Thursday, March 29, 2012

Sepinggan bertiga

Hari ni Mr Papa keje malam. So mama tak payah masak ini malam!!
Balik keje, singgah kedai favourite dan ambil nasi goreng cina yang dah dipesan melalui telefon masa on the way balik tu.
Untuk adik kena la masak, so sambil2 buat keje (tgk tv sebenarnya), masak nasi bubur adik, masuk kentang , carrot, masuk stok ayam buat sendiri, dan ayam beku..Kacau2 dah siap!!
Tiba masa makan, adik pun nak tumpang makan nasi mama sekaki...Jadilah sepinggan nasi goreng cina dikongsi bertiga...alhamdulillah kenyang juga...
(ini satu tips kurus yer kawan2..sila kongsi makanan bersama anak2 anda....heheh)
(pastu tgh malam karang mengagau cari coklat).......

Esok dah hari Jumaat...seperti biasa hari jumaat adalah hari paling semangat nak gi keje...Taktau kenapa, rasa happy je bila tiba Jumaat..
Korang? Ada rasa camtu tak?

Esok pagi2 ada sesi baca quran dengan ustaz kat clinic, pastu sesi makan2 dengan ustaz, pastu sesi2 pusing2 tgk klinik. Tgk KIB/KKK dan macam2 buku lagi.... (KIB/ KKK ini sebenarnya nurse punya keje, tapi if depa tak wat keje, mama yang kena!!!!)

Petang ada meeting Panel Penasihat...ni lagi satu hal, if kita tak gerakkan, tak panggil meeting,  depa pun senyap.... Bilalah nak bergerak sendiri ni....hadoiii...






Monday, March 26, 2012

Pemangkin (Versi Kedah)

Hehe...ni nak tunjuk kat najwa pemangkin orang kedah yang saya janji nak tunjuk hari tu...
Ala-ala budu gak, tp lebih sedap kot....ahaha.
(okey, ada bias di situ...saya bukan org kelantan sebab tu saya kata yang ini lebih sedap)

Taraa..........

Ikan PEKASAM.....digoreng dgn cili dan bawang...sedapnya hingga kecur air liur......slurp....(sorry presentation tak menarik)



p/s: Sesapa nak beli, ada banyak jual kat Pekan Rabu, tapi yang ini mak buat sendiri, laaagi sodappp......

Sunday, March 25, 2012

Aktiviti Sabtu yang indah

Isnin-Jumaat qaisara dan qaid keluar rumah pukul 7, balik kul 6 petang.
Nak main kat halaman rumah pun tak sempat sebab dah nak malam.
Pukul 10 atau 10.30 dan kena masuk tido . 4 jam je masa utk main dengan mama, utk belajar apa2.
Itupun kalau sempat ajar. Selalunya sara dan qaid belajar sendiri, buka laptop dan video Magic English sendiri untuk belajar. Mama sibuk memasak kat dapur, pastu bagi makan, pastu bagi tido..itu ajer.
Tiap2 hari cuma nampak muka mama, papa, dan babysitter.
What a boring life kan!!

Sebab tu bila hujung minggu dan papa ada di rumah , mama suka nak bawak diaorang keluar, biar ambik angin sikit, biar teroka dunia lain selain rumah mama dan rumah babysitter. Biar jumpa orang luar, biar nampak donia..

Tak payah pergi jauh-jauh, ke Bukit Layang-Layang Pasir Gudang saja sudah mampu buat dua budak ini happy sampai ke next weekend.



Naik "keduk-keduk"


Sara dan qaid paling suka gelungsur ini
Mama pun tumpang naik sekaki, boleh? (Yg sebnarnya mama nak jugak masuk dalam terowong tu..haha)  

Anak happy, mama dan papa pun happy, kan!




p/s : minggu depan pegi lagi tau papa!

Wednesday, March 21, 2012

WWF- Kera di hutan mama susukan??

Salam.
Pernah dengar pasal WWF kan? ala, yang Maya Karin jadi dutanya tu...
WWF- iaitu World Wide Fund For Nature. Dulunya dikenali sbg (World Wildlife Fund).
WWF ni mengambil berat tentang isu2 hidupan liar dan juga alam sekitar. Sebab tu nama dia sekarang dah bertukar.

Macam-macam aktiviti WWF ni untuk menyelamatkan alam sekitar dan hidupan, contohnya::
  • Earth Day
  • Help save tigers
  • Save our Seas
  • Dan mcm-macam lagi (boleh pergi ke website tersebut utk further info)
Hari jumaat lepas masa hantar adik mama (yg qaisara panggil achik) ke airport Senai untuk balik ke Penang, mama ditahan oleh seorang gadis kecil molek yang sangat petah bercakap, yang bercakap dengan sangat laju dan dalam masa tak sampai 3 minit dia berjaya dapatkan semua bioadata serta alamat mama dan nombor kad kredit mama.

 
Mula2 dia datang tu minta kita sign utk tandatangan beramai2 pada satu board sebagai tanda support kepada WWF..
Pastu dia tanya samada kita support tak WWF ni....Tengok pada aktiviti dia yg mementingkan alam sekitar, mestilah kita cakap kita support.  Takkan tak support.....

 
Pastu dia tanya boleh ker derma seringgit kepada WWF. Mama baru jer nak keluarkan duit RM1, dia cakap owh hari ni saya taknak duit seringgit puan, tapi boleh tak puan bagi derma berterusan kepada kita (kepada WWf ) melalui potongan kad kredit.

 
Masa tu mama memang kesuntukan masa tapi dengan kepandaian dia bercakap (yang separuh memaksa dalam lembut, yg buat kita rasa malu if tak support WWF ni), dia akhirnya berjaya dapatkan no kad kredit mama. Pastu dia tanya puan nak derma rm58 sebulan ke nak rm38 sebulan. Pastu tanya lagi nak bayar setiap bulan or nak bayar 4 bulan sekaligus.

 
Pastu dia isi borang cepat2 sambil berdiri tengah jalan tu...maka terperangkaplah mama :)

 
Percaya tak semua tu berlaku dalam masa hanya beberapa minit...dan dia bercakap dengan sangat laju....
Memang bagus tul cara dia ditrained...

Sepanjang jalan balik tu papa asyik perli mama jer..."kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...", sebab mama sanggup masukkan sejumlah duit tabung setiap bulan bagi memberi sokongan kepada panda, koala bear, beruang  dan sebagainya...

Balik rumah mama tengok borang yang mama sign tu tertulis "Borang ini BUKAN untuk sekali derma sahaja"...means dia expect kita continuously bagi support kepada WWF ni...
Apa yang dia beri kita ::
- Majalah tahunan WWF.
- Nanti nama akan tertulis dalam magazine WWF sebagai penyumbang WWF,
- Sumbangan ini boleh dikira utk potongan cukai nanti.....


Bila tengok tu, mama fikir biarlah mama buat sumbangan ni sampai genap setahun nanti, (atau lebih insyaAllah) (Niat asal adalah nak stop selepas sebulan, sbb sign borang tu sbb malu jer mulanya)...Tapi bila fikir balik apa lagi sumbangan kita kepada alam sekitar utk anak cucu kita warisi jika kita yang berduit sikit ni tidak menyumbang??
Biarlah papa nak kata mama susukan kera di hutan pun!


Tuesday, March 20, 2012

Injection 18 bulan

Semalam -ahad 18.3.2012, mama bawak adik ke klinik utk injection Dtap/HIB/IPV.
Pegi hari cuti senang sikit, takde orang kat klinik, cuma tinggal nurse yg oncall jer..
Alhamdulillah adik nangis kejap jer... u are a strong boy kan dik....
Pas bagi injection, nurse bagi minum ubat demam. sebab mama lupa nak bagi sebelum tu...
Kalau bagi PCM awal2 kurang sikit sakitnya tu..
Balik petang start low grade fever...
Malam pun demam sikit dan muntah kul 5 pagi.
Hari isnin dok dengan babysitter pun muntah lagi sekali.
Balik petang isnin sampai malam ni tgk dah takde demam, alhamdulillah.
Makan nasi ayam dengan kakak pun berselera jer...alhamdulillah....

Development at the age of 18 months ni (corrected age 14 bulan)- adik dah boleh jalan tatih-tatih sambil cakap teteh ...atau cakap yey yey!
Haish..bila nak panggil mama  ni dik?


Oh yer..timbang adik semalam just 7.9kg, masih di bawah graf -3SD, tapi alhamdulillah meningkat naik mengikut grafnya tersendiri...takper dik, chaiyok lagi!

Kakak punya berat 15.2 kg....pun alhamdulillah...
Kakak hari2 minta ayam dengan babysitter..demand tau kakak!

Mama lak:::::>> kul 1 pagi bangun menghapdet blog sambil makan coklat ...setap sangat...nyum nyum......
Apa? makan coklat takut gemuk??? No lah.....mitos jer tu..mama makan coklat malam2 tak gemuk pun......
(hahaha...ayat nak bagi jeles bagi org2 yg kena jaga makan...)

Tup-tup nanti naik gemok gedempol baru padan muka mama ni kan!


***alah malas pulak nak upload gambar adik nangis time kena cucuk semalam.....(mama  sibuk dok amik pic, padahal anak nanges....huhu)***

^^^Dah habis dah injection wajib di government..tinggal lagi mama nak bawak dia ke swasta utk inject utk chicken pox...mungkin hujung bulan ni la insyaAllah....^^^

Sunday, March 18, 2012

50% Trained!!

Ingat lagi tak bulan December tahun lepas mama ada amik cuti selama seminggu, khusus untuk men-toilet trained-kan Qaisara. Pernah cerita di sini.
Hari pertama, kedua, dan ketiga sara bocor sekali setiap hari. Tapi waktu tu setiap 1/2 jam dia mesti nak gi toilet...dia sendiri takut terkucil kat dalam seluar time tu..hahaha....
Kesian juga mama tengok dia, kejap2 nak gi toilet, jap lagi pegi lagi....penat sungguh dia masa tu...dah la kesejukan musim hujan time tu...

Alhamdulillah waktu tu kalau time dia jaga memang dia pandai pegi toilet sendiri, tp mama kena selalu ingatkan la...kalau tak diingatkan, dia terlupa yg dia tak pakai pampers...
Cumanya time tido tu jer mama pakaikan pampers sebab taknak dia terkencing atas tilam. satu lagi, mama cuba trainkan kakak buang air besar (B.O) kat toilet, tp punyalah lama dia dok termenung kat dalam tu, tak keluar-keluar jugak..hahaha...last2 mama pakaikan pampers baru dia boleh "uk- uk"...

Seminggu selepas tu, training diteruskan di rumah BS, mama Norma. Mama cuma bekalkan 2 helai pampers jer ke rumah BS, satu untuk tido siang, satu utk BO. Alhamdulillah training hampir berjaya, cuma kadang2 time dia khusyuk buat kerja tu, terbocor la jugak.

So sepanjang january dan february hari tu dia kadang2 ok, kadang2 bocor. Time bocor tu memang mama cubit2 dia..hahaha..sian kakak...

Sampailah 16hb Feb tu time tok dan tokwan datang dari kampung dan bercuti seminggu di Johor, masa tu kami banyak berjalan-jalan, pegi Melaka dan sebagainya..
So bila banyak outing, banyak lah pakai pampers (mama masih tak confident nak bawa dia outing tanpa pampers...bukan apa, takut tak jumpa toilet time dia nak kencing, bukan reti nak tahan kan)

Sehari selepas atuk dah balik...tiap2 hari dalam minggu tu kakak akan terbocor di sofa...padahal sebelum2 tu dia dah jarang sangat bocor...mungkin sebab selalu pamkai pampers waktu atuk ada...dan selalunya happen bila dia terlalu khusyuk tengok komputer kat sofa..Nasib baik sofa kulit tak serap air...

Hari pertama dia bocor kat sofa, mama sabar jer. Hari kedua, pun mama masih tak marah. Hari ketiga mama dah start naik hangin..hahaha...
Hari keempat mama dah start cubit...tak cukup dgn cubit, kadang2 kena tampar lagi punggung kakak tu..geram betul masa tu rasanya... Yang paling tak boleh tahan hari last dia bocor tu, dia tengah buat keje lain, tetiba mama nampak dia kelam kabut ambik laptop letak atas riba, dan tak lama lepas tu dia cakap, "mamaa, kakak kencing"....huhu berangin betul mama masa tu....banyak kali juga dia kena.....padahal masa tu mama baru jer tanya ada rasa nak kencing tak, dia cakap taknak...

Hanya selepas tu mama tukar taktik...kalau sebelumnya mama pukul atau cubit dia bila dia kencing kat sofa, kali ni mama tukar strategi. Mama cakap:-
--> kalau kakak kencing kat toilet, mama bagi kakak duit...( duit 20sen jer pun, itupun ambik dari beg mama, terus masuk dalam tabung doraemon dia)..
--> kalau kencing kat sofa, mama kurung dalam bilik gelap...

Dan alhamdulillah taktik kali ni berjaya.... tiga kali dia kencing kat toilet, 3 kali mama beri dia duit dan peluk dia tanda penghargaan, dan selepas itu dia tak perlu diberi duit lagi...

Alhamdulillah sampai hari ni, dah masuk minggu kedua bulan mac, kakak dah tak bocor dalam seluar lagi....
Cuma BO dan time tido jer mama masih belum train dia ....

Tapi semalam, sabtu 17hb Mac, dia tertido darri jam 1pm hingga hampir kul 3 pm,mama terlupa nak pakaikan pampers utk dia (mama sibuk berblog...eheh), , bila dia bangun masih KERING! Alhamdulillah tak lama lagi mungkin time tido pun dah tak payah pakai pampers ...

Hari Jumaat lepas juga mama pegi Jusco carikan penutup toilet yang kecil utk training dia BO kat toilet plak..belum try lagi...tengoklah mcm mana hari ni...

So kakak qaisara....at the age of 3 yrs + 1 month ini, kakak dah 50% trained!
(Tinggal tido malam dan time BO jer belum train)...nak harapkan mama bangun malam train dia kencing time tengah tido ni mcm kesian sikit....kesian kat mama dan kesian kat kakak la, kena bangun malam2 gi toilet, terganggu tido pulak...

Sekarang juga dah jimat duit papa dah takyah beli pampers utk kakak lagi...sekarang 1 pack pun dah cukup utk sebulan...tak mcm dulu2 lagi....


Orang lain, ada pengalaman training anak ke toilet...mungkin ada yg boleh train dari awal...syerlah caranya2...

























Saturday, March 17, 2012

Johor Premium Outlet....melepak saja bolehlah!

Seperti yg mama cakap sebelum ni, petang 14hb 3 tu lepas lunch kat  Puteri Pacific, kami teruskan perjalanan, kali ini ke JPO , atau Johor Premium Outlet.
JPO, terletak di Kulaijaya, Johor...satu-satunya Premium Outlets di Asia Tenggara.
Bagi mereka yang dahagakan barangan berjenama lagi asli serta tulen, silalah berkunjung ke sini, kerana katanya ada diskaun tau.

Tapi honestly, bagi orang kebanyakan macam mama ni, yg gaji seciput (alhamdulillah ada gak seciput kan), yg suaminya bukan jutawan mahupun hartawan, cukuplah mama beli handbag murah kat JUSCO (eh dah jadi AEON kan)..
Nak beli Coach yang regenya RM 1800 tu rasanya tak kot...baik mama belikan buku anak-anak lagi bagus...
Lagipun takde design yang berkenan di hati...

Mama bukan jenis branded punya type..sebab tu selamat duit papa, tak high maintenance punya....:)
Beli tudung pun paling mahal rm30 kot..ahaha....idak le teman pegi ke Ariani or Ariana tu kan....orang berduit banyak atau lakinya duit banyak boleh la....
Beli baju pasar malam pun dah boleh jadi...(macam najwa juga)....hehe...

(Mr Papa tu duit banyak, tp simpan kat mane ntah...huhu) ..oh nak wat gi haji...alhamdulillah...;::)

Berbalik pada JPO, last2 kami masuk satu kedai yg harganya mampu milik sbb dah diskaun, baju rm69 dah jadi RM 9...hahaha..ini je la yg mama borong banyak2...

Ada lagi satu kedai jual sandal dan selipar, pun murah dan mampu milik, malangnya takde saiz utk kaki comel mama ni....

Ada satu kedai jual getah ikat rambut dan cekak rambut macam kat pasar malam tu..(tak ingat jenama apa) harga satu getah rambut adalah dalam lingkungan rm50-70...ha amikaw!!

Lain-lain kedai tu pun cuma mampu lalu lalang kat depan kedai dia jer..pastu masuk belek2 dan cakap time kasih dan keluar...hehe....
Kami pun tak masuk semua kedai sebab takde rasa keperluan di situ...

Pengalaman korang di JPO? Atau belum sampai?....Silalah datang yer...Tapi make sure bawak ongkos banyak2..baru puas hati.....



Sekadar melepak camni je boleh lah..haha

Qaisara berjaya rembat satu baju...harga dalam rm20an





Apapun, cukuplah nanti kalau org tanya dah gi JPO lum, dah boleh cakap DAH! Tak le segan sangat pada org negeri lain yg boleh datang jauh2 nak gi tgk JPO...

 










Friday, March 16, 2012

Bukan candle light dinner....

Anniversary punya cerita lagi...
Mama ambik cuti sehari pada  14.3.2012 tu..
Papa ajak makan kat luar..
Candle light dinner ker?....oh bukan..bukan...bukan dinner berduaan romatis gitu...bukan bukan...
Hanya sekadar lunch jer....bufffet lunch di Puteri Pacific Hotel.
Kalau dah anak berderet camne nak beromantisan kan..kena la hangkut semua sekali pegi hotel...lagi meriah gitu...dan lagi bermakna rasanya daripada makan berdua2 tapi asyik teringat anak kat umah jer kalau ditinggalkan, tak gitu?

So thank you Mr Papa for the treat...hujung bulan 5 ni belanja kat tempat lagi best tau! Ngee...





Bergambar dgn Dato' Siti..:)




Lepas makan kami pergi melepak sampai petang..nak tau melepak kat mana? Next entry ya... 


Wednesday, March 14, 2012

Aku terima nikahnya....

14 Mac 2008 ...
Terima kasih kamu kerna menjadi suamiku...
Biar banyak rintangan, banyak onak dan duri...
Akhirnya jodoh itu tiba jua...

Ingat lagi tak ayat ini...."langkah mayat abg dulu kalau ada org nak ambil ayg dari abg"
Heheh...jgn termalu pulak dgn ayat ini ya sayang...
Kerana ayat ini ayat keramat tika itu..menggambarkan betapa cinta kamu kepadaku...
Ayat penawar dukaku tika itu...
Masih aku simpan semua ayat-ayat cinta kamu dari dulu hingga kini....
[Kerana itu telefon antik itu aku masih simpan hingga kini...]

Hari ini, hampir genap 10 tahun perkenalan kita
(tak sangka how time flies)
Dan hari ini genap 4 tahun perkahwinan kita
Masih ada banyak ranjau berliku perlu dilalui...
Namun aku ingin semua ranjau itu akan jadi sejuta kenangan manis buat kita nanti...
Biar perjalanan hidup ini dipenuhi warna warni cinta....
Biar semuanya terpahat di ingatan kita..
Agar bila kita tidak lagi cantik, tidak lagi hensem, tidak lagi gagah perkasa...semua kenangan itu akan jadi ubat untuk kita..
Dan kerana itu juga aku ingin mencipta seberapa banyak kenangan dalam hidup ini....

Ini..hadiah dariku....tak seberapa..tapi...biar bermakna, kan?



(sebenarnya diri sendiri yang teringin nak baca..hehe....belikan hadiah ini agar sama2 dapat manfaatnya..)


SAYANGKU..Happy ANNIVERSARY..moga jodoh kita kekal hingga ke syurga Ilahi...amin....



Tuesday, March 13, 2012

Berikan aku cinta...

Sayangku....

Berikan aku suatu barang, akan kuguna hingga ia menjadi 'antik'...
     **[walau kamu tak suka yang antik-antik itu ;) ]
Berikan aku suatu kenangan, akan kusimpan kenangan itu selagi masih dikurniakan memori sempurna...
Berikan aku cinta tulusmu, akan aku cinta kamu hingga akhir hayatku....

p/s : Esok anniversary kita, mau kamu bawa aku ke mana agaknya ya...
(atau mau aku ajak kamu ke mana agaknya).....

Saturday, March 10, 2012

Bila babysitter dipaksa menjadi nurse!

Bismillah..
Dah lama tak sempat update blog ....huehue..mcm ler ramai bebenor nak bace..hee...
Reason?
Adik Qaid diserang lagi.
Sabtu - Jalan2 at Jusco..sihat
Ahad- Bersin2 jer..
Ahad malam isnin - blocked nose...bila tido kuat bunyi hidung yang tersumbat tu...
Isnin-  Dah start selsema....Petang tu Mama Noma call mama di klinik inform adik mcm susah bernafas.
       - Bergegas mama balik , nasib baik dah kul 4 ptg. tengok adik mcm semput jer. dgn bunyi wheezing  
          (ala2 wisel gitu), tengok dah tachypnoiec( ala2 tercungap2 gitu), dengan subcostal dan intercostal
          recession. balik rumah mama bagi adik Nebulization.
          Yer, ada neb di rumah.. so 4 hourly neb.
          Malam tu adik terpaksa mama pangku agar dia boleh tido..itupun tak nyenyak. Mama letak kat bantal   jer  terus berguling2 menangis sebab susah bernafas.
 
Selasa- Mama berat hati sgt nak tinggal adik pegi keja, tp terpaksa...kesian adik.
Alhamdulillah adik punya Babysitter yang sangat baik, yg sanggup jaga adik walaupun ketika sakit. Mama bekalkan mesin Neb untuk adik sambung Neb kat umah BS. Alhamdulillah juga mama Noma sanggup belajar. Bukan semua orang sanggup buat  macam dia. syukur sangat kami ditemukan dengan insan sebaik dia. Walaupun tak pernah tengok pun mesin Neb tu macam mana, tp dia cepat dan sanggup belajar. 
Lunch hour mama balik jenguk adik di umah BS, pun masih tercungap2 dan bunyi wheezing yg kuat. Kesian sgt adik.

Rabu-masih wheezing. Hari ni mama bekalkan inhaler jer, malas nak bawak mesin Neb tu.. Balik malam jer bagi Neb. Dah 2 hari juga adik taknak makan.

Khamis-alhamdulillah adik makin baik, wheezing pun dah takde sgt. Tapi masih refuse utk makan. Mungkin sakit tekak.

Jumaat- alhamdulillah adik dah baik. Mama stopkan Neb dan inhaler adik. Cuma masih batuk2. Alhamdulillah adik dah start nak makan.


Home nebulization.....
Sekali lagi entry ini didekasikan utk Mama Norma, iaitu BS adik dan kakak. Terima kasih tak terhingga kerana sanggup jaga adik walaupun susah macam mana pun. Tak dapat mama balas budi dia, hanya doa mama pohon agar dia sentiasa sihat...amin...




Saturday, March 3, 2012

Thank You Mama Norma!

Assalam.
Entry kali ni mama nak dedikasikan buat babysitter 2Q, iaitu Puan Normah yang dipanggil MAMA NOMA oleh qaisara dan qaid.
Seperti yg mama pernah ceritakan dulu, Mama Noma menjadi pengganti kepada BS yang lama setelah BS lama iatu mama Lin bersalin.
Memang susah nak dapat BS yang baik dan sayangkan anak kita serta jaga anak kita seperti anaknya sendiri. tapi mama bersyukur sangat2, BS-BS yang mama jumpa adalah yang terbaik.
Dulu mamaLin pun baik, dan sayang sgt dengan kakak. Tapi bila adik datang , mamaLin cuma sempat jaga selama sebulan sebelum dia sendiri bersalinkan  anak ketiganya.
Makanya terpaksalah mama mencari BS yang lain.

Mula-mula memang la rasa ralat sangat sebab terpaksa tukar BS baru. Rasa sedih juga pisahkan qaisara dari mamaLin nya.
Benarlah, setiap sesuatu itu pastinya ada hikmah di sebaliknya.

Dengan mamaNoma, kakak mudah sekali menyesuaikan dirinya walaupun pada pertemuan pertama. Alhamdulillah sangat2  di situ...sebab mulanya mama sangkakan kakak akan menangis bila bertukar BS baru, tp dengan kebijaksanaan mamaNoma ini, dengan mudah hati kakak ditawannya.

Mama Noma bukan setakat menjaga anak-anak asuhannya, tapi dia juga mendidik. Alhamdulillah, di usia kakak genap 3 tahun , kakak sudah bisa menghafal semua bacaan di dalam solat.
Dari takbiratulihram, bacaan doa iftitah, alfatihah, 3 Qul, bacaan ketika rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, alhamdulillah semuanya kakak dah hafal dengan fasih.
Dan yang terkini hari ini, mama dengar kakak baca ayat pertama dalam tahiyyat.ayat yang seterunsya masih di dalam proses. Dan yg terakhir akan diajar adalah doa qunut. Setelah itu maka lengkaplah semua bacaan dalam solat.
Syukur sangat2.
Moga dengan ini , anak-anak mama akan menjadi hamba Allah yang sentiasa menjaga solatnya. InsyaAllah.

Mama juga harap nanti kakak akan cepat pandai mebaca al-quran dengan fasih juga. Nak harapkan mama yang ajar semua tu, balik malam biasanya dah penat, dan mama pun cepat je mengantuk, makanya kesempatan utk mengajar itu terlalu sedikit. Bukan takde pengajaran di rumah, cuma kuantiti masa itu amat pendek.

Mama doakan Mama Noma akan terus sihat walafiat serta diberi kesempatan untuk terus menjaga kakak dan adik qaid tanpa perlu bertukar pengasuh lagi sampai diaorang besar, dan kalau boleh mungkin juga jaga adik2 diaorang lagi nanti (kalau ler ada adik lagi..hihi)...
Aminkan doa itu ya...:)

Oh yer..ahad ni insyaAllah nak gi umah MamaLin , BS lama tu lah..tetiba rindu pulak dengan dia...:)