Thursday, January 24, 2013

Nak merentas desa pun kena medical check up?? Funny, isn't it?

As-salam.
Ni cerita hari Isnin baru-baru ni...
Pukul 2 petang, klinik mama diserbu segerombolan pelajar2 sekolah menengah dari 4 buah sekolah.
Tujuan? Nak buat medical check up.
Sebab? Esoknya iaitu pagi Selasa nak merentas desa.
Jarak perjalanan? 6  km, iaitu mengelilingi sekolah.

Kelakar bunyi nya..tapi itulah yang terjadi.
Kenapa zaman mama sekolah dulu life is not so complicated macam ni?
Dulu medical check up hanya jika nak masuk universiti.
Sekarang ni nak masuk asrama, nak masuk kolej, nak masuk institusi kemahiran, semuanya nak medical check up...Nak masuk kejohanan silat, kejohanan ntah apa2 lagi.....
Dan yang paling tak boleh tahan, nak merentas desa keliling sekolah pun kena medical check up!.
Mentang-mentang government clinic ni semua free, ramai sgt pihak yang seolah2 menyalahgunakan kami. 
Kalau betul2 pihak berkenaan rasa medical check up tu penting, tentulah dah diminta buat lebih awal. Bukan sehari/beberapa jam sebelum program berlangsung.

Dah tu bukan sikit2 bebudak yang datang tu...actually yang datang tu sebenarnya dah pergi ke sebuah klinik lain, tetapi ditolak sebab klinik tu sendiri dah penuh dengan budak2 dari sekolah lain....
Dan kami sendiri, terpaksa tolak satu sekolah yang lambat datang..kerana yang datang itu sebenarnya melebihi kapasiti kami, lebih dari kemampuan kami. 

Sebenarnya yang kami terima tu pun dah lebih dari kapasiti, tapi kerana taknak ada masalah berbangkit dengan pihak berkenaan, kami terpaksa terima juga....
Walaupun ia adalah sangat2 unfair. Unfair kerana masa yang diberi sangat singkat, iaitu hanya sehari sebelum program...Tak logik kan?
Kot iya pun nak sangat budak2 tu buat medical check up, at least 2-3 minggu sebelum tu dah kena amik appointment....kerana klinik kami yang sentiasa penuh ni tak boleh nak terima semuanya sekaligus seperti yang dilakukan oleh pihak berkenaan pada hari Isnin lepas.

Actually bila mama inform boss besar mama di pejabat Johor Bahru, dia dah suruh tolak diaorang, means tak payah buat medical check up pun utk program sedemikian, tapi since separuh dah dibuat, maka mama terpaksa terima juga separuh yang lain. 
Nasib baik juga pada hari tersebut kes 'walk in' iatu kes pesakit luar biasa tu tak seramai hari biasa...(atau mungkin diaorang datang tp balik sebab tengok budak2 sekolah penuh dalam klinik....
bukan sikit, tapi lebih 70 orang!! Just imagine la, nak check 70  budak dalam masa 3 jam! (Itu  belum termasuk pesakit kami yang lain). That's why mama kata sangat unfair.

Dah la tu pengiring budak2 tu cumalah driver...no teachers! Mama actually nak jumpa teacher dan terangkan kenapa kami tak boleh terima, tapi none of them present in the clinic...Sekali lagi, logikkah begitu?

Perlu ke merentas desa kena check mata, cek telinga, cek jantung bagai? Dan cek jantung setakat nak tau ada bunyi murmur ke tidak...
Tidak kah pihak berkenaan sedar yang setiap murid sekolah sebenarnya telah diperiksa berkali2 oleh doktor yang melawat sekolah saban tahun.??
Tidakkah pihak sekolah menyemak buku rekod kesihatan setiap murid, yang mana di dalam tu dah tulis jantung dia ada bunyi murmur ke tidak...dan dah ada tulis mata dia rabun ke tidak...Kalau gini lah gayanya, baik kami tak payah hantar doktor melawat sekolah setiap hari mcm yang kami buat sekarang...sebab wasting of time..sebab nanti buku rekod kesihatan murid tu cikgu tak pernah tengok pun......

Tak boleh jadi macam ni, untuk next year nak kena minta Boss besar daerah utk meeting dengan PPD dan explain benda ni...


p/s: cikgu2 yang baca ni jangan marah ya, saya tau bukan salah cikgu pun, tapi arahan pihak atasan kan...
 

8 comments:

Dr Singa said...

aik!!!!

melampau...
depa nak lepas tangan kalau ada apa-apa berlaku..

ANAK MAMA SAYANG said...

Sek mana tu? Tak pernah plak dgr ada peraturan mcm tu sepanjang 6 thn jd cikgu ni...tp xtahula kot arahan baru....utk masa ni kebayakan sek tak mulakan lg road run...

Mama3Q said...

DrSinga..memang pun, memang betul2 nak lepas tangan...kalau ada yang pengsan senang nak salahkan Doktor yang ngecheck...padahal takat cek bunyi murmur tu bukan leh tentukan dia ada IHD ke sudden heart attack ker...

Mama3Q said...

Mama Sofia, sekolah2 kat pasir gudang ni la, under PPD Pasir Gudang...semua benda nak medical check up, nak masuk lawan sialt pun ada...tempat lain mungkin takde kot..

ANAK MAMA SAYANG said...

Maybe ni acara wakil sekolah kot..tak logik plak setakat rentas desa smp bt medical check up...biasa road run melibatkan seluruh murid dlm satu sekolah...tak kan kalaumurid satu sekolah 2 ribu nk p bt medical check up...sbb tu 70 org je kot...sebenarnyer bila budak masuk sek menengah, pelajar tak lagi diperiksa oleh doktor kecuali doktor gigi..rekod kesihatan murid hanya setakat sek rendah shj..so tak adil kalau sallahkan guru tak bukak buku kesihatan budak..tak kan budak form 3 nak guna rekod kesihatan time darjah 6 kan..satu lg, salah etika seorg guru hantar budak ke mana2 tanpa ada guru pengiring...kalau hanya sorang budak wakil sek pun mesti ada guru pengiring....kalau ada berlaku tak salah ambil nama sekolah and report ke ppd... Just inform keadaan yg sebenar....moga boleh la buat tindakan susulan kalau berlaku lg...:)

zoul dahan™ said...

Setuju dengan Dr Singa.
Melampau cikgu2 sekarang.

Ibubapa pun 2 X 5 juga.
Kalau musim lari keliling sekolah,
ramai gak datang klinik.
Minta surat sokongan macam2.
Anak tak boleh berlari.
Semputlah,
Asthmalah,
Kalah dengan peluhlah.
Sakit lututlah.
Padahal sekadar mencipta alasan.

Pernah sekali hari Jumaat tengahari.
20 orang budak serbu klinik.
Nak masuk pertandingan silat.
Pergi ke KK kena reject sebab dah lewat.
Pegawai yang mengurus entah ke mana.
Nak buat tang tu jugak.
Sebab esoknya hari perlawanan.
Nak tak nak kena buat jugak.
Sebab pegawai dah deal dengan wife.
Semua main last minute.
Semua nak cepat.
Macam VVIP.
Payment 2 bulan kemudian tapi...

Mama3Q said...

Mama Sofia, memang mewakili sekolah tu, sbb semua dtg dr diffrent schools under PPD PAsir Gudang...tp tu lah, mewakili sekolah dalam acara merentas desa...
walaupun dlm buku tu doc cek sampai darjah 6 jer, tp bunyi murmur pada jantung tu tak akan berubah.
Memang geram gak hari tu, sbb bila cari cikgunya tak ada....satu sekolah tu antar pakai driver, lagi satu sek cikgu dtg sekejap pastu hilang...

Mama3Q said...

Dr Zoul...hehehe...sekolah pun main utang2 yer....Tp masa nak cek terkejar2 last minute kan....tu kira nasib baik dpt gak duit tau..kalau kami ni, "saya yang menurut perintah" jer la...kalau dtg tu beratus org sekaligus dan menyebabkan kami balik lambat pun, totap lah tak dapat2 apa2 overtime ke apa ker...