Assalamulaikum....
Ketika seluruh Malaysia dilanda jerebu kala ini, ingin mama simpan rekod itu di diari ini....
Mama menulis kali ini sebagai peringatan buat diri dan juga anak2 mama, moga beroleh manfaat wahai anak.
* Surah Ad-Dukhan (Kabut)- terdiri dari 59 ayat, tergolong dalam surah Makkiyyah.
Menurut riwayat Bukhari secara ringkas:
Ketika orang -orang kafir Mekah telah melewati batas dalam menghalang agama Islam dan menyakiti serta mendurhakai Nabi S.A.W, kerana itu NAbi berdoa kepada ALLAH agar diturunkan azab , sebagaimana yang telah diturunkan kepada kepada oraang-orang yang durhaka kepada NAbi Yusuf iaitu musim kemarau yang panjang.
Doa NAbi itu dikabulkan ALLAH, sampai orang kafir memakan tulang dan bangkai kerana kelaparan. Mereka selalu menengadah ke langit mengharap pertolongan ALLAH. Tetapi tidak satupun yang mereka lihat kecuali kabut yang menutupi pandangan mereka.
Akhirnya mereka datang kepada Nabi agar Nabi memohon kepada ALLAH supaya hujan diturunkan. Setelah ALLAH mengkabulkan doa NAbi, dan hujan diturunkan,mereka kembali kafir seperti asal, kerana itu ALLAH menyatakan bahawa mereka akan diazab dengan azab yang pedih.
--Petikan dari Tafsir Alquran
**************
Ayat 10-16 menceritakan tentang kaum kafir quraisy , mereka berjanji akan beriman sekiranya bencana kabut (ad-dukhan) hilang, tetapi setelah kabut hilang, mereka kembali kufur dan tidak bersyukur.....
Dan bagaimana kita pula, adakah kita tergolong orang yang selalu mengharapkan pertolongan Allah ketika susah, tapi ketika senang, kita kufur nikmat, kita lalai dengan perintahnya....Nauzubillah.
*******************
p/s: Alhamdulillah petang ini hujan turun di kawasan Pasir Gudang, syukur atas rahmat dan belas ihsanMU ya ALLAH....moga pergilah ad-dukhan ....

Sumber pic:mama mbil dari faceboook Wardina Saffiyah |

No comments:
Post a Comment