Saturday, May 18, 2013

Selamat Hari Guru cikgu!!

As-salam
Setiap tahun, mama memang tak pernah amik taahu akan hari-hari yaang disambut dekat Malaysia ni...
Sebutlah namanya, hari  tentera, hari polis, hari ibu, hari bapa, haari valentine, atau apa sahaja semuanya memang tak amik tahu sgt. Hari jururawat tu tau lah jugak, walaupun khusus untuk jururawat jer....sbb doktor2 tumpang hari jururawat jer, takdepun  hari doktor, sbb doktor bukan orang penting dalam negara......

Yang mama tahu, hari buruh...sebab ada cuti umum...hahaha...lagipun doktor kan buruh kerajaan atau kuli kerajaan yang paling murah...(dari kalangan professional).

Tapi tahun ni, special sikit, sebab Qaisara dah sekolah, dan ada hari guru...itu pun mama hanya tersedar bila teacher bagi nota tentang teacher's day celebration kat tadikanya... Oh....nak kena  beli hadiah ke ek? Alamak..tak sempat lak nak belikan hadiah ni...sebab tau pun dah petang 15hb....

Lagipun berapa orang yang nak diberikan hadiah tu...sebab rasanya semua guru pun adalah special for Qaisara, tak tau nak pilih yang mana satu....
So alternative yang mama boleh fikirkan dalam waktu singkat itu adalah dengan bagi makanan , so semua guru dapat rasa....

So....
Inilah hadiah yang Qaisara bawak pada hari celebration tersebut....harap guru2 dia suka....

Tak tau apa rasa kek ni, tp sara cakap sedap...:)



Untuk semua guru2 mama, mama doakan:-
Ya Allah ampunilah dosa semua guru-guruku dan panjangkanlah umur mereka dan sihatkanlah tubuh  badan mereka...Amin ya Rabbal alamin....

(dalam bahasa arabnya lagi panjang actually)...
.kalau mama ini  seorang guru, doa ini dari anak murid pun dah cukup, tak perlu sebarang hadiah lagi....(agak2 ada tak patient yang doakan doktornya eh?)


3 comments:

Dr Singa said...

' doktor kan buruh kerajaan atau kuli kerajaan yang paling murah...(dari kalangan professional)'

SETUJU!!

Mama3Q said...

kan akak kan?

Unknown said...

As salam mama2Q,

Hari guru dah lama berakhir.. Marya baru menjenguk ke sini... Takpelah doc, tugas seorang doc tu tugas mulia & dipandang tinggi oleh masyarakat... saya bangga ada ramai kwn doc! Thank you for being one of my friends :))