Bismillahirrahmanirrahim
Apa yang saya ceritakan ini bukan bertujuan membuka pekung, tp sebuah realiti yang harus ditelan.Sebagai seorang doktor yang bertugas di klinik ibu hamil, saya selalu, malah kerap sangat berjumpa pesakit yang datang kerana hamil, tapi tidak mempunyai suami. Dalam erti kata lain, hamil di luar nikah. Saya kadang-kadang menangis bila kenangkan ini, kerana masalah ini bukan lagi satu masalah kecil, tapi bak virus yang tidak dapat disekat. Bukan seorang atau sepuluh orang, tp jumlahnya mencapai ratus! Itu cuma bilangan yang datang ke klinik dan meneruskan kehamilan, dan di luar sana ada banyak lagi remaja atau bukan remaja yang terlanjur hamil dan mengggugurkan kandungan mereka. Allah lebih tahu jumlahnya. Saya tahu inilah salah satu tanda kiamat, bila zina berleluasa.
Tetapi kenapa saya
menangis? Kerana saya sangat bimbang dengan nasib bangsa saya, dengan nasib
anak cucu serta keturunan saya. Betul, mungkin ada yang kata, didiklah anak
sebaik mungkin, maka akan jadi baiklah dia. Ya, didikan sangat penting, dan doa
juga penting. Tetapi tidak cukup jika saya berdoa agar anak saya seorang saja
jadi anak baik dan anak soleh. Saya juga harus, malah wajib doakan agar anak jiran
saya juga baik, dan kawan-kawan anak saya juga baik. Kerana mereka inilah yang
akan mengelilingi anak saya kelak. Pergaulan sesama mereka nanti akan
mempengaruhi anak saya. Maksudnya, persekitaran juga haruslah persekitaran yang
baik, negara juga haruslah baik. Bukan negara yang di dalamnya maksiat
berleluasa tanpa ditegah, kemungkaran bermaharajalela tanpa dicegah. Pembangunan
harta benda tanpa ada pembangunan ruhani tidak akan berguna.
Saya impikan sebuah negara yang aman untuk dihuni,yang mana
pemimpinnya yakni umarak dan ulamak saling bersatu memimpin negara mengikut
daulah islamiyah. Siapa pun yang mendapat mandat sebagai pemimpin WAJIb
melaksanakan ini. Wajib amar makruf dan nahi mungkar.
Wahai pemimpin janganlah lupa segalanya nanti akan
dipersoalkan di sana nanti. Dan rakyat yang memilih juga akan dipersoalkan
siapa yang kita lantik sebagai ulil amri kita.
Mari kita renungkan peringatan Allah di dalam surah Al-Fajr
ini, di mana Allah ceritakan tentang kaum Aad, tentang penduduk Iram dan
tentang kaum Tsamud dan tentang Firaun, semuanya adalah kaum yang maju, hingga
mampu memahat batu menjadi tempat tinggal, dan mempunyai bangunan yang tinggi
tetapi mereka bermaharajalela di negeri masing masing dan melakukan kerosakan
serta bencana, maka Allah balasi mereka dengan azab yang pedih.Nauzubillah.
Let's make a wise decision!!
Al Fajr ayat 1-14.
·
Demi
waktu fajar; (1)
·
Dan
malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah); (2)
·
Dan
bilangan yang genap serta yang ganjil; (3)
·
Dan
malam, apabila ia berlalu; (4)
·
Bukankah
yang demikian itu mengandungi sumpah (yang diakui kebenarannya) oleh orang yang
berakal sempurna? (5)
·
(Kami
tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah
engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang
kufur derhaka) (6)
·
Iaitu
penduduk "Iram" yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi
tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7)
·
Yang
belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala
negeri (pada zamannya)? (8)
·
Dan
(terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu
tempat tinggalnya)? (9)
·
Dan
(terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10)
·
(Semuanya
itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing).
(11)
·
Lalu
mereka melakukan dengan banyaknya kerosakan dan bencana di negeri-negeri itu.
(12)
·
Dengan
yang demikian, Tuhanmu mencurahkan ke atas mereka berbagai paluan azab; (13)
·
Sesungguhnya
Tuhanmu tetap mengawas dan membalas, (terutama balasan akhirat) (14)
1 comment:
pada satu tanda pangkah itu ada berjuta soalan yang akan dipertanggungjawabkan kepada pemilihnya kelak di akhirat. Seminggu lagi utk tentukan hala tuju generasi seterusnya..,
Post a Comment