Wednesday, January 30, 2013

QAISARA IS 4!

Hari ini genap umurnya 4 tahun, alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mengurniakan dia kepadaku, kurniaan yang serta merta mengubah status diri, memberi satu nama baru iaitu MAMA, kurniaan yang sangat membahagiakan, Ya Allah Kau tetapkanlah dia di jalan MU, di bawah hidayahMU, di dalam redhaMU...

Selamat Hari Ulang Tahun 
anakanda tercinta
QAISARA NUR DAMIA BT ZAIDI
(Permaisuri cahaya yang bijaksana)
 
 
 
 
 Kalau boleh bila kakak dah boleh membaca nanti, mama nak kakak baca setiap entry mama ini dan tonton video ini....entry yang membuktikan betapa berharganya kakak pada mama dan papa..dan video detik2 kelahiran kakak 4 tahun yang lalu....moga2 dengan itu kakak sentiasa ingat akan kasih sayang mama..
 
 
 
Dan mama nak kakak tengok picture2 kakak sewaktu kakak masih dalam perut mama ni : 
 
 Ini semua kenangan indah yang mama simpan kejap2 dalam hati, yang mama nak sangat kakak baca...manalah tahu mama tak sempat tengok kakak membesar, semua ini mama tinggalkan untuk kakak...
 Salam sayang buatmu...
 

Monday, January 28, 2013

20 reasons why you should date a doctor!

20 reasons why you should date a doctor!

1. The stethoscope
2. They can give you the gift of "missing them" because they are always at work
3. They can give you a free medical consultation
4. You save yourself the embarrassment of going to a doctor with a water infection!!
5. They are smart!!
6. They know their anatomy well (know what works and where)
7. They are heavy weight party people in the weekend
8. Let's play doctor!!
9. They are well trained to listen.
10. They know how you feel, or at least pretend to!!
11 They always have a strange new story to tell.
12 They offer you a tissue when you feel like crying (it is a reflex).
13 They can stay up all night if you want them to.
14 They can guide you in the gym.
15 Money!!! (Although they work long hours for it)
16 Free medical samples!!
17 They are unshockable!!!
18 They know what you want to hear and say it!!
19 They always try to dress nice!!
20 They are trained in breaking bad news in a nice way.






 Copy paste from:
http://medicalhumour.wordpress.com/

Saturday, January 26, 2013

Kisah seorang pakcik tua lagi...

As-salam...

Ni kisah seorang pakcik tua, yang sangat tua, yang jalannya terketar2 bertongkat..
Yang datangnya dengan sebuah teksi ke klinik...berseorangan.

Dia mengidap kencing manis, darah tinggi.....
Dan pemeriksaan tahunan untuk buah pinggangnya kami dapati buah pinggangnya sudah rosak.
Kakinya sudah bengkak, akibat air dalam badan yang terkumpul (oedema).
Sudah ke hospital berjumpa pakar selepas kami refer..

Ada lagi penyiasatan (blood investigastions) yang perlu doktor buat, dan review semula dalam waktu terdekat...

Masalahnya dia tak boleh datang.

Ditanya kenapa, susah transport...
Dan paling utama, susah untuk meninggalkan isteri yang sudah tua di rumah keseorangan....
Isteri yang mengalami Stroke....
Dan dialah tulang belakang  yang menjaga si isteri selama ini.....

Anak?? Paling dekat ada di Perling.
Yang lain jauh2....semuanya dah bertahun tak balik beraya....

Ironinya....salah seorang anaknya seorang pegawai farmasi berpangkat tinggi di Putrajaya... !!!!



p/s: Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik buat kedua orang tuaku.....Dan lorongkan lah aku untuk terus berbakti kepada orang tua ku.....Amin....


Thursday, January 24, 2013

Nak merentas desa pun kena medical check up?? Funny, isn't it?

As-salam.
Ni cerita hari Isnin baru-baru ni...
Pukul 2 petang, klinik mama diserbu segerombolan pelajar2 sekolah menengah dari 4 buah sekolah.
Tujuan? Nak buat medical check up.
Sebab? Esoknya iaitu pagi Selasa nak merentas desa.
Jarak perjalanan? 6  km, iaitu mengelilingi sekolah.

Kelakar bunyi nya..tapi itulah yang terjadi.
Kenapa zaman mama sekolah dulu life is not so complicated macam ni?
Dulu medical check up hanya jika nak masuk universiti.
Sekarang ni nak masuk asrama, nak masuk kolej, nak masuk institusi kemahiran, semuanya nak medical check up...Nak masuk kejohanan silat, kejohanan ntah apa2 lagi.....
Dan yang paling tak boleh tahan, nak merentas desa keliling sekolah pun kena medical check up!.
Mentang-mentang government clinic ni semua free, ramai sgt pihak yang seolah2 menyalahgunakan kami. 
Kalau betul2 pihak berkenaan rasa medical check up tu penting, tentulah dah diminta buat lebih awal. Bukan sehari/beberapa jam sebelum program berlangsung.

Dah tu bukan sikit2 bebudak yang datang tu...actually yang datang tu sebenarnya dah pergi ke sebuah klinik lain, tetapi ditolak sebab klinik tu sendiri dah penuh dengan budak2 dari sekolah lain....
Dan kami sendiri, terpaksa tolak satu sekolah yang lambat datang..kerana yang datang itu sebenarnya melebihi kapasiti kami, lebih dari kemampuan kami. 

Sebenarnya yang kami terima tu pun dah lebih dari kapasiti, tapi kerana taknak ada masalah berbangkit dengan pihak berkenaan, kami terpaksa terima juga....
Walaupun ia adalah sangat2 unfair. Unfair kerana masa yang diberi sangat singkat, iaitu hanya sehari sebelum program...Tak logik kan?
Kot iya pun nak sangat budak2 tu buat medical check up, at least 2-3 minggu sebelum tu dah kena amik appointment....kerana klinik kami yang sentiasa penuh ni tak boleh nak terima semuanya sekaligus seperti yang dilakukan oleh pihak berkenaan pada hari Isnin lepas.

Actually bila mama inform boss besar mama di pejabat Johor Bahru, dia dah suruh tolak diaorang, means tak payah buat medical check up pun utk program sedemikian, tapi since separuh dah dibuat, maka mama terpaksa terima juga separuh yang lain. 
Nasib baik juga pada hari tersebut kes 'walk in' iatu kes pesakit luar biasa tu tak seramai hari biasa...(atau mungkin diaorang datang tp balik sebab tengok budak2 sekolah penuh dalam klinik....
bukan sikit, tapi lebih 70 orang!! Just imagine la, nak check 70  budak dalam masa 3 jam! (Itu  belum termasuk pesakit kami yang lain). That's why mama kata sangat unfair.

Dah la tu pengiring budak2 tu cumalah driver...no teachers! Mama actually nak jumpa teacher dan terangkan kenapa kami tak boleh terima, tapi none of them present in the clinic...Sekali lagi, logikkah begitu?

Perlu ke merentas desa kena check mata, cek telinga, cek jantung bagai? Dan cek jantung setakat nak tau ada bunyi murmur ke tidak...
Tidak kah pihak berkenaan sedar yang setiap murid sekolah sebenarnya telah diperiksa berkali2 oleh doktor yang melawat sekolah saban tahun.??
Tidakkah pihak sekolah menyemak buku rekod kesihatan setiap murid, yang mana di dalam tu dah tulis jantung dia ada bunyi murmur ke tidak...dan dah ada tulis mata dia rabun ke tidak...Kalau gini lah gayanya, baik kami tak payah hantar doktor melawat sekolah setiap hari mcm yang kami buat sekarang...sebab wasting of time..sebab nanti buku rekod kesihatan murid tu cikgu tak pernah tengok pun......

Tak boleh jadi macam ni, untuk next year nak kena minta Boss besar daerah utk meeting dengan PPD dan explain benda ni...


p/s: cikgu2 yang baca ni jangan marah ya, saya tau bukan salah cikgu pun, tapi arahan pihak atasan kan...
 

Sunday, January 20, 2013

Hujan oh Hujan

As-salam...
hujan oh hujan
kenapa engkau turun..
macam mana aku tak turun, katak panggil aku....

Haha...tak relevan kan, mana datang ntah kaitan katak dengan hujan....
Yang pasti, dah lama mama tak dengar bunyi katak bersahutan ...
Kalau kat kampung ni dah tentu bersambung2 lagu ong ong kedek kedek kedek....

Start dari hari Jumaat, Johor dilanda hujan berterusan....setakat ini dah lebih dari 1000 orang dipindahkan...(Bilangan sebenar mama tak sure, dengar gitu2 jer dari buletin semalam)

Alhamdulillah kawasan tempat tinggal kami sekarang ni bukan kawasan banjir...InsyaAllah, dan harapnya tiadalah banjir besar melanda....

Setakat 2 hari ni berkurung ajelah dalam rumah...sejuk2 gedi ni tak kose nak kuar rumah, kan....

Apapun.Alhamdulillah untuk rezki yang diturunkan NYA...

p/s:  Qaisara dari semalam demam, tapi alhamdulillah response dengan PCM, dan hari ni nampaknya bertambah baik....Alhamdulilah.....Harap2 esok baik yer nak,kalau tak, cekgu tak kasi masuk sekolah kalau demam...takut jangkitkan budak2 lain....




Wednesday, January 16, 2013

Anda tak boleh tidur malam = insomnia??



Nota mama:

Ada hikmahnya kenapa Allah bagi ibu-ibu hamil alami sukar tidur malam--supaya bangun beribadah, moga2 dipermudahkan urusan kelahirannya, dan moga bayi dalam kandungannya juga soleh/solehah....

Ada hikmahnya kenapa ibu-ibu yang menyusukan anak, dikejutkan oleh anaknya untuk menyusu--rupanya dengan beribadah di tengah malam, susunya menjadi makin banyak...terbukti oleh kajian saintifik...

Dan ada hikmahnya apa bila makin usia meningkat tua, makin kita sukar tidur malam....rupanya Allah nak kita bangun, bersolat, bertahajud dan bermunajat kepadanya....sementara masa masih ada...before the time runs out......mempersiapkan diri sebelum kita dipanggil mengadap DIA.....

Jadi ibu-ibu hamil, syukurlah, dan berhentilah mengeluh di hadapan doktormu bila bayi dalam kandungan mu menendang dengan kuat sekali, takut-takut bayimu berhenti menendang, maka kamu akan menangis semahunya.... ibu-ibu yang menyusu janganlah mengeluh keletihan dan mengantuk bila bayimu merengek di tengah malam,..dan ibu bapa yang semakin meningkat usia, janganlah mengeluh bila malaikat mengejutkan mu di tengah malam...

** Rupanya insomnia itu jika dipandang dari sudut rohani, ia bukanlah satu penyakit yang memerlukan kamu meminta ubat tidur dari doktormu..... :)





Tuesday, January 15, 2013

Jangan Menghina Orang wahai anak....

Sharing...Dr Tengku Asmadi's facebook status update....
 

Jangan bercakap kalau tidak tahu. Jangan mengutuk meski pun hati tidak suka. - Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

Beberapa tahun dahulu saya mendengar kaset ceramah Hj. Samsuri, ketika itu beliau mengupas satu hadis yang menjelaskan bagaimana kita tidak akan mati selagi tidak berlaku atas kita, keluarga kita, anak cucu kita apa yang kita kata, kutuk atau hina orang lain.

Kebetulan, banyak berlaku depan mata saya sendiri, isteri yang begitu menentang poligami, hari ini dia dimadukan. Dia minta suaminya ceraikan, lalu diceraikan. Akhirnya menjadi isteri ke-3 kepada orang lain.

Ada pula kes, suami begitu menentang lelaki yang berpoligami, ketika itu usianya 30an. Hari ini usianya 40an, oh! rupanya sudah pasang satu lagi. Dia lupa kata-katanya. Tetapi saya tidak lupa.

Ada seorang ibu berkata pada seorang isteri muda yang suaminya berbeza usia. Katanya, ruginya usia muda kamu dapat suami berbeza usia. Terguris hati isteri muda itu. Hari ini, baru diketahui, rupanya anaknya berkahwin dengan lelaki yang lagi berusia.

Oleh itu, lebih baik diam dari berkata-kata yang menyakitkan hati manusia lain. Kita semua ada anak, ada suami dan isteri. Apa yang berlaku pada orang jangan anggap tidak akan tertimpa pada kita.



Nota mama2Q:
Pun pernah jumpa kes2 yang sama seperti contoh di atas,buat saya sedar langit tidak selalu tinggi, lantai tidak selalu rendah, dan mendung tidak semestinya hujan....:) 

Jangan pernah menghina orang wahai anak...boleh jadi orang yang kamu cerca dan hinakan itu pernah mendoakan kamu, dan pernah atau mungkin akan membantu kamu suatu hari, walaupun mungkin dengan cara yang tidak kamu sedari.......... 

Monday, January 14, 2013

Terima kasih cikgu...no more junk foods please....

As-salam....

Pagi pagi tadi, waktu hantar kakak ke sekolah, mama tanyakan salah sorang teacher kat situ tentang isu junk foods...(tanya jer, tak ckp apa pun)

Dan petangnya, tak sangka pengetua tunggu mama di daycare building untuk jelaskan hal tersebut...rupanya techer pagi tadi inform pengetua la tu....

Katanya, mamee tersebut diberi oleh orang (maybe org sedekah kot), disusurh beri pada bebudak di situ...
Okey, mama accept  benda tu, as long as benda tu tak dijadikan rutin harian untuk suapkan kanak-kanak dengan jajan....

Thank you to the teachers sebab sudi response to parents' concern....

Mama bukanlah nak fussy sangat, tp benda yang baik kita puji, bvenda yang kurang bagus kita elakkan, ye dak?
 

Saturday, January 12, 2013

Kisah seminggu di sekolah

As-salam..
Hari pertama-Jumaat
Cikgu ckp dia senyap sgt, taknak ckp sgt, tp still follow instruction, tak nangis. Cuma taknak makan...so berlapar satu hari suntuk...susu mama bawak pagi pun sampai basi dlm beg sebab cikgu tak tgk dan tak buatkan susu....Hurmmmm.....


Hari kedua-Isnin
Still senyap, cuma hari ni dah nak makan sbb cikgu suapkan...(mama  dah bagitau last week yg dia suka disuap...budak manja terlebih)..

Hari ketiga-Selasa
Condition still sama, masih senyap, tapi nak makan (cikgu suap). Take part in the school activity.

Hari keempat-Rabu
Hari jasmani...dia suka di sekolah, tapi hari ni pertama kali nangis, tp bukan masa mama hantar pagi2 tu sbb mama hantar di sekolah dia memang suka...dia cuma nangis waktu cikgu nak pindahkan dari sekolah ke rumah daycare..taktau kenapa dia nangis...mama rasa dia too attach dgn cikgu yang dia suka kat sekolah pagi tu...that's why taknak pegi rumah daycare....Hari ni langsung taknak makan....Balik petang tu habis sebungkus nasi ayam penyet dia habiskan sorang2...nampak benar kelaparannya tu...sian kakak....

Hari kelima-khamis
Pun nangis waktu cikgu nak pindahkan dia dari sekolah ke daycare....bila tanya, dia cuma ckp kakak suka dok kat sekolah....Hurmm...mungkin sbb sekolah ada baca dan ada byk aktiviti...Kat daycare pulak cuma makan dan tido jer, selain solat.....


Hari keenam- Jumaat
Alhamdulillah hari ni tak nangis...dan nak makan...Cikgu yang suapkan.
Malam tu siap nangis2 bila mama cakap esoknya (sabtu) adalah hari cuti....dia cakap nape nak cuti plak..kakak nak pegi sekolah....
Mama ckp cikgu cuti sbb cikgu nak balik kampung....
Dia kata Cikgu jgn la cuti, tak payah la balik kampung...sbb kakak nak pegi sekolah...

Hahaha...semangat betul kakak nak gi sekolah....rajin tau kakak!Kalau maintain rajin ni, boleh dapat award pelajar paling tak ponteng, insyaAllah... :)

** Mama cuma tak suka cikgu umpan budak2 ni dengan gula-gula, dgn aiskrim dan dengan mamee...it's all junk foods!! which shouldn't be allowed in the school.


Sunday, January 6, 2013

Qaisara's first day

As-salam....

Ni cerita pada jumaat 4/1/13..mama draft tapi tak sempat nak publish hari tu...


Today,jumaat, mama amik cuti semata-mata nak antar kakak pegi school...1st day lah katakan..
Semangat kakak bila bangun tido hari ni, terus ceria jer., tak macam selalu tu yg merengek2 taknak pegi umah pengasuh..
Tapi hari ni dia bangun dengan senyuman, siap ckp lak camni " hari ni mama antar adik dulu, pastu mama antar kakak, pastu mama pegi keje, mama tak payah tunggu kakak tau" ...

So sampai sana, kakak ok lagi masa masuk dlm pagar, tp sampai kat pintu jer, dia mula membatukan diri, taknak salam cikgu, taknak masuk class....dah, mama dah gabra....hari tu kakak bukan main semangat nak gi school alih2 bila dah nampak org ramai2 tu, dia dah panik agaknya....

Last sekali mama masuk sekali dalam class, dan cikgu2 yang bijak mengambil hati tu ajak dia main , so terleka di situ, dan akhirnya berjaya mama lepaskan....Time mama kat luar dia dah khusyuk main, so dah tak tengok mama kat luar, so senyap2 mama balik...

On the way balik tu berjurai2 air mata....bukan air mata kakak, tp MAMA!
Hahaha...first time is always sentimental....

4 tahun dulu, 1st time kakak kena check AOB untuk /jaundice/kuning, cucuk amik darah kat tumit kaki,(sikit je pun) mama berjurai2 air mata ...tak boleh tahan tgk anak dicucuk nurse, padahal mama selalu cucuk anak org..heheh....
4 tahun dulu, first time antar kakak ke rumah babysitter, mama yang menangis beriya2 jugak....
Dan hari ini, setelah 4 tahun, pertama kali menghantar kakak ke sekolah, mama yang syahdu terlebih...
Hahaha..terlebih sudah!

Yang peliknya, masa adik qaid dalam nicu selama 3 bulan,beratus2 kali adik dicucuk sana sini termasuk urat darah di kepala, tp hati mama masa tu macam stone, mama tak menangis.....Tabah? Mungkin....


Haha...cerita panjang2 nanti lari topik.....meh layan pic kakak sara on her first day at school...


Kul 6.15 pagi dah bangun...class start at 7.45am...

Nak jugak tunjuk beg princess dia....

Kat depan school..


First few minutes in the classroom.....cikgu tarik attention dengan mainan dulu....muka mcm cuak jer...senyuman dah takde..tp dia tak peduli pun mama balik masa ni...nasib baik ....

Petang, kul 5 mama pegi, diaorang tgh berlatih solat asar...telekung mama bawak tak diguna tapi!Mungkin sbb org lain lum bawa telekung kot...
Dok berkepit dgn teacher tudung pink tu dari pagi......dgn teacher lain lum nak sgt katanya....

Dah siap solat, kta salam2 dulu sblm balik...

**Feedback dari cikgu....dia baik, tak nangis, tp senyap sgt2...and the problem is taknak makan!!! Dari pagi, susu yg mama bawak tak minum, bgn tido petang baru minum satu botol...Bfast dan lunch taknak makan....Hadoiii ni la masalahnya kalau budak selalu disuap...taknak makan sendiri......balik petang tu sakit perut masuk angin.....

Alhamdulillah balik tu dia ckp suka pegi school, siap tanya nape esoknya (sabtu) dan ahad tak pegi school... As long as dia nak pegi sekolah dah cukup baik...tentang senyap tu, teacher lum tengok lagi the true colors...heheh...masuk jer dalam keta potpet pot pet tak berenti.....

Alahai kakak, kakak!



Friday, January 4, 2013

Dapur kami hampir siap

As-salam...

Ni pic dapur yang masih dalam pembinaan...
Tak sabo dah nak masak nih....
Tapi kalau dapur dah besar padang bola pun still masak goreng ikan jer takper kan, wahai Incik Hubby ku sayang...ekeke.....

Alhamdulillah dah hampir siap...hari ni dah lengkap atapnya....pasni tinggal tile dan kabinet jer lagi.....insyaAllah....
Banyak lagi pitih nak kena cari nih....
Phew....



Tepi kiri rumah : Bilik..mungkin jadi bilik rehat2, atau bilik solat, atau bilik mainan anak2....

Tepi kiri rumah: just di sebelah bilik solat tadi: Bilik berpencak silat mama cum dapur serba moden dalam anganan.....:)

Bahagian belakang rumah: Dobi center serba moden dalam anganan..keke.......


p/s: Dear En Hubby: Moga kita sama2 dipanjangkan usia untuk terus sama2 membesarkan anak-anak di villa penuh cinta ini...amin.....





Wednesday, January 2, 2013

FM " From Peru With Love"......

As-salam....
Ta tara!!
Barang ditunggu dah sampai!!!

Terima kasih tak terhingga buat Marya From Peru with Love yang kini nun jauh di PERU sana atas kiriman fridge magnet yang cute....
Now, setiap kali memandang peti sejuk tu pasti nama Marya akan terdetik di ingatan....:)
Didoakan Marya dan famili sihat2 saja di sana.....dan moga kehamilan kali ini dilalui dgn tabah di perantauan.....
(p/s : Ada ngidam apa-apa from Malaysia tak? :) )

Nampak tak?

Muchas gracias Marya!
Ada masa leh la jenguk blog Marya yang lagu satu ini: http://casadelamarya.blogspot.com