Saturday, March 10, 2012

Bila babysitter dipaksa menjadi nurse!

Bismillah..
Dah lama tak sempat update blog ....huehue..mcm ler ramai bebenor nak bace..hee...
Reason?
Adik Qaid diserang lagi.
Sabtu - Jalan2 at Jusco..sihat
Ahad- Bersin2 jer..
Ahad malam isnin - blocked nose...bila tido kuat bunyi hidung yang tersumbat tu...
Isnin-  Dah start selsema....Petang tu Mama Noma call mama di klinik inform adik mcm susah bernafas.
       - Bergegas mama balik , nasib baik dah kul 4 ptg. tengok adik mcm semput jer. dgn bunyi wheezing  
          (ala2 wisel gitu), tengok dah tachypnoiec( ala2 tercungap2 gitu), dengan subcostal dan intercostal
          recession. balik rumah mama bagi adik Nebulization.
          Yer, ada neb di rumah.. so 4 hourly neb.
          Malam tu adik terpaksa mama pangku agar dia boleh tido..itupun tak nyenyak. Mama letak kat bantal   jer  terus berguling2 menangis sebab susah bernafas.
 
Selasa- Mama berat hati sgt nak tinggal adik pegi keja, tp terpaksa...kesian adik.
Alhamdulillah adik punya Babysitter yang sangat baik, yg sanggup jaga adik walaupun ketika sakit. Mama bekalkan mesin Neb untuk adik sambung Neb kat umah BS. Alhamdulillah juga mama Noma sanggup belajar. Bukan semua orang sanggup buat  macam dia. syukur sangat kami ditemukan dengan insan sebaik dia. Walaupun tak pernah tengok pun mesin Neb tu macam mana, tp dia cepat dan sanggup belajar. 
Lunch hour mama balik jenguk adik di umah BS, pun masih tercungap2 dan bunyi wheezing yg kuat. Kesian sgt adik.

Rabu-masih wheezing. Hari ni mama bekalkan inhaler jer, malas nak bawak mesin Neb tu.. Balik malam jer bagi Neb. Dah 2 hari juga adik taknak makan.

Khamis-alhamdulillah adik makin baik, wheezing pun dah takde sgt. Tapi masih refuse utk makan. Mungkin sakit tekak.

Jumaat- alhamdulillah adik dah baik. Mama stopkan Neb dan inhaler adik. Cuma masih batuk2. Alhamdulillah adik dah start nak makan.


Home nebulization.....
Sekali lagi entry ini didekasikan utk Mama Norma, iaitu BS adik dan kakak. Terima kasih tak terhingga kerana sanggup jaga adik walaupun susah macam mana pun. Tak dapat mama balas budi dia, hanya doa mama pohon agar dia sentiasa sihat...amin...




1 comment:

zehan said...

naseb baik mama dia Doktor...hehehe