sampai setahun baru leh upload. Daripada Muaz dalam perut mama sampai sekarang dah nak 11 bulan baru berkesempatan nak upload.

Motif nak upload gambar lama?
Sebab dulu pernah laptop mama rosak dan hilang beberapa banyak gambar yang tak dapat diselamatkan....so jalan selamat kena ada back up gambar dalam diari ni.





Anak Bapak yang teramat manja

Anak bapak



Baby Muaz masa ni rasanya 34 minggu dalam perut mama...

Masa ni kita sambut potong kek kat Taman Bukit Layang-layang Pasir Gudang. sejak tu belum pergi sampai sekarang..means dah setahun kita tak beriadah , papa!

Friday, January 30, 2015

Qaisara turns 6 today!

Alhamdulillah..syukran ya Allah. Thank you for giving me the oppurtunity to become a mother.
6 yrs ago...on this beautiful date ...usai solat maghrib..hajat dan isyak...mama mula merasakan getaran petunjuk kehadiran kamu...

Detik 2.30 pagi..malam jumaat...( sama seperti malam tadi)...kamu lahir menghilangkan segala penantian ...

Dan kini kamu menjadi anak yang bijak...yg sangat understanding...sangat caring, dan sangat manja.

Kamu selalu patuh arahan mama, kamu selalu bantu mama..dan kamu tidak tidur tanpa memeluk dan mencium mama...

Mama masih ingat di tika usiamu 1 tahun...kamu datang kepada mama yang ketika itu sedang dalam kesedihan..kamu perhatikan mata mama...dan kamu ambil tuala kecil lalu mengelap air mata mama. How sweet of you my dear and lovely daughter!!

Nama doakan kamu menjadi sehebat namamu..."permaisuri cahaya yg bijaksana"...
Dan moga kamu selalu dilindungi Allah swt. Amin.



posted from Bloggeroid

Saturday, January 3, 2015

2014-2015 lamanya tak mengupdate

Salam anak anak mama.
Ok, mama tahu mama betul2 dah lama sangat tak update diari mama ni. Mama janji insyaAllah lambat laun mama akan masukkan semua cerita kita dalam diari ni. Mama tahu kakak suka baca semula catatan mama yang lama2 dulu....and this year bila adik Qaid dah boleh membaca mungkin adik akan berebut dengan kakak pulak nak baca diari ni.

Ok..ini antara kisah kita yang mama belum sempat updatekan di sini

1) Gambar Birthday kakak masa 5 tahun (dah nak masuk 6 thn dah kakak bulan ni..)
2) Gambar Birthday Qaid
3) Cerita potty training Qaid
4) Percutian di Tg Sepang
5) Percutian di Bukit Tinggi
6) Cerita balik kampung dis 2014
7) Berjumpa Dinosour  di Alor Setar
8) Orientasi Little Caliphs for Qaid Mukhlis
9) Ujian Allah buat Pantai Timur
10) Muaz Al Fateh 10 months

Tengok tu..mama baru tulis skit adik dah ngamuk2 ngantuk. Wrong timing mama ni...Kay la Muaz...jom kita tido...nanti sambung lagi yer...insyaAllah.

Sementara itu ::::::