Saturday, January 7, 2012

Bila ujian kesakitan datang

2,3 hari lepas baby Auni yang stay sama2 qaid kat umah babysitter tu kena selsema...
Mama dah start risau.
Esoknya mama nampak ibu si Auni yang juga selsema tgh pegang2 dan dokong2 qaid lak...Aduh..mcm mana nak cakap eh...sila tolong jangan pegang baby qaid jika anda selsema...kasihani lah qaid...dia sangat fragile....

Seperti diduga, kesokannya qaid pun start selsema dan demam...sedih tul mama....
Dan malam yang sama iaitu mlm semalam kakak plak bangun muntah di pukul 3 pagi...disertai demam selepas itu...
Kasihan anak2 ku.....dugaan betul.
Hari ni pun kakak asyik muntah jer...malam ni pun tadi dia muntah waktu tgh tido...makan pun dah refuse...susu pun refuse juga, takut muntah katanya...awal kakak tido malam ni..penat katanya lagi...

Untuk adik, walaupun demam sikit dan selsema...alhamdulillah dia masih sgt aktif...mama suruh tido awal sama kakak, dia nak main2 juga sampai kul 12 baru sibuk ngantuk....Bukan main apa pun, cuma giat berlatih berdiri...Suka tul dia bila dapat berdiri lama2....Alhamdulillah di situ....
Cuma bila tido dengan hidung tersumbat tu sedikit kasihan pada dia..
Harap2 sangat virus selsema tak melarat ke peparu lagi...

Kalau ikutkan adik sihat sepanjang bulan Okt, Nov dan Dec...lama juga tak kena selsema tu sampai lah january ni kena balik...
Dia sangat mudah terkena virus ni..so sesapa ada anak yang selsema sila jangan jumpa qaid, sila jangan pegang qaid dan sila jangan cium qaid, ok!

Memang la ALLAH yang bagi penyakit ni, melalui auni sbg perantara awalnya...cuma kalau boleh dielakkan, mama cuba nak elakkan.

Cuma susah sikit orang kita ni untuk ditegur...mcm mama sendiri, tak tau camne nak bagitau supaya jgn pegang qaid , tp nak kena jaga hati tu yg susah...sepatutnya sendiri faham, dah selsema tu jgn la pegang baby. orang...awak tu dewasa, kena selsema sikit2 takde masalah...kalau baby premature cam qaid ni kan susah kalau kena jangkitan...
...kalau orang puteh, dah lama jer dia sound if orang tak berkenaan pegang2 or cuit2 baby diaorang...

Apapun since dah kena ni, kena la berubat....harap2 kakak dan adik cepat sihat....Amin....

3 comments:

Unknown said...

kesian qaid..moga cepat sembuh ya..:)

Unknown said...

kesian qaid..moga cepat sembuh ya..:)

Mama3Q said...

insyaAllah, amin..tq!