Sunday, January 1, 2012

Tahun baru, milestone baru!

Salam.
Hari ni 1/1/2012.

Di hari pertama tahun baru ini, adik qaid menunjukkan peningkatan yang menggembirakan.
Alhamdulillah sangat2...developmentnya seiring usianya...tidak terlalu lambat....walaupun tidaklah secepat kakaknya qaisara yang berjalan di usia 11 bulan....

Alhamdulillah walaupun lahirnya severe premature, yang sewaktu sebelum lahirnya tiada denyut jantung dapat dikesan oleh doktor menggunakan daptone dan CTG, dan diberitakan hanya 50-50 sejurus selepas dilahirkan....kuasa ALLAH tiada siapa menduga...


Hari ni adik qaid boleh bangun sendiri, dan berdiri sendiri...
Walaupun tegaknya hanya beberapa saat, namun itu sudah cukup sebagai petanda adik bakal berjalan tak lama lagi, insyaAllah.


Cuma mulutnya sedikit berat...belum ada mama atau papa, cuma teqa, atetete...dan pelbagai lagi bahasa yang belum difahami...
Tak apa sayang, mama tidak mengharap segalanya drastik dan advanced...
Mama cuma mau bila dikau mula melangkah dan bercakap kelak, insyaallah segalanya akan seiring kanak-kanak lain seusiamu.

ALHAMDULILLAH RABBAL A'LAMIN..............syukur pada Tuhan seru sekelian alam....


Walau cuma beberapa saat, sempat lagi snap tu

5 comments:

Unknown said...

Syukurlah..moga qaid terus membesar dengan cergas dan kuat!

FarahNur said...

bravo qaid.. caiyok2..nnt blk kg leh lari terus.. hehe

Najwa.H said...

well done Qaid!!!

Mama3Q said...

tq auntie ladysirna and auntie najwa(kata qaid)..
achik...sila sediakan beskal kat kg utk qaid yer...

FarahNur said...

beskal dah tersedia ada.. tokwan belikan utk cucu2nya.. kalo nak merasa naik, cepat2 la balik kg.. ngehh