Friday, December 9, 2011

Jangan cuba nak tipu dokter eh!

Kisah 1. 
Semalam, mama jumpa seorang pesakit, muda remaja, 20 tahun. Baru berkahwin, dan kini hamil. Baru buka kad merah. Di kadnya tertulis Gravida 1, Para 0 ---> (psttt ....bagi yg bukan medical, Gravida 1 , Para 0 ini maksudnya dia hamil anak pertama dan belum pernah bersalin, ok.  )
Okey, mama suruh baring, nak check perut....tengok-tengok perutnya penuh dengan striae albicans.

Striae Gravidarum ----> These are reddish, slightly depressed streaks appear in the later months of pregnancy in the abdomen and sometimes breasts and thighs. It may be due to mechanical stretching or increased glucocorticoids which results in rupture of the elastic fibres in the dermis and exposure of the vascular subcutaneous tissues. After delivery, they become white in colour but do not disappear and called "striae albicans".

So maknanya stretch mark kat perut yang warna merah/coklat time U all pregnant tu akan jadi warna putih dan perut sedikit berkedut selepas bersalin...dan ini kekal dan sbg tanda bahawa korang pernah mengandung, tak bole tipu punye!

Dan perlu diriakkan di sini bahawa kulit perut mama sungguh bertuah sbb takde tanda itu, masih macam org belum pernah beranak...haaha best kan,  jgn jeles!!!
---> ( Nak riak tapi malu2 )

Ini pic striae gravidarum....mama google striae albicans tak jumpa pulak....tp imagine jer, yang tanda ini akan jadi warna putih selepas bersalin nanti::::


ini striae gravidarum, tanda hamil anak pertama, dan akan jadi putih selepas bersalin, dan biasanya kekal.



So tengok jer perut dia, terus mama tanya ini mengandung anak ke berapa...anak ke3 katanya... Huhu....habis nape tipu masa nurse tulis pada kad merah ni?...."Nurse cuma tanya pernah keguguran ke tak, tp dia tak tanya pernah beranak ke tak, so saya ckplah tak pernah keguguran".....
Haha...betul la pulak alasan dia....Si nurse pun satu, tak ambik history betul2...dah tu masa check tak check betul2...sekali pandang jer sepatutnya dah tau....
Mungkin nurse tu tak perasan dan tak sangka sbb budak ni baru kawen...tak sangka dah mengandung anak ke 3... Anak pertama masa umurnya 15 tahun, anak kedua masa umur 18 tahun (off course tanpa bapa yang sah, that's why kisah itu disembunyikan).


Kisah 2.
Wanita Indon, datang check hamil, tertulis pada buku : Gravida 1, Para 0.
Mama check perut, tengok2 ada caesarian scar....huhu..logik ker anak pertama tp dah ada caesarian scar....Sama juga kesnya, pernah mengandung di luar perkahwinan, dan suami sekarang tak tau kisah tersebut...tp mama terrpaksa juga tulis dalam bukunya salah satu  list of problem  adalah "1 previous scar"...


Ni Caesarian scar-tanda pernah melahirkan anak secara pembedahan (pic source: google)







Kisah 3: 
Baru kawen juga, Gravida 1, Para 0 juga
Kisah berkait dengan LMP (Last Menstrual Period : iaitu 1st day of your last period)
Dia bagitau LMP nya adalah sekian tarikh, dan dari tarikh itu dokter akan kira berapa minggukah pregnancy itu sudah berlaku, )
Bila dicheck perut, tengok perut is larger than the date, dan bila dibuat scan memang confirm baby sudah besar, contohnya dia bagi tarikh tu selalunya selepas nikah, tp bila dicheck sah2 pregnancy itu berlaku lama sebelum nikah.
Tipu lagi! Dia tak tau ke yang dokter akan check dan tak akan tertipu dengan helah2 tu semua...


Kisah 4
Ni kisah dah lama, masa mama masih di Perak dulu...
Ada sorang aci ni, kerje estate, selalu sangat datang minta mc, alasannya cirit birit.
Mula2 mama tak kenal dia, mama bagi la jugak...bila dah selalu sangat sampai dah naik kenal, mama dah malas nak bagi mc. Ada sekali tu dia cakap dia cirit birit, mama suruh dia pergi hantar itu sampel najis, (konon2 nak check apa kuman yang ada sebab asyik cirit jer memanjang)...Bila sampel diberi...huh!! Bukan kata cirit....ketul2 keras yang keluar, pastu dicampur air untuk nampakkan itu cirit....( uwekkkk ..apasal la mama ceta pasal najis plak nih..huhu)......Pastu confirm la mama tak kasi mc lagi....padan muka....tipu lagi!


Kesimpulannya, dalam sesetengah perkara korang jangan ler cuba2 nak tipu dokter eh...sebab ada certain benda yang memang obvious dan dokter tetap akan detect walau macam mana cuba nak tipu sekalipun.



15 comments:

mawar merah said...

mcm2 perangai manusia kan..yg paling lawak..kisah aci tu..hihihi..

gadisBunga™ said...

erk...cemtu ke rupanya stretch mark sebab pregnant....scary..!

kalau gemuk kurus gemuk kurus punye stretch mark adakah sama mcm preggie? heheh~

*menjawab soalan - gf3 punye price around 2k. masih kene bawak dalam beg dia sebab body kecik tapi lens 14-42mm. tapi tak segedabak dslr. tapi kalau kite pesen bawak henbeg besor2, boleh je sumbat dalam. heheh~

gadisBunga™ said...

lupa nak taruk link. boleh tgk kat sini. http://panasonic.net/avc/lumix/systemcamera/gms/gf3/index.htmlhttp://panasonic.net/avc/lumix/systemcamera/gms/gf3/index.html

Nora Deena said...

nice info mama, klu boleh mama cer tentang 'Hypno Birthing' yg baru deena tonton di WHI tv3 semalam. mmg menarik dan nak sgt tau lebih lanjut :)

p/s: bleh ker di praktikkan waktu nak bersalin di hospital nanti ?

Rozita Ceritaita said...

hehehe... selalu jadi camtu kan mama.. diorang ingat diorang lebih bijak kot.. tp kadang2 tak tau akan ada risiko untuk diri sendiri kemudian nanti..

Mama3Q said...

hihi..mawar merah....kalau ada yang selalu sgt cirit baru bagsu wat camtu kan...hehe

Mama3Q said...

Gadisbunga....hehe..scary? NAk taknak mesti laluinya utk dapatkan baby comel...heheh..
BTW, Tq for the info and link..

Mama3Q said...

@ Rozita....tu la, kalau bagi LMP salah, nanti Due date pun salah...leh effect anak dalam kandungan kalau baby lambat or dikeluarkan lebih awal disebabkan salah beri tarikh

Mama3Q said...

Deena...nanti kita wat kalau ada masa yer...

dalila said...

begitu rupanya stretch mark ...

Cik Sibuk said...

wakaka..kisah no 4 mmg lawakkk

siti fatimah said...

Nk tanye, cmne nk elak strech mark mse mengandung? Ade sapu losyen or minyak ape2 ke utk perut jd cntik x berbirat2 parut strea gravidarum tu?

Mama3Q said...

siti fatimah, saya sapu bio oil jer...dari perut kecik sam[pai besar..jgn tunggu dah besar baru nak sapu..

Anonymous said...

Usually I do not learn article on blogs, however I wish to say that
this write-up very forced me to try and do so! Your writing taste has
been amazed me. Thanks, very great article.

Review my homepage - laser stretch mark removal

Anonymous said...

It's actually very difficult in this busy life to listen news on Television, thus I only use the web for that reason, and take the hottest information.

Also visit my website :: buy yingli solar panels